Termenung. Baru abis workout. Teringat perbualan dengan seorang rakan di gym mengenai masa hadapan ketua keluarga. Aku la tuuu.. Ada betul kata kata dia. Jika aku amik endah tak endah... kononnya aku akan hidup hingga anak anak dah besar.. dah berkeluarga , entah panjang umur entah tidak , amatlah bahaya !
Bukan apa.. kita nampak banyak kes kebelakangan ni melibatkan harta pusaka yang panjang ceritanya. Bergaduh dengan ahli keluarga. Putus sudah kasih sayang ! Jika melibatkan isteri dengan anak anak kecil, camana pulak ?? Sian diorang terutama sang isteri yang sama sama bertungkus lumus mengumpulkan harta bersama demi masa depan anak anak tersayang ! Haish...
Walaupun harta aku ni tak la banyak mana pun tapi adalah penting juga sebab nanti ada yang pertikaikan ! Nah.. kat sini nanti jadi isu panas.
Pertelingkahan pembahagian harta pusaka dalam keluarga sehingga memutuskan ikatan silaturahim boleh dielak jika pemilik harta merancang pewarisan demi kelangsungan hidup waris-waris di masa hadapan.. kan ?
Maka , adalah sangat penting buat kita membuat perancangan pewarisan kerana kaum wanita khususnya sering meletakkan tanggungjawab itu kepada lelaki dengan alasan mereka adalah ketua keluarga dan pembuat keputusan. Ini sangatlah tidak betul dan tepat. Masing masing kena mainkan peranan agar masalah tidak timbul di kemudian hari.
Semua ni untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan pengagihan harta pusaka yang ditinggalkan yang boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan yang asalnya baik menjadi kurang baik.
Antara perancangan aku ialah dengan pengambilan hibah takaful. Nah, di situ ada dah bahagian untuk si isteri. Mungkin bila aku takda nanti , boleh la dia gunakan untuk kelangsungan kehidupan dia dan juga anak anak.
Dan perlu tahu juga , aku punya blog yang menjana pendapatan yang bukan sedikit ! Haa... malas nak cerita pasal duit dalam ni ! Hahahaha.. tapi lepas la nak bayar hutang piutang bulanan tu ! Duit gak tu. Mana tau ada yang nak beli ? Haaa... masyuk ! Hahahaa.. Jangan main main wooo.. Ada jenama. Branding ada haa.. Kan kan ?
Harta harta lain ? Walaupun atas nama dia , tapi nama aku tetap ada di situ. Part ni aku dan dia perlukan dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang bertauliah. Siapa ? Memandangkan aku tinggal di negeri Selangor , maka sebaiknya aku ke Majlis Agama Islam untuk dapatkan nasihat dan juga khidmat mereka memandangkan menyediakan perkhidmatan WASIAT untuk mereka yang menginginkannya.
SYARAT HARTA YANG DIWASIAT
- Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
- Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
- Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
- Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.
Jika korang punya harta seperti di atas ni.. maka sila ambil tindakan segera. Jangan tunggu tak boleh nak berjalan , tak boleh nak berfikir dengan baik.. baru sibuk nak buat segalanya. Ingat, semasa sihat inilah kita selesaikan hal dunia yang melibatkan orang lain !
Untuk rujukan , sila ke https://www.mais.gov.my/












