BEN ASHAARI




Baru-baru ni , aku ada la lepak minum dengan rakan rakan berbangsa cina. Mereka adalah ahli perniagaan yang berjaya. Dalam borak borak tu, mereka ada nyatakan niat nak gunakan blogger untuk membuat awareness mengenai perniagaan mereka di media sosial. Mereka dah pun berjaya tapi ingin terus bersaing dalam dunia perniagaan melalui media sosial. Lagi pun mereka dah kenal aku. Masing masing peramah. Saja nak kasi job pada aku dan rakan rakan. Disamping dapat majukan bisnes mereka , dapat juga bantu orang lain menambah pendapatan. Bagus la gitu kan ? 

Hurmm.. Aku belajar kelebihan mengenai berbahagia dengan memberi ni ketika aku 'di bawah'. Hidup susah tanpa ada pekerjaan dan juga wang. Ketika tu , aku umpama sampah di jalanan jer. Takda yang hairan pun. Sehinggalah aku dapat merangkak semula dan mulakan perjalanan hidup yang baru. Perlahan-lahan merangkak dan akhirnya mampu berjalan. Tidak mewah tapi bahagia. Alhamdulillah. 

Hidup kita ni umpama roda..

Ada satu hari tu , di bulan Ramadan.. aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Nak naik LRT. Aku dihampiri oleh seorang insan. Dia menceritakan masalah dia pada aku. Hanya mampu tersenyum je aku. Betul atau tidak masalah dia tu, hanya Allah yang tahu. Tapi yang pastinya , pintu hati aku terbuka untuk membantu. Tak kisah la dia nak tipu aku atau tidak.. aku keluarkan sekeping duit yang mana itulah baki duit aku saja untuk minggu itu. Aku suruh dia tunggu sekejap. Aku ke kedai berhampiran. Pecahkan duit tu. Kemudian aku berikan duit baki pada dia. Aku cuma amik duit tambang jer. Dia mengucapkan terima kasih. Ada juga dia tinggalkan no telefon untuk dihubungi. Katanya nak bayar semula. Selepas dia pergi, aku buang kertas tu. 

Teringat satu kejadian pada aku , beberapa tahun lepas. Ketika tu aku di KL Sentral. Baru abis satu event yang aku kena cover. Aku ke mesin ATM dan keluarkan beberapa keping duit kertas RM100 yang mana aku nak gunakan duit tu untuk beli barang dapur dan susu anak. Tiba-tiba aku di sapa oleh seorang lelaki. Dia sedang dukung anak kecilnya.  Menceritakan masalahnya pada aku. Aku hanya mampu tarik nafas panjang. Apakah benar ceritanya ? Melihat anak kecil di dakapannya , hati aku cair. Aku faham sebab aku ada anak kecil. Jika aku di situasinya.. apakah yang aku lakukan ? Di negara kita ni , ramai orang berkemampuan... kaya raya tapi mengapa masih ada orang miskin ? Orang melarat ? Jika kita saling memberi , alangkah murahnya rezeki kita semua. Makin berlipat ganda harta kita ! 

Sambung.. aku pun keluarkan semua duit yang aku baru aku keluarkan di mesin ATM tadi. Aku serahkan pada dia. Tergamam orang tu. Katanya dia nak sedikit jer. Aku suruh gunakan duit tu untuk beli susu anak dia.  Apakah aku kena tipu ? Nehh..... aku percaya pada rezeki Allah. Dan yer , tiba-tiba ada mesej masuk di handphone aku. Mata aku terus berair. Subhanallah ! Rezeki Allah sangatlah luas dan banyak. Tak perlu risau sama sekali. 

Dan yang terakhir aku nak kongsikan dengan korang ialah kenapa Kelab Blogger Ben Ashaari diwujudkan ? Selain daripada network , aku ingin 'memberi atau berkongsi' rezeki yang aku dapat dengan rakan rakan yang ada di dalam team #KBBA9. Alhamdulillah... rezeki aku tak pernah kurang sama sekali. Ikhlas dalam memberi dan inshaAllah, kita akan menerima tanpa disedari. 

Oh.. terpanjang lak cerita.. Ok ok.. Ni aku nak kongsi dengan korang... Kempen BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Heheheee.. Sebelum tu..Aku bayar dah zakat pendapatan. Rasanya nak bayar lagi hujung tahun ni. Inshallah. Korang bayar dah ? Jangan tak bayar tau... Dan jangan risau.. kau takkan kerugian bila membayar zakat ni. Malah Allah dah janji pulangannya yang berlipat kali ganda. 

Kempen BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

    
Hadiah Utama ialah sebuah komputer riba bernilai RM3000 dan saguhati ialah 2 smart tag bernilai RM100. 

Syarat-syarat penyertaan 


Tempoh kempen :  Telah bermula dan berakhir 31 Disember 2018
Cara nak sertai : https://www.zakatselangor.com.my/promosi/kempen-berbahagia-dengan-memberi/
Maklumat lanjut : Puan Norhazirah ( 012 - 629 6791 ) / En.Hatta ( 019 388 0573 ) 

Satu kempen yang sangat mudah untuk mengalakkan syarikat swasta tak kira kecil atau besar , melakukan kebaikan disamping dapat juga membantu insan insan yang memerlukan. Sedikit pemberian kita , besar buat mereka. InshaAllah.. 

Semoga Allah meluaskan rezeki yang berkat dan halal buat kita semua. InshaAllah. 


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Walaupun lama lagi harijadi wife , aku dah plan nak hadiahkan dia sesuatu yang dia memang dok sebut sebut selain handbag... hehee.. dia nak sunglasses atau cermin mata hitam. Maka semalam , alang alang aku ke Sungei Wang untuk melibat kedai cermin mata yang viral minggu lepas dek kerana harga jualan bingkai dan kanta tak masuk akal ( RM38 jer !! ) , aku nak cari sunglasses untuk dia.

Kedai baru cawangan Eyes Smart Vision... Eye Pro Vision. Memang murah la bingkai kat sini. Walaupun murah , kualiti dan tahan lasak . Tu yang penting. Nak beli yang branded , hurm... bukan apa tau.. kita yang pakai spek ni , setiap tahun kena tukar. Kalau nak main yang branded , larat ke ? Haaa... Macam aku beli kat sini.. dengan kanta aku ni yang biasanya mencecah RM1K ke atas , aku buat kat sini baru RM100++. Kanta je tuu. Bingkai amik yang latest design. Baru RM200+ . Dah ok dah.. hensem !


Kedai baru. Cari je William dan mereka akan layan baeekk punya. 

Promosi terkini. 

Ray Ban aku. Siap ada power. Memandu di kala matahari di atas kepala , memang sedap gile !

Kat sinilah aku dapat tahu mereka jual sunglasses original dengan harga tak masuk akal. Alang alang tempah spek biasa , terus rembat satu Ray Ban. Dan untuk hadiah harijadi wife aku , aku suruh dia pilih je mana spek yang dia minat.. 

Dan dia pilih.. 


Cantik ? Haaaa... Harga dia kasi lepas diskaun.. memang aummm punya ! Tu pasal ramai readers aku atau rakan di FB yang pergi sana , awalnya nak beli spek biasa tapi bila tengok yang berjenama.. terus tertarik ! Hahahaha..

Kalau nak cari berjenama , boleh ke .. Eyes Vision Optical. Cari Jun. Hahahaha.. Cakap 'saya baca blog Ben Ashaari punya.. nak diskaun ! '. Haaa..inshaAllah dia kasi punya ! Hahaha.. Baik punya orang ok !



Haaa... aku kasi contact big boss terus ! Hahahaha... Gi sana cari jer. Bagitau je berapa bajet korang. Mudah dibawa berbincang. Takda kedekut.. cam aku ! Huhuhuh... 
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Hari tu check tekanan darah aku , melonjak naik ! Ketika tu aku di Jepun. Fuhhh.. kawan kawan pandang aku semacam. Aku senyum jer. Tinggi ok ! Hahahaa.. Aku jaga makan dan rajin bersenam tapi kenapa masih tinggi ? Hurmm..  Nasib baik takda gejala gejala merbahaya seperti sakit kepala dan sebagainya. 

Nampaknya aku kena tambah lagi dan perbetulkan corak pemakanan aku. Setiap pagi kena amik minyak zaitun dan minyak ikan. Ok, minyak zaitun aku dah jumpa. Bukan senang nak jumpa yang berkualiti tinggi ! Yang ada dipasaran tu , kena pilih gak. Haa.. silap silap , penyakit lain lak yang datang. Manakala minyak ikan ni , masalah sikit. Nak cari yang halal tu payah. 

Bab minyak zaitun ni.. kawan aku ada terangkan mengenainya. Camana nak tau dan kesan kebagusan sesuatu produk minyak zaitun ni.  Pastu mahu paham skit cara pengambilan minyak zaitun ni. Jangan main bedal jer.




Sejujurnya sebelum ni aku try minum minyak zaitun , memang tebal rasanya dan melekat jeee kat bibir ! Hahahha.. Dan aku cuba la yang Al Ard ni... Minyak Zaitun dari Palestin dan botol tu , dari Itali ! Nahhh... tu dia ! Yang ni dikatakan khas untuk mereka yang ada masalah dengan darah tinggi dan kolestol. Jenis premium. Cara dapatkan minyak dia lain berbeza skit. Buah masih hijau katanya.


Alhamdulillah.. rasa lain skit walaupun baru 2 hari. Kena amalkan la selalu. InshaAllah. Dalam usia  remaja cam aku ni, kesihatan perlu diutamakan. Bukan sebab nak nikah lagi tapi sebab nak besarkan anak anak. Kalau kita sakit , anak anak lak kena jaga kita. Sian la kan ? Haaa..

Maaf.. aku tak jual. Leh gi tengok kat page Saya Suka Minyak Zaitun. Sana ada jual jenis yang aku guna ni haa..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dalam entri aku yang lepas , yang bertajuk ' Aku dah ada Cuckoo tapi kenapa guna Coway lak ? '.. aku ada ceritakan kelebihan produk Coway. Dan selepas genap setahun menggunakan Coway aku dapati produk Coway ni... Haa ! Best ? Hurmm... Service camana lak ? Cuckoo lak camana ? 

Ok...  meh aku citer skit eh. Cerita aku ni berdasarkan pengalaman aku jadi pelanggan C ni. Coway ke Cuckoo ???? Eh.. tak leh cakap. Dua dua tak sponsor aku ok ! Aku bayar sendiri setiap bulan. Haa... baru best kan ? Hahahaa.. 


Salah satunya , telah aku jual pada orang lain. Aku guna satu je.  Setelah membuat pilihan ! Dan berlaku satu isu yang tak disangka walaupun aku dah jangka akan berlaku. Nak tak nak , kena telan sendiri la.. Salah sendiri sebab takda perjanjian bertulis. Maka kesannya , pada aku jugak la. Namun ianya satu pengalaman berharga buat aku. 

Ok.. gini eh.. Sebelum korang nak amik satu satu penapis air tu , korang kena tau satu perkara. Kemampuan membayarnya setiap bulan andai mengambil secara ansuran. Apa jadi jika korang tiba tiba dibuang kerja ! Nah... sesuatu yang tak dijangkakan , bukan ? Jika tak mampu membayarnya ? Atau mula tertunggak.. camana ? Apa jadi ? Apakah mesin akan diambil semula ? Atau korang akan dikejar dek pengutip hutang ala ala along ? Nah.. aku dah rasa dah. Menyesal beb ! Walaupun aku dah buat report pada syarikat terbabit , namun tindakan diambil sangatlah lembab ! Grrrr.... Sehinggalah aku cari manager besar dia , barulah masalah aku diselesaikan. 

Namun... beban pada aku . Setiap bulan , tak pasal pasal aku kena bayar beratus ringgit ! Produknya , aku berpuashati cuma rasa terbeban dengan bayaran bulanan. Bukan salah produk atau syarikat. Diulangi yer.. Ni salah aku sendiri. 

Ok.. Tu paling penting. Melainkan korang kaya, beli je tunai dah buat service seperti yang disyorkan. Kalau korang tanya aku.. Coway atau Cuckoo ? Jawapan aku seperti di atas.. berapa korang mampu bayar setiap bulan ? Kedua dua jenama ada air panas , suam dan sejuk. Part lain tu.. aku rasa tak penting pun sangat. Dan tanya mereka , apa jadi bila dah tamat kontrak ? Haaa... Pastu kan... pastikan agen korang tu , jenis bagus punya. Takda masalah dengan AFTER SALES SERVICE. Bukan terus hilang punya agen. Asal dah dapat jual, dahhh ! Dalam kes gini. 

Faham tak ni ? Aku ulangi... sebelum beli... tengok kemampuan korang pada masa kini dan akan datang. Serta kepentingannya. Jangan tambah beban hutang bulanan.. 
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Aku tak rasa pasukan Harimau Malaysia berminat untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki tu pun. Apa yang mereka nak ialah menebus kembali maruah yang tercalar dan juga menjadi yang terbaik di kalangan terbaik , di Asia Tenggara ni. 

Jangan menang dengan seri ! Tebus kekalahan tempoh hari dengan kemenangan. Menang dengan kelebihan jaringan bagi aku , bukanlah kemenangan. Sekadar berjaya dalam perlawanan ni tetapi untuk rekod pertarungan , sekadar seri ! Hurmm.. 

Kita mampu ! Berdasarkan pemerhatian aku di perlawanan separuh akhir dan akhir pertama hari tu, pasukan negara mempunyai kelebihan terutama dari segi semangat bertarung. Cuma kesilapan di bahagian pertahanan yang mencacatkan perlawanan seterusnya menyebabkan gol dibolosi. 

Kita mempunyai corak serangan dan penyudah yang kreatif tapi kelemahan untuk kembali bertahan ketika diserang balas itu yang perlu diperkukuhkan. Aku part ni melibatkan stamina. Bila menyerang, mereka berhabisan tapi bila dipatahkan , masing masing terus down ! Ini perlu diperbaiki ! Pendapat aku laaa.. Kalau mereka berjaya kekalkan momentum... Vietnam mudah diatasi ! 


Malaysia mempunyai kelebihan. Bermain di tempat lawan , di perlawanan penting pastinya memberi tekanan pada tuan rumah seperti di Thailand tempoh hari. Aku harap pemain malam ni tak kira sapa pun , perlu berhempas pulas kerana peluang begini bagi mereka , amat jarang dapati. Mereka perlu buktikan kenapa mereka bermain bola dari kecil. Bukan sekadar mengejar gaji yang besar tetapi ingin meletakkan nama mereka sebaris dengan pemain pemain lagenda negara. Inilah masanya. 

Berapa jaringan ? Sapa menang ? Korang rasa ? Aku rasa apa yang korang rasa.. heee.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes