Cipta memori sebanyak yang mungkin.

by - Isnin, Oktober 25, 2021

Beberapa hari lepas, ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.. aku bertanyakan satu soalan pada anak anak aku. “ Apakah memori yang Qhaliff dan Zahra ingat bersama daddy, sampai sekarang ?” Dan mereka pun menjawab satu demi satu. Terkejut gak aku sebab dia boleh ingat sedangkan ianya berlaku ketika mereka dalam usia 4-5 tahun termasuklah aku menghadiri ke Sukan Sekolah pertamanya. Bila mak diorang tanya lak.. heeee..

Cipta seberapa banyak memori semampu kita dengan anak anak. Bukan apa.. kita tak tau apakah kita ada esok hari ? Ditambah sekarang ni dengan kehadiran virus virus durjana yang menanti masa untuk merosakkan sistem imunisasi badan kita ! 

Maka semalam, aku sekeluarga ke Taman Tugu Negara. Perancangan dibuat bersama dengan keluarga adik wife aku. Khabarnya kat sana menarik untuk family hiking . Dan semalam, hari Ahad ! Sampai awal pagi.. orang dah beratur panjang nak masuk ! Tu dia aihhh.. Tak pe la.. Batal terus niat tu.
 
Terus menghala ke Taman Burung KL atau KL Bird Park. Kami orang pertama sampai ! Hahaha.. Yelah, kami kat situ dah dalam kul 8 pagi. Terpaksa tunggu hingga jam 9 pagi. Yer, KL Bird Park buka jam 9 pagi ! Nasib baik sampai awal. Sebab tak lama kemudian, ramai dah mula beratur. Alhamdulillah.. dengar cerita , tempat tempat gini mendapat perhatian dan kunjungan ramai. Bukan apa.. ketika PKP ari tu, pusat jagaan haiwan begini kekurangan dana untuk membekalkan makanan dan juga membayar gaji pekerja. 

Tiket… warga negara Cuma RM25 dan kanak kanak RM12. Sila bawa Mykad yer. Dan anak anak aku sangat gembira berada dalam ni. Siap ajak lagi datang. Terutama Aariz tu… Tak penat langsung dia berjalan sejauh 3KM di dalam tu. Maklumlah, ada abang sepupu dia yang sudi layan dia.. Tak ingat langsung dah kat daddy dia. 

Alhamdulillah.. mereka semua gembira dan pada masa yang sama... face mask tetap dipakai ! Selepas tu terus balik ke Sepang. Singgah sebentar untuk gunting rambut Qhaliff dan Aari8z. Sejujurnya aku berat nak gunting rambut Aariz tu. Tapi kesian kat dia lak. Hahaha.. Dia dah nampak macam perempuan lak. Dengan muka jambu jambu gitu.. Nak tak nak.. aku kasi suruh pontong pendek. Lagi pun nak sekolah dah kan.. Dia kena biasakan diri dengan rambut pendek. 

Di dalam kedai gunting rambut tu, aku risau dia tak nak. Aku letak sekali dengan abang dia. Seronok lak dia nak gunting rambut. Siap nak ajak berborak lak dia. Best part.. beberapa kali dia suruh abang tukang gunting tu berhenti jap.. dia nak tengok rambut dia ! Hahahaa.. Dan bila dah selesai.. dia suruh bersihkan perut dia sekali ! Hahahaha.. lucu anak aku sorang ni ! 

Ketika aku kasi gambar kat wife aku yang sedang menunggu di dalam kereta.. Zahra komen.. " Huh.. Aariz dah tak comel ! " Hahaha.. Ooo.. selama ni comel la eh ? Tak pernah lak dia cakap ! Haish... 

Itulah memori yang akan aku kenang... Tak perlu sampai ke luar negara untuk cipta memori terindah.. memadai dengan mereka yang tersayang.. 









You May Also Like

3 comments

  1. https://madey09.blogspot.com/
    Kenangan indah itu nanti memuda kan ingatan kita..masa tu baca2 kenangan pasti senyum..nah kena klik blog Etuza ya..bloglist lihat siapa Blogger Malaysia wow! hebat tu, baru ada dua tu..blog ni jadi pilihan ..tahniah

    BalasPadam
  2. Jalan-jalan....hati2 ya..terutama anak kena betul2 prihatin..nasihat otai bapa ni. Seronok tengok anak bro Ben membesar dan blog..boleh dah rentas daerah rentas negeri..alhamdulillah

    BalasPadam