Sehari bersama Amazfit T Rex Pro !

by - Sabtu, Oktober 09, 2021

Fikir punya fikir punya fikir , akhirnya aku buat keputusan untuk meneruskan ambil Amazfit T Rex Pro. Pilihan yang ada ketika ni ialah G Shock, Suunto, Garmin dan Coros.  Kenapa aku pilih Amazfit T Rex Pro ? Jawapan paling utama ialah tahan lasak dan tidak manja. G Shock pun tahan lasak tapi sayangnya yang aku nak tu , takda sensor untuk baca HR , Blood Oxigen manakala jenama lain tu ada cuma dia pulak jenis manja. Haaa.. Nak berlasak lasak , fuh.. tak sampai hati lak. Dan paling utama ialah.. aku bukan runner ! 

Ok.. talinya atau strap dari silicon. Boleh regang jika kita dalam aktiviti bersukan. Takda la nak tertekan sangat di pergelangan tangan tu berbanding jam tangan yang aku guna sebelum ni iaitu Pro Trek. Ringan dan lasak ! Di gym tadi, beberapa kali terkena besi.. cerminnya tidak tercalar pun. Lega gak la. Belum sampai lagi tempered glass yang aku beli. Huhuh.. 

Bateri... Semalam aku charge penuh... hari ni dah masuk setengah hari.. aku dok godek godek dia.. bateri turun hingga 80%.. Ok la gak. Boleh je nak jimatkan bateri tapi aku memilih untuk maksimankan penggunaan. Memang aku utamakan bateri. Kalau ada guna solar, lagi syok. Tapi harga mesti gempak punya. 

Antara muka jam ada banyak pilihan. Tak bosan. Bila nak workout, tukar mode ganas skit. Bila nak brisk walk , guna mode lai.. santai , mode santai ! 





Kalau untuk runner, aku rasa jam ni tak sesuai untuk korang. Kalau korang jenis lasak , nah.. memang sesuai jam ni. Harga pun tak la mahal sangat. Masih dalam kategori boleh beli jika berminat.  Ada beberapa pilihan warna. Majoriti yang dah guna jam ni , memang akan berpuashati punya ! 

Kesimpulan... jam ni bagi aku berbaloi untuk dimiliki kalau korang jenis suka jam besar. Dan mudah untuk menguasai jam ni. Tak berbelit belit.  Nak connect ke handphone pun, mudah jer.. Memang terbaik la Amazfit. Terima kasih Saidila kerana syorkan jam jenama ni. Dulu aku tak tau pun kewujudan dia.. Asik dengan Pro Trek jer. Heeee...

 

 

You May Also Like

0 comments