BEN ASHAARI




"Bang.. Cepat gi bergambar kat situ."  Pinta wife. Aku tau niat bini aku ni  Dia nak tunjuk kat Qhaliff la tu jap lagi. Sapa suruh tak nak ikut balik semalam. Haaaa... Kan dah nganga tak dapat bergambar dengan Bumblee  Bee.. Karektor feveret Qhaliff.

Ada beberapa 'buah robot' di situ. Tertanya gak aku.. Promosi apa lak kali ni dan sapa punya ?? Aku pun keluarkan Samsung Note 9 aku dan serahkan pada wife.

Tiba tiba datang seorang wanita menyapa aku. Aku tengok baju dia. Ooooo.. Patut laaa.. Terkena dah umpan diorang. Sebelum ni menolak je aku sebab dah pernah di interview termasuk anak anak aku. Dan serius menyampah gak ketika tu. Caranya memang merendahkan anak anak aku. Dan satu lagi  memang tak nak tambah komitmen nak bayar bulan bulan. Hurmmm..

Agak beria dia ajak dan aku terpaksa tegas dengan jawapan aku. Akhirnya dia mengalah bila dapat tarik orang baru. Huhu.. Terlepas aku. Risau sebenarnya  Risau jika jawapan aku kurang ajar walaupun dah berkali menolak..

Biasanya jika aku didesak , aku akan senyum dan jawab...

" Saya tak mampu nak bayar bulan bulan. Mahal ! ". Terus senyap. Dan nampaknya bukan aku je yang 'takut' dengan Grolier ni . Ramai jugak.. Hahahaa.. 




Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Itulah pesan aku pada wife ! Jangan masak sedap sedap ! Kalau boleh , setiap masakan jangan letak garam dan air minuman jangan ada gula ! Itu hanya berlaku di rumah aku saja. Kalau di luar , jika ada pilihan... aku nak buat juga tapi sukar sebenarnya. 

Wife aku sama seperti isteri isteri yang lain... suka memasak ! Sapa tak suka masak makanan sedap sedap untuk sang suami kan ? Tapi aku rasa korang pon tau kenapa kan aku bagi arahan sebegitu ? Yer.... aku ada tekanan darah tinggi dan juga aku nak elak dari diabetis ! Maka gula dan garam adalah dua unsur yang aku kena jauhi ! Begitu juga dia.. 

Sesekali.. ok je bagi aku kalau dia nak masak terutama di hujung minggu.. Sesekali makan sedap  barulah enjoy. Hingga licin gitu.. 


Bulan puasa ni , dia masak boleh dikira beberapa kali. Kalau masak pun , pastinya sangat ringkas. Aku cuma nak makan untuk berbuka jer. Heee... Dan aku rasa aku nak teruskan amalan berbuka dengan 3 kurma terlebih dahulu dan turut diakhiri dengan kurma juga. Terasa perbezaan yang cukup ketara. 

Kebelakangan ni kita boleh tengok ramai orang muda yang terlentang di hospital gara gara penyakit tekanan darah tinggi dan juga diabetis. Begitu juga dengan kanser. Pemakanan juga antara punca kepada penyakit kanser ni ! 

Aku tengok mereka yang gi buffet Ramadan ni pun satu hal gak. Dia punya makan.. Perghhh... Memang la sedap. Dah bayar mahal ! Tapi makan la berpada pada. Amik lebih pada nak rasa jer. Bukan makan sampai perut kembung terbelahak ! 

Sebolehnya banyakkan makan ulaman dan juga buah buahan tempatan. Harga perubatan sekarang ni mahal. Kalau ada insuran , ok la kan ? Kalau takda.. ? Hospital kerajaan pun bukan free nak oi ! 

Selagi boleh elakkan... jangan ikut nafsu. Kita sakit , kita yang susah. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Luahan si Qhaliff pada ibunya. Bila dipeluk , mengalir airmatanya. Cerita si wife dalam kereta malam tadi sewaktu pulang dari berbuka puasa di Cafe Cerita Kambing. Qhaliff tak ikut sama pulang. Dia ikut sepupu dia . Nak tidur sana katanya. Aku benarkan , buat pertama kali walaupun berat hati ini nak lepas pergi. Hurmm.. 

Sayu hati bila mendengarnya. Apakah dia tak tau sebenarnya dia yang paling dilebihkan antara dia dan adik adiknya ? Cuma apa yang berlaku adalah untuk mendidiknya untuk menjadi 'lebih abang' kepada adik adiknya dan belajar beralah. 

Nak diikutkan sebenarnya yang patut lebih terasa adalah Zahra. Dialah yang sebenarnya kurang dimanjakan sebab diusia dia 2 tahun , dah ada adik baru. Tak sempat nak bermanja abis abiskan malah dia putus susu lebih awal berbanding Qhaliff ! Hurmm.. Zahra sedar dan dia berusaha untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapa dia. Huhuhu.. Daddy yang stress ! 


Aku berusaha untuk berlaku adil. Hinggakan si wife pun terasa dipinggirkan ! Adeh.. Jangan kata dia, aku sendiri pun terasa diri sendiri dipinggirkan ! Tak sempat nak manjakan diri sendiri wehhh ! Kerja tanpa henti. Kuku kaki pun pun tak sempat nak jengok !! Haaa.. Apa citer ? Nasib baik.... haa.. yang tu tak yah citer ! Sendiri maklum dah. Heee..

Qhaliff tak sedar... pergi ke sekolah , dihantar. Baliknya dijemput. Daddy tunggu depan kelas lagi kadang kadang. Haaa... Semata mata tak nak dia terasa dipinggirkan. Tapi apakan daya.. budak kan ! Belum bijak berfikir lagi. Daddy kena banyak bersabar. 

Nak dibandingkan dengan Zahra... sekolahnya sampai kul 4 petang setiap hari. Kadang kadang aku gi jemput kul 2 petang. Dalam kereta dah , lena tidur gara gara penat sangat. Qhaliff, jam 12 dah diambil pulang ! Tak perlu tunggu lama pun. 

Entah la.. Kadang kadang rasa cam nak menikah je lagi. Eh.... apa kaitan ???
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hurm..

Ada komen di blog. Aku malas nak layan  tapi tak pe la.. Mungkin ada orang ingat aku ni taksub ngan gym atau poyo nak sangat nak jaga badan ! Heee.. Tak pe la. Dia mungkin tak tau atau aku tak sebagus si pengomen tu. Katanya baik buat terawih 20 rakaat pastu rehat .. tidur pastu ! Heee.. 

Bab amalan ni , takkan nak cerita kan ? Nanti tak ikhlas lak jadinya. Gym aku pergi , selepas terawih. Dan ada yang aku buat selepas gym. Takkan nak selfie kot ? Biar je la Allah nilai sendiri. Cuma kenapa aku gi gym tu bersebab. Ingat seronok sangat ke nak gi gym tu ? Ingat orang yang berlari malam malam tu sebab seronok sangat ke ? Majoriti mereka ada penyakit ! Sebab tu tengok yang terlibat dalam sukan kebelakangan ni kebanyakkan dah berusia atas 30 tahun. Macam macam penyakit ada.. stress , diabetis , tekanan darah tinggi , obesiti dan macam macam la lagi ! 

Aku... 1 tahun lepas aku berehat dari gym. Besarkan anak. Apa jadi dengan aku ? Hurmm..


Aku suka makan. Selera makan aku besar. Cara nak sekat aku dari kuat makan ni dengan meletihkan badan. Tahap letih hingga nak makan pun tak lalu.Nak minum air je banyak. Nah , kena masuk gym la gak. Dan bila aku boroi hasil tak jaga pemakanan ,  darah tinggi kerap menyerang. Ditambah dengan usia aku sekarang ni, memang bahaya ! 

Takkan nak cerita semua ni kan ? Sebenarnya ada cerita.. cuma pengomen tu mungkin baru kenal aku je. Tak pe... anggap positif jer. Dia prihatin. Dan bila boroi gini , aku payah nak bernafas. Yer , aku ada masalah dengan pernafasan. Ada yang kata aku semput tapi aku rasa tak. Aku kena turunkan berat badan.


Aku tak nak komen la pasal manusia lain. Aku tak tau dan aku tak nak amik tau. Yang aku tau , aku jaga bahagian aku. Kau nak buat berapa rakaat sekali pun , terpulang. Tapi jangan la anggap orang lain macam tak solat. Dan jangan jadikan alasan Ramadan untuk tidak menjaga kesihaan. 

Semoga Allah berkati kita semua.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Terkedu baca berita ni ! Macam tak percaya jer ! Tapi dah dapat dirasakan semacam jer. Apakah sebab Sony tak laku di Malaysia ??? Sony masih ada pengguna setia tapi jumlahnya tak besar. Dan yang menanti masa untuk sertai team Sony pon ramai cuma belum begitu berkeyakinan.

Sejujurnya ketika aku menjadi tukang review beberapa siri handphone Sony, aku akui Sony antara telefon pintar yang aku sayang ! Nak bertukar ke jenama lain , aku tak berapa berminat kecuali Samsung Note jer. Tu pun sebab dia ada S Pen dan juga antara muka yang menarik. 

Pemergian Sony adalah satu kehilangan besar buat negara kita ni. Kamera dia memang mengagumkan. Takda la nampak ketara palsu macam hp brand X tu. Dia punya bokeh penuh kepalsuan sungguh ! Ketara nampak menipu ! 


Masalah awal telefon pintar Sony Xperia ni ialah panas. Ketika tu aku guna XZ1. Tertarik dengan kalis air sebenarnya. Barulah kamera yang cun. Sayangnya antara mukanya terlalu asas jer. Kemudian aku dapat review untuk Xperia yang lain hinggalah ke Xperia XZ2. Itulah yang terakhir.  Dan yang masih kekal pada aku ialah XZ Premium , XZ1 dan XZ2. Sayang tak sempat merasa X1. Huhuh..

Takpela... Rasanya dunia telefon pintar pun akan berubah di mana Huawei bakal membuat sistem operasinya sendiri yang diberi nama HongMeng. Sesuatu yang baru dan patut dicuba. Kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Februari 2026 (2)
      • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes