Kenapa aku belikan smart watch ini untuk isteri ?

by - Isnin, Jun 14, 2021

Alhamdulillah. Siap berjalan sejam. Dapat la lebih 5 ribu langkah. Sebaiknya sehari kena berjalan dalam setengah jam gitu. Sebelum ni, aku ingat berjalan dalam rumah saja dah cukup banyak tapi rupanya tidak. Aku lebih baik abiskan masa dengan duduk berbanding jalan. Bila aku gunakan smart watch yang aku baru beli tu, aku dapati aku bergerak di dalam rumah , lebih kurang 1 ribu langkah jer.. Ini tidak bagus untuk aku. Tapi aku bersenam di petang hari atau malam. Kira dapat cover la. 

Cuma aku terfikir.. wife aku yang bekerja dari rumah camana pula? Walaupun buat kerja rumah tapi pengerakkan dia cam tak banyak. Haa.. tu pendapat aku la. Nak tak nak, aku paksa dia bersenam memandangkan dia bakal amik vaksin juga tak lama lagi. 

Nasib baik ada smart watch ni. Sebelum ni aku tak manfaatkan sangat tapi selepas kes kes terkejut melibatkan Covid 19 ni, aku amik tahu lebih lagi. Sekarang ni aku dah tau banyak menda la. Hehehe.. Kalau tak , aku dok kira kalori dan langkah jer. Heart Rate ni aku tak amik kisah sangat. Rupanya penting. Begitu juga dengan Blood Preasure dan juga Blood Oxigen. Fuh.. rupa rupanya setiap hari kena monitor semua ni. 

Macam baru baru ni.. Sedang aku tidur , tiba tiba aku terasa denyutan jantung aku laju semacam.  Sampai macam boleh terdengar. Ditambah lagi dengan mimpi menyedihkan. Huhuh.. Terus aku rasa cam dada dihiris hiris. Awal pagi aku check sleep monitor aku.. huhuh.. Ada sekali denyutan melebihi dari paras biasa dan kemudian kembali normal. 

Bila berjalan naik bukit atau jogging, kadar denyutan jantung pun naik tinggi. Kena pastikan tidak melebihi paras bahaya. Jika tidak , kita boleh pitam !  Itu pentingnya smart watch di zaman ni. Bukan sekadar untuk bergaya saja.. 




Aku beli warna oren dulu. Cuba untuk seminggu. Dan memang best ! Bateri tahan lebih 4 minggu. Sekali charge , dalam setengah jam je dah penuh. Harga dalam RM99 di Lazada. Bagusnya , designnya rare.. old school gitu.

Sleep monitor dan Heart Rate. Call masuk pun dia berbunyi. World Time ada.  Bagi aku tu dah memadai. Kalau ikutkan hati aku , nak cari yang ada Blood Preasure punya tapi kalau selalu tengok tekanan darah, aku sendiri boleh stress. Hahaha.. Jadi sebaiknya aku monitor setiap pagi dan sebelum tidur jer.. 






Pendapat aku.. sekarang ni memang bagus dah kita ada smart watch gini dan pakai setiap masa untuk pastikan keadaan jantung kita. Kita tau kebelakangan ini , banyak kes serangan jantung berlaku tiba tiba. Jika kita rajin monitor kesihatan kita , sedikit sebanyak dapat membantu. Selain itu kita juga kena rajin dapatkan pemeriksaan berkala dengan doktor terutamanya latar belakang keturunan kita ada penyakit tiga serangkai. 

Kesihatan adalah harta yang tidak ternilai.. Hargai dan hargai. 

You May Also Like

2 comments

  1. hari tu nak beli apple watch .. hahah haritu la.. tapi sampai sekarang tak terbeli . tapi mmg teringin nak ada jam yg bagus boleh monitor macam ni

    BalasPadam