Aku beli lagi seluar yoga dari Decathlon !

by - Jumaat, Oktober 29, 2021

Hurm.. seluar panjang Adidas aku mereput dek kerana kerap pakai ketika bersenam waktu pkp hari tu. Bukan sehelai tapi 3 helai ! Aduh... Nak beli baru, harga bukan calang calang ! Lagi pun design dia cam.. sama je. Harap logo dia je besar ! Hahahaha... 

Aku tengok kat Lazada.. cari seluar panjang senam yang sesuai. Yang dari China ada 2-3 aku beli. Memang ok cuma lama betul nak tunggu dia sampai ! Hahahaa.. 2 minggu gitu. Berdarah mata tunggu. Ternampak Decathlon punya seluar yoga. Ada dua jenis. Aku beli ! Dua dua. Harga pun murah. Harapnya berbaloi. 


Beberapa hari tunggu.. sampai ! Pantas cuba pakai. Fuh.... sedap giler ! Memang best guna gi gym. Kalau buat squat tu, tak risau la nak terkoyak. Kain mudah regang atau strechable ! Yang bagusnya , jika aku tarik naik tinggi ke lutut pun , pastu dia tak tetap tak longgar lepas tu ! Dia kembali ke size asalnya. Gituuu.. 

Dek kerana itu.. aku up lagi 2 pasang menjadikan 4 pasang kesemuanya ! Hahahaha.. Bagus gak pakai jika berkain pelikat jer. Heeee.. Pakai gi jogging memang best la.. Buat mandi sungai pun syok. Cepat kering. Dan paling syok.. harganya ! Sepasang seluar Adidas tu, aku boleh dapat 4 pasang seluar yoga ni ! Tak ke berbaloi ? Haahaha.. time time gini, kena jimat cermat. Kita belum keluar dari pandemik merbahaya ni. Kan kan ? 

Harga..RM39 jer. Ok la kan ?






You May Also Like

0 comments