Pening kepala nak pilih mana satu jam yang diperlukan oleh aku ketika ini !

by - Oktober 07, 2021

Mula mula aku ternampak jam G Shock ni kat Lazada. Baru keluar je. Yang menarik minat aku ialah warna orennya tu ! Memang warna kegemaran aku sejak tua ni. Hahahaha.. Masa muda aku gemar biru. Orang kata biru ni warna kuat cemburu. Oren lak camana ? Mungkin dah tua... mata lebih tertarik pada warna cerah gitu.. Huhuh..

Dari kelebihan jam ni, aku tak nampak la. Tahan lasak tu yer. Tapi di zaman sekarang ni, jam yang punya sensor jadi pilihan ! Sebab tu aku cam hilang akal jap. Nak beli ni atau pun... Hurm.. Aku ada 2 pilihan jam lain. Dengan bajet yang lebih kurang je, Amazfit T Rex Pro dan Coros Pace 2 menjadi pilihan. Cuma warna oren tu je la takda. Kalau ada... tak cerita banyak dah. 



Amazfit T Rex Pro ni ada 3 warna. Dari sudut kelebihan berbanding G Shock oren di atas , memang dia banyak la. Harga kena tambah skit je. Cuma bila aku tonton review mereka yang dah pernah guna jam ni, aku terus termati hasrat nak beli jam ni. Hahaha.. Dari segi kelasakan , memang dia power rangers la. Padu ! Tapi dari sudut ketepatan kiraan Heart Rate dan sebagainya tu, kurang tepat skit berbanding dengan yang satu lagi di bawah ni.. Coros Pace 2 !

Coros Pace 2 ni, kalau nak.. aku kena tambah duit lagi la. Hahahaha... Adoi la. Berdarah hidung ! Tapi rata rata yang guna Coros Pace 2 ni , berpuashati. Cuma yang tak syok tu , ada yang baru guna... dah jual balik. Katanya nak upgrade yang lain. Ah, sudahh.. Cuma kalau aku amik Coros ni , dia manja la ! Kena beli screen protector lak. Adoi... Lawa lawa dah... 


Dan satu lagi pilihan.. Samsung Watch 4




Samsung Watch 4 ni banyak fungsi. Memang terbaik la. Sesuai sangat untuk aku yang pakai Samsung punya gajet seperti phone dan ear buds TETAPI ! Tapi Samsung Watch 4 di Malaysia ni tak sama macam di Eropah katanya. Takda bacaaan ECG dan Tekanan Darah ! Tu yang aku pelik tu. Ingatkan nak amik ni sebab ada menatang tu. Tapi takda pulak. Patut la murah skit. 

Nah.. part ni paling penting kalau nak beli jam smart watch... BATERI dia tu haaaa ! Berapa lama tahan. Paling gagal , Samsung ni la.. Sehari dah out ! Coros Pace 2 ni boleh tahan ke 20 hari jika penggunaan biasa tanpa GPS. Jika guna GPS , tahan sehingga berapa puluh jam jer. Manakala T Rex Pro , bateri pun lebih kurang gak la. Lama berbanding Samsung tu ! Hahahaa.. gagal sungguh la Samsung. 

Apa pendapat korang ? Aku rasa... Hurm... pening kepala nak pilih mana satu ! 

 

You May Also Like

1 comments