BEN ASHAARI



 

Secara jujurnya , aku antara insan yang terkesan dengan Covid-19 ni. Yang bekerja sendiri dan bekerja dengan syarikat swasta , juga menerima nasib yang sama. Tapi inilah ketentuan dariNya. Kita kena belajar menerima dan mengatur semula langkah kita. Jangan mengalah. Bagi yang masih ada pekerjaan.  bersyukurlah dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. 

Peningkatan kes Covid 19 secara mendadak di seluruh selepas PRN di Sabah , mengundang caci maki dari rakyat Malaysia. Boleh tengok di Twitter dan Facebook. Rata rata menyalahkan ahli politik yang giler kuasa. Bermula dari yang merebut kuasa , melompat parti hinggalah yang yang sibuk nak pergi berkempen di sana. 

Dan Ketua Pengarah Kesihatan , Dr. Hisham juga turut mereka salahkan. Kenapa tidak tegas dari awal lagi ? Huhuh.. Bagi mereka yang bekerja di sektor awam , mesti geleng kepala punya. Kenapa ? Sebab tau bila penjawat awam nak buat kerja sungguh sungguh, mereka 'terhalang' dengan perangai ahli ahli politik yang ada kuasa di dalam kementerian ! Inilah realiti dan masalah buat penjawat awam yang jujur dan amanah. Akhirnya ada yang pencen awal atau letak jawatan. Penat nak layan 'kebodohan' ahli ahli politik Malaysia ni. 

Kesannya ? Nah.. kita nampak sekarang ni... makin ramai yang menganggur ! Bila keadaan kembali nak pulih , dah datang punya kluster baru yang mana boleh dielakkan dari awal lagi ! Ramai dah mula mengelabah. Kenapa ? Sebab moratorium pun dah tamat ! Hutang piutang perlu dijelaskan ! Mana nak cekau duit ? 

Di Twitter,, aku baca bebeapa kes yang mana ada suami berpura pura keluar dari rumah. Pergi kerja macam biasa. Tapi di luar , dia tukar pakaian dan menjadi peragut ! Khabarnya kes hampir 200. Dah ditangkap polis katanya. Gitulah tekanan hidup. Jika bujang , tak pening kepala sangat melainkan dia memang banyak tanggungan. Yang bekeluarga ? 

Bayangkan jika sekali lagi PKP ? Apa akan jadi ? Hurm... Tapi aku tak rasa akan ada PKP melainkan PKPD jer.. Tak boleh rentas daerah seperti mana yang berkuatkuasa di Sabah , semalam.  Itulah yang terbaik. 

Apa lagi nak kata ? Dek kerana arahan cam yoyo.. Yang balik dari luar negara , kena kuarantin di pusat. Yang balik dari Sabah , zon merah.. tak yah kuarantin ! Dah ada kes , baru kuar arahan.. kuarantin di rumah..itu pun ada ' jika' ...

Yang jadi mangsa.. rakyat jelata yang ikut SOP.  Semoga Allah lindungi kita semua. Kalau ada vaksin , testlah dulu pada ahli politik.


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Masalah mencari pakaian yang sesuai ketika bersukan pada orang perempuan memang payah skit. Mereka ingin juga beriadah tapi risau pakaian yang digunakan , mendatangkan dosa untuk dia. Kan kan? Yang tak kisah tu , tak pe la.. banyak pakaian boleh pakai.. gitu , kan ? Hee..

Bila aku tengok instagram SOPHIA ni , terasa cam wow gitu ! Cantik sekali. Nak tergoda pun tak leh. Tutup abis. Hahahah... Mampu kata cantik dan wow je.. Alhamdulillah. Terjaga nafsu yang melihatnya.. tak kira lelaki atau perempuan di zaman ni. 

Harga , aku tak pasti. Korang boleh tanya sendiri di Instagram SOPHIA ni. Kalau taknak berniqab , pun ok je tu. Pakai je yang labuh labuh. Gabungan warna pon cantik je aku tengok. Sesuai dengan masa kini.  

Risau apa orang nak kata ? Apa lak orang nak kata ? Lagi orang respek ada la bila korang pakai gini. Yang berkata atau tersenyum sinis tu, hatinya mesti bermasalah. Biarlah... Yang penting , apa ALLAH kata.. kan kan ?








 Rugged tapi terjaga.. ok pe ? Huhuhu.. Nak bergaya pun selamat jer.. Terutama dari mata nakal lelaki dan juga Covid 19 ! Heheheee..


Instagram : Maryam_Sophia09
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Semalam aku gi makan kat Paparich Ayer 8 , Putrajaya. Lama tak gi sini. Kalau kat sini , aku suka makan masakan berkuah cam laksa , keow teow sup ke... memang banyak la makanan best best. Harga pon leh tahan la. Hehehe.. Sesuai dengan tempat gitu.. 

Dulu aku pernah kata.. aku serik nak masuk sini tapi dek kerana Qhaliff nak makan Chicken Chop dan yang lain nak makan Fish n Chips , maka masuk je la aku. Huhuh...  Ikut pelan, nak gi makan nasi arab. Nak makan ayam banyak banyak. Protein gitu. Hahaha.. 

Masa untuk pilihan... 3 orang anak , semua nak makan makanan sama. Fish n Chips. Aku order apa tah.. tapi keow teow sup ada ayam tu.  Kelihatan begitu menyelerakan sama sekali. Bila dah tau nak makan apa.. order la..  Eh , kena isi sendiri dalam 'borang' tu.. Huhu..

Siap.. Kasi 'borang order ' tu kat salah seorang staff situ. Hurm.. Dan tak lama kemudian , datang staff yang lain lak. Katanya Fish n Chips abis. Aduh ! Aariz buat hal dah. Beria dia nak makan gak. Staff tu , cakap kat kedai sebelah ada jual. Aku tanya dia... boleh bawak masuk makanan luar ke ? Dia jawab boleh jer.. Mungkin dia kesian tengok Aariz bersungguh nak makan.  Lega rasa.. Selesai masalah. Wife bawak Aariz gi tapau kat kedai sebelah. Yang lain, duduk ngan aku dalam tu.. 

Selesai makan... Semua sedap ! Aku siap tambah lagi keow teow. Adik yang hantar makanan tu terkejut. Dia ingat order aku tak sampai. Rupanya aku bertambah. Huhu.. Lapar dik oii !  Tapi dia memang mesra la sangat. Lembut je cara cakap. Senyum lagi. Dan aku dapati dengan pelanggan lain pun dia macam tu. Mesra gitu. Macam dia owner kedai tu.. Aku rasa owner kedai pun payah nak mesra macam tu.. Huhu..

Masa untuk bayar.. Adik tu cakap terima kasih kat aku sekeluarga. Bagus kan ? Huhuh.. Aku ke tabung tips untuk staff..  Adik tu lalu depan aku.. Terus aku sapa dia..

" Dik, ni tips untuk adik tau.. " kata aku. Terkejut dia. Dia ucap terima kasih. Aku masukkan duit tu dalam tabung tu. Staff lain pun bagus. Aku rasa team Paparich Ayers 8 kali ni bagus. Rajin dan cepat je buat kerja. 

Teruskan tau ! Bayar mahal pun berbaloi makan situ ! Huhuh.. lebih lagi semalam , wife yang belanja. Heheee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Yeargh... Takda sapa boleh dekati aku , jika dia ada ! Walaupun wife aku di sisi , dia boleh tolak ke tepi begitu saja. Dia saja boleh mendekati aku. Begitu juga bila atas katil. Nak tidur , kena pastikan dia atas lengan aku. Bila dia dah lena , barulah aku boleh lari dari dia.. Dan ketika tu , dia tak kisah apa dah ! Melainkan dia terkejut... dia mencari aku.

Dan dia saja boleh bikin ego aku menurun. Aku tak boleh cakap kasar dengan dia. Tinggi suara. Kena senyum pada dia tiap kali dia pandang aku. Kalau tak balas, siap la ! Kalau dia cakap terima kasih , aku kena balas. Tak balas , dia akan suruh balas. Dan  kena balas dengan cakap elok elok ! 

Serius.. kekadang naik hangin aku dengan dia. Tak buat salah pun , dia suruh mintak maaf. Dan mintak maaf elok elok. Kena pandang mata dia dan ucap ! Grrrr ! Tak pernah aih aku buat macam tu walaupun dengan wife aku. 

Memang sekarang ni kena rajin mintak maaf dah aku. Abis semua dalam rumah aku , kena rajin mintak maaf dengan dia. Tapi menariknya, kalau dia buat salah.. dia tak reti lak nak mintak maaf. Bila kita suruh, dia tanya kita balik. 

" Aara tak buat salah pun.. kenapa nak minta maaf ?? " 

Aduhh.. 




 Jika dia ada , dia mesti ada kat sebelah aku. Tak leh ada orang lain ! Ni baru sorang anak dara aku ada.. Dia mintak adik.. adik perempuan.. rasa rasa dia boleh bertolak ansur ke nanti ? Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Seharian aku pedih perut ! Dok pikir la salah makan apa ! Asyik keluar masuk bilik air jer.. Fuh, memang terasa pedih selepas memerut. Huhuhu.. Teringat rupanya aku letak sambal pada keow teow goreng yang wife aku masak. Bukan skit aku letak.. Huhuh.. Terlebih sudah.. Nah , amik kauu... kan dah pedih ! 

Dok pikir la camana nak hilangkan pedih tu.. Takda ubat lak ! Dan malam tadi , sebelum keluar gi gym.. aku minum la air jus yang aku buat malam kelmarin. Jus ni memang wajib buat setiap bulan. Kandungan dia , ada ubi bit ( beet root ) , epal hijau , carrot , saleri dan lemon. Kalau ada tomato , lagi syok. Licin je kulit muka.. Huhu.. 

Dan aku minum secawan.. Pastu keluar gi gym.. Dalam perjalanan , tak terasa dah pedih perut. Nak memerut pun dah takda terasa dah. Alhamdulillah.. terasa lega sangat wooo ! Air jus ni memang banyak khasiat. Untuk turunkan tekanan darah tinggi , untuk buah pinggang... haa,  tapi kalau untuk kolestrol.. kena tambah la kunyit , halia. Fuh , tu memang power la kalau ada ! Hahaha.. Tapi tak larat nak tambah lak aku. Yang tu , aku beli terus Alam Natura jer.. Senang.. Dia jual pati. Boleh la tahan untuk 2 bulan. Sesudu tu leh letak dalam cawan.. pastu minum setiap pagi dan malam..

 


Try la buat.. Nanti korang tau kenapa aku buat setiap bulan. Kalau tak sempat , memang aku beli je kat booth di shopping mall tu. Dah berusia ni , kena la jaga makan. Nak makan macam macam tu boleh tapi kena tau la camana nak clearkan dia.. Jangan dia pandai masuk tapi tak pandai keluar. Haa , berpenyakit nanti ! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes