Janganlah dimarah marah anak kita itu !

by - Selasa, Jun 01, 2021

Boleh dikatakan setiap hari sekarang ni , ada saja berita mengenai kenalan atau rakan rakan kita terutamanya di media sosial yang dijangkiti penyakit Coronavirus atau Covid 19. Yang menambahkan sedih dan pilu bila mana si kecil yang tak tau apa apa itu terlibat sama ! Kemudian terpaksa ke pusat kuarantin untuk beberapa hari sehingga sembuh. 

Bayangkan jika hanya ibu bapa saja yang kena tapi anak anak tidak ! Terpaksa berpisah dengan mereka. Dan bayangkanlah, sebelum tu... kita dok marah anak anak ! Allahu ! Mesti terasa sedih dan menyesal sebab marah mereka kemudian terpaksa berpisah. Tak mampu nak bayangkan. 

Aku faham. Sebagai ibu bapa, kita risaukan masa depan anak anak kita. Tapi buat masa ini, biarlah kita utamakan kesihatan. Bab pelajaran tu, biarlah mereka belajar dan belajar. Tak perlu nak tekankan untuk mereka 'pandai' seolah olah esok bakal hadapi ujian peperiksaan besar ! Mereka pun reti stress tapi kita tak perasan jer. Ditambah lagi mereka hanya terperap di dalam rumah. Kita yang besar ni, boleh juga nampak dunia, sesekali.

Yang penting buat masa ni, kita berikan yang terbaik buat anak anak kita. Hargailah masa masa yang ada untuk kita ketika ini. Belajar bersama.. bermain bersama.. Kita akan rindui gelak ketawa bersama mereka apatah lagi ketika ini mereka masih lagi kecil. Jika dah besar, isunya lain pulak ! 

Tak dinafikan aku sendiri pun adakalanya hilang kawalan dengan anak anak ni. Tapi bila memikirkan keadaan mereka.. mereka sendiri pun tak nak duduk rumah macam ni ! Diorang lagi suka pergi sekolah. Belajar dan bermain dengan kawan kawan. Kita kena banyak bersabar. Tenang... dan tarik nafas dalam dalam. 




Ini kelas Kem Cakna untuk Tahun 1,2 dan 3 yang dikendalikan oleh FlyHigh Training Centre. Ada kelas BM, Matematik, English dan Sains. Asas. Sekurang kurangnya dengan ketiadaan kelas sekolah dek kerana cuti sekolah, mereka tetap bangun awal pagi dan belajar. Kan ?

Selesai kem Cakna ni, kelas malam FlyHigh Training Centre bermula semula. Untuk Tahun 3 , belah malam. Qhaliff suka dan banyak perubahan untuk dia. Memula tu payah nak terima gak tapi dek kerana cikgu cikgu yang mengajar cukup berpengalaman.. Alhamdulillah , dia dapat juga serap sedikit sebanyak apa yang diajar. Nak harap kelas online oleh guru sekolah waktu siang tu, kita pun faham keadaan camana kan.  Kita kena banyak beralah dan bertolak ansur. InshaAllah semua pihak gembira. 

Untuk kelas kelas tambahan online dari Tahun 1 hingga Tingakatan 5, jika korang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut.. boleh hubungi Pn Fida di 011 5699 8919 atau boleh tengok di Facebook FlyHigh Training Centre.
 

You May Also Like

1 comments