Gila walkie talkie di Lazada la pulak aku !

by - Selasa, Oktober 05, 2021

Aku tengok Aariz dok usung walkie talkie abang dia punya. Zaman Qhaliff kanak kanak riang punya. Dah buruk dan rosak. Sian dia. Terus aku cari di Lazada. Yang elok skit dan ada pasangan. Dan jumpa ! Ada banyak dah zaman ni. Macam macam ada.. Huhu... Rambang mata lak. 

Terus aku amik yang satu yang sesuai dengan Aariz. Berberapa hari kemudian, sampai. Teruja Aariz. Aku pun terujaaaa gak ! Kena beli bateri AAA , 8 biji ! Tu diaaa.. berdarah hidung. Barang bagus tapi sayangnya kena pakai bateri lak. 

Tiba tiba teringat.. Eh , kenapa tak beli je bateri yang bole recharge ?? Huhuh.. Terus cari di Lazada. Jumpa.. Harga pun leh tahan berdarah hidung. Tapi tak pe la.. Anak anak punya pasal. Beli je la dua set..



Dah selesai beli.. Tak lama kemudian di Facebook dan Instagram.. mahupun Lazada sendiri rajin pulak keluar iklan walkie talkie ! Pelbagai jenis.. pelbagai rupa dan pelbagai harga ! Caittt.. cun cun lak tu ! Hahahaa.. Terus menyesal beli awal. 

Dan sejak tu.. aku rajin survey walkie talkie kat Lazada. Patutnya aku kena tengok part bateri yang boleh charging , jangka masa standby serta guna dan juga jarak ! Ini penting kalau nak beli walkie talkie untuk kegunaan di rumah. Bukan apa.. Budak budak pun seronok je main.. Contohnya baru baru ni , aku mintak Aariz tengokkan mak dia kat tingkat bawah. Buat apa.. senyap jeee ! Yang lain kat tingkat atas.. 

" Daddy, ibu tidur.. roger " kata Aariz melalui walkie talkie dia. Heee.. Senang. Cepat dan pantas mesej dihantar.




Geram pulak aku ngan Motorola punya ni... comel. Hahahaa..


 

You May Also Like

0 comments