Nasi Dagang Grannies , Nasi Dagang Terlaris di KLCC yang wajib dinikmati bersama keluarga !

by - Jun 17, 2021

Kali pertama aku tahu mengenai Nasi Dagang Grannies ni ketika hadiri Pelancaran Zero Kos Marketing , awal Ramadan lepas. Tengok cara dia bungkus nasi dagang tu pun dah bikin aku terliur. Tak sabar pulak nak tunggu waktu berbuka untuk menikmati nasi dagang tu. Kenapa ? Sebab katanya tersohor di KLCC ! Haaa.. Di KLCC kauuuu ! Bukan calang calang makanan boleh meletup kat situ. Maklumlah, banyak pilihan makanan. Jika meletup tu, memang padu la. Tapi sayangnya, aku terlupa nak makan sebab tertarik dengan makanan buffet berbuka kat hotel tu. Hahaha.. 

Dipendekkan cerita.. dalam minggu ni, ramai blogger #KBBA9 order Nasi Dagang Grannies ni. Peluang untuk menikmati  Nasi Dagang Grannies terbuka luas. Aku pun order gak. Wife asyik pening kepala nak masak apa.. nak masak apa. Maka aku kasi dia rehat sehari. Ditambah pulak dia sibuk dengan tugasan bekerja dari rumah ni. Asyik meeting online dan menjawab whatsapp jer. 

Aku lak.. lama tak pekena nasi dagang. Kalau balik Kelantan tu, selalu la makan. Ni dah lama tak balik..merindu lak makanan Pantai Timur. Nak beli kat area Sepang ni, memang ada yang sedap tapi nak makan yang benar benar memuaskan hati. Haa.. cenggitu ! 

Tempahan dah dibuat.. menanti masa jer. Tak sabar ! Lapar. Huhu... 




Dan sampai ! Aku suruh brader rider tu letak atas tu je. Kitaa jaga kita ! Tu penting. Lapar tu lapar la tapi jangan sampai terlupa part keselamatan. Aku jaga dia. Dia jaga aku. Gitulah. Brader rider tu pun angkat ibu jari tanda 'Terbaik' ! Hehehe.. Aku jerit.. " Terima kasihhhhh" !

Sebelum dia naik motor.. dia urut belakang pinggang dia. Sian. Mesti banyak rumah nak antar nasi dagang tu. Dah la dari KLCC. Semoga Allah lindungi dia dan juga murahkan rezeki buat dia dan keluarga. Aaminn..


Ahaaa... dibungkus cantik dan kemas. Siap dapat free cookies. Mesti sedap ni ! Dan sejujurnya, ni pertama kali aku makan nasi dagang bungkus daun pisang. Sebelum ni, aku tak ingat lak camana dia dibungkus. Hahahaha... Tapi bila nasi dibungkus dengan daun pisang , mesti padu punya. Ditambah lak yang Nasi Dagang Grannies ni guna beras jenama Basmathi ! Mesti sedap giler ! 




Aku bukak bungkusan. Kemudian campurkan gulai ikan tongkol. Gulai ayam dan gulai telur pun ada. Tapi nasi dagang ni,  orang kata wajib layan dengan ikan tongkol dulu. Haa.. Aku pun cuba la ! Hahaha.. Wife aku yang sedang meeting online depan aku memandang jer. Selepas satu suapan, aku pandang dia. Aku angkat kening. 

" Ya Allah.. sedapnya ! " Seriussss... tak tipu ! Memang betullah kata kawan kawan blogger. Kalau gulai ikan tongkol dia memang padu ! Aku kemudian suap kat wife. Sekali.. dua kali.. dan abis je dia meeting, terus basuh tangan dan makan. Dia terus promote kat kawan kawan dia. Hahaha.. Geng Pantai Timur. Terus memasing berminat nak order gak.Huhuh.. Betul power aku punya pengaruh ! Hahahah..  Tapi serius , memang sedap. Gulai telur pun sedap. Ayam, aku tak sempat rasa. Udang , sedap ! Haaa.. 

Harga.. korang boleh tengok kat bawah. Er, mahal ? Bradaahhh , ni Nasi Dagang Terengganu PREMIUM. Dijaga kualiti dari bahan bahan hinggalah ke sampai depan rumah ! Dari penghantaran sampailah ke rasanya.. Haaa... Mestilah harga pun premium, kan ? 

Ada 3 lauk untuk Nasi Dagang Grannies ni. Caj penghantaran juga bergantung pada lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor , buat masa ni.. Aku syorkan korang try ! Kalau korang peminat nasi dagang. jenama Grannies ni memang perlu dalam senarai korang sebab resepinya adalah turun temurun punya. Haaa ! 



Untuk tempahan atau pertanyaan , boleh rujuk ke : 

Whatsapp/ Call : 013 907 5199
Facebook : Grannies
Instagram : Grannies.my

You May Also Like

4 comments

  1. mmg best sampaikan hari ini order untuk kawan2 office sekali tau : )

    BalasPadam
  2. Nampak menarik gak set yang ada. Dari segi harga berbaloi sangat dah . Sape kata musim PKP ni kita takleh nak jamu selera apa yang kita teringin kan ? Order je ha..terus sampai depan pintu rumah . Tak perlu nak keluar rumah .. just stay at home terus nasi dagang sampai . Ramai kata best , so kena la try,

    BalasPadam
  3. sedapnya nasi dagang.. lama tak makan

    BalasPadam
  4. Memang premium rasa dia! Sedap pastu
    Geng dah kata nanti nak order lagi

    BalasPadam