BEN ASHAARI



Tiap kali ke masjid , memang niat untuk bersedekah tu ada. Kalau dulu, ada bekas sedekah beroda bergerak dari satu ke satu saf. Sekarang takda dah. Nak ke tabung , kadang kadang hanya di pintu utama sedangkan kita masuk dari arah lain. Kan kan ? Atau paling tidak pun.. segan nak orang nampak. 

Macam aku.. Ramadan ni, bila ke masjid untuk bersolat, memang akan terlepas tabung derma. Niat ada dah tapi terlupa bila dah sampai. Nyesal pun ada sebab terlepas untuk melakukan kebaikan di bulan Ramadan ni. Berlipat kali ganda pahalanya. 

Atau paling tidak pun.. lepas solat subuh tu, kita digalakkan untuk bersedekah subuh. Murah rezeki. Haaa.. Ada yang menabung dalam tabung sendiri. Atau jika di masjid, terus masukkan dalam tabung. Kalau terlepas pandang tabung sedekah di masjid atau tidak punya tabung sedekah di rumah.. camana ? Nak buat sendiri malas. Nak beli , asyik terlupa.

Alhamdulillah... sekarang ada satu aplikasi mudah untuk kita bersedekah ! Dan menariknya , 100 % sumbangan kita tu akan ke tabung masjid atau surau yang dipilih oleh kita sendiri ! Ok la kan ? Boleh je nak sumbang ikut kemampuan kita. 

Buat masa ni ada beberapa masjid dan surau sekitar Malaysia sudah pun tersenarai dalam aplikasi Sujood ni. Andai ada masjid atau surau nak tersenarai , boleh la hubungi mereka. Oh ya.. setakat ni dah lebih RM100 ribu kutipan dan lebih 80 surau dan masjid tersenarai di Sujood. 

Sedikit info mengenai SUJOOD.NET

" Aplikasi Sujood menawarkan langkah pendigitalan masjid bagi membantu institusi agama untuk menghadapi isu seperti pemerolehan dana, kebolehpasaran dan juga masalah kecurian.  

Pembangunan aplikasi Sujood ini berteraskan kepada firman Allah didalam surah Saba’ ayat 39 yang bermaksud; “…dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya.” Kami di Sujood percaya komuniti muslim di Malaysia juga berpegang dengan keyakinan yang sama.  

Dengan hadirnya Sujood, kami berharap agar usaha kecil ini mampu untuk membangkitkan semangat suka menderma dan bantu membantu didalam komuniti ini. Kami mendoakan agar kita semua dapat menjadi dalam kalangan mereka yang suka menderma dan mudah-mudahan usaha ini akan membawa masjid kita kembali bangkit menjadi satu institusi yang gah dan perkasa.  

Aplikasi Sujood ini dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn Bhd. Kami boleh dihubungi melalui salam@sujood.net. " 

Aku dah pun download di Playstore. Taip je SUJOOD.. Nanti keluar la icon dia. Pastu download. Senang sangat. Pasni senang dah. Tak payah nak buat Facebook untuk mencari iklan iklan yang perlukan sumbangan di pagi hari. InshaAllah... 

Caranya mudah jer.. 

Muat turun aplikasi Sujood. 
Daftar. 
Pilih Negeri. 
Pilih masjid atau surau. 
Sumbang seikhlas hati. 

Menariknya , kita perlu isi sekali je borang tiap kali daftar. Pastu tak perlu dah. Maka untuk menyumbang di hari mendatang, tak sampai 30 saat pun. Selesai dah ! 














Dah muat turun ? Tunggu apa lagi.. Sementara kita dalam bulan Ramadan ni, perbanyakkan amal. Kita tak tau apakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadan. Jangan lepaskan peluang untuk melakukan kebaikan di depan mata.. 

Jika dah download, jangan lupa sebarkan pada kawan kawan. Guna je link dalam aplikasi ( di menu utama ) untuk send pada kawan kawan korang tu. Dapat saham akhirat juga tu.. 

Web : Sujood.Net
Facebook :  Sujood 
Instagram : Sujood  App
Youtube : Sujood App 
Muat turun aplikas : Google Store  / Apple Store 
 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Alhamdulillah.. 3 hari mereka bersekolah. Tapi hari ni, Khamis aku cutikan kesemuanya. Kenapa ?? Hurm.. Satu, kelas Aariz ada yang tak datang sebab demam. Jadi aku tak nak amik risiko. Lagi pun semalam, masa dia tidur, badan dia sedikit panas. Bukan demam tapi kepenatan. Sama spesis cam aku. Bila penat , badan panas skit. Suhu ok je. Tak cukup rehat tandanya tu. Pastu di sekolah pun semalam, dia ada isu panas ! Hahaha.. Sian dia. Makanan yang diberikan cikgu, ada pelajar lain amik. Dia tahan geram. Aku dah pesan pada dia jangan marah orang kat sekolah. Agaknya la tu. Dalam kereta baru dia menangis kegeraman. 


Yang kedua.. kakak dia dah mula selesa di kelas. Itu merisaukan aku sebenarnya. Bila dah selesa , risau bab SOP. Aku senantiasa tanya samada buka atau tidak face mask di kelas ? Katanya buka bila rasa tak boleh bernafas. Ok la tu. Ketika balik sekolah , tengok dia berjalan sama sama bff dia. Huhu.. Dan ada kawan mesra gitu. Dia kenalkan pada aku. Nama dia Dayana. Alhamdulillah.. tapi SOP kena jaga. Kata aku.. berbual tu jangan dekat dekat. Jawabnya dia tahu. Huhu.. 

Yang ketiga.. si abang.. hurm.. Sian dia. Dia ni kena buli je kat kelas. Dia tak nak balas. Katanya budak tu kecik je. Macam Aariz. Semalam, dia cerita budak tu kacau sanitize dia. Amik pastu lap lap kat badan. Aku tanya dia.. marah tak ? Tak. Cikgu marah budak tu. Aku tanya nape kawan ngan diorang ? Dia tak kawan pun. Dia kawan ngan orang lain. Diorang tu yang datang kat dia. Hurmm.. 

Maka sebab tu aku rehatkan diorang hari ni. Ditambah pun keluarga adik ipar positif. Maka aku dalam mode standby la. Jika mereka perlukan bantuan, aku boleh segera ke rumah mereka untuk berikan bantuan. 

Esok.. semua sekolah balik. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

" Daddy.. bila nak pergi sekolah lagi ! Aariz suka la gi sekolah.. Tadi Aariz belajar gunting." kata dia ketika aku gi jemput dia di sekolah. Tahu dah aku. Awal awal nak pergi tu je dia susah sikit. Macam nak gunting rambut dia. Kena sorang jadi contoh.. baru dia nak gunting rambut. Pastu masa gunting tu siap pesan pada si tukang gunting.. " Jangan gunting telinga saya tau.. ". Adeh... Gelak je la. Rupanya takut telinga dia digunting ! 

"Esok kita gi lagi sekolah " kata aku. 

" Tak nak... nak gi sekarang jugak ! Suka la gi sekolah.. " jawab dia.

" Tadi makan apa di sekolah ? Cikgu masak apa ? " tanya aku untuk alih perhatian dia.

" Hurm.. mee goreng je. Panas. Aariz tak makan pun. "

" Eh.. Panas ke pedas ? " tanya aku semula. Dia memang tak makan pedas. Aku pun malas nak ajar makan pedas pedas kat anak anak aku ni. Kecil lagi nak ajar makan macam tu. 

" Pedas.. " ringkas jawapan dari dia. 

Hurm.. mesti kelaparan. Dan di rumah , memang dia makan nasi kicap dengan ayam goreng bertambah. Nampak sangat tak makan. Satu lagi kes.. aku tau dia tak nak makan sebab takut nak buang air besar ! 

Alhamdulillah..  Hari pertama Aariz yang tak pernah pergi pra tadika ketika usia 5 tahun, sangat memudahkan aku. Malah ketika di pintu pagar pun dia tak menangis mahupun menitikkan air mata. Nampak sangat boring duduk rumah ngan daddy dia. Hahahaha.. Lagi pun 2 minggu sebelum sekolah bermula, aku dah brainwash dia. Hari hari cakap pasal sekolah. 




 Zahra ? Huhuh... Mek Aara ni , mudah dia. Pandai berdikari. Walaupun di tahun 1 sekejap je tapi dia selesa je ke sekolah. Walaupun 2 minggu ketinggalan dan tak tau di mana kelas dia.. dia boleh cari sendiri. Berkawan ? Sehari je takda kawan. Esoknya.. dah ada. Walaupun jenis muka keras cam bapak dia.. tapi dia ni mudah nak tarik orang berkawan dengan dia. 

Hahaha.. teringat masa dia di Tahun 1. Dia cerita kat aku yang ada segelintir kawan kawan kelas dia tak nak kawan ngan dia. Dia cakap.. dia tak kisah pun ! Ada je orang nak kawan ngan. 

" Tak nak kawan pun tak pe. Aara tak kisah. " 

Amboi.. kering betul minah ni. Hahaha. Seperkara yang menarik bab Zahra ni , ketika dia di tahun 5 dan 6.. dia tak kenal huruf sangat. Membaca langsung tak lancar. Aku ingatkan dia ni ada masalah bab ni rupanya tak. Nak ajar dia membaca, kena ada teknik dan berjaya ubah dia. English dan BM , dia boleh baca. Mengaji pun. Alhamdulillah.. 

Qhaliff Iman.. si sulung.. Sangat boleh diharap. Dia la yang dok hantar adik dia sampai ke kelas setiap pagi dan di waktu rehat.. dia akan turun gi tengok adik di kelas. Pastu akan melaporkan apa yang adik dia buat kelas ketika tu pada aku dan ibu dia. Hahahah.. Ok la kan ? 

3 hari sekolah.. setiap hari aku pesan.. " Jangan tanggalkan face mask ! Bila berbual dengan kawan , jangan dekat dekat ! " 

Gitulah.. Semoga Allah lindungi anak anak kita di sekolah. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Alhamdulillah... hari ni anak anak ke sekolah buat pertama kalinya dalam tahun 2022 ni. Lewat ? Segalanya dah dijelaskan dalam entri lepas. Yang merisaukan aku ialah Aariz je. Qhaliff ni dia dah besar. Boleh berdikari. Memang dah ajar dia berdikari secara senyap. Aariz ni.. aku risau dia tak nak masuk pagar sekolah jer.. Hahaha.. Maklumlah , dia tak pernah ke tadika masa tahun 5. Ni pertama kali. 

2 minggu aku brainwash dia pasal sekolah. Aku cakap kat dia kat sekolah nanti, Aariz berkawan ngan main je. Takda belajar pun. Hahaha.. Dia dah boleh membaca BM dan English. Menulis pun cuma tak la mahir sangat. Sekurangnya dia dah kenal huruf gitu la. Alhamdulillah.. Ok la kan. Wife kata cikgu kelas dia pun muda lagi. InshaAllah ok. 

Liat bangun pagi ? Mudah jer... Sejam sebelum diorang nak dikejutkan bangun tidur.. aku matikan semua kipas. Tutup tingkap kasi bilik tu suam jer. Diorang dah mula tak rasa selesa la untuk tidur. Masa ni la kejut dan suruh mandi terus. Hari pertama tu, memang susah la. Bila dah buat berhari hari tu.. memang ok la. 

Tugas aku untuk siapkan mereka. Mak diaorang part kelengkapan. Alhamdulillah.. Aariz tak buat karenah. Dia menurut jer. Lagi pun abang dia ada sama. InshaAllah dia berani. 



 Part menghantar dah selesai. Tapi rasanya untuk seminggu ni , kena rajin bagitau cikgu la kot. Risau dia tak cam lagi jalan ke kelas dia. Huhuh.. Rasanya , berair mata gak dia ni. Tapi tak teriak la kot. Heee.. InshaAllah..

Pengalaman bergelar bapa. Nanti semua ni akan jadi kenangan manis. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Rabu... 

Wife dah mula recover dari sakit anginnya. Alhamdulillah. Tapi masih belum pulih tenaganya 100%.  Dah mula kena gi kerja. Cuti seminggu, terbaring je kat rumah tak boleh buat apa apa. Dah sihat, kena kerja pula. Begitulah kehidupan. Sebab tu bila kita sihat, kena jaga dan manfaatkan cuti yang ada. Gi bercuti ! Huhuh.. 

Dia nak gi kerja.. aku tak benarkan dia memandu lagi. Maka akulah kena hantar dan jemput pulang. Bersama anak anak ! Awal pagi lagi semua dah dikerah bangun bersiap. Saja aku buat gitu sebab minggu depan mereka semua baru nak mulakan persekolahan. Liat nak bangun ? Tak.. ada teknik dia. Sejam sebelum nak bangun tu, matikan semua kipas mahupun aircond.  Jadi bilik dah mula suam suam panas. Diorang pun dah mula rasa kurang selesa untuk tidur. Nak kejut tidur time ni pun dah senang.. 

Selepas hantar wife , aku bawa mereka pusing Putrajaya. Brisk walk dan juga bermain di taman. Takda orang ! Clear ! Syokkkk gitu... Pastu gi layan McDonalds. Heeee.. best ! Merasa gak la. Kalau tidak.. asyik ramai je orang. 





 Begitulah seterusnya hingga Jumaat. Penat ? Penat bang... Tapi tak pe.. asalkan sang isteri kembali sembuh...tu yang penting. Anak anak pun tahu bagaimana susahnya kepayahan tapi dilakukan demi kasih sayang. Diorang takda nak membantah pun. Lagi suka ada la. Dari duduk rumah.. dapat gak jalan jalan.. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes