Selamat Hari Bapa buat mereka..

by - Jun 20, 2021


Hari ni, Hari Bapa. Hari khas untuk anak anak mengenang jasa bapa mereka. Tapi kali ni , aku nak bagi tabik hormat pada ibu dan  bapa yang baru dapat baby. Tak kira la anak pertama, kedua atau 9 mahupun 10. Hehehe.. Kenapa ? 

Aku dan wife , kalau boleh nak la ada sorang lagi baby. Zahra pun ada tanya aku.. dia nak adik perempuan. Tapi adik perempuan tu tak le la tidur kat lengan daddy.. Dia je boleh ! Eh, boleh pulak ada syarat macam tu eh ? Hurm... dengar tu , memang kesian la. Dia tak da kawan main. Qhaliff, geng ngan Aariz. Tapi diorang main je bersama pun. Cuma Zahra ni nak la main masak masak... mekap mekap.. ala ala girl girl gitu. Huhuh.. 

Kesian tu kesian la. Tapi mengenangkan keadaan sekarang.. aku tahu bagaimana kepayahan  sang isteri nak pergi check up setiap bulan. Jika sebelum pandemik, ok la.. semua boleh aku usung. Tunggu dalam kereta macam sebelum sebelum ni. Tapi sekarang, dalam kereta boleh 2 orang jer. Pastu nak masuk klinik. Aduh... Satu pengorbanan yang memang tinggi nilainya ! Aku tak mampu nak lakukan. Sebab tu aku kata, aku kasi tabik hormat pada mereka yang baru dapat anak. Mereka dah lalui pahit getir sepanjang 9 bulan di kala pendemik ni. 


Masa wife bersalin dulu, aku ditemani mak mertua. Dia uruskan part part isteri dan anak. Aku uruskan part selebihnya. Sekarang ni, lahir anak pun dah sorang sorang. Nak masuk jumpa anak pun, kena pastikan kita sihat sejahtera dulu.. baru boleh dan tu pun sekejap. Kalau baby tu kuning , kena tahan lagi. Haaa.. Banyak prosedur demi kesihatan semua orang ! 

Nak besarkan anak di zaman ni bukanlah mudah tapi tak bererti mustahil. Ianya pasti menjadi satu kenangan terindah yang akan diceritakan pada anak anak tu nanti. Biar mereka tau.. nak jaga dari saat dalam kandungan hinggalah mereka dah boleh berlari, bukanlah mudah. Hargai... dan kenanglah. Mereka tak minta jasanya dibalas dengan wang ringgit. Cukuplah dengan mejadi insan yang berguna untuk keluarga , masyarakat , agama dan juga negara. 

Tahniah buat anda... Selamat Hari Bapa ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Happy Father's day

    Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.

    BalasPadam
  2. Asalam terbaik lah Bro Ben..tahniah tanpa berselindung dari kerja2 rumah..Pasti sejuk hati isteri memandang..

    BalasPadam