Bila kau takda mood nak bersenam !

by - Rabu, Jun 09, 2021

PKP Penuh mungkin bersambung lagi. Tak pelik. Dengan kes beribu camni tiba tiba nak kata semua dah ok , memang cari pasal la ! Aku sendiri nak keluar rumah sekarang ni pun dah takut. Nak gi kedai beli barang dapur pun pikir panjang. Masih ada insan insan yang tak reti nak patuh SOP. Mungkin dia dah bersedia nak mati kot ? Aku letih nak pikir semua ni. Duduk rumah.. dan abiskan masa dengan anak anak. Dengan sebaik mungkin. 

Petang hari.. selepas Asar , mandi dan bersenam. Dok pikir nak sekadar kardio atau nak fokus pada muscle ? Hurmm... Maka sebaiknya selang seli jer. Awalnya aku ingat pagi hari nak kardio dan petang workout fokus pada muslce tapi pikir pikir.. aku nak gi mana dengan badan gini tatkala PKP ? Hahahah... 

Jawapan mudah ialah.. aku nak jaga kesihatan dan enjoy kehidupan ni dengan cara sihat. Pagi hari , nikmati hari oksigen segar. Bukan apa.. Kita ni semakin kehilangan hutan. Mana tahu, satu hari nanti.. nak dapat udara segar pun dah susah macam bila datangnya musim jerubu tu laa ! Abis pedih mata hidung tekak bagai ! Ditambah lagi ada insan sekarang dok sedap tarah hutan dan sebagainya.. memang nak tak nak , kita kena nikmati apa yang ada di depan mata.. sekarang ni ! 

Petang hari nak bersenam.. takda mood ? Tak tau nak mulakan dari apa ? Cara paling mudah ialah.. buat regangan dulu. Pastu lompat bintang, lari setempat.. lompat lompat skit.. Bila badan dah panas, apa lagi. Berlari atau berjalan je la. Tak perlu jauh atau lama lama.. Memadai 30-40 minit dah.  

Bila buat begini , bukan saja badan sihat tapi minda begitu juga. Takda la stress bagai. Anak buat salah sikit , mengamuk bagai ! Walhal boleh je selesai dengan mudah. Huhuhu.. Bila kita angin tak tentu hala tu, tu la tandanya kita perlu berehat dan beri tumpan pada minda kita lak.. Bersenam untuk berehat. 



Abis bersenam.. ni part penting ! Recovery atau pemulihan. Tenaga yang hilang perlu diganti. Nak ganti camana ? Order kek coklat ? Makan ayam sekor ? Atau burger McDonalds ? Heheheh.. Jangan dik.. jangan ! Siang hari ok la.. Tapi kalau nak tidur , lebih baik amik yang sihat jer. Contohnya whey protein ke.. telur setengah masak ke.. atau buah buahan ke.. paling tidak pun sup sayur dan  sup ayam. Cari makanan yang rendah kalori dan mudah hadam. 

Macam kes aku ni , MMX Whey Protein jadi pilihan. Bila dicampurkan dengan susu segar dan telur mentah sebijik , perut akan penuh. Takda la rasa lapar sangat. Kang malam, cari roti sekeping dua. Buah buat masa ni terpaksa stop. Sebab apa ? Payah nak dapat yang segar. Biasanya aku ke Cyberjaya untuk beli tapi skang PKP.. tak leh gi lebih dari 10km. Huhuh.. Sabar jer la.


Bila tenaga dah pulih dan otot pun relaks, baru leh tidur lena. Huhuh.. Esok harinya, boleh berlari di awal pagi. Kalau malas.. jalan kaki je dah.  Dapat bakar 400-500 kalori pon ok dah.  Bukan apa.. tengahari nanti, wife masak sedap sedap walaupun simple je masakan dia. Heheee.. Makan pakai, makan pakai... Baru la sihat. Jangan asyik makan tapi tak guna. Nayaaaa nanti ! 

Menjawab pada persoalan bagaimana nak dapatkan mood.. jawapan mudah ialah kurangkan tengok cermin dan elak berkata ESOK BARU START ! Terus je mulakan... Sebab kita 'belum tentu ada hari esok' dah sekarang ni...



Jika berminat nak beli MMX Whey Protein ni, boleh klik SINI !


 

You May Also Like

0 comments