Jangan sampai hilang penglihatan !

by - Rabu, Oktober 20, 2021

Baru-baru ni , aku ada gi buat pemeriksaan mata dengan lebih lengkap. Bukan apa...aku risau gak la kot kot ada penyakit kronik yang melibatkan mata aku yang mungkin aku tak perasan. Contohnya katarak. Jika aku ada darah tinggi atau kencing manis pun, ianya mampu menganggu mata aku !

Apa itu KATARAK ?

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.


Kerosakan mata akibat Diabetis atau Penyakit Kencing Manis 

Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumbat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ini mengakibatkan penglihatan mata merosot dan seterusnya boleh menyebabkan kebutaan. Kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes dipanggil Diabetik Retinopati. 

Penyakit Diabetik Retinopati tidak menunjukkan gejala di peringkat awal. Ujian saringan adalah sangat penting untuk pengesanan awal agar rawatan dapat diberikan segera. Jangan tunggu sehingga keadaan semakin teruk kerana kehilangan penglihatan mungkin boleh dicegah dan dirawat sekiranya dapat dikesan di peringkat awal. Pastikan pemeriksaan mata yang komprehensif dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun sebelum penyakit diabetik retinopati merosakkan penglihatan korang. 

Glaukoma

Glaukoma ialah jenis sakit mata yang didefinisikan sebagai sekumpulan penyakit yang merosakkan saraf mata iaitu saraf optik yang amat penting kepada manusia kerana berfungsi dalam menghasilkan imej penglihatan. Kerosakan saraf ini kebiasaannya disebabkan oleh tekanan pada bebola mata yang tinggi. 

Glaukoma merupakan antara penyumbang terbesar kepada punca hilangnya penglihatan kepada golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Namun begitu, ia masih lagi boleh berlaku pada setiap lapisan usia. Kebanyakan pesakit mengalami kondisi ini secara tiba-tiba. Kadang-kala, penglihatan pesakit sebenarnya telah pun terjejas namun pesakit tidak menyedarinya kerana perubahan yang tidak begitu jelas sehinggalah penyakit ini mencapai tahap yang membimbangkan.


Alhamdulillah.. mata aku takda masalah. Buat masa ni , cuba rabun dan silau jer. Dan perbezaan kali terakhir aku buat pemeriksaan dengan yang terkini pun tak banyak kenaikan. Masih cantik. Bak kata si pemeriksa tu kata , mata cam orang muda gitu. Huhu.. Alhamdulillah.. 

Tapi buat masa ni, kerosakkan mata kebanyakkan berpunca dari gajet ! Bagaimana mata boleh rosak dek kerana gajet ni ? Haaaa... Antara punca ialah masa yang dihabiskan mengadap gajet tu. Sepatutnya jangan terlalu lama. Perlu rehatkan mata tu. Dan lindungi mata kita tu juga. 

Oh ya.. bila aku sebut kita tu.. bukan orang dewasa jer yer. Anak anak kita juga ! Walaupun sekolah bakal dibuka sepenuhnya tapi rasanya mereka masih perlu menatap gajet ! Cam kes anak aku ni, dia ada amik kelas tambahan sebelah malam secara online. Yer, kelas tu sangat membantu dia memperbaiki pelajaran dia walaupun sekadar online jer.. FlyHigh Training Centre dah lahirkan ramai pelajar cemerlang. Aku dapati cikgu yang mengajar pun bukan calang calang. Dedikasi dan sangat membantu.




Aku pentingkan bingkai yang lasak ! Boleh pakai di apa jua keadaan.  Dan tetap kelihatan kacak!!!!

Mata aku ni.. walaupun aku guna cermin mata harga bajet, Alhamdulillah.. membantu sangat ! Rakan rakan aku yang turut pergi buat kat Eyes Vision Group di Sungei Wang Plaza, pun kata gitu ! Malah mereka kembali bersama keluarga untuk tempah lagi. Siap segera jika kantanya  dan power jenis biasa biasa.

Nasihat aku.. Dapatkan pemeriksaan mata yang lengkap bila dah umur 30 tahun ke atas. Jika ada masalah mata, cepat cepat gi buat cermin mata. Jangan biarkan teruk , baru nak buat ! Cermin mata tak semestinya kena mahal. Ikut kemampuan kita. Yang penting , bingkai tu selesa dan tahan lasak.. mengikut tuan dia ! Cermin tu, yang biasa biasa dah la. Kalau berkemampuan.. amik la yang gempak skit. Heeee.. 




Sumber : Myhealth dan DoctorOnCall

You May Also Like

0 comments