Rahsia turun dan kawal tekanan darah serta awet muda !

by - Rabu, Oktober 13, 2021

Sebenarnya aku dah cerita berkali kali mengenai tekanan darah tinggi dan bagaimana aku mengawalnya. Tapi bila tengok ada kawan kawan , baru dapat.. aku rasa baik aku teruskan je la awareness bab ni.

Sesungguhnya aku cukup takut nak periksa tekanan darah aku. Kenapa ? Awal awal PKP dulu, tiap kali aku check tekanan darah, memang tinggi. Menakutkan sama sekali. Akhirnya, aku simpan terus alat pemeriksaan tekanan darah aku ni. Malas nak tengok dah ! 

Tapi selepas Covid 19 meletus di negara kita dengan kes beribu ribu sehari.. aku cuak ! Ditambah lagi kena amik vaksin. Mereka yang berisiko tinggi , wajib amik ! Alamak.. aku la tu ! Hahaha.. Takut woiii. Macam macam cerita aku dengar bab vaksin ni terutama mereka yang ada tekanan darah tinggi. 

Dan akhirnya, aku nekad gi cucuk vaksin gak selepas kawan aku yang ada penyakit cam aku ni, selamat menjalani cucukan vaksin di klinik kesihatan yang dirahsiakan aku. Gitulah.. Dan sebelum aku gi cucuk tu, aku check tekanan darah aku.. 130+ gitu. Bawah aku tak ingat berapa. Bila nurse di klinik kesihatan tanya aku, apakah aku ada penyakit tekanan darah tinggi.. aku jawab Ya. Dia tanya aku berapa ? Aku kasi tau la berapa.. Dia tanya aku semula.. sapa bagitau 130 tu tinggi ? Eh ?? Tak tinggi ke ??? Hahaha.. Katanya normal la untuk usia aku ni. Alamak ? Biar betul ?? 

Alhamdulillah.. aku selamat jalani cucukkan itu. Nurse yang cucuk pun cun. Hilang rasa gementar. Hahaha.. Dan malam tu, aku search di Google. Cari info mengenai bacaan tekanan darah tinggi. Dan barulah aku tahu... Rupanya dah lama terkawal tekanan darah tinggi aku ni. Aku je tak perasan. Huhuh..

Apa yang aku buat ? Paling mudah ialah.. aku elakkan diri aku makan makanan di luar terutamanya yang ada TOM YAM ni. Garam cukup tinggi di setiap masakannya. Sedap memang sedap ! Tapi selepas makan tu , aku akan dahaga lain macam. Malam tu mula sakit kepala ! Nah... tu je tandanya untuk badan aku. 

Akhirnya aku buat keputusan.. wife pun membantu aku. Dia masak di rumah je. Dan setiap masakan dia, memang tak letak garam. Aku tau kalau dia letak ! Hahaha.. Masakan dia jadi sedap. Aku nak masakan dia tawar atau kalau ada rasa sekali pun, biarlah rasa itu rasa yang asli yakni dari bahan yang dia letak seperti rempah ratus dan juga sayur sayuran. Garam, jangan letak melainkan selepas dia masak. Paham tak ni ?? Boleh baca di SINI.

Sakit kepala akibat tekanan darah tinggi ni sangat merbahaya. Pertama, boleh rosak buah pinggang. Kedua , mata boleh rosak. Ketiga , mood harian hancur berkecai ! Bayangkan jika anak anak mintak kita mengajar mereka atau ajak bermain dengan mereka..fuh , boleh kena tengking diorang ! Sian diorang. Sebab tu kena jaga tekanan darah ni. Tu belum lagi bab pendarahan dalam otak ! Haaa..

Aku ubah gaya hidup aku. Ada hikmahnya PKP ni untuk aku. Huhuh.. Dari satu sudut positif la. Yakni aku boleh fokus pada penjagaan kesihatan yang berterusan hingga dijadikan amalan gaya hidup sihat buat aku. Dan Alhamdulillah, ramai rakan rakan di media sosial turut berubah cara. 


Bacaan tekanan darah selepas bersenam

Bacaan awal pagi.

Selepas subuh, dalam jam 7 pagi ke atas tu.. aku mula berjalan kaki naik turun bukit. Aku lebih suka berjalan sebab nak hayati alam sekitar padahal malas nak berlari. Dapat dalam 40 minit dah memadai. Kalau wife BDR , aku boleh buat 2 pusingan naik turun bukit tu yang mana akan bikin aku pitam di rumah untuk 30 saat ! Hahaha... Best memang best  tapi penat woiii.. 

Pastu bersambung workout lak. Tu dalam setengah jam ok dah la. Pastikan ketul ketul tu terjaga. Hahahaa.. Kalau rajin , gi gym jer. Atau kalau wife tak menjeling la. Hahahaha... Kekadang kena jeling gak. Haahaha.. Aku jawab gini.. " Abang buat pun untuk sayang.. ".. cenggitu ! Hahaha.. Betul la kan ?Hahaha.. 

Ok ok.. sambung.. part paling utama ialah pemakanan. Nak makan apa pagi hari ni ? Pertama , aku akan minum air suam segelas dulu la.. Pastu makan telur setengah masak. 2-4 biji. Tu pun bergantung pada mood wife. Kalau dia mood bagus, aku dapat la 4 biji. Walaupun telur aku beli , dia gak yang kawal keluar masuk dalam peti ais tu. 


Naahh... yang ni aku baru je amalkan. Awalnya aku buat review je tapi selepas mengetahui akan kelebihannya untuk tubuh badan aku ni.. Aku nekad nak amik setiap hari. Wife aku pun aku suruh amik gak. Bawa ke pejabat. Katanya dia payah nak sarapan pagi sebab tak sempat. Nah.. minum ni je dulu pastu tunggu tengahari baru gi makan..

Serius , sangat bagus Very Good ni ! Aku amik pada waktu pagi dan juga malam. Kita perlu tahu yang badan kita ni perlukan nutrisi dan kalori. Maka apa yang kita masukkan ke dalam badan kita tu amatlah penting. Bukanlah nak makan yang sedap sedap belaka jer. Boleh tu memang boleh tapi carilah yang kurang risikonya.. 

Boleh baca pasal VERY GOOD tu kat SINI yer.. Terus je order ! 





Dan untuk sebulan sekali.. aku akan buat jus detox ni. Penuh vitamin C dan juga mampu membersihkan buah pinggang kita juga. Nah... Boleh baca bab BEET ROOT ni juga yer.. Kalau diamalkan , korang akan rasa perubahan pada diri. Seronok je rasa gitu.. Mood pun cun jer.. Alhamdulillah.



Apa pun.. terpulang pada korang sendiri. Memang semua orang akan mati.. Tapi nak ke kita ulang alik ke klinik dan juga hospital untuk buat rawatan atau pemeriksaan dek kerana penyakit yang berpunca dari gaya hidup kita sendiri ? 

Fikir fikirkan.. 


You May Also Like

0 comments