Masalah leher, ketiak , siku , lutut hitam ? Hurm.. aku cuba yang ni lak !

by - Jumaat, Oktober 01, 2021

Stress sebenarnya. Bila amik gambar selfie tu, nampak la garisan hitam di leher tu. Siku pun gitu gak. Aduh.. macam macam cara dah aku cuba namun masih ada lagi. Ada kalanya aku putus asa je la. Biar je la. Tapi bila segan tu muncul, nah... memang aku jadi resah la. 

Aku pernah google mencari solusinya. Punca ? Macam macam teori ada. Faktor usia , genetik dan juga pakaian. Terbaru aku cuba cara guna tisu yang ada alkohol. Memang keluar la hitam dia tapi kesannya , leher jadi pedih. Huhuh.. Sesekali boleh la buat. 

Dan baru baru ni, aku masuk tandas yang mana 'milik wife ' aku. Kat situ aku ternampak sesuatu. Dan aku mencubanya. 



Kali pertama aku mencubanya, ternyata ada kesan positif ! Leher aku lebih terasa bersih dan selesa. Terus aku curi satu dan bawa ke bilik air atas. Dua hari ni, aku dah cuba guna sekali dengan kain Korea tu. 

Dan Woww ! Ketiak aku pun dah cerah. Hahahaha.. Malah kalau workout pun tak berbau masam dah. Hehehee.. Patut la Zahra tidur tak lena. Sebelum ni kalau dia bau ketiak aku, dia terus lena. Sekarang takda dah bau... dia tak leh tidur ! Hahahaha.. 



Haaaa.. dah kurang kan ? Ni baru 2 kali guna. Kalau seminggu ? Nah.... Kembali cerah ! Tapi aku tak nak la putih gitu. Aku nak gelap. Cuma bahagian gelap seperti siku , ketiak dan leher tu dicerahkan kembali gitu.. 

Amacam ?




Kan kan ? Haaaa... Bila aku bagitau wife aku.. dia suruh ganti balik ! Hahaha.. Tak kisah la. Nanti beli lebih skit. Aku nak guna setiap kali mandi.. Baru terasa keayuanku kembali mendara. Eh ? Apa yang aku cakap ni ? Ahhh... yang penting hilang garisan hitam tu.. Malu tauu.. Nasib baik tak leh pakai tudung... kalau tak,  dah berbelit dan leher aku tu.. 



 

You May Also Like

1 comments

  1. Salam ziarah..tak apa bro kan lelaki..normal tu..tak apa BERSYUKUR dan usaha juga ya nak lebih bersih. Allah suka amalan kebersihan...

    BalasPadam