BEN ASHAARI



Sebuah kisah benar yang viral tapi sayangnya , tak tau dari mana punca sebenar. Masing masing letak kredit pada empunya yang mana empunya tu pun tak tau dari mana asal usul cerita tu. Ni la kesannya bila main copy paste tanpa beri kredit yang sepatutnya..

Hari ni , terbaca seorang kenalan di Facebook share kisah Perempuan Berjubah Hitam di siling kedai ni sekali lagi dan sumber dikreditkan pada blog mana tah la pulak. Hahahha.. Terus aku hubungi penulis sebenar dan menanyakan perihal tersebut. Penulis sendiri pon dah 'letih' nak menegur bab ni. 

Kisah ni memang best dibaca. Sememangnya ianya berlaku dan diamalkan oleh mereka yang inginkan keuntungan berlipat kali ganda dengan cara yang tak diredhai Allah. ! Fuh... sanggup woo ! Macam macam la kisah kalau korang rajin mencari dan bertanya pada yang pernah alaminya.

Ok..Kisah Perempuan Berjubah Hitam di siling kedai ni milik En.Zulkifli Ahmad , penulis novel Mata Tidak Berhijab yang popular di kalangan cerita cerita seram gitu. Malah drama cerita seram ni pun dah ada di Youtube. Tajuknya. Mata Ketiga. Kalautu korang pengemar drama seram online, gi je search kat situ.. Mata Ketiga. 

Kembali ke cerita Perempuan Berjubah Hitam di siling kedai tu.. meh aku bagi cerita tu eh ? Dari blognya , Mata Tak Berhijab. 



" Sampai kat kedai dah pukul 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh. Hmmm ... Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot? 

Duduk dan order. Mak aiii ... minah yang ambil order ni .. mukanya ... manis lagi cuka. Comei tu boleh le tahan juga. Bak kata orang sebagai penyeri kedai tapi kalau muka kelat dan ketat, pergi mana pun tak berseri. 

Sementara menunggu minuman, mata mula meliar memerhati sekeliling kedai. Entah mengapa tiba-tiba terlihat ada sebiji botol kecil, diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah. Mulalah menggaru kepala  yang tak gatal. 

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan, berjubah hitam tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhati setiap pelanggan yang datang. Rambutnya bagai model iklan syampu Rejoice -  sebelum menggunakan syampu. Mengerbang.

Rupanya ... alahai ... harimau tengok pun boleh pengsan! Terkopek sana sini. Badannya dihayun-hayunkan bagai meratip. Apa yang diratipkan pun, tidak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan  menyentuh kepala pelanggan itu.

"Ini teh nya. Makan tak mahu?" tanya seorang lagi pelayan, sambil menghentak mug berisi teh. Kepala digelengkan. Ehhh ... baru kerja jadi pelayan dah berlagak. Udah le duit pelanggan tu yang membayar gaji, tapi layan pelanggan macam orang minta sedekah. 

Petua orang tua, bila makan diluar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Kalau minuman tu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

Setelah semua itu dilakukan, bacalah selawat dan doa makan. 

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana, kedengaran kuat bunyi mug merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba terbelah dan air teh melempah. Hampir sahaja teh panas mengenai seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah benda di atas alang pintu. 

Ia berayun sekali lagi. Bagaikan monyet di dalam kandang. Mamak kat kaunter cepat-cepat berlari dan bertanya apa berlaku. Kepala digeleng sambil membayar terus duit teh. Bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum lagi dan mahu digantikan dengan minuman lain.

Hmmm ... tak perlu untuk diganti. Biarlah. Tapi sebelum keluar sempat menegur mamak. 

"Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali," sambil menunjuk ke arah siling. Mamak seolah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Melangkah keluar daripada kedai itu, terasa ada benda yang mengikuti. Menoleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam sedang mengekori. Nampaknya tak boleh balik rumah teruslah ni. Mahu tak mahu, kaki terus melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan. Tambahan - air mineral dan limau nipis. Badan menghadap belakang kedai. Limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan berserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan minuman, kaki perlahan melangkah ke arah kereta. 

Bulu roma tegak kembali. Masih mengikuti rupanya. Perlahan botol air mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, ia terus melompat ke arah lampu jalan dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan.  Beberapa pelanggan di kedai mamak memerhati dengan pelik. 

Buat-buat tak tahu aje lah. 

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya .. ia mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya. 

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya ... apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada luar? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak! 

Apakah ketamakan telah mengabui matanya .... 


MUNGKIN " - Zulkifli Ahmad ( 3/2/2015 ) 





Gitulah ceritanya. Bagi pengemar cerita cerita mistik , memang best la baca kat blognya. Malah banyak novel novel karyanya dah diterbitkan. Cerita mistik gitu laa.. Kalau korang nak beli , boleh pm dia di Facebook jer.. InshaAllah dia balas dengan segera. Hee.. 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku terkedu. Ingatan dengan kerajaan baru ni , mampu ada perubahan tetapi apa yang berlaku sangat menghampakan sama sekali ! Aku tak nak anak cucu aku nanti melihat gambar untuk menikmati keindahan alam semula di negara kita. Yang sedia ada , tak jaga dan dipelihara malah dimusnahkan demi kekayaan ! Di mana dan apakah peranan mereka yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu isu begini ? 

Taman Negara Pahang adalah kawasan pelancongan yang kaya dengan flora dan fauna. Bila dah jadi begini , sapa nak bertanggungjawab ? Masing masing menuding jari. Hurmm..



Nah.... sekarang kita tengok di kawasan Cherating lak. Satu tika dulu tempat ni cukup meriah. Baru baru ni aku pergi , eh... lengang. Malah Masjid Chukai yang besar tu , lepas Isya' terus tutup dan sunyi. Tiada orang luar singgah pun ! Huhhhh...Berbeza dengan Masjid Bentong. Sehingga jam 10 malam pun masih ramai orang singgah berehat dan menunaikan solat. Hurmm.. 

Dan di Cherating , beberapa buah hotel telah pun menutup operasinya. 

016 - Impiana Cherating tutup
2017 - Riverside Chalet tutup
2018 - Cherating Bay Resort tutup
2019 - Legend Cherating tutup
2020 - ?? 

Sesuatu perlu dilakukan di sana. Apakah kita perlu melancong ke luar negara dah sekarang ni untuk menikmati kecantikan dunia ini ? Dan di dalam negara... sedikit demi sedikit hilang ! Ianya bukan sekadar berlaku di Pahang saja sekarang ni. 


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Seperti yang dijangka... Walaupun berkali post tapi mendapat 'sambutan hangat' ! Pelik tapi benar...  Bukanlah mendambakan pujian melangit dan taknak pun cuma yang aku peliknya , takkan tak nampak realitinya ? 

Benarkah aku boroi sekelip mata ? Hurm.. Cuma korang kembungkan pipi tu. Gitulah yang aku buat pun. Bukan susah nak kelihatan 'buncit' seperti tu. Cuma peliknya la kan , bila aku post gambar keadaan sekarang , takda la pulak bertanya camana aku buat dalam masa beberapa bulan atau melihat pada komitmen aku menghilangkan boroi. 

Amik semangat.. bukannya jatuhkan semangat ! Gitulah yang aku nampak di dunia media sosial ni. Cukup menakutkan bila ada posting posting tertentu. Tak kiralah apa juga isu sekali pun termasuklah bab agama. Fuh.... giler sungguh ! 


Namun aku berpandangan positif. Mereka sekadar nak bergurau jer. Begitu juga aku. Cuma bila post gambar yang 'tak boroi' , takda lak nak komen gitu.. Heee.. Aku tak kisah pun. Janji jangan amik gambar aku pastu buat fake acc dah la ! Dan kalau boleh , komen komen yang menaikkan semangat aku untuk beri posting yang lebih positif. Aku pon bukanlah nak tunjuk badan pon. Sekadar nak bagitau , kalau aku boleh buat.. korang pun boleh. Bukan mudah terutama part menjaga makanan tapi kecekalan mengatasi segalanya. 

Sejujurnya.. aku sendiri pun tak tau berapa lama boleh tahan. Semangat naik turun seperti menulis blog ni. Mengenangkan anak aku mungkin akan membacanya satu hari nanti , maka aku terus kuatkan semangat untuk menulis. Mana tau ada post post aku mampu memberi dia semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan dia nanti... sapa tau kan ? 


Di Facebook amnya , komen komen pada posting yang 'popular' memang cukup menakutkan .Dengan menggunakan topeng , lagi sedaplah melempar kata kata seolah olah Allah tidak melihat perbuatan tersebut. Dengan kata kata yang... wowwww ! Seolah dia malaikat yang tak pernah buat salah sama sekali , lantas memberikan komen komen yang begitu pedih untuk dibaca. Sakit mata dan sakit hati. Dia gembira ? Belum masa dia merasainya lagi mungkin. 

Akhir kata.. Apa yang kita nak tengok.. segalanya di hujung jari anda. Kata kata kita mampu memberi semangat atau memberikan dosa yang berat untuk dibawa di akhirat kelak. Jenuh nak mintak maaf nanti. Huhuh.. 

Nak boroi atau nak sado , terpulang pada niat kita. Aku , sekadar nak buat awareness pentingnya menjaga kesihatan. Maklumlah , aku ada hypertension. Kena amalkan gaya hidup yang sihat. Bukan sekadar bersenam malah kena jaga makanan dan juga stress ! Huhuhu..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Baik nak tarik nafas lega. Hahahaha.. Seminggu lepas , kena dah. Rasanya dah 2 kali beturut ni ! Dan sememangnya ulser cukup aku takuti selepas melihat sendiri bagaimana arwah arwah mendapat kanser mulut bermula dengan ulser ! Hurmmm.. Semoga Allah jauhkan kita dari penyakit berbahaya gitu. 

Ada baik dan buruknya bila kena ulser ni. Hahahaha.. Bukanlah buruk tapi agak menyeksakan. Huhuh.. Baru kena ulser dah terseksa kan ? Bayangkan di akhirat kelak.. Berapa punya seksaan menanti kita andai kita tergolong dalam manusia yang engkar. Huhuh... Semoga Allah ampuni kita semua. 

Ok.. Awalnya aku cuma amik Bonjella. Tapi macam tak beberapa menjadi jer. Kepedihan disebabkan ulser membuatkan aku kurang selera nak makan walaupun nafsu nak makan tu ada. Tapi baguslah. Dapat leankan badan skit. Hehehehe.. Tu yang hari hari makan telur setengah masak , 6 bijik sehari. Walaupun telur mahal , bagi aku ianya sumber protein yang bagus.

Aku cerita pada rakan gym aku, Boboiboy ! Bukan kartun tuuu..  Katanya , dia senantiasa standby Oral Aid bersamanya. Jika kena , digunakan dengan segera dan kesannya dalam 3-4 jam jer ! Fuhhh.. aku punya dekat seminggu gak la nak baik sepenuhnya. Huhuhu.. 


Kali terakhir aku kena , minggu lepas. Hilang selepas aku gi makan besar di Utan Cafe. Fuh... berbaloi makan besar weh ! Situ kalau makan tengahari atau malam.. beramai ramai, perghhh.. Puashati kau nakkkk. Sampai ke rumah masih kenyang giler. Mahal ? Tak pun... Ha , terlupa lak nak story. Hahahah.. Aku makan budu ngan sambal belacan. Dia punya pedih.. perghh.. Tapi pastu elok terus. Alhamdulillah... lega sangat aku. Huhuhu..

Hari tu , wife ada beli satu lagi ubat ulser ni kat Alamanda. Tapi aku tak guna la lagi sebab ulser hilang dah. Takkan saja saja nak bubuh lak kan ? Ubat ulser ni ada banyak jual kat farmasi. Gi je tanya kalau tak tahan sakit. 

Sebenarnya aku tahu kenapa aku kerap kena ulser ! Huhuhu.. Semalam , aku makan makanan panas. Dan selepas tu , terasa sakit di bibir atas. Lokasi lain lak. Pagi tadi aku bubuh dah Bonjella. Ha , kena kerap bubuh Bonjella ni untuk cepat baik. 

Dan satu lagi faktor ialah.. hee... kurang air ? Hurmm.. Kalau aku tak gi gym , memang kurang air la. 2 hari ni memang tak gi gym sebab jadi suri rumah sepenuhnya. Wife outstation. Huhuhu.. 

Ok.. jom tengok punca punca kenapa ulser singgah di mulut kita. !
  1. Stress ! - aku rasa kebelakangan ni memang aku stress skit. Banyak masalah timbul serentak tapi aku dapat kawal dengan baik. Tak guna nak stress pasal orang. Bab duit , itu rezeki. Kena rajin mintak dariNya dan berusaha. Jangan pandai mengeluh jer. 
  2. Jangkitan virus -  Aku ? Hurmmm.. tak kot.
  3. Perubahan hormon dalam tubuh badan - Rasanya macam yer gak. Makin kacak je aku tengok  diri aku sendiri , sekarang ni. Jatuh cinta lak. Ehhhh.. 
  4. Faktor genetik dan keluarga - Erk.... 
  5. Penjagaan mulut yang kurang baik - Huih... mana bisaaa ! 
  6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi - Rasanya yer gak kelmarin. Maklumlah , dapat berus gigi baru yang aerodinamik gitu.. Hee..
  7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E - Hurmmmmmmmmmmmmmmm... 
  8. Sesetengah jenis ubat -  Ni sila rujuk doktor yer..
Kalau dalam masa 3 minggu tak sembuh gak.. Haa , korang kena rujuk doktor yer. Jangan main main. Mana la tau kot kot ... malas nak sambung. Pandai pandai la gi buat pemeriksaan tu yer. Dan untuk kes aku ni , aku nak cuba Bonjella dulu.. 

" Boboi , mana Oral Aid aku ????  "


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Terasa bermanfaatnya diri ini ! Sejak dulu lagi aku teringin menjadi insan berguna pada insan lain. Tapi aku rasa aku tak mampu. Apa yang berlaku pada aku , sebaliknya. Aku rasa diri aku ni sampah buat masyakat. Malu. Menyendiri dan keseorangan. 

Segalanya berubah di satu malam. Aku menangis semahu-mahunya dan minta petunjuk dari Allah. Tempat mengadu yang sebaik-baiknya. Alhamdulillah , perubahan mula berlaku pada diri aku. Dari setapak , aku mula melangkah dan akhirnya mampu berjalan dengan baik. 

Hari ini , hampir 10 tahun aku di dalam dunia media sosial. Macam macam pengalaman pahit manis aku terima.  Aku tetap melangkah ke hadapan walapun perit dan sedih. Begitulah kehidupan. Mereka akan kata apa saja. Mereka akan ucap apa saja. Kita redha dan serahkan saja Allah.

Sejujurnya semangat aku di media sosial ni semakin luntur. Ditambah lagi dengan isu isu terkini membuatkan aku rasa putus asa. Mula merancang sesuatu yang baru buat diri ini agar terus menjana pendapatan buat keluarga , walaupun dari rumah.

Entah camana semalam , ada seorang kenalan hantar mesej di Instagram. Aku tak ingat langsung sapa dia. Kata-katanya meransang semangat aku semula. 



Ramai yang pm. Yang benar benar nak bertanya , aku akan menjawabnya dengan baik. Yang nak mengarut tu , aku blocked terus. Heee.. Malas nak layan. Dan pastinya katak kata dari kenalan ini membuatkan aku rasa ilmu yang aku perolehi selama ini , bermanfaat untuk insan lain dalam mencari rezeki. 

Ada yang anggap aku membuat masa terutama di Facebook dan Instagram bila post gambar gambar yang 'menghiburkan' sesetengah insan. Alhamdulillah.. walapun ada yang kata mengarut , tapi bagi mereka yang sedang stress dan tertekan , mereka tersenyum dan ketawa. Itu sudah beri pahala buat aku. Stress ini sangatlah merbahaya. Jika tidak dikawal , kita boleh dapat macam macam penyakit. Nah , di sini la kadang kadang tugas kita secara tidak langsung , membantu insan insan lain dari pelbagai sudut. 

Ini bukanlah pertama kali. Cuma aku tak ingat berapa banyak kali dah. Bak kata orang , jika kita ikhlas , kita takkan kebaikan yang kita dah buat. Heee.. Orang la kata. Aku tak kata apa pun dan yang pastinya , setiap kali aku buat kebaikan , aku teringat akan kebaikan kebaikan insan yang pernah membantu aku kembali melangkah , di dunia yang nyata ini. Semoga Allah berkati mereka. 

Dan buat korang yang membaca ni.. Jutaan terima kasih atas segala sokongan yang korang berikan terhadap blog ini. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua... Aaminnn...


Jom sambut kedatangan bulan Mac dengan COSMODERM MONTHLY PROMO! Dapatkan diskaun 20% bagi setiap pembelian produk untuk set jerawat Tea Tree. Bermula dari 1 hingga 31 Mac 2019! 
Diskaun hanya valid untuk pembelian di website Cosmoderm sahaja! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes