Hilangkan tekanan perasaan anak anak kita !

by - Selasa, Jun 22, 2021



 " Belajar lagi ? Dari pagi sampai malam, belajar, belajar dan belajar ! ". Itu baru anak anak. Kita dulu pun macam tu gak. Dalam kepala nak bermain dengan kawan kawan jer. Bukanlah malas nak belajar tapi nak bermain. Haa.. kan ?

Gitulah.. tapi anak anak zaman kini lagi naya ! Sudah la dengan 'beratnya' mata pelajaran mereka. Ditambah lagi dengan 'kena duduk dalam rumah jer'. Maunya tak stress ! Bila mereka stress.. mereka luahkan dengan cara mereka. Fokus dalam pelajaran ke laut dan kerap bergaduh dengan adik beradik. Saja cari isu dan kemudian buat bising. Pastu.. menangis. Akhirnya mak bapak lak jadi stress ! Bila mak ayah yang dah seharian stress ni ditambah dengan isu isu 'perbalahan' anak anak maka jadilah Hulk. 

Lepaskan tekanan masing masing. Cari aktiviti bersama. Perhatikan kawasan sekeliling. Bawa anak anak keluar depan rumah sebentar.. Bangun awal pagi. Sedut udara segar. Nikmati kicauan burung. Jauhi gajet buat sementara. Berbual dengan anak anak. Cipta satu memori bersama. Sebentar pun ok dah. Mereka akan ingat.. Kita pun akan kenang. 





Bab belajar tu.. jika anak anak masih kecil, janganlah ditekan sangat. Sedangkan kita boleh geram dengan boss kita yang tak sudah sudah dengan 'kerja'.. ni kan pulak budak budak dengan belajarnya. Mereka aktif. Mereka nak bermain. Bukan robot yang nak serap segala infomasi dan seterusnya menjadikan mereka robot yang bermaklumat tinggi. Mereka manusia. Dan masih lagi kanak kanak. Kita kena jadikan mereka manusia bijak berfikir. 

Bersabarlah  yer duhai ayah.. duhai ibu. Inilah ujian buat kita semua. Semoga Allah lindungi kita semua.


You May Also Like

3 comments

  1. Wah seronok anak-anak Bro Ben..pasti hilang boring. Naik boring ni juga PKP, apa nak buat musim wabak ni. Kena usaha hindarkan..dengan izin Nya

    BalasPadam
  2. setuju tu.. terperap dlm rumah bahaya, kita dewasa pun boleh tahan tertekan..

    jemput singgah sini saripkay.com

    BalasPadam