Bila bersukan , perlu ke ambil whey protein ni ?

by - Isnin, Oktober 18, 2021

Alhamdulillah.. Siap workout untuk hari ni. Seperti biasa, dalam jam 7 pagi tu aku dah brisk walk naik turun bukit. Bagi aku memadai dah. Aku taknak badan terlalu penat sebab nak kena urus anak anak di rumah. Dan aku kena amik kira juga faktor masa bila anak anak dah kembali ke sekolah. Haa.. Maka biar rutin aku standard buat masa ni. 

Lepas brisk walk, balik.. aku sambung sedikit buat HIIT di rumah. Memang penat tapi aku paksa juga. Bukan apa.. pagi hari aku tak makan berat lagi. Maka tenaga yang ada tu cukup cukup untuk senaman ringan jer. Heee..

Fokus aku cumalah untuk stabilkan tekanan darah dan dapatkan stamina yang baik. Maklumlah, usia pun dah nak cecah 50 tahun. Huhuh.. Kena jaga makan. Bukan takut mati tapi elakkan diri dari ulang alik ke hospital. Tak nak susahkan sapa sapa. Mati tu, sampai ajal.. kita pergi juga. 


Dan satu lagi fokus aku ialah dapatkan perut yang flat. Part ni memang payah sebab aku suka makan terutamanya malam. Jadi cara terbaik ialah aku kena pastikan makan malam aku tu tidak berat tapi cukup untuk membekalkan tenaga. Jika tidak , tengah malam nanti mesti kelaparan ! Untuk elakkan dari berlaku, tidur awal tu sangatlah penting.

Sedikit ilmu yang aku curi dari abang Sazali Samad ketika latihan bersama hari tu, aku manfaatkan. Ternyata memberi kesan. Apakah itu ? Katanya sebelum makan, buat latihan abs dulu.. Haaa ! InshaAllah ok. Dan aku cuba la. Tapi bab abs ni, pemakanan mau penting yer.. Kalau bedal makan tak hingat dunia pastu nak dapat perut yang flat.. memang mampu dalam mimpi je la.

Siap semua. Mandi pastu baru amik whey protein. Skang ni ada Isolean dari MMX atau Muscle Metabolix. Lebih halus rasanya berbanding whey protein biasa. Macam aku ni.. biasaya akan aku campur dengan Amino Shred dan Glutamin. Telur sebijik pastu susu low fat. Blurppp.. kenyang ! Hehehe.. Alhamdulillah.

Tak sampai satu tong.. dah nampak kesan dia ! Tapi ingat yer.. diet pemakanan tu paling penting. Bedal macam macam pastu gi gym.. amik whey atau suppliment dan harapkan keputusan yang cemerlang ? Jangan bang.. nanti penyakit yang datang. Aku dah rasa.. Salah gaya ! Yang dapat , tekanan darah tinggi. Puncanya ? Konon nak bulking.. tanpa ilmu , memang hancur ! 





 Kalau korang bersukan, sejujurnya korang perlukan protein. Kalau mampu , amik yang natural. Jika tak sempat , dapatkan je ISOLEAN. Beli terus di web NutrionPro atau di Shopee. Ingat yer... ini hanya makanan tambahan tau. Korang tetap kena makan natural food seperti ayam, ikan , telur dan seimbangkan dengan sayur serta buah buahan. Barulah sihat ! 

You May Also Like

1 comments