Farm In The City , Sri Kembangan mesra kanak kanak !

by - Jumaat, Oktober 15, 2021

Kali terakhir mereka ke sini, Aariz tak belum lagi di muka bumi ini. Huhuh.. Manakala Qhaliff dan Zahra belum pandai lagi nak bermain dengan binatang binatang di sini. Sekali lagi.. aku bawa mereka ke sini. Dan ternyata mereka cukup enjoy dan gembira bermain dengan binatang binatang jinak di Farm In The City (FITC), Sri Kembangan ni. 

Khamis.. aku jangkakan tak ramai orang. Tapi jangkaan aku salah sama sekali. Rupa rupanya ramai parents yang sanggup amik cuti untuk bawa anak anak mereka ke sini. Wah ! Tak sangka juga aku. Baru je FITC ni dibuka kembali, ramai dah datang. Tu baru hari kerja. Hujung minggu memang ramai la. 

Kenapa FITC jadi pilihan ? Bagaimana pula dengan SOP ?? Risaukan anak anak ? Alhamdulillah.. SOP memang ketat di sini terutama bila nak masuk. Hanya mereka yang telah ada dua dos vaksin saja dibenarkan masuk. Manakala di dalam nanti, akan ada mereka yang jaga. Setiap zon memang tidak akan padat. Mereka bergerak satu hala jer. Tak boleh patah balik gitu.. Haa. ok la kan ? 

Ada 18 station dalam ni. Korang kena dapatkan peta bila dah beli tiket. Kemudian pastikan anak anak menikmati kegembiraan bersama binatang binatang dalam ni. Jika tidak ,bila dah keluar nanti..mereka akan bersuara tidak puas bermain dengan mereka ! Haaa.. Tak pasal pasal kena janji nak datang lagi. 

Staff atau ranger dalam ni semua mesra kanak kanak. Mereka senantiasa membantu termasuklah memberikan penerangan yang cukup menarik ! Haaa.. Anak anak kita bukan saja dapat bermain dengan binatang jinak malah dapat ilmu sekali. 

Sejujurnya.. bukan anak anak je akan teruja. Mak bapak pun akan seronok juga. Hahaha.. Binatang dalam ni manja manja je. Cuma jika anak anak tak pernah didedahkan dengan binatang begini, memang akan jadi cuak skit la. Cam kambing, lembu, rusa, ayam.. hahaha.. burung burung.. Nah, memang akan mengerumuni korang. Yang tak biasa... akan menjerit la ! Heeee..

Nasihat aku.. amik cuti, dan bawaklah anak anak ke sini. Diorang pasti teruja dan akan bercakap mengenainya sepanjang hari.. Tarak nyesal punya ! 

Oh ya.. dan tak lama lagi Farm In The City , Bentong akan dibuka. Katanya lebih besar..lebih menarik dan lebih mengujakan ! Siap boleh mandi air terjun dan juga berkhemah !!!! Pergh.. makan durian pun boleh. Haaa. 













Ok..harga tiket untuk masuk ke FITC ni , korang boleh tengok di SINI yer.. Nak lagi mudah ,beli terus yang pakej. Korang boleh je bawa air dan makanan ringan sendiri. Jangan buat BBQ atau berkhemah dalam ni dah la yer.. Hahaha.. Ada tempat untuk korang berhenti makan dan minum. Dan ada juga jualan minuman serta makanan. 


 Gelak tawa anak anak adalah ubat ketenangan buat ibu bapanya..


Selasa cuti yer ! Heee...Maklumat lanjut, boleh hubungi mereka terus di 603-89412099 atau layari je terus ke website mereka di https://www.farminthecity.my/

You May Also Like

2 comments

  1. Baca entry ben ni membuka mata. Betul kata ben, parents zmn skrg sanggup ambil cuti kerja utk masa emas bersama keluarga. Bukan selalu, bila spent time dgn anak 100% dan bonding dgn haiwan² mcm ni tambah erat hubungan kekeluargaan.

    Tq ben, insaf baca. Jadi marilah kita pi lagi... haha

    BalasPadam
  2. Belum pernah pergi lagi. Anak aku pun aku hantar kat kampung segamat. Bagi dia tak boring dan berkawan dengan geng dia kat kampung.bulan depanlah kalau ada masa aku ingat nak bawa anak anak pergi.

    BalasPadam