Bila terima jemputan rumah terbuka di bulan Syawal ni , aku mampu tersenyum jer. Aku memang tak berminat nak pergi kecuali seorang diri jer. Kalau nak bawak anak anak tu , memang tidak sama sekali. Berdua ngan wife ? Dia tak berminat nak gi makan dengan meninggalkan anak anak pada orang. Tak sampai hati katanya.
Kenali anak masing masing.. Gitulah ! Anak aku , 3 orang. Yang boleh duduk diam, Zahra seorang. Tapi itu jika dia tak 'panas enijn'. Jika dah panas , dia boleh hilang tanpa dikesan. Dia takkan usik barang rumah orang. Qhaliff pun begitu juga tapi dia mudah 'terpengaruh' dengan kawan kawan barunya. Maksudnya , jika pergi beraya , kat sana ada 'geng ' , siap ler.. Melainkan dia dah buat hal dia sendiri seperti layan handphone yang mana aku takkan benarkan sama sekali ! Berlaku semalam di rumah kawan aku , dia layan handphone tanpa pengetahuan aku. Dia mintak kat mak dia. Dan dalam kereta , kena bebel ! Aariz ? Ni memang payah nak kawal lagi. Maklumlah , belum 'sekolah' lagi punya budak.
Terbaca beberapa kisah di hari raya melibatkan anak anak ni , aku jadi kesian kat semua pihak terlibat. Nak 'happy happy' , dah jadi duka lara ! Ditambah lagi , isu tu diup di media sosial untuk perbentangan umum agar dapat dibahaskan oleh ramai cendiakawan dan bijaksanawan.
Beberapa nasihat oleh insan insan yang berjaya dalam hidup mereka ...
“Konklusinya di sini, kadang-kadang kita nampak benda remeh, tetapi besar impaknya kalau anak-anak kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang. Jangan kata, “Ala, budak-budak biasalah”, kerana di situ menunjukkan anda gagal mendidik. Beranak pandai, didik tak tahu,”
" Kejadian seperti ini dapat dielakkan sekiranya ibu bapa mengawasi kelakuan anak-anak ketika beraya di rumah saudara mara atau kenalan. Adab mengunjungi atau menziarahi rumah saudara mara dan kenalan di hari raya wajar diajar kepada anak-anak agar mereka faham dan tidak menimbulkan rasa kurang senang. "
Entah la. Menuduh orang tak mendidik anak tu , bagi aku agak terlampau sedikit. Kita tak tau orang tu dah puas mengajar atau tak anak mereka punya keaktifan di luar jangkaan. Maka sebab tu , aku memang takkan nak bawak anak anak ke rumah terbuka. Kalau nak pergi , aku gi beraya terus di hari biasa. Lagi pun , aku bukan nak pergi makan ! Nak jumpa kawan kawan je pun sambil berkenalan dengan ahli keluarga mereka. Maklumlah , lama tak jumpa.. Macam macam nak dibualkan... kan kan?
Aku nak gi beraya dengan rasa riang di hati. Tapi jika di rumah orang tu nanti , aku kena perhati anak anak utk pastikan mereka sopan , lebih baik aku gi KFC jer la. Anak anak tak bersalah. Mereka ikut mak ayah. Ingat diorang seronok sangat ke gi rumah orang ramai ramai ni ? Boring ok ! Bukan nak makan sangat pun diorang ni. Jumpa kawan , menjadi laaa ! Automatik berubah !! Nak kata nakal atau tak dengar cakap , perubahan ini berlaku ketika ada geng jer ! Kalau sorang sorang mereka , tak menjadi !
Dinasihatkan la.. kalau nak buat open house tu , simpan segala harta harta yang berharga termasuk binatang peliharaan. Sebaiknya buat di ruangan terbuka yang mudah dan selesa. Bagitau juga pada tetamu , anak anak yang sukar dikawal , jangan bawak ! Kan mudah gitu.... Tak sampai hati kan ? Ingat parents yang bawak anak anak tu , suka sangat nak jegilkan mata pada anak anak mereka ke ? Penat tak nak kawal anak anak ni. Tak penuhi jemputan.. rasa bersalah. Dah pergi, rasa menyesal lak. Hurm.. camana tu ?