BEN ASHAARI



Gaya hidup yang tidak sihat, aku dah tinggalkan ! Apakah kesannya pada aku selepas melakukannya? Hurmm.. banyak perubahan ! Paling penting , bila bangun tidur.. terasa sangat sangat ringan badan dan tidak punya masalah untuk bangun awal pagi melainkan jika tidur aku tidur cukup 8 jam ! Ini sangat penting sebenarnya.

Punca kepada masalah suka makan malam yang sedap dan berat ini adalah suka melepak di malam hari ! Bagi aku , melepak di malam hari sesekali tu ok la terutama pada yang muda muda tapi perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. 

Antaranya, pemakanan kita. Bila melepak tu.. takkan nak lepak kosong je kan ? Mesti nak ada sesuatu di atas meja. Nak letak apa eh atas meja ? Makan minum camana nak diorder ? Kalau di restoran makanan segera , sah sah laaaa makanan segera kan ? Ditambah dengan air berkarbonat ! Fuh.... power woiii ! Ada yang fikir gini ... "aku baru lepas workout @ berlari , apa salahnya makan ? Esok bakar la balik kalori ni ! ". Hurmm.. hurmm.. betul ke gini eh ? 

Aku taknak bicara mengenai orang lain. Memadai aku jer. Gaya pemakanan aku dulu memang salah sama sekali. Aku dok pikir kenapa badan aku tak berubah walaupun kerap pergi gym ! Lepas gym , makan berat ! Kononnya nak recover tenaga yang dah digunakan ! Nah kau... makanan pedas seperti tom yam , nasi ayam dan macam macam lagi ! Nasi lemak malah ada juga kerap aku belasah mee segera ! Patutlah berat badan tak berubah malah naik juga dibahagian perut ! 

Maka aku ubah.. antara punca aku ubah ialah untuk elakkan dari kanser usus ! Bila kita makan banyak , pastu tidur. Bangun tidur , perut terasa kembung nak membuang ! Tu pun jika nak membuang. Ada orang simpan 2-3 hari baru terasa nak membuang ! Ini sangat merbahaya !! 

Itu belum lagi dengan mereka yang merokok ! Adeh... penat nak nasihat bab gini. 

Ubahlah gaya hidup kita terutama bila dah usia tu lebih 30 tahun. Bukan muda lagi dan perlu tahu , kos rawatan perubatan di zaman ini sangatlah mahal.. 


Apa guna duit banyak tapi badan tidak sihat ? Orang lain tolong enjoykan duit duit anda itu ! Hehehhe...Dan bukan takut mati tapi takut menyusahkan orang lain ! Bila kita sakit , kita akan sendirian di atas katil....hospital ! Dan kita akan jadi tukang LIKE gambar mereka yang pergi bercuti.Hehehee.. 

Untuk info mengenai kanser usus , aku cadangkan baca di Hello Doktor ni. Dapatkanlah maklumat demi kesihatan kita dan juga ahli keluarga kita yang tersayang.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Teringat saat saat wife aku mengandungkan Qhaliff. Ketika tu , kami tinggal di Putrajaya. Setelah bertahun menantikan kata kata ' bang , saya pregnant'  keluar dari mulut wife , akhirnya di satu ketika tu.. aku perhatikan dia semacam sikit dari rupa fizikalnya. Dia berisi sedikit dan agak pelik perangainya. Sibuk nak berkebun. Aku cam.. hurmm..  Aku tak benarkan ! Ditambah lagi dengan dia tak leh bau badan aku serta kerap ke tandas untuk buang air kecil. 

Eh.. jap jap.. Aku cuba cari entri tu eh... Hah ! Jumpa  !! Entri bertarikh 8 Ogos 2011 . Fuh , cayalah ! Untung ada blog. Leh cari semula. Kalau Facebook ? Instagram ? Haaa.. sebab tu blog tu penting ! Senang nak cari semula kisah hidup kita ! Kan kannnnnn ? 

" Semalam ... guna pregnancy test , nampak dua jalur ni .. Tapi menurut mereka yang berpengalaman berkata , keputusan dari pregnancy test ni tak leh nak percaya sangat.. Nak tak nak kena g dapatkan khidmat pakar perubatan .. Doktor laaaa.. hehehe ..

Maka ... aku pon g laaa ...Pergi la.. bukan gi laaa ( gila ) ... g klinik ibu mengandung dekat Precint Diplomatik .. hehehe .. Sampai sampai situ , aku macam tak percaya jer.. Gulp.. ramainya budak budak .. hahaha.. Apakah ???

Tersenyum melihat budak budak yang bermain berhampiran dengan aku .. hehehe.. Comel budak budak ni .. Alhamdulillah , pasti ibu bapa dia beruntung dapat anak anak comel gitu..

Giliran wife aku dipanggil .. Aku dan wife masuk ke dalam .. Gulp .. Doktor memberi salam .. Tersenyum dia ... Hehehe.. aku pon senyum ala ala kerang je.. Maklumlah , kali pertama .. Padahal sebelum tu tanya wife , " Nak kena masuk gak ke ??? " .. Hahahah... bengong kan aku ? Hahahaha...

Kemudian doktor tanya .. bla bla bla.. Wife jawab.. bla  bla bla .... Maka doktor kata , baik scan .. Bukan apa , kadang kadang ada yang fikir pregnant tapi bila scan , lain lak.. Haaa.. 

Setelah menerima pandangan dia , kitorang pon setuju untuk scan.. "


Ok.. confirm dah ! Masalah utama aku ketika itu ialah.. apa yang patut aku buat setelah mengetahui wife aku pregnant ?? Dan paling best ialah.. dia mula alami masalah masalah mana ketika ini si suami akan diuji dengan tabahnya 'perangai ' sang isteri ! Fuh... kalau 8 bulan ko tak leh tahan , camana ko nak tahan dengan perangai anak bertahun tahun lamanya?? 

Nah... di sini aku nak bagi sedikit tips khas buat mereka yang baru menikah yer ! Bukan apa.. ada lelaki yang tak tau apa apa pun mengenai pregnancy ni ! Aku amik tips tips ni di HelloDoktor.Com yer.. 


Ini bukan mengandung yer..

Tanda tanda mengandung yang biasa berlaku 

Terlepas Haid/ Haid tidak datang. 
Sekiranya anda dalam usia yang masuk akal untuk hamil, tidak mempunyai sebarang masalah kitaran haid tidak teratur dan perasan bahawa seminggu telah berlalu tanpa anda datang bulan (daripada waktu sepatutnya), kemungkinan besar anda sedang hamil. Ini merupakan tanda pertama dalam senarai tanda tanda mengandung kerana ianya adalah yang paling utama.

Buah dada menjadi bengkak dan sensitif. 
Apabila anda mengandung, terdapat perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Perubahan hormon-hormon ini adalah penting bagi menyokong perkembangan proses kehamilan tersebut. Namun yang demikian, kesan daripada perubahan hormon-hormon ini, anda mungkin akan perasan bahawa buah dada anda akan menjadi sedikit bengkak dan lebih sensitif. Mujurlah, rasa tidak selesa ini akan berkurangan setelah beberapa minggu kerana badan anda akan menyesuaikan dirinya dengan perubahan hormon-hormon yang telah berlaku. 

Rasa mual (boleh berlaku tanpa muntah). 
Tanda yang mecadangkan bahawa anda mengandung yang seterusnya adalah rasa mual khususnya di waktu pagi atau waktu berjaga, fenomena yang dikenali sebagai morning sickness. Sungguhpun begitu, rasa mual ini turut boleh berlaku ketika waktu malam. Rasa mual ini lazimnya diikuti oleh muntah-muntah namun dalam sesetengah orang, rasa ingin muntah ini tidak berlaku. Berbanding dengan tanda tanda mengandung lain yang telah disebut, tanda mengandung yang ini lazimnya berlaku sebulan selepas anda mengandung. Namun yang demikian, terdapat sesetengah wanita yang akan mengalaminya lebih awal dan ada juga segelintir yang tidak mengalaminya langsung. Walaupun ianya tidak jelas apakah punca kepada fenomena mual ini, peranan hormon Beta HCG dikatakan memainkan peranan.

Kerap membuang air kecil. 
Mungkin ianya adalah salah satu tanda tanda mengandung yang kurang difikirkan tetapi apabila anda mengandung, anda akan mula perasan bahawa anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Hal ini kerana apabila anda mengandung, kandungan darah dalam badan anda meningkat, menyebabkan buah pinggang akan menapis lebih banyak darah dan akhirnya membentuk lebih banyak air kencing. 

Rasa letih dan lesu. 
Merasa letih dan lesu merupakan antara tanda tanda mengandung yang lazim berlaku. Walaupun ianya sedikit subjektif, anda akan mengetahui perbezaannya apabila badan anda mula merasa lesu dan anda mula merasa lebih letih berbanding biasa. Tanda ini dikatakan berpunca daripada peningkatan paras hormon progesteron yang tinggi pada peringkat awal kehamilan. Hormon progesteron menyebabkan anda berasa lebih penat dan mengantuk.

Terdapat juga beberapa tanda tanda mengandung yang lain yang boleh berlaku namun kurang disedari oleh si ibu dan juga tidak berlaku dalam segelintir ibu mengandung. Tanda tanda mengandung ini turut berlaku dalam trimester pertama dan antaranya adalah:

Gangguan mood. Perubahan hormon ketika trimester pertama ini mampu untuk mempengaruhi emosi dan mood anda. Hasilnya, anda atau pasangan anda mungkin akan perasan bahawa emosi anda sedikit sensitif ketika tempoh ini. 

Kembung perut. 
Seperti kebanyakan tanda tanda mengandung dalam artikel ini, perubahan hormon turut berupaya untuk menyebabkan anda merasa kembung perut sedikit. Rasa kembung perut ini boleh diperincikan sebagai mirip rasa kembung perut ketika permulaan datang bulan. 

Kewujudan sedikit tompokan darah pada tuala wanita. Berbeza dengan tanda tanda mengandung yang lain, tanda ini tidak dikaitkan dengan hormon. Sebaliknya, kewujudan tompokan darah pada pad adalah disebabkan satu fenomena yang disebut sebagai implantation bleeding. Apabila persenyawaan telah berlaku antara sel telur wanita dan juga sel sperma lelaki, bebola sel yang terhasil akan bergerak ke dalam rahim dan akan menampal pada dinding rahim. Proses penampalan atau implantasi ini berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari setelah persenyawaan berlaku dan ianya akan menyebabkan pembentukan bekalan salur darah bagi membekalkan nutrien penting kepada janin yang sedang berkembang tersebut. Dalam proses ini, sedikit pendarahan boleh berlaku, menyebabkan darah tersebut muncul sebagai tompokan pada tuala wanita. Untuk sesetengah orang yang pernah mengalami tanda ini dalam kandungan sebelumnya, tanda ini akan muncul dalam kandungan seterusnya dalam majoriti wanita. 

Rasa kejang pada bahagian abdomen. Sesetengah wanita akan mengalami rasa kejang sedikit pada bahagian abdomen mereka. Rasa kejang ini sebenarnya merujuk kepada kekejangan rahim. 

Sembelit. 
Salah satu contoh bagaimana perubahan hormon ketika mengandung mempengaruhi badan anda adalah dengan menyebabkan sembelit. Peningkatan hormon tertentu akan menyebabkan pergerakan sistem penghadaman menjadi perlahan. Kesannya, pergerakan makanan dan tinja dalam usus besar tidak selancar dulu, menyebabkan terjadinya sembelit.

Mengelak sesetengah makanan. 
Apabila anda mengandung, anda mungkin akan perasan bahawa anda menjadi lebih sensitif kepada sesetengah bau dan rasa makanan. Untuk sesetengah wanita mengandung, hanya bau makanan tersebut sudah cukup untuk menyebabkan mereka menjadi mual dan loya. Tambahan lagi, anda juga mungkin akan perasan bahawa anda lebih cenderung untuk memakan sesetengah makanan sahaja. Seperti tanda tanda mengandung yang lain, tanda ini dikatakan disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh hormon ketika mengandung. 

Hidung tersumbat. 
Peningkatan paras hormon tertentu boleh menyebabkan membran mukosa pada sekitar hidung anda untuk membengkak. Dalam sesetengah kes, ianya turut boleh berdarah. Pembengkakan ini, khususnya jika dicampur dengan penghasilan cecair mukus yang banyak, akan menyebabkan hidung anda tersumbat.

Adakah Anda Betul-Betul Hamil?
Sekiranya anda sudah menyedari kewujudan beberapa tanda tanda mengandung di atas, semestinya persoalan bahawa adakah anda sedang berbadan dua atau tidak, akan bermain di ruang fikiran anda.

Dari situ, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah untuk menjalankan ujian kehamilan. Hal ini kerana walaupun tanda tanda mengandung di atas mencadangkan bahawa anda mengandung, malangnya, tanda tanda hamil tersebut juga boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan keadaan kesihatan yang lain. Malahan, anda juga berkemungkinan untuk hamil tanpa mengalami kebanyakan daripada tanda tanda mengandung yang telah disenaraikan di atas.

Jika anda berjumpa dengan doktor, demi memastikan bahawa anda mengandung, doktor akan menilai 4 aspek penting iaitu sejarah simptom dan tanda-tanda yang anda alami, pemeriksaan fizikal, ujian sampel air kencing dan juga ujian ultrasound. 

Ujian sampel kencing untuk menentukan kehamilan adalah salah satu ujian yang digemari ramai kerana ianya mudah, tepat dan cepat. Untuk memahami bagaimana ujian ini berfungsi, ketika seseorang itu berbadan dua, terdapat peningkatan hormon Beta HCG. Hormon ini akan berada dalam darah si ibu dan seterusnya ditapis oleh buah pinggang bagi membentuk air kencing. Kit ujian kehamilan akan mengesan kewujudan hormon Beta HCG ini dalam air kencing anda dan ianya akan memberikan bacaan yang positif sekiranya kandungan hormon Beta HCG dalam sampel air kencing itu cukup untuk menggambarkan bahawa anda sedang hamil.

Namun yang demikian, kit ujian ini tetap boleh memberi bacaan yang salah namun pada keadaan yang sangat sangat jarang. Bacaan yang salah boleh bermaksud sama ada menunjukkan keputusan yang positif walaupun anda tidak mengandung, atau tidak menunjukkan bacaan yang positif walaupun anda sebenarnya sedang mengandung. Hal ini boleh berlaku mungkin kerana ujian air kencing tersebut dilakukan terlalu awal sehinggakan paras hormon Beta HCG tidak meningkat dalam kuantiti yang cukup untuk menggambarkan kehamilan. 

Justeru, doktor akan menyempurnakan dapatan daripada sejarah keadaan anda dan juga pemeriksaan fizikal, dengan mengambil langkah kepastian iaitu dengan melakukan ujian ultrasound. Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan melihat kewujudan satu garisan menegak berwarna perang kehitaman yang merentasi bahagian abdomen ini. Garisan yang disebut sebagai linea nigra ini mencadangkan bahawa kemungkinan besar anda sedang hamil. 

Selain itu, penemuan lain dalam pemeriksaan fizikal yang turut mencadangkan bahawa anda sedang hamil adalah kewujudan garisan-garisan pada kulit di bahagian kiri dan kanan abdomen anda. Garisan-garisan yang berwarna ungu ini disebut sebagai purple striae. 

Ujian pengimejan ultrasound mampu untuk memberikan gambaran terus tentang kandungan yang berada dalam rahim anda sekali gus dapat menentukan sekiranya ada atau tidak pembentukan janin atau kantung kehamilan dalam rahim anda. Selain itu, ujian ini dapat menilai secara visual sama ada kandungan anda berada dalam rahim atau berada di luar rahim (kehamilan ektopik). Ianya juga mampu untuk memberi gambaran kewujudan cyst dalam rahim yang mungkin tidak disedari selama ini. Namun yang demikian, ujian ultrasound ini bergantung pada skil yang dimiliki oleh doktor atau juruteknik yang menggunakannya, dan juga kualiti mesin tersebut. 

Sekiranya anda menyedari kewujudan tanda tanda mengandung di atas serta ingin mendapatkan kepastian tentang status kehamilan anda, segeralah berjumpa dengan doktor anda bagi mendapat pemeriksaan dan pengurusan yang komprehensif bagi memastikan kesihatan anda dan juga kandungan anda. Kehamilan adalah satu fasa hidup yang cukup bermakna untuk anda dan juga pasangan anda. Justeru, laluinya dengan penuh ketabahan dan rasa kasih sayang

Sekian.. Semoga bermanfaat.
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
" Ben , saya beminat la nak sponsor anak yatim cermin mata. You tolong I cari ,boleh tak ? " kata Mr. Jun pada aku. Dia orang kuat Eyes Smart Group yang mana aku baru je kenal dalam tahun lepas tapi memang sangat baik orangnya.

Aku pernah berbual dengan ayahnya yang juga selalu ada di kedai milik keluarga mereka ( ada hampir 8 buah kedai cermin mata di Sungei Wang ) mengenai masa silamnya. Dia bercerita mengenai kawan baiknya yang berbangsa melayu yang juga anak yatim. Katanya kawan tu hanya diberikan RM2 untuk belanja selama sebulan. Ketika tu tahun 80an jika tak silap aku. Nasi lemak masa tu pun baru 20 sen sebungkus. Ceritanya lagi , dia sanggup berkongsi duit belanja dengan kawannya tu bila dia dapat tahu kawannya takda duit. Mengharukan aku ketika dengar dia bercerita. 

Aku usahakan. Update di Facebook mencari pusat pusat atau rumah anak yatim yang berminat. Alhamdulillah.. Dapat 2. Tiada had untuk tajaan. Berapa ramai sekali pun , bawa je ! Dan semalam, seramai 10 orang anak yatim dan asnaf dari Rumah Sentuhan Budi , Selangor telah ke Sungei Wang, Bukit Bintang selepas tamat persekolahan. 

Dalam jam 3 petang , mereka tiba. Aku gi sambut di depan bangunan Sungei Wang Plaza. Alhamdulillah. Kelihatan begitu teruja. Pelajar pelajar tu pun sangat berdisiplin dan berbudi bahasa. Mudah nak diuruskan. 

Dibawa terus ke Level G dan berjumpa dengan Mr. Jun untuk berkenalan. Hehehe.. Suka Mr.Jun. Rasanya ni program pertama mereka melibatkan anak yatim. Terus dia suruh staffnya buat pemeriksaan mata pada semua anak murid dan guru terlibat. 

Nasib baik aku dibantu Puan UmmiNani. Aku terus terang tak berapa pandai sangat bab bab gini sebenarnya. Hahaha.. kekok skit.





Lepas check mata , diorang diberi peluang untuk pilih mana mana bingkai yang mereka nak ! Haaa.. pilih jer ! Hehehe.. Seronok masing masing ! Bukan senang nak dapat peluang gini kan ? Rezeki mereka dah.. 

Dah pilih bingkai , sekali lagi test mata untuk pastikan power mereka. Walaupun mereka ramai , tapi prosedur ni sekejap je sebab staff mereka dah berpengalama. Sekejap jer selesai ! 











Selesai dah check mata ..pilih bingkai. Masa untuk siapkan kerja. Sementara tu , anak anak yatim tu di bawak surau untuk bersolat Asar. Seusai solat Asar , mereka kembali ke kedai untuk amik cermin mata masing masing ! Tadaaa... Hensem dah memasing gitu ! Alhamdulillah. Wajah kegembiraan terpamir !

Bergambar kenangan ! Aku rasa aku kena belajar senyum kasi nampak gigi la ! Adeh..



Sebelum pulang, Mr. Jun dan Mr. Willian Chai belanja makan ! Takkan nak kasi balik dengan perut kosong kan ? Hehehe.. Terbaek ! Sila pilih nak makan apa ! 




Duit petrol dan driver pun mereka kasi ! Alhamdulillah. Berbaloi mereka datang ! Minggu depan , satu lagi projek ! InshaAllah. 

Buat Eyes Smart Group dan Eyes Vision Optical , semoga dimurahkan lagi rezeki dan lebih berjaya ! Tahniah atas kebaikan anda.. 

Untuk pengetahuan anda semua . Rumah Sentuhan Budi memerlukan sumbangan orang ramai bagi untuk anak anak yatim dan asnaf di bawah jagaan mereka terutama untuk sewaaan rumah baru mereka di Petaling Jaya. Moga ada yang sudi membantu. 





Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hurmm.. banyak kes kebelakangan ni mati ketika mereka yang bersukan , meninggal dunia ! Kenapa semua ini boleh berlaku ? Hurmm... Apakah puncanya ? Tiba tiba aku lak yang cuak ! Bukan sebab takut mati tapi takut menyusahkan keluarga dan kawan kawan. Huhu..


Sebahagian kes mangsa mati mengejut dan apa yang membimbangkan adalah kebanyakan mereka masih muda dan berusia lingkungan bawah 50 tahun. Berlaku juga pada salah seorang sahabat aku yang ketika tu dia sedang berjogging.

Daripada info Utusan , pada awal Mac 2018, seorang guru lelaki berusia 39 tahun dilaporkan maut ketika bermain badminton di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, Balik Pulau akibat serangan jantung.  Masih dalam bulan sama, hasrat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mahu menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak kesampaian apabila disahkan meninggal dunia ketika bermain futsal di Taman Cahaya, Sabak Bernam.

Punca utama mati mengejut dalam kalangan masyarakat pertengahan umur dan warga emas yang bersukan adalah disebabkan oleh serangan jantung akibat daripada penyumbatan salur darah koronari jantung. Keadaan ini dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan doktor dan ujian jantung yang teliti sebelum giat bersukan untuk mencegah kematian di gelanggang sukan.

Ok... itu intro ! Bayangkan jika rajin bersukan pun boleh mati , ni kan pulak mereka yang rajin makan tapi malas bersukan ! Eh... camana tu pulak ? Yer.. Gaya hidup ! Makan makanan yang kandungannya banyak gula dan garam , merokok , minum alkohol walaupun bersukan ! Adeh..camana tu ? 

Selain jantung , antara penyebabnya ialah tekanan darah tinggi dan hypertensi ! Mereka bersenam tapi dalam pada masa sama , mereka stress! Dok fikir masalah kerja dan peribadi. Tidak enjoy ketika bersukan. Bersukan ni kena relaks jer. Happy happy gitu. Senyum , ketawa.. tinggalkan segala masalah buat sementara waktu ! 

Bagi korang yang baru nak bersukan , dan usia pun dah lebih 30 tahun.. dinasihati jumpa doktor terlebih dahulu untuk pastikan kemampuan tubuh badan kita. Jangan main redah jer , ok ! Dan mereka yang ada masalah dengan tekanan darah tinggi. ni ada tips pemakanan untuk korang! 

1. Elakkan garam
Sekiranya seseorang mengalami tekanan darah tinggi, doktor akan mengesyorkan diet yang mengandungi kurang daripada 1500 miligram natrium sehari (tidak lebih daripada satu sudu teh). Elakkan menggunakan garam sebaliknya tambah perasa makanan menggunakan bawang putih, halia, oregano, jintan atau rosemary, dan lain-lain. Makanan daripada restoran mungkin melibatkan penggunaan garam lebih daripada biasa. Oleh itu, luangkan masa untuk memasak di rumah apabila anda mengalami keadaan ini.

2. Tambah bijirin dalam diet
Makanan dengan bijirin penuh adalah bekalan serat dan nutrien banyak yang dapat mengawal tahap gula darah dan membantu anda kekal kenyang untuk lebih lama. Pastikan anda makan tiga hingga lima bahagian bijirin yang separuh daripadanya adalah bijirin penuh.

3. Amalkan pengambilan pisang
Pisang kaya dengan potasium yang dapat membantu menguruskan tekanan darah dengan mengurangkan kesan natrium (garam). Melainkan orang yang mempunyai masalah dengan buah pinggang, semua orang yang mempunyai diabetes dan tekanan darah tinggi perlu menambah kalium dalam diet mereka.

4. Hindari alkohol
Minuman mengandungi alkohol akan meningkatkan paras gula darah. Ia juga boleh membuat orang makan lebih banyak kerana merangsang selera makan mereka.

5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sejumlah besar mineral, vitamin, antioksidan, dan serat. Ramai saintis telah membuktikan bahawa pemakanan sebegini mempunyai kesan ke atas paras gula darah dan mengawal tekanan darah.

6. Kurangkan kebiasaan minum kopi
Cuba untuk menghadkan jumlah kafein yananda ambil sehari kepada 200 miligram sahaja. Banyak kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan paras gula darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

7. Berhati-hati dengan lemak
Mereka yang mengalami kedua-dua keadaan ini harus mengelakkan lemak trans yang terdapat dalam makanan panggang dan goreng. Mereka juga dinasihatkan untuk mengehadkan lemak tepu yang banyak ditemui dalam potongan daging berlemak kerana lemak ini dapat meningkatkan kolesterol yang membawa kepada masalah jantung. Sebaliknya, banyakkan pengambilan lemak daripada tumbuhan seperti avokado, kacang, minyak zaitun, dll.

8. Makan protein rendah lemak
Sumber protein rendah lemak dapat mengawal tahap gula darah dan membuatkan anda kenyang lebih lama dan menjaga kesihatan jantung.

9. Kawal pemakanan setiap hari
Kawal diabetes dan hipertensi dengan menulis tabiat makan anda pada komputer riba atau telefon pintar anda.

Info : HelloDoktor

Moga bermanfaat

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Aku suka cuka epal ! Kalau dapat jenama yang ni , memang boleh seminggu je abis ! Hahahaa... Khasiat cuka epal ni banyak. Kenapa nak diamalkan ? Apakah kelebihannya ?  Hurm.. Kalau dibuat carian di Google, akan jumpa hadis berkaitan cuka ni. Bukanlah cuka epal tapi mengenai cuka. 

Apa itu cuka epal ? Cuka epal diperbuat daripada buah epal segar yang mana ianya mengandungi vitamin , pectin , potassum , sodium , magnesium , kalsium , fosforus dan zat besi. Juga mengandungi sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang berkeupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dimana boleh melemahkan sistem imunisasi. 

Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah , melambatkan pengosongan gastrik dan merendahkan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik , cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi. 

Sementara itu pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri ciri pembersih , ianya juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral ! 

Ada kawan tanya.. Apakah sesuai perempuan mengandung mengambil cuka epal ni ? Nah.. aku bukanlah doktor yang layak untuk memberikan jawapan. Tak berani aihh ! Kang salah info , naya jer. Tapi Google kan ada. Mereka yang ada info mengenainya pasti akan menulis di laman web mereka. 

Dan carian aku menemukan HelloDoktor.Com yang ada info untuk segala persoalan aku. Eh , satu jer persoalan aku tu. Hehehe.. Menurut HelloDoktor , cuka epal ni ada dua jenis  iaitu cuka epal organik dan dipasteur. 

Cuka epal organik mentah

Cuka epal dihasilkan oleh penapaian gula dari epal yang secara keseluruhan dihancur secara organik oleh yis dan bakteria. Dalam yang mentah, bentuk yang tidak ditapis, ia mengandungi kesan “ibu”– satu bahan berserabut yang bergelatin yang secara semula jadi membentuk semasa proses penapaian yang termasuk enzim-enzim semula jadi dan bakteria baik yang diketahui untuk menggalakkan kesihatan.

Cuka epal dipasteur

Pasteurisasi mendedahkan bahan makanan ke paras suhu yang lebih tinggi, memusnahkan mikrob tertentu yang boleh menyebabkan penyakit, penapaian yang tidak baik atau merosakkan. Sama ada mentah atau pasteur, asid asetik kekal sebagai bahan aktif utama dalam cuka epal dengan kepekatan minimum sebanyak empat peratus untuk memastikan penggunaan yang selamat dalam pengawet makanan dan pembersih.

Ok.. sebelum tu kita perlu tahu juga yer.. kita  tidak sepatutnya mengambil cuka epal dalam bentuk paling mentah atau tidak sepatutnya. Berikut senarai beberapa sebab penting yang perlu kita tahu : 

1) Masalah pergigian: Oleh kerana sifat cuka epal mentah yang sangat berasid, meminumnya boleh menyebabkan pelbagai masalah pergigian, yang paling serius yang secara beransur-ansur merosakkan enamel gigi kita 

2) Kerengsaan: Ia juga kerana sifatnya yang sangat berasid, meminum cuka epal dengan bentuknya paling mentah akan menyebabkan kerengsaan di dalam perut dan tekak kita

Cuka epal sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami pelbagai keadaan kesihatan yang tidak menyenangkan dalam kehidupan seharian mereka. Persoalannya; Adakah cuka epal selamat untuk ibu hamil?

Wanita hamil hanya perlu menggunakan cuka epal tidak dipasteurkan dengan penuh berhati-hati dan mempunyai pengetahuan tentang risikonya terlebih dahulu. Apa-apa pun, berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan cuka tanpa dipasteurkan semasa hamil.

Namun begitu, wanita hamil boleh menggunakan cuka epal yang dipasteur dengan selamat dan tanpa kebimbangan. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak mendapat manfaat kesihatan yang anda cari, terutamanya faedah probiotiknya. Pun begitu, perlu diingatkan bahawa terdapat suplemen probiotik yang lebih selamat, yang tidak membawa potensi risiko ini.

Berikut manfaat pengambilan ACV ( Apple cider vinegar ) bagi wanita hamil. Jom baca :

Manfaat mengamalkan ACV

1. Morning sickness

Jika terdapat apa-apa yang berkesan dalam memerangi keadaan ini, terutamanya semasa trimester pertama anda, ia adalah cuka epal. Ia boleh membantu mengawal asid perut yang bertanggungjawab terhadap rasa mual kerana ia mempunyai tahap pH neutral sendiri. Satu dos umum yang baik untuk diikuti dalam melawan keadaan ini adalah mencampurkan dua sudu ACV dengan satu cawan air, dan minum pada waktu awal pagi.

2. Meningkatkan pencernaan

Sejumlah cuka epal sehari akan sangat membantu pencernaan anda, terutamanya untuk wanita hamil. Hal ini adalah kerana selalunya mereka cenderung mengalami ketidakteraturan dan sembelit semasa kehamilan.

Kadang-kadang bakteria berbahaya di dalam perut menyebabkan masalah pencernaan, tetapi cuka epal mengandungi sifat antibiotik yang dikenali untuk melawan bakteria berbahaya ini memihak kepada bakteria yang baik yang membantu pencernaan.

3. Mengelakkan jangkitan saluran air kencing

Oleh kerana semua perubahan saluran kencing anda semasa kehamilan, anda lebih cenderung mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) sepanjang tempoh ini. Sekiranya anda dengan kerap melihat urin anda keruh, itu adalah salah satu tanda yang paling penting bahawa anda mempunyai UTI.

Alternatif penggunaan cuka epal boleh melambatkan pertumbuhan jangkitan saluran kencing kerana enzim dan mineral yang berguna mengandungi bakteria yang berkaitan bakteria UTI.

4. Mengawal kandungan gula dalam darah

Cuka epal sangat baik untuk individu yang menderita diabetes kerana kebolehannya mengawal paras gula dalam darah. Ini sering dikreditkan kepada asid asetik yang terdapat dalam ACV. Bagaimanapun, bagi yang mempunyai keadaan berkait dengan diabetes, anda perlu merujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil ACV ini.

5. Melancarkan peredaran darah

Peredaran darah yang betul dan cekap juga sangat penting semasa kehamilan. Ini kerana ia akan memastikan bayi anda mendapat semua oksigen dan nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan.

Wanita hamil cenderung mengalami peredaran darah yang lemah berbanding wanita yang tidak hamil, yang menunjukkan apabila aduan dibuat dan soalan-soalan ditanya tentang mengapa tangan dan kaki mereka bengkak.

Oleh kerana cuka epal mengandungi sifat-sifat yang membuatkan aliran darah anda lancar, ini mengurangkan peluang anda mengalami pembengkakan.

6. Kekejangan kaki

Semasa kehamilan, anda mungkin mengalami kekejangan kaki yang menyakitkan pada satu-satu masa. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kadar kalium yang rendah dalam tubuh anda. Sesetengah wanita mengalami kekejangan kecil atau ringan, sementara yang lain mungkin mengalami keadaan yang sangat menyakitkan yang mana tidak tertanggung.

Seolah-olah kesakitan itu sendiri tidak mencukupi, kekejangan ini juga akan memberi kesan kepada keseluruhan hari anda, menjadikan anda kurang produktif jika anda mempunyai apa-apa pekerjaan fizikal dan menyebabkan tidur anda lebih teruk daripada biasanya.

Jadi, cuka epal boleh membantu melegakan anda dari kekejangan kaki ini kerana ia mengandungi kadar kalium yang tinggi.

7. Tidur yang lebih baik

Cuka epal boleh membantu anda tidur lebih baik semasa hamil. Ini adalah benar terutamanya bagi mereka yang mengalami peningkatan rembesan dan lendir yang berlebihan di bahagian hidung yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas melalui hidung, yang seterusnya menyebabkan penurunan tidur yang berkualiti.

Oleh kerana cuka epal kaya dengan ciri anti-radang, ia berfungsi untuk menipiskan lendir dan mengurangkan pembengkakan sinus.

8. Masalah kulit

Sama ada anda bakal ibu atau tidak, larutan cuka epal yang digunakan secara topikal boleh membantu dengan pelbagai masalah kulit kerana ciri-ciri anti-bakteria dan anti -radang yang terkandung di dalamnya. Keadaan ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) ketuat, jerawat dan ekzema.

Ibu hamil cenderung mengalami pelbagai perubahan hormon sepanjang kehamilan mereka, jadi keadaan kulit mereka juga terlibat. Oleh itu, cuka epal dapat merawat keadaan ini dengan mengimbangi tahap pH kulit anda.


9. Membantu masalah pedih ulu hati
Walaupun tidak jelas jika cuka epal membantu keadaan morning sickness, ia mungkin membantu dengan pedih ulu hati. Wanita hamil kadang-kadang mengalami pedih ulu hati semasa trimester kedua mereka.

Ramai wanita hamil cenderung mengalami masalah pencernaan atau pedih ulu hati ini pada masa yang berlainan sepanjang kehamilan mereka, dengan masa yang paling biasa semasa trimester kedua.

Ketika ini, bayi anda berkembang dengan pesat dan memberi tekanan berterusan pada saluran pencernaan anda, yang membawa kepada makanan di dalam perut anda bergerak ke kerongkong anda.

Satu kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa cuka epal boleh membantu orang yang pedih ulu hati yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap antasid bukan preskripsi. Jenis yang tidak dipasteurikan telah diuji secara khusus.

10. Mengawal tekanan darah

Ia tidak mengatakan bahawa anda harus berhati-hati tentang tahap tekanan darah semasa kehamilan, baik untuk diri sendiri dan bayi anda. Asid asetik yang terdapat pada cuka epal mengandungi enzim di dalam tubuh yang dikenali sebagai rennin, yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tekanan darah.

11. Jangkitan yis

Menggunakan cuka epal topikal juga membantu merawat jangkitan yis seperti jangkitan candida. Dengan mencairkan cuka epal dan menyapunya di atas kawasan yang dijangkiti pada kulit anda, ia mempunyai peluang yang baik yang mana jangkitan akan mati dan simptomnya akan berkurang. Tetapi ia juga bergantung kepada keterukan jangkitan yis dan tahapnya sekarang.

Bagi ibu mengandung , cara pengambilannya begini : 

1) Campurkan dengan air: Kaedah yang paling popular yang diutamakan oleh kebanyakan ibu-ibu adalah mencampurkan cuka epal dengan air dan meminumnya. Bagaimanapun, berhati-hati sebelum anda melakukannya, malah ia akan mempunyai rasa pahit. Itu mungkin satu-satunya kelemahan untuk minum cuka epal dengan campuran air.

2) Minum menggunakan penyedut minuman: Apabila mencampurkan cuka epal dengan air dan minum menggunakan penyedut minuman kerana ia juga akan menjadi lebih baik. Kaedah ini akan meminimumkan sentuhan antara cuka epal dengan gigi anda, dan mengurangkan kemungkinan berlaku masalah pergigian.

3) Bilas: Hanya untuk memastikan gigi anda dilindungi secepat mungkin dari sebarang bahaya, bilas mulut anda setelah minum cecair yang mengandungi cuka epal.


Untuk info lebih lengkap , korang boleh baca di HelloDoktor atau rujuk pada doktor masing masing.. jangan main telan je yer ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes