Kerana Happy Hypoxia , aku beli Pulse Oximeter ini !

by - Rabu, Jun 02, 2021

Aku terima satu pesanan di Whatsapp yang dipanjangkan berkali kali oleh mereka yang ambil berat pada sahabat sahabat mereka. Benar atau tidak akan info di dalam tu, kita boleh Google mencari jawapannya. Tapi aku, percaya sebab ada beberapa kes yang aku baca melibatkan pesakit Covid 19 yang mengalaminya tanpa disedari. 

Seperti kita tau, simptom mereka yang diserang Coronavirus ni ada beberapa jenis. Yang merbahaya ialah takda gejala ! Haaa... sebab tu la aku beli menda ni. Untuk persediaan. Bukan diminta tapi bersedia ! Moga dijauhkan. Oh ya, pesanan yang aku terima ni, aku remove kreditnya sebab takut bukan dari dia. Risau gak tu. Huhuh.. 


--------------------------------------------------------

" Ini pembunuh senyap Covid! Tahu tak apa itu Happy Hypoxia? Happy bukan maksudnya gembira? Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus. Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah. Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah. 

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas. Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia. 

Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia? Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam. Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus. "

------------------------------------


Selepas baca dan tonton video  di atas ni , aku terus buka Lazada dan beli satu. Ada macam macam dan aku pilih satu yang aku rasakan bagus untuk aku. Harga, ada mahal dan ada murah. Aku amik yang tengah tengah. Tak nak beli murah sangat atau tak mampu nak aku beli. Hehehehe.. 

Samada nak percaya atau tidak. korang leh rujuk pada doktor memasing atau boleh je tanya rakan rakan yang juga Covid 19 Survivor. Apa yang doktor gunakan sewaktu mereka di dalam wad atau pusat kuarantin tu...

Oh ya.. Pada skrin Oximeter tu ada dua bacaan. Satu kandungan oksigen dalam darah dan satu lagi denyutan jantung kita. Dua dua ni bagus untuk kita check setiap hari yer.. 





Nasihat terbaik untuk kita semua.. 
Stay home ! 
Stay safe ! 

You May Also Like

3 comments

  1. Betul tu, perlu atau tidak, kita beli aje untuk kita check diri kita dan family kita.. hak memasing kann.. yang penting kita boleh mencegah dan dapatkan rawatan awal jika apa-apa berlaku.. aku pun dah beli gak..

    BalasPadam
  2. tadi tgk Dr Aniah , anak Prof Muhaya share, terus le beli, sama benda ni RM78.00

    BalasPadam
  3. Kena dapatkan satu ni. Sekrang kena kerap buat pemantauan kesihatan diri di rumah.

    BalasPadam