Mampukah Pelan Pemulihan Negara tercapai ?

by - Jun 16, 2021




Mesti ramai akan geleng kepala. September atau Oktober ? Ada 3 bulan lagi ! Kalau ikutkan dari situasi semasa, ye.. Dengan kadar jangkitan dan juga yang sembuh lebih kurang... manakala kes yang masih aktif lebih dari 70 ribu kes , memang berbulan jugalah nak kasi landaikan graf ! 

Melainkan 80% rakyat Malaysia divaksinkan... mungkin akan cepat tapi bukan mudah memandangkan ramai masih menentang untuk divaksinkan. Pening jugak macam ni. Ditambah lagi dengan puak puak yang bengap tak sudah sudah ! Tak ikut SOP. Yang merasakan semua ini agenda geng geng Dajal. Aduh..

Melihat pada negara negara lain.. banyak yang dah keluar dari kemelut ini. Rakyatnya memberikan kerjasama walaupun ada segelintir yang berperangai bengap. Namun mereka berjaya lakukan walaupun adakalanya terpaksa kembali tutup sebentar bila ada kes. 

Melihat pada laporan harian... kes kes melibatkan pekerja kilang sangatlah tinggi terutama di Selangor yang rajin menyumbangkan kes positif yang beribu ribu.  Persoalannya, bagaimana kerajaan nak tangani masalah ni ? Ada macam macam cerita melibatkan kluster kilang ni. Tapi dimana ketulusan pihak terbabit membantu untuk bendung dari berlakunya rantaian terutamanya bila menjangkiti komuniti ! 



Kita tau... punca melambungnya kes tinggi hari tu adalah disebabkan Hari Raya di mana ramai dari Zone Merah terutama dari KL dan Selangor pulang berhari raya. KL dan Selangor ni , kita tau.. mereka dapat dari tempat kerja ! Apakah solusinya ???? Kilang masih di buka hingga hari ini ! Setiap hari ada saja kes dari kluster kilang !! Macam ni Abang Jamel mati hidup semula pun, tak selesai kes Covid 19 di Malaysia. 

Cabaran buat rakyat Malaysia. Kita akan lebih tabah dan berpengalaman dalam kehidupan selepas ini. Walaupun ramai yang terkorban.. semua ini wajar dijadikan pengajaran buat kita. Jika mereka yang ingkar dan bangang ini ikut cakap dari awal lagi...banyak nyawa dapat diselamatkan ! Tapi dek kerana degil dan ikut rasa hati.. hurm.. inilah akibatnya. Kita yang menanggungnya. 

Nak putuskan rantaian ni.. bukan kerja individu.. tapi kerjasama sepasukan ! 
 

You May Also Like

2 comments

  1. Nak bentuk pasukan itu yang sukar kerana masing-masing ada cara ikut kepala masing-masing.

    BalasPadam
  2. betul, sini pun penang byk cluster kilang jer..mcm patutnya diorg ni jadi org yg terima vaksin dulu.kilang mmg tak tutup pun..

    BalasPadam