Apalah nasib anak anak kita di masa hadapan ?

by - Jun 04, 2021

Aku tahu.. Ramai ibu bapa macam aku. Memandang anak anak kecil mereka dengan penuh sayu. Jika dulu, adalah nampak sedikit sirna dan cahaya. Jika mak ayah mereka ni punya harta dan tanah, mungkin tak perlu nak risau. Tapi , jangankan tanah... duit dalam bank pun cukup cukup untuk hidup sebulan dua. Camana tu ? Huhuh..

Awal pagi.. ada mak ayah termenung. Anak anak masih tidur. Jika ada yang bangun pun, mungkin sudah mengadap laptop untuk kelas pembelajaran online. Ada yang rajin dan ada yang tidak. Nak marah, ada yang dah tak larat. Nak angkat tangan.. tak sampai hati ! Segalanya risau dek kerana masa hadapan mereka. 

Bagi yang berkemampuan , boleh ambil kelas tambahan. Sekurang-kurangnya, kita dah bekalkan ilmu untuk mereka. Hanya perlu manfaatkan saja. Bukan untuk kejar kecemerlangan dalam ujian tapi untuk dapatkan ilmu agar berguna pada masa akan datang. Yelah, apa guna harta menimbu tapi tak berilmu. Suruh membaca tak reti. Suruh mengira tak reti. Apatah lagi disuruh buat surat rasmi ? Upah orang.. kena kencing je la gamaknya. Dan kesannya, harta akan habis begitu saja. 

Qhaliff.. setiap hari aku sedarkan dia betapa pentingnya ilmu pada dia. Sebagai seorang abang dan bakal jadi ketua keluarga jika aku tiada nanti, pastinya aku kena bekalkan dia mahir dalam membaca, mengira , menulis dan paling penting... ilmu agama ! 

Nasib baiklah ada kelas tambahan yang dianjurkan oleh FlyHigh Training Centre ni. Ada kelas asas Bahasa Melayu, English, Sains, Matematik dan juga Pendidikan Agama Islam. Tak de nak tertekan pun masa belajar. Anak anak happy jer. Sekurangnya masa mereka terisi dari habiskan masa depan gajet mahupun television. 

Walaupun di musim cuti sekolah , penganjur berusaha membuatkan kelas tambahan. Tahu akan masalah mak ayah yang sendiri payah nak ajar anak anak.. maka inilah cara terbaik. Disamping dapat kawan kawan baru secara online , mereka dapat juga berinteraksi dengan cikgu cikgu terbaik. 
Qhalif, Tahun 3. Ada yang tanya macamana pula untuk Tahun 6 ? Walaupun tiada ujian UPSR, bagi aku inilah masa untuk anak anak kita manfaatkan internet. Mahirkan Bahasa Melayu atau English.. kemudian biarkan mereka berkarya di dunia internet. Blog contohnya. Secara tidak langsung , mereka akan dapat duit sampingan. Jika penulisan mereka kreatif dan menarik !

Teknik penulisan amat penting. Bukan saja untuk peperiksaan tapi juga mampu menjana pendapatan jika tahu manfaatkan. Contohnya aku sendiri dah 10 tahun gunakan KARANGAN untuk membesarkan 3 orang anak. Alhamdulillah.. Berkat aku sukakan KARANGAN ketika sekolah rendah dulu. 

Manakala pendidikan agama amatlah penting bagi memastikan kita menjadi insan yg berkualiti tinggi. Bukan berilmu saja tapi memanfaatkan serta memanjangkan pada insan insan lain ! Itulah yang terbaik. Untuk diri sendiri... untuk keluarga.. untuk masyarakat dan juga untuk negara ! Jika pendinding ini tiada, nah.. kita lihatkan apa jadi pada negara kita. Kes kes rasuah, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Ni dek kerana tiada pendinding agama ! Hidup dek kerana nafsu dan pentingkan diri sendiri. 

Jika berkemampuan.. manfaatkan harta anda itu ! Demi masa depan anak anak kita.. Demi masa depan negara tercinta. 


Whatsapp Puan Fida untuk keterangan lanjut : 01156998919

You May Also Like

3 comments

  1. Kesian tengok budak-budak zaman sekarang ni. Covid-19 punya pasal... sekejap sekolah..sekejap tak sekolah...

    BalasPadam
  2. Kesian bdk zaman sekarang x sekolah

    BalasPadam
  3. Budak sekarang tak rajin menaip apatah lagi menulis. Kebanyakan nak jadi youtuber games. Mak pengsan!

    BalasPadam