BEN ASHAARI




Bukan mudah tapi tak mustahil pun. Anak anak aku pun aku dah latih mereka sejak dua menjak ni. Dan boleh je diorang ikut. Si Qhaliff tu memula , payah sekali. Nak tunggu 5 minit macam nak mati. Tapi akhirnya dia terlupa masa bergerak begitu saja.. Hinggakan aku pulak yang ingatkan dia untuk minum air. 

Banyak manfaatnya sebenarnya jika diamalkan gaya hidup begini. Paling ketara , perut tak buncit. Kedua , pencernaan. Ketiga , pernafasan. Keempat , awet muda ! Nahh... paling utama , dijauhi penyakit merbahaya ! Gituuu.. Banyakkan membaca yer.. 

Aku dah amalkan dua minggu. Alhamdulillah , sangat sangat lain rasa badan. Kalau tidak , aku dok pelik je apasal aku punya perut boroi ni tak surut surut ! Maunya tak.. masa makan , disulami air sejuk. Tau tau dah mengah dah ! Tak bagus gitu.. 

Macam anak anak aku, sebelum diorang aku nak suap makan.. aku suruh diorang pergi minum dulu. Sapa tak minum , kang masa makan tak boleh minum dah ! Kena tunggu setengah jam hingga sejam baru boleh minum. Heeee... 

Mula mula tu , Qhaliff cam tak percaya boleh buat.. Tapi dah masuk hari ke dua , dia pulak tegur ibu dia.. Jangan minum air lepas makan. Tunggu satu jam ! Nah... dia pun dah pandai. Bab kunyah lama lama ni , budak budak memang kunyah lama punya. Bagus la.. Kita orang tua kena ikut part ni. Jangan telan makan terus gitu jer. Tak bagus.. Kasi pecah lunyai baru telan. Senang nak  perut nak lakukan proses penghadaman.

Dah siap makan. Masing masing menanti untuk minum air.
 

Seperkara lagi.. tengok anak anak kita. Kalau yang obesiti tu, apakah punca jadi begitu. Cute ? Comel ? Sian diorang nanti. Kawal pemakanan dan berikanlah makanan yang berzat dan berkhasiat. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Di SenHeng , wife bagi aku beberapa pilihan jenama mesin basuh. Aku saja suruh dia pergi sorang diri. Kasi dia pilih ikut mana dia suka tanpa gangguan aku ! Huhuhu. Aku tau.. mesti perempuan suka diberi pelepasan begini kan ? Hahaha.. Tapi bab bab gini, adalah sukar untuk membuat keputusan. 

Awalnya.. dia nak amik siap sekali dengan dryer. Tapi aku tak nak. Hahaha.. Kalau dia amik sekali dengan dryer, camana aku nak berposing ketika menyidai ?? Dah takda bahan untuk dapat LIKE yang beratus dari teman teman seberang tu.. Hahahaha.. 

Akhirnya keputusan dia buat.. Aku ok jer. Dan sehari jer , barang sampai rumah selepas membuat bayaran. Harga, aku kata terserah pada dia. Huhuh.. Tapi aku kata aku nak LG saja. Jenama lain , tak nak. Aku lebih yakin dengan LG sebab aku ada dua pasang smart tv jenama LG di rumah.Usia dah lebih 7 tahun. Dan masih elok hingga ke hari ini. TV Sony yang aku ada sebelum tu, rosak dah. Tak lama pun. 2 tahun je guna. Huhuh.. 

Dan sampailah mesin basuh tu ke rumah aku , petang tadi. Teruja wife aku walaupun dia di pejabat. Aku yang sambut orang SenHeng datang. Cepat diorang buata kerja. Pasang dan bawa balik. Tapi aku mintak tolong bawakan mesin basuh aku tu. Buang ke tempat yang dibenarkan. Katanya ada stor untuk barangan elektrik tu Aku kasi la upah kat diorang. Huhuh.. Aku tak suka orang buat kerja kosong. 









Kelebihan mesin basuh LG ni ? Ada banyak. Ada Smart Laundry yang boleh dikawal dengan menggunakan WiFi. Bagi mereka yang amik kisah mengenai bil elektrik mereka, bolehlah download aplikasi ni. 

Eh.. banyak lagi la kelebihan dia. Korang boleh baca dan tengok sendiri di SINI. Confirm puashati. Pakaian yang dibasuh pun , lebih bersih berbanding sebelum ni. Dah test cucian pertama. Leganya telinga. Takda dah bunyi mesin basuh bergaduh dengan pakaian ! 

Pasni.. peti ais lak ! Hahahaha..


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Alhamdulillah.. Punya banyak kali survey waterjet kat kedai hardware dan juga online selepas aku melihat bagaimana waterjet 'menghalau' semua lumut lumut di longkang surau taman perumahan aku tinggal, baru baru ni. Tapi macam tak puashati je yang ada. Yang gempak pun , harga dia WOW ! Dan payah sangat nak tanya kat pekedai dek kerana SOP yang ada. 

Akhirnya, aku suruh wife aku gi je tengok kat SenHeng jer. Ada jenama yang aku nak dan yakini akan kelasakannya selepas membaca review mengenai jenama ni.. Karcher ni jenama dari Germany yang mana kita tau, negara ni bab barangan macam ni memang tak perlu nak dipertikaikan lagi kebagusannya. Maka , aku tolak tepi bab harga ! Suruh je wife amik. Aku tak nak ada masalah bila guna nanti. Alang alang membeli, beli yang elok dan selamat ! Kalau guna yang jenama X atau cetak rompak ni , risau aku guna lama guna yakni ketika menembak air tu.. risau meletup lak. Huhuh..  dek kerana kepanasan enjin motornya. 



Harga , RM754 di SenHeng. Kalau di Shopee boleh dapat dalam RM700.

Nak setup washer ni tak susah pon. Ikut je manual yang dia beri. Sekejap je settle. Pastu part paling penting.. tekanan air di rumah kena tinggi ! Kalau rendah , memang bermasalah la dia nak tarik air. Huhuh.. Kalau nak sedap lagi , amik yang fully automatik control. Harga RM1K+ .. Heee.. 

Dan aku test power ! Lega betul aku tengok hasilnya. Lama dah aku berdendam dengan lumut lumut tu. Puas aku sental.. payah nak hilang ! 




Amacam ?  Hasilnya memberansangkan kan ? Hahahaha.. Aku tak abis cuci lagi tu. Saja aku simpan untuk ari minggu nanti. Nak basuh kereta sekali. Baru syiokk ! Oh ya... hati hati guna.. Jangan sampai kena kaki... Sakit wooo ! Dan jangan halakan pada orang. Merbahaya ! 







 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments


Cuti masih panjang lagi ! Pembelajaran masih secara online. Bukan mudah untuk mak bapak kendalikan apatah lagi anaknya ramai !  Dan semuanya dah kena 'pegang buku' atau mereka akan ketinggalan. 

Qhaliff.. tahun 2. Zahra akan masuk tahun 1 tahun depan. Aariz , 5 tahun.. pra tadika tapi aku tak cadang hantar lagi. Belajar di rumah je. 6 tahun nanti baru hantar ke tadika. Kenapa ? Korang pun tau buat masa ni , sekolah on off kan ? Aku punya pendapatan pun tergugat la juga sebenarnya. Banyak projek tergantung ! Huhuh... 

Awal awal dulu, nak mengajar anak anak di rumah , memang susah ! Dengan godaan tv , gajet dan adik adik kecil Memang payah laa nak ajar diorang. Kena pulak , yang mak atau suri rumah cam aku kena ajar diorang. Nak cari makan satu hal.. nak ajar anak anak satu hal lagi ! Camana nak fokus ?

Aariz punya akal satu hal. Qhaliff punya tangisan satu hal. Zahra , punya rajuk satu hal. Satu hari 3 orang ni mencabar bagi aku. Mak dia , takda hal ! Itu hal kecik jer. Nanti 'kasi' senyap la.. Memang mencabar ni. Dan akhirnya aku dah tau camana nak 'tewaskan' diorang.. 

Camana ? 

Mudah jer.. Kita kena beralah ! Jangan keras dengan diorang. Kalau diorang suka main game, kasi je diorang main. Tapi bersyarat.. Berapa minit pastu kena duduk atas meja.. belajar ! Belajar pulak jangan lama sangat.. nanti diorang stress dan mula buat muka.

Rehat.. kasi diorang main apa diorang nak main.  Pastu panggil diorang balik.. elok elok.. Mesti datang dengan happy punya.  Di usia begini , tak boleh tegas sangat dengan diorang. Budak budak zaman ni bukan macam dulu. Diorang dah terdedah dengan kematangan yang cukup pantas. Tak boleh nak jerkah atau tinggi suara. Nanti dia lak tegur kita.. 

"Daddy... tak baik marah marah. "  atau akan dibawangkan bersama ibunya.. " Kenapa daddy suka marah marah ye ibu ?" . Best part.. ibu punya marah , diorang boleh terima. Aku punya tak leh terima. Amacam ? Hahahaha.. 

Maka aku buat gitu je la sekarang. Diorang stress.. 4 minggu PKPB , diorang cuma boleh ke depan rumah jer. Nak keluar , memang tak boleh. Kesian kat diorang. Tu je la boleh kasi diorang enjoy. Dan nampaknya berkesan. Aku panggil Aariz sekali dua je.. terus berlari untuk belajar berbanding sebelum ni, aku sampai bertukar warna ! Masih jugak gagal. Bila buat cara lembut begini. ternyata sangat ok keputusannya. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Kesian Kak Aishah. Aku pernah lalui. 'Mereka' menyorok di balik identiti yang tidak dapat dikesan. Bijak memaki hamun , menjatuhkan maruah orang mereka ni. Fuh... tapi guna identiti palsu. Pelik betul. Boleh pulak mereka hidup begini yer ? 

Aku kena ketika awal awal berblog dulu. Fuh, macam macam orang la yang kutuk , kritik aku.  Ada yang siap buat blog palsu dan tiru entri entri aku pastu diedit dalam bentuk jenaka. Ketika tu , aku dan isteri bercuti di Pulau Pangkor. Dia baru jalani pembedahan. Saja bawak dia bercuti sana. Tapi badan je dapat cuti. Mental down abis ! Terasa nak bersara terus dari dunia media sosial. Tapi nasiblah ada rakan rakan seperjuangan dan Facebook yang memberi kata kata semangat.

Dunia media sosial ni tak pernah berubah. Walaupun orang kata, kalau takut dilambung ombak , jangan berubah di tepi pantai.. itu bukanlah lesen besar untuk kita jatuhkan maruah orang lain ! Apa hak kita nak kutuk orang ? Kalau nak kritik , berilah kritikan terhadap apa yang dia buat. Bukanlah libatkan fizikal atau keluarganya. 

Melibatkan keluarga.. tu satu hal ! Abis kena korek !! Segalanya. Orang yang kutuk , maki hamun orang di media sosial ni agaknya jenis ahli syurga? Atau pun sebenarnya hidup dia sengsara di dunia. Dia lepaskan amarah di dunia orang yang tak kenal dia.. tak nampak dia ! 

Twitter , Facebook , Instagram.. aduh... kecam berjemaah ! Kalau kita tak suka, diam diam dah la. Atau komenlah yang berilmiah. Ni tidak, tunjuk lagak.. hero.. beri komen yang dahagakan LIKE ! Jika dapat 'sokongan' makin menjadi jadi. Giler publisiti murahan ke apa ? 

Bawa bawa sedar diri. Insaf. Hari ni mungkin kita tak kena.. Atau kita mungkin tak kena.. Tapi kita ada adik beradik... anak cucu.. Segalanya berputar ! 




Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes