Seharian kepeningan !

by - Jumaat, Oktober 22, 2021

Dikejutkan dari tidur semalam. Kepala aku terasa kepeningan. Macam melayang layang. Ah, sudah ! Apa aku salah makan semalam ? Biasanya kalau macam ni.. mesti ada sesuatu yang tak kena pada makanan aku yang aku makan semalam.  

Aku rasa aku tau.. hurm.. Nampak gaya, memang aku tak boleh dah nak makan luar sebarangan. Memang kena betul betul pilih atau aku akan sakit kepala walaupun tekanan darah aku sekarang terkawal. Bila dah sakit kepala, memang akan menganggu mood aku termasuk nak ke gym ! Memang aku takkan gi gym jika sakit kepala. Kita kena pastikan badan sihat untuk ke tempat awam ! Sekarang ni... 

Keluar brisk walk dengan Zahra kali ke dua. Dia nak ikut walaupun mengantuk. Tapi baru setengah perjalanan , dia berhenti dan buka kasut dia. Aku tengok. Tumit dia melecet. Aku tanya dia, boleh jalan lagi tak. Dia kata ok jer. Hehe.. Anak dara sorang ni memang kuat semangat. Payah nak tunjuk lemah. Tapi aku tau... Aku dukung dia dan bawa balik ke rumah. Elak dari teruk. Kang pedih kalau kena air .


Awal pagi.. wife masakan bubur atau nasi air. Aku suka ni. Aku memang suruh dia masukkan lebih halia dan apa jua herba yang ada. Hahahaha.. Aku tak kisah pun makan nasi air je. Lagi sihat ! Makan berpinggan pun tak kisah. Perut tak penuh. Leper je. Tapi jika korang jenis bekerja yang banyak gunakan kalori atau tenaga.. janganlah makan yer. Confirm akan cepat kelaparan.

Dan aku mintak wife sediakan nasi air atau bubur dengan lebih kerap. Aku selesa makan gini walaupun akan muak ! Hahahaa.. Sesekali boleh layan makanan luar.. 


Lepas makan, aku minum air rebusan asam keping. Cara buat mudah jer. Amik 3-4 keping asam keping tu kemudian basuh. Pastu masukkan dalam cawan. Masukkan air panas. Biarkan setengah jam. Pastu minum. Buat 2-3 kali dalam hari tu. Pastikan dapat rehat secukupnya selepas minum air tu. Dalam erti kata lain, satu hari kena bertenang. Macam aku, bila jadi kes gini.. aku akan amik sebijik panadol sebelum tidur. Aku nak tidur lena tanpa gangguan ! Tapi sayangnya.. mimpi ngeri wife aku telah menganggu tidur aku !!

Alhamdulillah.. bangun subuh.. badan aku kembali segar. Tidak terasa panas dah badan walaupun suhu normal. Ni satu perkara lagi kena waspada. Bila tekanan darah naik, badan macam rasa nak demam tapi suhu normal jer. Haa.. Korang boleh rasa perubahan tu !

Pagi tu, aku ajak Zahra brisk walk lagi. Dia suka. Kali ni perjalanan agak perlahan. Mungkin dia nak biasakan kaki dia tu. Aku terperasan bunga bunga lalang menguntum. Aku petik dan berikan pada dia. Suka sangat dia. Tapi aku suruh buang kemudian. Aku kata tak boleh bawa masuk rumah. Nanti kalau nak, kita beli je bunga kat kedai. Atau kita pergi Cameron Highland. Kat sana nanti ada banyak bunga. Boleh beli dan bawa balik rumah. 

Amik udara pagi sangat penting bagi mereka yang ada penyakit Hypertension atau tekanan darah tinggi ni yer.. Mereka kena segar dan rilekskan minda terutama di awal pagi hari.. Jangan beri tekanan pada mereka. Sekarang ni , ramai orang tertekan tanpa disedari...



Selepas membersihkan diri... sarapan pagi. Pastu check tekanan darah. Alhamdulillah.. Kepala aku pun tak dah pening pening lalat ! Boleh buat kerja.. g gym ! Hehehe...




You May Also Like

1 comments