Losyen urut ni bagus tapi jangan gunakan jika...

by - Rabu, Oktober 06, 2021

Aku pernah buat review ni dulu di blog. Aku ingatkan losyen ni biasa biasa je la kesannya.. tapi rupanya tidak ! Selepas aku buat review ni, aku bagi mak aku. Mak aku yang sakit di bahagian belakang dan pinggang serta lututnya , sering guna lotion Antiphlamine S Lotion ni. Bila dah abis, dia mintak adik aku carikan di farmasi. Susah lak nak jumpa. Tapi di Lazada, senang jer.. 

Aku order dua. Satu untuk aku.. dan satu lagi untuk aku. Yang aku punya ni memang aku gunakan bila aku over workout atau leher ketegangan. Dan baru baru ni, wife kekejangan di perutnya. Tak tau apa punca. Tapi bila disapu dengan lotion ni, terus lega !! Alhamdulillah.. 

Maka aku beli lagi 2 . Simpan ! Stok kecemasan. Satu letak dalam beg dia , satu dalam bilik tidur dan satu lagi.. aku letak dalam beg gym. Sangat bagus jika korang lenguh lenguh otot. Bagi yang kerap bersukan , tak sempat nak streching bagai tu.. mesti akan alami masalah kekejangan otot kan ? Nah.. sapu je dengan lotion ni. Tak payah urut pun.. biar jer.. Terutama sebelum tidur.  Mesti bila bangun tidur, fuh.. sedap badan ! 



Dan kelmarin.. wife mengadu sakit kat betisnya. Biasa la.. seminggu sekali bersenam, memang akan tangkap kat otot. Aku pulak terlupa nak bersihkan tangan lepas urut tu.. Ha, kesannya ? Adeh... bibir aku kebas ! Kebas wehhhh... Hahahaha.. Patutlah aku rasa lain macam je kat lidah aku.. 

Pointnya.. lepas guna lotion ni, cepat cepat basuh tangan yer. Kang ada pulak terlupa.. gi gosok mata atau pegang anak kecil.. Menjerit dia nanti ! Tak la panas sangat tapi terasa la gak kehangatannya.. Gitu.. 

 

You May Also Like

0 comments