PdPDR diteruskan sehingga..
Seperti yang dijangka, sekolah tidak dibuka walaupun cuti sekolah berakhir sudah. Ini kerana kes Covid 19 masih tinggi dalam negara. Yer, sesi persekolahan tetap diteruskan tetapi melalui PdPDR. Aku tahu.. ada ibu bapa yang pening kepala jika pembelajaran melalui PdPDR. Anak anak malas nak sertai kelas terutama di awal pagi. Inilah peranan kita sebagai ibu bapa. Nak tak nak.. kita kena paksa mereka. Takkan nak serah bulat bulat kat cikgu gak ! Adoilah.. Anak sendiri kot !!
Tapi.. akan ada masalah baru ! Ibu bapa jadi stress dek kerana menahan geram dan anak akan jadi mangsa lak. Allahu ! Aduh, betul gak tu. Naya naya. Diorang pun tak nak marah marah tapi anak anak ni, pun dah stress gak sebenarnya. Masing masing stress secara senyap dan perasaan ini terpendam saja.
Masalah gajet ? Rasanya Menteri Pendidikan di sidang akhbarnya tadi dah buat pengumuman. Tu kena rujuk pada sekolah masing masing. Ada bantuan gajet dan aku juga berharap ada NGO NGO atau orang perseorangan terutama yang jutawan tu , turun membantu. Apa la sangat nak belanja gajet pada mereka yang tak berkemampuan. Inilah masanya nak manfaatkan segala harta yang ada.. kan kan ?
Bagi yang berkemampuan... rasanya boleh dapatkan kelas tambahan buat anak anak. Mungkin kelas PdPDR anak anak , mereka kurang nak faham atau ketinggalan. Boleh jer join kelas tambahan FlyHigh Training Centre. Macam Qhaliff join untuk Tahun 3 dan Zahra , Tahun 1. Alhamdulillah.. dapat la gak belajar dan bertanya tajuk tajuk yang sukar difahami tu.
Apa pun.. kita jangan stress stress ! Tenang dan cari jalan keluar secara bijak. Jika perlukan bantuan, cuba hubungi jiran atau kawan kawan yang kita kenali. InshaAllah, ramai je sudi bantu. Jangan pendam atau luahkan pada anak anak secara fizikal. Tak betul cara tu.. Ok ?
Dan buat pihak berkaitan.. rasanya kena ubah dah silibus dan fokus pada subjek yang penting terutama untuk setahun dua ni.. Walaupun sekolah akan buka nanti tapi jadual persekolahan tak perlu sama cam sekarang. Mungkin dah boleh manfaatkan konsep pembelajaran di rumah. Teknologi dah ada.. masa untuk manfaatkan sepenuhnya !
6 comments
Betul tu, masalah gadget... akak pun alaminya. Bukan semua org mampu ada gadget. Mcm akak cuma ada 1 smartphone shj sbb hband mmg bertahn xguna hp, hp dh expired, x mampu nak beli. Baru je thn ni bln 3 hband dpt beli phone. Sgt ssh masa tu dgn pdpr... Thn leps la sgt mencabar. Bergantung 1 phone share akak, 2 org ank, terpaksa guna mobile data tuk connect kat latop, data pula slow dn cpt habis. Latop pun ihsan pinjam drp cousin... Sayu sgt... Allhamdulillah, syukur kini Allah luaskan rezeki tu...
BalasPadamCabaran mental dan emosi untuk banyak pihak.
BalasPadambetul jgan pendam!
BalasPadamgadjet satu hal...mana dgn mak ayah yg ada bkerja. kelas anak2 xleh join..ksian jugak tu
BalasPadamJuju setuju sgt tang rombak silibus tu. Tak adalah mata anak anak panas bersengkang mata hadap gadgetdari pagi sampai petang. Sian tgk anak terbungkang tidur time lepas PDPR...penat!
BalasPadamya, pdpr bersambung. Kelas tutorial dan seminar pun secara dalam talian sekarang
BalasPadam