Berani kau bawak anak kecil kau ke Putrajaya ?

by - Oktober 03, 2021


Putrajaya , Cyberjaya dan sekitarnya , menjadi tumpuan warga ibukota pada hujung minggu. Aku sekeluarga memilih Putrajaya untuk beriadah. Ada berapa tempat yang jadi pilihan. Jauh dari mereka yang memilih untuk bersenam seperti berbasikal dan berlari. 

Hari ni , aku memilih untuk 'bermain' sekitar jambatan di PICC. Boleh tahan gak ramai tapi masing masing ikut SOP. Alhamdulillah.. Kalau tak ikut SOP , memang cari pasal la ! Bukan apa.. pihak berwajib seperti PDRM dan penguatkuasa sering membuat 'lawatan mengejut'. Kalau kena, memang menangis la nak membayar kompaun.

Bagi yang membawa anak anak kecil , aku perhatikan mereka duduk di kawasan tertentu sesama mereka. Manakala yang kecil kecil tu, bermain basikal atau alatan sukan yang lain. Ada yang pakai face mask dan ada yang tidak. Atas tiket bersukan. Apa pun risiko kena tanggung sendiri yer.. Sedikit kecuaian, memang akan mengundang.. 

Semalam di Telegram, satu grup umum yang memaparkan penguatkuasa membuat tinjauan di sekitar tempat riadah Putrajaya.. ada yang kritik mereka yang membawa anak kecil. Bagi aku , tak salah pun. Budak budak tu pun perlukan udara yang segar. Penting untuk tubuh badan mereka. Secara tidak langsung pun akan membina sistem imunisasi yang baik untuk tubuh badan. 




Aku.. masih tak berani nak tanggalkan face mask di tempat awam. Jika di gym tu, takda orang... baru berani nak tanggalkan. Tapi kena pastikan tingkap dan kipas dibuka. Aliran udara cantik. Nak tak nak.. aku kena beranikan diri untuk lakukan semua ini. Yang penting , kita ikut SOP dan senantiasa bersihkan jari jemari kita. Selebihnya, tawakal dan berdoa pada Allah minta dilindungi. 

Dine in atau makan di dalam restoran, aku masih belum ada kepentingan untuk melakukannya. Buat masa sekarang, aku memilih untuk membungkusnya saja dan makan di rumah. 

You May Also Like

0 comments