Anda perlukan bantuan ? Naikkan BENDERA PUTIH di depan rumah anda segera !

by - Jun 29, 2021

 

Dari page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammed , aku nampak kempen ni. Tak tau sapa yang mulakan tapi ianya sangat membantu insan insan ketika ini yang memerlukannya. Mereka mungkin malu atau dah hilang arah.. jangan putus asa. Masih ada yang sayangkan anda ! Lakukan saja yang diminta.. 

  • Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih 🏳️ di kediaman anda.
  • Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.
  • Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang.
  • Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.
  • Kita tak lagi mampu lihat dan terlalu dukacita dengan gambar dan video rakan kita membunuh diri.
Jika melibatkan kewangan , luahkan pada yang datang membantu. InshaAllah mereka akan cari jalan untuk selesaikan. InshaAllah.. segalanya ada jalan keluar. 

You May Also Like

1 comments

  1. Kalau tak dapat bantu banyak in sya Allah semampunya boleh bantu.

    BalasPadam