BEN ASHAARI




Bagi mereka yang selalu membeli belah secara online , mesti dah kenal sangat dengan PG Mall,  kan ? PG Mall ni boleh diakses samada melalui website atau juga aplikasi yang di download. Jika melalui web, pantas loading dari satu page ke satu page yang lain. 

Bagi yang belum kenal lagi PG Mall ni , untuk pengetahuan korang , PG Mall ni dah wujud sejak tahun 2017. Bukan baru yer. Dan ianya satu satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Baru-baru ni , PG Mall terpilih antara  top 3 platform e-commerce paling ramai pengunjung di Iprice yang mana telah mencatatkan jumlah lawatan laman web bulanan sebanyak  1,688,500 pelawat pada tahun 2020. Memang padu gitu !  Boleh baca mengenainya dan juga kelebihan membeli belah  melalui PG Mall ni di Business Today. 





Bagi korang yang belum pernah mencuba membeli belah di PG Mall ni , korang boleh membuat bayaran melalui dua cara iaitu  e-wallet dan juga payment gateway seperti Boost, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan iPay88. Mudah dan pantas. Manakala untuk penghantaran barang, mereka menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia , DHL, GDEX, Skynet, Pgeon , J&T, Ninja Van , The Lorry dan banyak lagi.

PG Mall, untuk pengetahuan korang rajin buat jualan murah ! Harga berbaloi baloi gitu terutama melibatkan barang keperluan harian samada untuk barang dapur mahupun barangan kanak kanak. Oh ya, barangan sukan, elektronik pun banyak pilihan di sini. Dan setiap pembelian korang akan dapat cash back sehingga 3.5% setiap pembelian yang berjaya dilakukan. 

Tunggu apa lagi ?? Jom la shopping sekarang. Klik SINI untuk terus ke PG Mall tanpa was was  lagi ! Harga harga terbaik sedang menanti anda.  Jangan lupa war warkan pada rakan rakan anda di media sosial.  

‘Shop, Share and Earn’

Laman Web PGMall  | Facebook PGMall | Instagram PGMall  | Telegram PGMall
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #PGMallxIprice


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Putrajaya , Cyberjaya dan sekitarnya , menjadi tumpuan warga ibukota pada hujung minggu. Aku sekeluarga memilih Putrajaya untuk beriadah. Ada berapa tempat yang jadi pilihan. Jauh dari mereka yang memilih untuk bersenam seperti berbasikal dan berlari. 

Hari ni , aku memilih untuk 'bermain' sekitar jambatan di PICC. Boleh tahan gak ramai tapi masing masing ikut SOP. Alhamdulillah.. Kalau tak ikut SOP , memang cari pasal la ! Bukan apa.. pihak berwajib seperti PDRM dan penguatkuasa sering membuat 'lawatan mengejut'. Kalau kena, memang menangis la nak membayar kompaun.

Bagi yang membawa anak anak kecil , aku perhatikan mereka duduk di kawasan tertentu sesama mereka. Manakala yang kecil kecil tu, bermain basikal atau alatan sukan yang lain. Ada yang pakai face mask dan ada yang tidak. Atas tiket bersukan. Apa pun risiko kena tanggung sendiri yer.. Sedikit kecuaian, memang akan mengundang.. 

Semalam di Telegram, satu grup umum yang memaparkan penguatkuasa membuat tinjauan di sekitar tempat riadah Putrajaya.. ada yang kritik mereka yang membawa anak kecil. Bagi aku , tak salah pun. Budak budak tu pun perlukan udara yang segar. Penting untuk tubuh badan mereka. Secara tidak langsung pun akan membina sistem imunisasi yang baik untuk tubuh badan. 




Aku.. masih tak berani nak tanggalkan face mask di tempat awam. Jika di gym tu, takda orang... baru berani nak tanggalkan. Tapi kena pastikan tingkap dan kipas dibuka. Aliran udara cantik. Nak tak nak.. aku kena beranikan diri untuk lakukan semua ini. Yang penting , kita ikut SOP dan senantiasa bersihkan jari jemari kita. Selebihnya, tawakal dan berdoa pada Allah minta dilindungi. 

Dine in atau makan di dalam restoran, aku masih belum ada kepentingan untuk melakukannya. Buat masa sekarang, aku memilih untuk membungkusnya saja dan makan di rumah. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Stress sebenarnya. Bila amik gambar selfie tu, nampak la garisan hitam di leher tu. Siku pun gitu gak. Aduh.. macam macam cara dah aku cuba namun masih ada lagi. Ada kalanya aku putus asa je la. Biar je la. Tapi bila segan tu muncul, nah... memang aku jadi resah la. 

Aku pernah google mencari solusinya. Punca ? Macam macam teori ada. Faktor usia , genetik dan juga pakaian. Terbaru aku cuba cara guna tisu yang ada alkohol. Memang keluar la hitam dia tapi kesannya , leher jadi pedih. Huhuh.. Sesekali boleh la buat. 

Dan baru baru ni, aku masuk tandas yang mana 'milik wife ' aku. Kat situ aku ternampak sesuatu. Dan aku mencubanya. 



Kali pertama aku mencubanya, ternyata ada kesan positif ! Leher aku lebih terasa bersih dan selesa. Terus aku curi satu dan bawa ke bilik air atas. Dua hari ni, aku dah cuba guna sekali dengan kain Korea tu. 

Dan Woww ! Ketiak aku pun dah cerah. Hahahaha.. Malah kalau workout pun tak berbau masam dah. Hehehee.. Patut la Zahra tidur tak lena. Sebelum ni kalau dia bau ketiak aku, dia terus lena. Sekarang takda dah bau... dia tak leh tidur ! Hahahaha.. 



Haaaa.. dah kurang kan ? Ni baru 2 kali guna. Kalau seminggu ? Nah.... Kembali cerah ! Tapi aku tak nak la putih gitu. Aku nak gelap. Cuma bahagian gelap seperti siku , ketiak dan leher tu dicerahkan kembali gitu.. 

Amacam ?




Kan kan ? Haaaa... Bila aku bagitau wife aku.. dia suruh ganti balik ! Hahaha.. Tak kisah la. Nanti beli lebih skit. Aku nak guna setiap kali mandi.. Baru terasa keayuanku kembali mendara. Eh ? Apa yang aku cakap ni ? Ahhh... yang penting hilang garisan hitam tu.. Malu tauu.. Nasib baik tak leh pakai tudung... kalau tak,  dah berbelit dan leher aku tu.. 



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Bila ada yang kata kenapa tak  besar macam mereka ? Aku senyum je la. Aku dari awal awal lagi dah cakap.. aku bukan bodybuilder dan juga bukan atlet bina kekuatan gitu. Aku buat semua ni sebab hobi. Aku mencari hobi sihat yang mana mampu mengubah cara hidup aku. Selepas aku berhenti bermain bola, kehidupan aku hanya tertumpu pada dua benda jer. Kerja dan makan. Lepak pun satu hal gak. Dan akhirnya , aku ada HYPERTENSION ! 

Sapa yang ada HYPERTENSION ni tau la camana rasanya. Ditambah ketika pandemik ni, mereka yang berisiko tinggi, adalah golongan yang mudah masuk ICU ! 

Alhamdulillah.. maka fokus aku dalam bab penjagaan kesihatan ni lebih tertumpu pada nak sihat dan berstamina. Nak basuh pinggan senang.. nak jemur baju pun tak mengah. Bawak anak anak jalan pun ok jer.. Pendek kata, kita sihat gitu ! 



Sado ? Hahaha.. Payah yer nak sado sado ni ! Kau kena jaga makan. Kos tinggi. Kita amik yang sederhana je la. Bagi nampak kemas, kacak dan segak. Barulah mata yang memandang tu, sedap. Pengambilan makanan berkhasiat tu penting. Kang ada yang tak sabar, guna cara singkat ! Salah dah tu.  Kalau tanpa pengawasan pakar, rosak badan. Aku, alhamdulillah.. busuk busuk pun amik whey protein dan seangkatan dengannya. Pastu banyakkan bersenam. Di rumah mahupun gym. 

Bab makan ni.. nak makan apa pun , makan je la. Tapi sederhana la yer. Biar makan untuk rasa dan sekadar kenyang. Aku pun bedal je bila bab makanan ni . Tapi tak melampau la banyak macam dulu. Yang mana lepas makan tu, terus mengelembung perut. Pastu nyesal. Huhuh.. Makan ala kadar ni banyak manfaatnya. Badan pun rasa rileks. Nak bangun pagi pun selesa jer. Dan paling penting, bila kita di saat tidak ada makanan , kita mampu bertahan. 



Alhamdulillah.. Aku yang pernah 'kehilangan kaki' terasa lain sangat kehidupan. Nak berlari tak boleh. Nak lasak ngan anak anak skit pun tak boleh. Nak dukung anak pun kena hati hati. Dan bila kaki dah pulih, aku bersyukur sangat. Aku nikmati anugerah Allah beri ini dengan sebaiknya. Berhati hati ketika bersukan dan dalam penjagaan makanan. Yang penting , kita hargai kesihatan yang Allah berikan. Jangan sampai kehilangan.. ketika tu...hurm... 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Ala.. makan apa eh ? Lapar ni ? Maka makanlah yang bukan bukan dan bertinggi kalori. Pastu bising 'gemuk' dah sedangkan ketika ada pilihan untuk makan , kita sendiri yang memilih makanan yang begitu ! 

Tak kira waktu... tak kira masa ! Bukan takda pilihan makanan tapi lebih pada nak makan sesuatu yang membuka selera dan paling penting, sedap ! Bab kalori , bab khasiat tu.. nombor 2 dan 3. Yang penting , perut penuh dan kembali bertenaga. Kan kan ?

Aku teringat satu projek yang aku dan beberapa orang rakan blogger ketika gi buat review bab pemakanan dan detox di Phuket. Kat sana , memang diajar makan sayur-sayuran saja. Sarapan, sayur. Makan tenghari , sayur. Air pun sayur. Pastu malam, pun sayur !  Awalnya, terkejut gak. Cukup ke kalori untuk badan aku ni ? Dah la aku aktif ketika tu. Jogging, main basikal pastu masuk gym lak. Haaaa.. 

Jawapan dia.. cukup jer ! Apa yang kita makan tu sebenarnya sangatlah penting. Maka sebab itulah pengambilan makanan ni perlu dijaga. Makan seboleh nak sampai penuh. Tapi nak makan apa sampai penuh tu ? Nah.. ini contohnya. Tolong abaikan part terakhir tu yer. Tu sindiran je tu. Hahaha.. Maklumlah, pick guitar selalu hilang, kan ? Hahaha.. 

Sekarang ni ada macam macam pilihan makanan berkhasiat. Ada yang berkira kira untuk membeli makanan berkhasiat ni. Jika di luar kemampuan, ok la. Alasan kukuh. Tapi jika berkemampuan tapi taknak , satu kerugian la ! Makanan berkhasiat di zaman pandemik ni, amatlah penting untuk meningkatkan imunisasi badan.


Ok.. aku sekarang sedang amalkan amik produk Very Good yang mana boleh diambil pada bila bila masa ketika perut lapar ! Fokus aku ialah pada waktu pagi dan juga malam. Daripada aku makan yang bukan bukan.. baik aku makan atau minum produk yang mampu beri kesan baik dan pulangan yang berbaloi ! 

Apa itu VeryGood ? 

Very Good ni adalah jenama produk yang mana mereka telah mengeluarkan 3 jenis produk makanan natural atau asli yang mana tidak menggunakan bahan pengawet sama sekali. Produk VeryGood tiada mengandungi unsur Laktosa atau apa unsur mineral logam yang membahayakan. Isi kandunganya juga adalah adunan bahan terpilih tanpa GMO. 

Ada 3 jenis produk Very Good.
  1. Kunyit
  2. Wheat Grass
  3. Beta Glucan
Rasanya korang pun tau akan kelebihan setiap bahan bahan ni kan ? Haa.. kalau korang buat carian di Google , mesti akan terus WOWW ! Confirm akan beli. Kenapa ? Sebab manfaatnya jika diamalkan, banyak ! Aku tak nak claim mampu sembuhkan penyakit itu ini sebab aku pun baru je nak amalkan. Baru cuba dua sachet hari tu. Terus setuju nak tulis pasal produk ni. 

Cara nak guna, tak susah pun. Ambil satu sachet dan tuang dalam gelas.  Kacau bancuhkan dengan 200ml air panas atau air suam. Kacau hingga larut, dan sedia di minum terus. Lebih sesuai untuk minum sebelum mengambil sarapan atau makan malam.  Untuk sesetengah orang ia cukup untuk menahan lapar pagi dan gantikan makan malam sama. InsyaAllah...







Kalau korang dalam perancangan nak jaga badan atau nak turunkan berat badan, amiklah VeryGood sebagai makanan tambahan. InshaAllah akan nampak kesan positifnya nanti. Kena amalkan yer. Bukan sekali dua amik dah harapkan 'magic'nya.. Huhu.. Ini produk natural. Memang natural la tindak balas dan ambil sedikit masa tapi tidak memberikan kesan negatif pada tubuh badan. Itu yang penting .

Jika korang berminat nak cuba, boleh tengok di Shoppee : 

1. Nutri Kunyit - klik SINI 
2. Natural Grain - klik SINI
3. Beta Glucan - klik SINI
 

Ubahlah gaya hidup anda sebelum gaya hidup anda diubahkan untuk selama lamanya ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes