Kesan sampingan dos pertama suntikan vaksin Covid-19 yang aku rasa !

by - Sabtu, Jun 12, 2021

Khamis. Pagi. 

Baru nak update blog, aku dapat panggilan telefon. Dia kata dia dari Klinik Kesihatan bla bla bla. Aku dah cuak. Apakah aku terlibat dalam rantaian kluster? Adoilah. Aku gi beli barang dapur je ari tu. Bukan gi mana mana pun. Risau sebab kena kuarantin. Tu jer. Bab simptom tu, memang takda la. Ahli keluarga pun sihat belaka. Syukur pada Allah.

Bila aku dah fokus.. baru aku sedar... 

"Assalamualaikum Tuan dipanggil untuk suntikan vaksin covid sebagai back up. " kata si pemanggil tu. Aku cam.. What ??? Esok ? Kena rentas daerah dan negeri ni. Dalam MySejahtera takda update lagi. Boleh ke lepas ? Kemudian aku terima SMS. Katanya bagitau dan tunjuk SMS tu je nanti masa kat Sekatan Jalan Raya. 

Aku cam.. takut takut nak gi gak. Sebab aku sorang diri je. Risau nak balik tu, mungkin pening atau tekanan darah naik. Tapi kerana memikirkan negara.. eceh ! Aku pun nekad la. Wife pun dah suruh pergi jer.. Aku pun terima je la.

Jumaat. Pagi. 

Lepas subuh, aku bersiap. Pukul 7 pagi, aku bertolak. Siap bawak bekal bagai. Hahaha.. Takut mengantuk masa memandu. Maklumlah, dah lama tak memandu. Huhuh.. Dan memandulah aku dengan berhati hati. Ikut had laju weh ! Hahaha... Dup dap dup dap jantung aku. Sepanjang perjalanan, aku pasang zikir jer. Huhuh.. 

Sampai awal kat Klinik Kesihatan. Aku tengok ramai warga emas kat situ. Terus aku tanya sorang jururawat bertugas kat kaunter Saringan Covid 19 , kat mana bahagian untuk amik vaksin. Dia tunjuk kat situ situ ha.. Scan MySejahtera dulu. Eh , terlupa pulak aku nak scan. Hahahaha.. Lama tak keluar rumah woiii ! Lupa part scan menscan ni.. 

Alhamdulillah.. Tak ramai orang. Aku masuk.. isi borang. Awalnya aku ditanya kenapa aku datang ni. Aku cakap la aku ni backup. Entah sapa laaa yang gi tolak amik suntikan vaksin ni. Huhuh.. Dan nama aku naik. Rejeki. Kebetulan , mak aku pun dapat juga pada hari yang sama tapi di PPV lain la. Adik dan abang aku uruskan. Terima kasih pada mereka. 


Yang ni penting ! Nasihat aku la.. Sebelum nak pergi suntik tu, sila buat pemeriksaan doktor terutamanya part tekanan darah tu ! Haaaa.. Kalau korang rasa korang sihat, ok la. Jenis yang memang keturunan takda penyakit ni. Macam aku ada la. Memang aku dah beli mesin untuk scan tekanan darah. Maka aku bagitau la dia yang aku ada tekanan darah tapi aku tak makan ubat.. Dan dia tanya aku berapa bacaan terakhir aku. Aku bagitau la berapa. Katanya tak tinggi pun. Aku cam.. Er ? Yeke ? Dia tanya aku camana aku tau aku ada tekanan darah tinggi. Hahaha.. Panjang nak cerita ni. Tapi Alhamdulillah, aku dibenarkan amik vaksin. 

Oh ya.. ketika aku jadi guru sandaran. aku dah ada Hypertension. Bacaan setiap kali pergi buat pemeriksaan, lebih dari 190 ! Ada sampai suruh aku gi hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Ketika tu dalam umur 30an. Dan masa bekerja di Kementerian Pelancongan, aku rajin la MC ! Memang selalu je sakit kepala dan stress. Lepas berhenti kerja, baru ok. Aku jaga makan..bersenam dan seminggu sekali amik air rebusan asam keping atau asam jawa. Alhamdulillah, terkawal. 

Pastikan sihat baru gi ke PPV yer. 




Sorang sorang dipanggil. Akhirnya giliran aku lak. Gulp. Bersediakah aku ? Aku reda je la. Kang balik , kalau aku pening kepala.. aku inap je la hotel yang ada kat area tu buat semalam. Gitulah je la perancangan aku. Segalanya untuk negara. Ececece.. 

Aku duduk. Nurse tu tanya dah sedia ke ? " Bismillah...". Katanya perlahan. Tiba tiba datang sorang doktor. Bertanya pada dia. Hahahaa.. Tersangkut lak seminit kat situ. Aku punya la dah ngeri lepas terpandang jarum tu. Hahaha.  Tapi aku pujuk hati. Masa buat fisioterapi ari tu, aku kena jarum lagi panjang. Bukan setakat sebatang tapi berbatang batang aku kena jarum tu ! Hahahaa.. 

" Ok, dah.." kata nurse tu. Aku pandang nurse tu. Dia cucuk aku ke tak ni ? Apasal tak rasa pun. Mesti nak tipu nii ! Hahahaha.. Aku pegang kat bahu aku. Eh, dah ada kapas. Ok ok.. dah suntik dah. Hahaha.. Ingatkan sakit camana pun. 

Siap. Aku nak balik dah Tapi tunggu kawan aku jap. Dia kata nak datang kasi barang kat aku. Dia dah selesai dua dos. Cepat. Rezeki dia . Dan selepas dapat barang, aku balik. Dalam perjalanan, aku dah terasa kebas kat bahu. Huhuh.. skit je la.. 

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah. Terus aku order makanan. Hahaha.. Belanja anak anak dan diri sendiri. Tiba tiba nafsu makan melonjak naik. Apakah itu kesan sampingan awalan ? Tak kisah la.. aku dah lapar. Makan dulu , pikir kemudian. 

Aku order kat CakeNisaa. Sedap dan berbaloi. Ada karipap frozen dan kek. Puashati makan. Anak anak suka terutama Zahra dan Aariz.





Lepas makan.. aku dah mula mengantuk. Tak pasti sebab vaksin atau memang aku ngantuk sebab bangun awal. Heeheee... Tapi yang aku pasti, jantung aku lain macam punya berdegup.  Setahu aku la..kalau jantung aku macam ni punya berdegup , mesti lepas workout atau lepas amik suppliment terutama pre workout.  Nasib baik aku dah beli jam kesan Heart Rate ni. Boleh la aku monitor terutama masa tidur. Pastikan tak tinggi ! Kalau tinggi, kena gi hospital untuk pemeriksaan ! Tu pesanan nurse selepas amik vaksin. 

Bila aku check aplikasi sleep monitor dan Heart Rate tu.. aku cam.. Hurm.. Memang leh terasa la masa tidur tu. Denyutan jantung laju jer. Bertambah laju bila aku tengah sedap tidur , anak anak datang mintak izin nak main gajet ! Hahahaa.. Adeh.. makin laju jadinya. 

Apa tindakan aku ? Aku tenang dan kawal pernafasan. Relaks dan sambung tidur. Hehehe.. Lena pastu dan denyutan pon kembali ke paras normal.. Tapi  semasa tidur malam, laju semula. Tak tinggi sangat tapi cukup merbahaya buat isteri aku la.. Lain maciam lak aku tengok dia.  Tiba tiba nak mengaum lak aku. Eh.. Eh.. tak tak.. aku rasa macam nak gi berjogging di malam hari. Gitulah rasanya. 



Alhamdulillah.. setakat ni, cuba di bahu tu je rasa lenguh. Rasa malas atau nak tidur tu, takda la sangat. Lapar tu ada la. Heeee.. Untuk 2nd dose , 3 minggu dari hari cucuk. Harapnya kes covid ketika tu dah turun dan boleh rentas negeri. Aku nak bawak teman. Risau nak drive balik tu jer.. Huhuh..

Oh ya.. bagi rakan rakan yang belum dapat tu, aku doakan korang cepat dapat yer. Yang penting buat masa ni... jaga kesihatan ! Jaga pemakanan. Kang risau , nama naik tapi korang tak sihat.. Haa ! Camana tu?

Haa.. lepas dah suntik baru di MySejahtera aku ada update terkini. Alhamdulillah.

You May Also Like

6 comments

  1. Alhamdulilah, selesai dos pertama. Rezeki sgt dpt sms panggilan mengejut ni. Barakallah

    BalasPadam
  2. Memang kena alert lah kan apa-apa kesan sampingan lepas cucuk vaksin ni..berdebar jugak nak cucuk, bila lah My sejahtera nak seru nama kita..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...terlebih nerves ni sampai order macam2..hehe

    BalasPadam
  4. 2nd dose lepas 3 bulan kalau Vaksin Az

    BalasPadam
  5. Makasih infonya bossku sehat selalu

    BalasPadam