Produk dah ada tapi apa yang masih kurang eh ? Nah , tips yang mungkin founder produk terlupa !

by - Oktober 22, 2021

Bila korang tonton drama, filem mahupun iklan.. apakah yang mudah terkesan pada jiwa korang ? Bunyian.. kan kan ? Haaa.. bunyian memang memainkan peranan penting. Dan melalui bunyian saja kita dah boleh kenal dari mana bunyian itu pernah di dengar ! Kan kan ? 

Bagi mereka yang sezaman dengan aku mesti pernah menyanyi lagu lagu iklan yang berkumandang di tv kan ? Malah siap boleh buat contest dengan adik beradik mahupun kawan kawan sebelum tidur gitu ! Cuba teka lagu apa ni ! Haaaa... Kalau bukan dari drama bersiri, mesti iklan ! Hahaha.. kan kan ? 

Di zaman ni.. aku perhatikan kebanyakkan founder produk mesti menekankan visual dalam marketing mereka. Tapi lagu lagu atau jingle produk camana ? Penting sangat lagu ni yer jika anda serius dalam mempromosikan produk korang ! Melainkan korang cuma memikirkan keuntungan untuk jangka pendek saja. Jika sebaliknya, kena fikir semua ni.. 

3 SEBAB Kenapa korang atau founder produk perlukan jingle untuk produk korang tu ! 
    Klasik - Ini terbukti cara klasik masih kekal relevan kerana tahap keberkesanannya. Jingle bukan sahaja menjadi perkara sampingan malahan ia menjadi perkara penting yang perlu ada bagi proses penjenamaan untuk BRAND anda. Jingle sudah tidak asing lagi kerana apabila wujudnya sesebuah BRAND baru pada satu tahap kita pasti akan dapat juga mendengar lagu iklan mereka. Ini kerana mereka tahu tahap keberkesanan pengiklanan melalui JINGLE atau lagu iklan amatlah berkesan.

    Memori - “Music is a big memory trigger”. bermaksud melalui muzik ia boleh menjadi pencetus ingatan di mana apabila terdengar sesebuah melodi walaupun sekerat atau sebahagian sekalipun ia dapat terus memberikan jawapan serta-merta lagu apakah yang didengari. Ini Kerana mendengar muzik secara tidak langsung memudahkan kita mengingati tentang liriknya dan melodinya dengan mudah. Maka sekiranya liriknya dan melodinya indah sudah tentu ia akan membuatkan sesiapa saja terngiang-ngingang dan ingat untuk suatu jangka masa tersangat lama.

    Contohnya, kita masih ingat lagi iklan-iklan sewaktu kita di zaman kanak-kanak sehingga sekarang seperti iklan ADABI, DINDANG, AXION, UBAT BATUK CAP IBU & ANAK, GULA-GULA NANO, dan banyak lagi kerana JINGLE mampu memberikan kesan sebegini.

    Komersil - JINGLE juga membezakan anda dengan pesaing yang lain di mana bukan semua orang memilih untuk memiliki JINGLE BRAND sendiri. Mempunyai JINGLE sendiri adalah membuktikan anda setapak lebih daripada pesaing. Mempunyai JINGLE sendiri secara tidak langsung membuat BRAND anda lebih komersil seolah anda ingin membuat pernyataan bahawa anda sememangnya SERIUS dalam mengembangkan BRAND ANDA “BRAND AWARENESS“.

    Haaa.. amacam ? Faham dah kenapa perlunya jingle ni ? Mana nak dapat jingle ni ? Jangan risau.. aku ada kenalan yang cukup berpengalaman dalam bidang ni. Dia pun bukan calang calang punya orang. Kalau aku duduk dengan dia.. otak dia asyik dok pick idea memanjang. Ada saja menda idea idea positif yang lalu dalam kepala dia. Dan yer.. dia memang seorang yang positif ! Tu yang bagusnya dia. 

    Ok.. sapa dia ? Berapa harga? Ada contoh jingle atau lagu iklan tak ? Eh.. mestilah ada ! Bukan calang calang punya komposer ni ! Ini zaman kereta terbang dah tau ! Haaa.. Dah siap website gitu. Harga pon dah letak. Tak payah nak pm pm bagai. Korang pilih pakej mana nak.. pastu bagitau dia. Atau boleh terus dapatkan  khidmat nasihat dia. Lagi terbaik ! 



    Eh kenapa sebelum ni belum pernah dengar nama Komposer Irwan Hisham eh ? Buat pengetahuan semua , dia mula berjinak dalam bidang pembuatan lagu iklan secara serius baru sahaja. Di awal tahun ini 2021 dia telah dihubungi pihak radio BestFM mengatakan mahu dengar demo lagu iklan darinya dan client yang ingin masuk radio teruja dengan lagu ciptaan dia. Selepas lagu Produk Aisysmom, Miragold, Bavoile, Mind X selalu kedengaran di radio semakin ramai pula yang mencari kawan kita ni.

    Alhamdulillah walaupun baru beberapa bulan sahaja sudah lebih 10 buah produk dilagukan dengan karyanya . Alhamdulillah , makin banyak permintaan selepas itu. Katanya, dia telah melanjutkan pelajaran dalam bidang music di usia hampir 40 di bawah ABRSM program akredasi Royal College of Music London , membuahkan hasil.




    Untuk maklumat lanjut , boleh baca di IRWANHISHAM.COM


    You May Also Like

    2 comments

    1. Wah terima kasih bro di atas story ni sangat saya hargai dari Komposer Irwan Hisham

      BalasPadam
    2. memang betul. Tanpa lagu untuk sesuatu brand, agak sukar prospek nak ingat. Lagu catchy dan sedap didengar secara automatik orang akan cari produk tersebut.

      BalasPadam