Tangguh sebentar bersenam di luar rumah..

by - Jumaat, Jun 25, 2021

Setiap hari , aku akan periksa dua apliksi ini untuk melihat keadaan kawasan sekitar taman perumahan aku ni. Petama , MySejahtera. Nak tengok berapa jumlah jangkitan Covid 19 dalam lingkungan 1km. Kedua, aplikasi Selangkah. Kawasan hotspot ! 

Hurm... ada 11 kes aktif terkini. Aku rasa mesti kes dari kluster kerja. Sebab baru baru ni ada kes kluster kilang. Tapi nasib baik taman perumahan aku ni, takda yang kerja kilang tu. Ramai penjawat awam dan juga pelajar IPTA. Maka dalam aplikasi Selangkah , kawasan perumahan aku tak termasuk dalam zone panas. 

Namun begitu, kawasan aku selalu gi brisk walk dan bersenam berada dalam zon oren. yang mana maksudnya berisiko sederhana. Kes tak tinggi tapi kena hati hati la bila ke sana sini tu. Huhuh.. Dah la kedai kedai runcit dalam kawasan tu. Adeh la.. 




Antara sebab lain ialah sekarang ni dah ada varian baru yang dikatakan mampu menjangkiti seseorang dalam tempoh kurang dari 15 minit. Dari sumber yang aku baca mengatakan kes terbaru di luar negara, pembawa tidak bergelaja telah pergi ke shopping mall.. dan menjangkiti ramai orang kat sana ! Nah... dia tak da contact pun cuma lalu bersebelahan saja! Aku rasa mereka tak pakai pelitup muka atau face mask. Jika memakai , mungkin lain jalan ceritanya. 

Dan kita lak... bila bersenam, tak wajib pakai face mask ! Tapi syaratnya, mestilah secara berindividu. Sayangnya aku nampak ramai je dok lari berpasangan.. berjalan berpasangan. Hurm... Payah juga ye orang kita nak dengar cakap. Maka sebab tulah.. sukarnya kes komuniti ni nak berkurangan. Kes kluster kerja ni, jangan cakap la. Aku pun tak tau nak kata apa dah. 

Varian baru ni.. atau varian Delta dah ada di Malaysia. Pakailah pelitup muka di mana saja anda berada. Walaupun 80% rakyat negara ni dah divaksinkan.. aku cadangkan teruskanlah pakai untuk beberapa tahun sehinggalah Covid 19 benar benar dapat dibendung di seluruh dunia. Selagi ada negara terancam, negara kita turut terancam ! Maklumlah.. negara kita mudah 'ditembusi' dengan pendatang haram. Pelik.. tapi benar ! 

Makaaa...buat masa sekarang , aku bersenam di dalam rumah je la... Tu je yang terbaik untuk aku. Dan kepala ni dah kena pikir camana nak cari duit tambahan jika kita terus disuruh duduk di rumah ! Huhu.. Tulaa.. degil sangat ! Nak gi beraya la.. nak balik kampung laaa ! Elok elok Selangor je zon merah, dah jadi satu Malaysia. Nayaaa.. nayaaa ! Degil punya pasal ! 
 

You May Also Like

3 comments

  1. bwtul tu..even dh kena vaksin pun, pakai jelah mask tu smpai dh reda sikit pandemik ni

    BalasPadam
  2. Aku pun sekarang banyak duduk rumah. Kes hari hari 5 ribu keatas. Anak aku dah mula menjerit jerit nak keluar. Kerja rumah anak pun semua dah siap. Convid ni tak akan hilang kalau kilang kilang tu tak tutup.

    BalasPadam
  3. Samalah.. kami pun lompat bintang di dalam rumah Jr.. mahu keluar takut jugà dengan 4 anak ni...

    BalasPadam