Tips mudah anak anak makan buah dan sayur !

by - Khamis, Oktober 14, 2021

Zaman ni , anak anak kita terdedah dengan pelbagai makanan yang tidak berkhasiat. Makan buah dan sayur , memang payah sangat la ! Masa kecik kecik tu ok la.. Bila dah berakal skit , mula menolak yang takda rasa manis manis ni ! Yang lembik lembik pun diorang tak nak. Adeh..

Hari tu , aku buat jus detox yang menggunakan bahan bahan seperti sayur dan buah. Kemudian aku beri diorang minum seorang setengah gelas. Sapa minum , dapat satu gummy ! Berebut nak minum. Eh , boleh pulak diorang minum tanpa rasa bersalah ! 

Timbul idea.. Aku kongsikan idea aku bersama wife. Dia setuju. Hari ni, lepas pergi Farm In The City di Sri Kembangan, aku terus ke AEON Nilai buat pertama kali setelah lama tak dapat merentas negeri. Walhal dekat je pun ngan rumah. Uhuk.. 

Di situ.. aku amik tomato, lobak , ubi bit merah atau beet root , epal hijau, lemon, timun , anggur , berry dan strawberi. Nah... mesti power rasa dia nanti ! Hahahaha.. 


Di rumah.. selepas Maghrib, terus aku buat jus ke semua bahan bahan tu. Kena buat semua ni tanpa pengetahuan diorang. Jangan kasi diorang nampak. Kalau diorang nampak, peratusan diorang nak minum tu nanti mesti menurun. Huhuhu.. Dapat tiga bekas air besar. Kalau dicampur lagi air, mesti boleh pergi ke sebulan punya bekalan. Hahaha.. 

Sampai masa... Aku panggil sorang sorang. " Daddy nak buat Squid Game ! Semua kena minum air ni sampai abis. Sapa yang dapat abiskan , dapat satu gummy ! Yang tak abis , tak dapat. " kata aku. Teruja muka masing masing.. Kacang je pun. 

Mula mula Aariz.. Dia ni kacang je bab bab ni. Asal dapat gummy, dia rela buat apa saja ! Hahaha.. Begitu juga Zahra. Paling susah.. Qhaliff ! Dia mesti terpaksa ! Demi gummy.. dia minum gak.. Dan tengok la sendiri muka dia.. 

Yang penting.. diorang minum dah. Kasi makanan berkhasiat untuk diorang untuk meningkatkan sistem pertahanan antibodi mereka.




 

You May Also Like

0 comments