BEN ASHAARI




Aku kembali amik whey protein. Memang akan  dijangkakan size baju aku berubah dari L kembali ke XL. Aku taknak size L. Heheee.. Kecik !! Aku sesuai dengan size XL jer sejak usia 20 an.  Bila bersize XL , baru terasa cam jantan skit. Hehehe..

Di Kelantan ari tu  aku beli seluar Levis. Aku amik la ukuran aku sekarang.. 34 dan terkejut. Ketat !!! Oh mak aih. Bahaya ni!! Terasa sendat abis. Padahal sebulan sebelum tu , ok sangat je size 34 ni. Adehh.. tak leh jadi gini. 

Dan sememangnya di Kelantan ari tu aku kuat makan terutamanya malam  Walaupun pergi gym tapi sepatutnya aku kena elakkan makan malam ! Inilah puncanya. Bukan sebab amik whey protein.. 


Nak makan malam boleh tapi sebelum jam 6..Dan aku dah mulakan 3 hari. Ternyata ada perbezaan. Lapar tu memang akan lapar. Kena kuat dan lawan. Tidur awal sebaiknya. Pagi nanti makanlah!! Heheee. Itu je rahsianya selain kena bersenam.

Okeh.. Nak workout jap. Cuaca berjerebu di Sepang ni. Hurmmm..kurangkan aktiviti luar.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Menyingkap kembali kenangan pertama kali aku dapat tawaran ke luar negara adalah di luar impian aku sejak bergelar bergelar blogger. Tapi aku tak nafikan ianya boleh jadi kenyataan cuma tak sangka untuk trip pertama, segalanya yang aku impikan selama aku hidup ini , menjadi realiti dalam masa sesingkat itu ! 

Segalanya bermula dari satu email yang aku terima di kala masing masing sibuk beraya ! 


Ketika dapat email ni , aku gelak ! Jam 2 pagi aku baca email ni kalau tak silap aku !! Terus aku delete weh ! Sapa pulak nak scam aku di pagi pagi hari ni .. di saat orang sibu beraya wehhh ! Terus aku sambung tidur .

Tapi di pagi harinya , aku kembali check email tu. Aku tengok dari sapa. Kemudian isi serta penghantarnya. Kelihatan asli ! Hurmmm.. Aku reply.. Dan woww !! Aku tunjuk pada wife. Dia  pun teruja. Cuma ketika tu sedikit sayu sebab nak tinggalkan Zahra yang baru lahir. Huhuh.. Tak pe la. InshaAllah ok jer.

Dan akhirnya... akhirnya ! Masa singgah Airport Dubai pun aku cam.. Wowww ! Hahahaha.. Aku peminat senibina sebenarnya. Mana mana airport memang mengagumkan aku. Seterusnya aku dan rombongan seramai 6 orang tiba di Paris ! Fuhhhhh.. macam mimpi je wehhh ! Aku tak sangka sama sekali trip pertama aku , ke kota romantik ini ! Huhuh.. Tak sangka sama sekali ! 


Walaupun dah berlalu 5 tahun tapi kenangan ni masih segar bersama aku. Yer , aku turut hampir di seluk saku di sini. Nasib baik ada sahabat yang sering 'menjaga' aku memandangkan aku pertama kali keluar negara. Macam kanak kanak aku jadinya. Hahahahha.. Tapi best sangat ! 

Akhirnya... Eiffel Tower di depan mata aku. Dapat juga sentuh besi buruk ni ! Hahaha.. Bangga sebab aku dapat merasainya atas tiket blogger ! Ye, ramai dah pergi sini tapi sapa je dapat pergi atas tiket tajaan dari syarikat penerbangan terkemuka dunia ?? Haa... tajaan penuh wehh ! 

Kenangan manis tetap terpahat di hati ini ! 



Tapi yang paling best.. ialah ke bandar Toulouse. Bandar penerbangan yang cukup cukup cukup cantik dan nyaman ! Fuhh... sebijk macam dalam cerita cinta gitu. Lepak kat cafe sambil membaca novel , ada yang berbasikal..kelihatan kanak kanak ceria berlari sana sini.. udara yang cukup nyaman walaupun matahari di atas kepala.. hehehee

Kilang Airbus. Aku memang teringin nak berada dalam ni sebab nak tau sangat camana kapal terbang dibina. Melawat ke mock up cabin dan melihat camana ruangan kabin kapal terbang yang ditempah khas Cukup kagum ! 

Panjang nak cerita sebenarnya tapi sudahlah.. dah lepas pun ! Hahahha..










Dan sekali lagi.. aku teruja.. Aku ingatkan balik ke KL kena gi Paris semula tapi rupanya tidak ! Naik kapal terbang terus dari kilang dia wooooo ! Sapa sangka kan ? Satu impian yang tak terduga sebenarnya. Ditambah lagi dalam kapal terbang , takda penumpang lain selain krew kapal terbang. Segalanya baru dalam ni. 18 jam perjalanan tanpa henti. Makan tidur jer.. Heheheh.. 

Alhamdulillah.. Berbaloi jadi blogger. Terima kasih pada En.Fairuz dan juga Air Asia kerana sudi memilih aku ke trip ini. Kenangan manis sampai mati ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dulu aku follow yang Hollywood punya , Designated Survivor. Rasanya sempat sampai 2 siri tapi pastu malas dah . Meleret leret ! Boring !!! Dan Korea punya versi pulak muncul ! Tu diaa.. Bagi peminat drama Korea , mereka tau kalau drama Korea memang power la ! Confirm di penghujung episod tu akan kasi bikin gempak yang membuatkan peminatnya TERPAKSA tunggu episod sambungan. Suka atau tidak , kena tunggu untuk tau apa yang terjadi ! 

Aku memang suka layan citer citer Korea terutama yang versi filem aksi. Tidak membosankan. Kalau drama cinta cinta ni , aku malas nak layan leleh ! Hahaha.. Satu , hero dan heroin confirm kacak cun ! Bosan weh !  Sebab tu filem aksi aku layan. Hero tak hensem tapi lakonan power ! 

Ok.. untuk Designated Survivor 60 Days ni baru masuk 14 episod. Memang layan la tonton. Mengisahkan Menteri yang tak da power , dipecat dari jawatannya oleh Presiden tiba tiba dilantik menjadi Presiden Korea dek kerana Presiden dan Menteri Menteri Kabinet mati dek kerana letupan ! Haaa... dia yang tak tau apa apa , tiba tiba berkuasa dan kena uruskan negara yang mana konspirasi dalaman yang sangat dasyat ! Fuh... sapa dalang ? Tu kena tonton laa.. 

Seminggu 2 kali episod drama ni. Aku tak pasti la akan ada siri ke 2 atau ke 3. Aku tak mungkin nak ikut jika ada. Hanya berminat nak tau sapa dalang sebenarnya dan kepala terhadap semua konspirasi di dalam kerajaan mereka. 

Boleh tonton di Netflix. Ada yang kata di channel lain pon ada. Tapi malas nak tengok tanpa sarikata english. Heeee..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Viral di media sosial. Pertama kali aku tonton video ni , di saat ke 1:43 , aku tergamam seketika ! Kemudian aku dan ulang berkali kali.. pada awalnya aku agak nak menafikan itu tangan manusia kerana kelihatan ada 3 jari tetapi video yang diedit dengan lebih baik serta di zoomkan , kelihatan 5 batang jari dan agak panjang. Er , kesan dari zoom kot buat nampak cam panjang ? Huhuh.. 

Ok.. cuba korang tonton sendiri yer.. 


Di ruangan komen beberapa page yang post video ni ada komen komen dari mereka yang terlibat. Hurmm.. kelihatan komen memang original dari mereka yang terlibat. Katanya yang dibuat itu adalah kotak yang mengandungi dokumen penting pemilik kereta tu dan bila mereka turun mencarinya, tidak jumpa sudah kotak tu. 

Tapi sewaktu video ni dirakam , mereka tak nampak ada sesuatu yang keluar dari tingkap kereta tu ! Huhuhu. 





Tidak dinafikan memang wujud makhluk halus di dunia kita ini tetapi apakah benar  jari yang keluar itu , bukan jari manusia ? Apa pendapat korang ?  Aku sendiri pun dah 50-50 . Kualiti video tidak begitu memuaskan membuatkan aku jadi begitu. Hehehe..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Anak kedua... aku anak kedua. Zahra anak kedua. Orang kata , anak kedua ni berdikari ! Dan anak kedua ni , kurang dapat kasih sayang berbanding anak pertama dan ketiga dalam 3 beradik. Yang nombor lain tu , aku tak tau la sangat. Heee.. 

Zahra.. aku perasan dia ni sering buat aku marah berbanding adik beradik dia yang lain. Seolah olah saja buat aku jadi gitu. Mendapatkan perhatian bak kata orang. Aku kasihan sebenarnya dengan dia. Memang dia ni ikutkan aku lebihkan juga cuma yang aku tak tahan tu part dia menangis ! Adoiii laa... sakit telinga aku. Dia punya nangis tu kan.. cam .. haish ! Dan punca menangis pun adoilaaaa... boleh buat aku hantukkan kepala di dinding ! 

Contohnya...Dia tengok adik dia dok main mainan dia. Dia amik. Bila adik dia cuit , dia nangis. Dia kata adik dia pukul ! Adoi.. Sikit je kot ? Pukul tu ye la tapi memang la tak sakit mana pun. Dah dia main rampas gitu jer ! Bila kita cakap baik baik.. dia tak nak dengar. Haaa.. saja buat gitu.


Yang kedua... dia nak kita yang ikut cakap dia. Tak nak beralah sama sekali. Contohnya , bila kita suruh dia mandi tapi dia nak susu botol dulu. Selagi dia tak dapat , selagi tu dia tak nak mandi. Kalau kita paksa dia mandi.. dia akan menangis bersungguh sungguh. Macam kena dera lagaknya.

Dan baru baru ni ketika gi menonton Boboiboy. Haish.. Dia boleh bantai menangis tak henti semata mata aku tak gelakkan dia bila dia buat lawak tapi aku gelak sebab Aariz buat lawak yang serupa dengan dia. Masalahnya ialah dia tiru Aariz. Hahahaa.. Serius aku geram sangat kat dia masa ni. Aariz menjerit 'Boboiboy' ketika nampak perkataan Monsta keluar. Dia tiru. Suara dia tu kuat. Sah sah la aku marah dia. Hahahaa.. Nak ikut Aariz, suara dia jerit tu dengan nada pelat. Adoi hai la anak. 


Tapi menurut mak aku.. bila aku takda depan mata dia , dia sangat ok ! Takda masalah sungguh dengan dia. Mudah ikut kata dan matang jer perangai dia. Boleh nampak perangai dia yang matang bila masuk dalam pasaraya. Nah , ketika dia boleh buat dunia dia sendiri ! Mencari apa dia nak. Memilih dan mudah bertolak ansur.

Dan dia juga sebenarnya penghibur hati aku. Anak kedua ni memang melucukan tapi mereka simpan sebab nak orang tuanya manjakan dia. Contohnya semalam. Di jam 2 pagi , semua orang tidur.. dia temankan aku buat keja. Duduk sebelah aku dan dia pun buat kerja dia. Sesekali dia pandang aku sambil tersenyum. Aku pandang dan balas senyumannya.  Dan best partnya.. dengan ekor matanya menjeling ke arah sesuatu yang dia letakkan secara senyap berhampiran dengan aku. Dan aku tak perasan entah bila dia letakkan benda tu ! 

Aku terus ketawa besar. Dia pun. Hampehhhh laaaa anak dara sorang ni ! Dia tak perlu bersuara. Dengan matanya aku dah tau apa dia nak ! 

" Yelah , yelah... daddy buat.." terus bangun dan ke dapur. Lepas dapat susu botolnya tu, dia duduk sebelah aku. 

" Gi masuk tidur. Kang daddy masuk. " kata aku. Dan dia terus masuk. Aku pasti dia akan lena terus.

Bila kerja aku dah siap.. aku masuk dan tengok dia. Lena dah. Kesian dia. Terus aku baring sebelah dia dan kucup dahi serta pipinya. Camana sekali pun , dia tetap nak tidur sebelah aku. Dan takda sapa sapa boleh tidur sebelah aku kecuali dia. Sapa mencuba, dia akan menolaknya ! Yang ini dia takkan benarkan sama sekali. Daddy miliknya ketika tidur. Dah lena, lantak la sapa pun nak tidur sebelah daddy ! Hahahaha.. Bab tidur , dialah raja. Lena tak kisah apa pun dah. 

Anak kedua.. bagus tapi dia kuat cemburu. Cemburu seperti tidak disayangi. Walhal dia memang disayangi sangat. Dan sekarang aku memahami perasaan orang tua aku. Dulu aku begitu. Dalam keluarga. Rasa tidak diperlukan. Mintak apa saja , payah nak dapat walhal dapat jer. Dibutakan mata dek kerana cemburu ! Hurm..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes