BEN ASHAARI





Saja layan ari tu. Lagi pun aku cuma kenal nama jer. Sejarahnya , tak tau langsung ! Huhuh.. Kurang membaca sejarah dunia gitu yang melibatkan penjajah asing ni.Sebab tu aku nak tengok.. kot kot terbukak pintu hati nak baca sejarah dia dan jugak sejarah KHAN ni... heeee...

Menariknya , banyak babak di buat di Malaysia. Malah ada juga pelakon Melayu berlakon dalam Marco Polo ni. Sapa dia ? Kena tengok sendiri.. Di mana buat ? Hee.. Kena google la sendiri. Aku dah tau kat mana.. 

Jalan cerita menarik. Lakonan menarik. Cuma tak menariknya ialah banyak babak SEX yang tak disekat ! Clear kauuuu. Maka tak sesuai untuk ditonton untuk mereka yang belum berkahwin. Janda atau duda pun tak boleh. Nanti tak keruan jadinya. Hahahaha.. 

Kesetiaan , kezaliman , kebijaksanaan , kecurangan , rasuah.. hurmm.. segalanya ada dalam drama bersiri yang dah nak masuk musim ke 3 ! Tak meleret cuma terlalu banyak kontroversi dan skandal. Hahahaa.. 

Dah abis tengok.. nak layan cerita lain lak. Huuuu.. Tak jadi kerja kauuu ! 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Terbaca artikal mengenai penamatan kontrak dan juga penguguran  56 calon PTD pastinya membuatkan banyak sangkaan buruk terhadap kerajaan baru sekarang ni. Bila baca komen , memang sedap lemparan lemparan negatif kepada PTD ni ! Huhuhuh.. 

Bab menuding jari , 'orang kita' memang champion ! Diri sendiri punya kelemahan , terus tertutup ! Huhuh.. kan kan ? 


Ketika aku mula kembali 'memperbetulkan ' diri aku.. aku mulakan dengan menjadi guru sandaran selama beberapa tahun. Sepanjang aku bergelar GURU SANDARAN tu , tugas aku bukan saja sebagai guru ganti tetapi juga sebagai guru kelas. Kira dah macam guru betul cuma tak da SIJIL dan bergaji ciput giler ! Rezeki.. aku terima jer. Yang penting ialah pengalaman ! Hee.. Kena marah , kena maki ... kena gak ! 

Ada guru yang cukup berdedikasi. Ada guru yang setengah je dedikasinya. Ada guru sekadar asal datang , dan tunggu gaji hujung bulan. Aku terkejut gak pada awalnya tapi lama kelamaan, aku paham kenapa mereka jadi begitu. 

Kemudian , aku dapat tawaran kerja kontrak ke Kementerian Kewangan di Putrajaya , sebagai pekerja kontrak. Kerja aku ialah hantar fail tapi aku tetap bangga sebab impian aku sejak wujudnya Putrajaya ialah nak berada di dalam Kementerian Kewangan yang gah ni ! Hehehe.. Ok pe ? Tercapai gak kan ? 

Sebelum tu.. Bayangkan eh.. abis jer belajar dulu , jawatan pertama aku ialah pengaturcara komputer. Kemudian di zaman ekonomi meleset , company aku bekerja tu tutup dan menganggurlah aku untuk beberapa tahun.  Dan aku tak salahkan kerajaan pun ! Aku kena rajin berusaha untuk ubah hidup sendiri ! 

Sambung.. di Kementerian Kewangan ni , aku memerhati jer orang dan tak masuk campur hal orang lain. Sapa la aku kan ? Lebih rendah dari PAR !  Gaji kecik tapi aku tak kisah. Aku buat kerja aku iaitu kemaskan bilik fail dan hantar fail ke bahagian bahagian tertentu atas permintaan. Di sini aku belajar banyak menda terutama cara 'orang bawah' bekerja. Ada yang bagus.. ada yang merosakkan nama perkhidmatan awam ! Bukan pegawai tau ! Haaaa.. Alasan gaji kecik , buat kerja pun ala kadar ! Ek eleee.. Kalau berkira gitu kan , berhentilah kerja. Tak berkat gaji tu ! 

Manakala PTD lak , macam macam ada. Yang bagus tu , memang ada. Aku dengar jer orang bawahan ni puji dan tak juga ada yang kritik. Isu besar tu ada tapi aku takda kesahihan. Layankan je telinga ni mendengar cerita mereka. Tapi disinilah aku mula 'anti PTD' ! Hahahaa.. termakan hasutan dan kata kata gitu. Uhuk.. Hanya pandai bagi arahan dan marah orang bawah ! 

Kemudian dapat tawaran ke Kementerian Pelancongan. Di sini aku lama sedikit. Rasanya hampir 7 tahun. Alhamdulillah , unit aku ada 2 orang pegawai PTD. Dua dua memang bagus. Rajin giler. Aku respek diorang. Bila ada komen mengatakan PTD ni hanya tau bagi kerja jer , aku rasa cam.. hurm... ko ingat senang ke nak bagi arahan ? Ketika ni, sikap 'anti PTD' aku dah takda. Hormat pada semua jawatan walaupun kontrak wujud dalam diri. Kena ada team work baru boleh berjaya. Jangan one man show ! 

Pengalaman bekerja dalam sektor awam ni menguntungkan aku. Walaupun dapat tawaran untuk sertai mereka , aku rasa aku tak layak. Bukan sebab memilih kerja tapi sektor awam ni memerlukan pekerja yang berdedikasi dan amanah. Tak kira la bahagian mana sekali pun... apa jawatan sekali pun.. kena bersatu ! Jangan anggap kau bagus , maka tak perlu dengar cakap sapa sapa pun. Ni kerani biasa pun ada perangai gini yer ! Sebab dia rasa dia ada kelayakkan cuma dia takda rezeki untuk jadi pegawai jer ! Hurm.. Kalau dah rasa bagus sangat, jangan makan gaji ! Gi buat bisnis jer ! 

Kesimpulan.. Henti hentilah menuding jari. Jika ada pegawai atau staff yang tak betul , report terus je ke saluran yang betul. Abis cerita. Bertuah anda ada pekerjaan ! Ramai dah kena buang !! 



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Dulu aku ada Ray Ban. Tapi bila pakai, aku tak nampak 'dunia' ! Pastu rosak cam tu jer. Huhuh.. Nak kasi nampak dunia , aku kena letak power pada cermin tu ! Maknanya , cermin mata tu akan jadi bertambah mahal ! 

Dan sekali lagi aku beli Ray Ban. Ingatkan mahal sangat ! Boleh dapat diskaun kalau pandai cakap ! Jangan sombong sombong. Mintak jer.. Hahahaa... Ingat tak ari tu aku buat cermin mata biasa kat Sungei Wang ? Boleh baca di entri Cermin Mata Murah Kanta Alpha ni .

Selepas aku post di Facebook dan blog , ramai rakan rakan pembaca turun gi tempah. Dan ini beberapa screen shot yang aku rajin nak kutip.. Heee.. Banyak lagi tapi malas nak post kat sini takut korang pikir aku 'menjual' lak.. Heee.. 

Kelmarin , adik aku dan jiran ajak pergi buat spek. Diorang kata memang murah la. Anak diorang baru RM125. Lens Anti Silau + Alpha 420 lens. Maksudnya mampu halang cahaya dari komputer dan handphone ( cahaya biru ).


Cawangan Eye Smart Vision di Sungei Wang.




Kalau nak datang , aku nasihatkan datang hari Isnin- Jumaat sebab orang tak ramai dan mudah nak pilih. Nak mintak diskaun pon senang. Hahahaha.. Sabtu Ahad atau cuti umum pun ok je tapi jangan lewat sangat datang.

Sebarang pertanyaan.. boleh contact tokey besar ! Mr. Jun.


Gi segera sementara ada diskaun dan boleh kaw tim !
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Selesai Maghrib , aku gagahkan diri ke gym. Ikutkan malas dah ! Serius malas ! Aku nak duduk lepak kat rumah ngan anak anak jer. Tapi tiba tiba teringatkan aku banyak makan kebelakangan ni dan tak bersenam langsung selepas balik dari Jepun, aku tak boleh biarkan badan aku manja gini. Bahaya ! Kolestol , tekanan darah tinggi dan dan obesiti yang boleh menyebabkan diabetis. Huhuh.. Takut wooo... 

Aku bancuh air protein aku. Oh ya.. aku guna Cinch Shaklee  jer. Malas nak amik jenis kasi besar badan kaw kaw punya. Heee.. Aku nak maintain badan jer. Tak boroi, tak terlalu kurus. Lemak skit tu, biasa la. Aset masa depan. Hee..

Hidupkan enjin kereta. Perasaan berat hati tu masih ada. Tapi aku gagahi jua. InshaAllah , ok jer. Dan mulakan pemanduan. Bawa ikut kelajuan yang dihadkad. Hari malam. Nasib baik aku pakai cermin mata baru yang anti silau ! Nah , berbaloi kau. Kena lampu kereta depan pon ok lagi. Sebelum ni , kena lampu depan atau tengok lampu kereta belakang pon dah berpinar mata ! Ni gara gara tengok handphone banyak sangat laaa ! Haa , cermin mata aku tu.. aku tempah dengan harga murah ok ! Tak sampai pun RM500 berbanding sebelum sebelum ni , mencecah hampir RM3K !!! Giler kan ?  Boleh baca entri CERMIN MATA MURAH ni.

5 minit memandu. Berhenti di depan lampu isyarat. Merah tandanya berhenti. Aku pasang radio. Tiba-tiba kereta aku bergegar. Aku pandang belakang. Ada sebuah kereta baru je 'mencium' bontot kereta aku. Hurmm... 

Aku geleng kepala. Kenapa laaa kau cium kereta aku. Berhenti kot ????  Lampu hijau. Aku terus masuk ke stesen petrol. Pemandu kereta tu pandang aku. Dia teruskan perjalanan. Aikk ?? Takkan lari kot ???  Aku nampak dia masuk ke lorong kiri. Aku pusing balik dan ikut dia. 

Dia berhenti tepi. Aku berhenti depan dia. Turun kereta. Abam sado gitu ! Huhuh.. Aku keluar dari kereta. Terus ke belakang . 

" Minta maaf, bang. Kereta saya tu , brek dia problem. Tak makan. ". Bersalaman. Aku senyum jer.  Nak kata apa dah kan ?  Aku bersyukur sebab pelanggaran tu cuma skit sangat jer. Kereta pun tak la teruk. Calar ciput jer ! Yang penting , aku selamat. Bayangkan laa jika pelanggaran tu kuat. Ditambah dengan aku yang cuai tak pakai tali pinggang keselamatan lagi ! Haaaa.. Mau berdentum aku ke cermin kereta ! Lagi teruk kan ? Huhuh.. Syukur Alhamdulillah. 

" Tak pe la dik. Gi repair brek tu. Nasib baik skit je ni. Kalau tak.. kena ganti la.. Hee.. ". Kata aku.

" Maaf bang. Terima kasih ye.. Er , baru lepas workout ke, bang ? ". Tanya dia. 

" Baru nak gi haa.. ". Jawab aku.  Tepuk bahu dia dan sekali lagi aku nasihatkan dia untuk gi repair brek kereta dia tu. Jangan tunggu lama lama. 

Aku pun berlalu pergi. Malas nak pening pening kepala. Aku tau , kalau gi antar repair , pasti kena cat seluruh bahagian belakang tu dan ianya akan makan beratus gak.. Tak pe la. Ada rezeki lebih , aku gi la buat. Huhuhu.. 


Nasihat aku cuma satu jer.. Sila pakai tali pinggang keselamatan sebelum memandu kereta. Jangan takutkan polis tapi utamakan keselamatan korang tu ! Jangan menyesal di kemudian hari. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Travel Agen yang menguruskan percutian aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 ke Osaka & Kyoto baru-baru ni , tampil sekali lagi dengan pakej percutian menarik musim sejuk di Jepun. Pastinya Sapporo menjadi tarikan utama selain dari Hokkaido. 

Ok.. J-Horizons menawarkan 2 pakej menarik. 3 hari 2 malam dan 5 hari 4 malam. Di bawah ni ada flyers untuk rujukan korang. Jika tak paham atau berminat nak amik pakej tu , jangan tanya aku.. hee.. Sila hubungi J-Horizon (M) Travel Sdn Bhd di 03-21610922 atau email ke tours@j-horizons.com.my.

Untuk pengetahuan , pakej trip J-Horizons ni bukan trip bajet bajet yer. Makan dan penginapan serta pengangkutan memang terbaik. Pasti akan puashati punya ! Nah , ni ada DISKAUN menarik ! Untuk pakej 3H2M , sebanyak RM198 seorang diberikan ! Manakala 5H4M pulak sebanyak RM396 seorang ! Fuh.. banyak gak tuu.. Diskaun tu boleh simpan gi Hadyai lak.. heee..


Ok.. kalau tak nak guna pakej dan nak pergi sendiri... atau ada agensi travel yang berminat nak menginap di hotel , Disember ni di Sapporo dan sekitar Hokkaido.. ini ada DISKAUN untuk korang. Huhuh.. Kalau gi ngan famili , mesti nak yang luas punya bilik kan ? Haaaa.. Nah di sini , ada jadual untuk rujukan korang yang ingin gi bercuti di Hokkaido nanti. Diskaun sehingga RM924 sebilik  untuk semalam ( 2 orang ) menanti korang ! Fuh , banyak jimat tuu..


Kalau tak paham , sila hubungi J-Horizon (M) Travel Sdn Bhd di 03-21610922. atau email ke tours@j-horizons.com.my .Terhad yer. Sapa cepat dia dapat ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes