Sekeluarga terkunci di luar rumah !

by - Selasa, Oktober 19, 2021

Bersiap semua nak ke Kajang. Perancangan hari ni nak gunting rambut anak anak kat Sozo Hair Weave. Dengar cerita kat situ best nak gunting rambut. Aku pun nak gunting gak walaupun rambut tak panjang lagi. Saja nak touch up kasi nampak lebih kacak dari kebiasaan. 

Masing masing dah keluar depan rumah. Pakai kasut. Aku tanya wife samada dia dah amik kunci atau belum ? Seperti kebiasaan, dia simpan satu set kunci back up. Aku pun tarik je la daun pintu. Hati aku cam berat jer semacam jer. 

Dan pintu pintu pun tertutup rapat ! Sekali benarlah apa yang aku rasa. Semua kunci di dalam rumah ! Hadoilah... rosak semua perancangan hari ni ! Cuba buka guna pelbagai kaedah.. gagal ! Nak tak nak, kena cari tukang kunci berhampiran. Aku cuba di Facebook.. dapat seorang ! Tapi dia sibuk lak. Kena tunggu lepas Zohor baru boleh datang. Jam baru pukul 11 pagi ! Temujanji aku untuk gunting rambut, terpaksa dibatalkan. Tukar ke hari lain. 





Aku mula membebel walaupun aku tahu ianya tak memberi faedah. Saja aku buat gitu untuk anak anak tahu yang semua kena peka terhadap kesiapsiagaan sebelum keluar rumah. Ni siap bergaduh bagai. Sorang teriak merajuk. Sorang cari water gun ! Adeh... Tapi memang salah aku la. Nak kata apa dah kan. Hahaha.. 

Apa solusinya ? Dalam kepala aku, ada beberap orang yang aku rasa mampu buka kunci rumah aku ni. Dan dalam kepala aku , entah berapa ratus pulak nak terbang !  Aku cuba call sorang ni. Tak berjawab. Tinggal pilihan terakhir. Pilihan terakhir ni memang bila kes terpaksa sangat sangat. Aku tak nak kacau dia sebab dia ada tanggungjawab besar lagi. Hehehe.. Saja cuba nasib. Mana tau dia free time tu. Dan sesungguhnya Allah permudahkan urusan aku pagi tadi. Aku mesej kawan aku yang juga rakan blogger #KBBA9 dan bertanyakan mengenai suaminya yang juga seorang anggota bomba. Biasa la kan.. diorang mesti ada skill punya. 

Katanya suami dia baru abis kerja pagi tadi. Dia akan datang untuk bantu. Lega dengar. Aku amik gambar tombol pintu. Dia kata kena kopak. Memang payah nak bukak jenis tu. Aku ok je. Memang nak tukar pun tombol tu. Hahaha..

Sementara tunggu dia sampai, aku cuba gak la pecahkan tombol tu. Dah dapat pecah tapi masih gagal nak buka. Aku rasa memang boleh tapi aku tak ingat camana nak buat. Kena ada pemutar skru gak tu. Sebab aku pernah cuba buat di pintu bilik rumah aku. Tapi tak pe la.. aku serahkan je pada kawan tu nanti.

Dan dia pun sampai. Tak sampai 5 saat dia dah selesaikan kerja dia ! Dan terus pasang tombol baru. Aku memang dah mintakkan dia beli sekali tombol baru sebab dia kata dah kena kopakkan tombol tu. Huhuh.. 

Dan urusan selesai tak sampai 5 minit pun. Adoilah.. Aku sekeluarga kat luar, sejam ! Berpeluh peluh kepanasan. Walhal boleh selesaikan dalam masa beberapa minit jer. Tapi dengan syarat kena ada pemutar skru la.. Apa pun, aku bersyukur... urusan aku dipermudahkan hari ni. 



You May Also Like

0 comments