Chongkak Park & Resort dibuka semula pada awam ! Jomm !

by - Isnin, Oktober 11, 2021

Insan paling seronok tapi takut nak mandi sebab sejuk ! 

Terima email dari Tourism Selangor. Buka dan baca. Woww ! Akhirnya dibuka semula. Lama dah Chongkak Park & Resort yang dibawah seliaan Tourism Selangor ni ,buka semula. Aku suka beriadah sekeluarga di sini. Kawasan sini memang terjaga. Sungai bersih. Persekitaran terjaga. Tandas ada , Tong sampah ada. Dan paling best , boleh bawa masuk kereta terus ke lokasi yang korang nak ! Boleh pasang khemah. Boleh BBQ ! 

Nah... buatlah apa aktiviti yang HALAL di sini. Yang penting , jaga keindahan alam dan juga kebersihan. 




Sebenarnya, kalau tak dibuka pun, kawasan resort di sini banyak je ada. Korang boleh tempah dan menginap di sini. Tapi aku lebih suka memilih di kawasan atas skit. Banyak pokok dan jauh dari orang lain. Anak anak nak main air pun tak perlu nak berebut dah. Main la puas puas. Huhuh.. 

Nak ke sini , korang guna waze jer. Mudah. Kalau tak guna waze , pandai pandai la korang baca papan tanda.  Hahaha.. Guna je la waze.. senang. 

Ok... ni tips dan tricknya jika nak masuk sini. Bila korang sampai depan pintu gerbang tu, terus suruh pasangan anda turun dan gi isi borang. Selesaikan part urusan masuk. Nanti tak perlu tunggu lama bila sampai depan pintu masuk tu. Korang perlu tahu yang korang dikenakan bayaran yer. Tak mahal pun. Ada dua pilihan. Boleh parking di depan pintu masuk atau memandu terus ke dalam. Untuk sebuah kereta, bayaran yang dikenakan ialah RM15 sebuah. Manakala untuk yuran masuk , dewasa cuma RM1. Kanak kanak percuma. Sila datang awal pagi.  Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Buat masa ni tak leh bermalam lagi.  












Airnya sangat sejuk. Bawa banyak makanan yer. Kalau rasa nak duduk sampai petang hari, belilah khemah mengikut saiz keluarga anda dan juga tempat salin pakaian. Kalau ada tempat membuang pun syok ! Hahahaha.. Leh lepak lama lama sambil memasak. Fuhhhh... Best ! 


Terima kasih Tourism Selangor ! 

You May Also Like

0 comments