BEN ASHAARI




Alhamdulillah , aku sekeluarga sekarang amalkan minyak zaitun Al Ard minyak zaitun Al Ard ni. Dulu cukup risau nak guna minyak zaitun samada untuk amalan harian mahupun untuk memasak. Walaupun ada orang kata boleh ke minyak zaitun guna untuk masak , jawapannya boleh ! Nanti aku cerita pasal tu eh. Sekarang ni aku nak cerita pasal Minyak Zaitun Premium Organic dalam bentuk tin aluminium ni. 

Haaa ??? Kenapa pulak dalam bentuk tin ni. ? Kenapa tak dalam bentuk botol hitam seperti biasa tu ? Pastinya dalam bentuk tin ni lebih ringan dari botol biasa tu. Kemudian tin ni tak mudah pecah dan paling penting , selamat dari sinaran UV yang mana mampu merosakkan kualiti kandungan minyak zaitun tu. 

Bagi korang yang mementingkan kualiti sesuatu bahan atau produk. Minyak Zaitun Premium Organic Al Ard ada kelebihan berbanding yang Extra Virgin Olive Oil. Mengikut pemahaman aku , perbezaan dari segi masa bila ianya dituai atau Harvest. Lagi cepat dibotolkan atau ditinkan selepas dituai, kualitinya lebih tinggi ! Haaa.. cenggitulah. 



Dua saiz Premium dalam bentuk tin aluminium.

Bila nak beli minyak zaitun , pastikan ada tarikh tarikh penting ni dan hanya yang Premium saja ada tarikh Harvest.

 

Oh ya... minyak zaitun ni bukan macam cuka ya ! Dia ada tarikh luput yang mana bila dah expired ,minyak zaitun tu dah tiada lagi khasiat !  Jika korang beli yang botol punya , selepas penutupnya ..korang ada tempoh maksima 3 bulan untuk habiskan kerana minyak zaitun tu dah terdedah pada oksigen dan udara. Untuk pengetahuan korang , minyak tahun paling lama selepas dibotolkan boleh tahan sehingga 2 tahun. Itu pun perlu diinjek dengan gas nitrogen atau Nitrogen Injection Bottoling. 

Alhamdulillah, aku bagi mak aku sebotol memandangkan dia ada penyakit darah tinggi dan juga kencing manis. Amalkan jer hari hari. Selain dua penyakit tu, jika kita amalkan minyak zaitun ni setiap hari ( pastikan ketulenan minyak zaitun tu ya , bahaya jika tidak ) , inshaallah dapat menurunkan berat badan , mencegah kanser , menyihatkan rambut dan kulit , menguatkan otot , menurunkan kolestrol , melawan keradangan dan meningkatkan kecergasan ! 

Untuk pengetahuan korang , aku suka sapu anggota badan aku dengan minyak zaitun selepas mandi. Terasa kulit lebih lembut. Malah aku sapu  sedikit juga kat ketiak ! Ganti sebagai deodrant. Tak berbau ok ! Cubalah kalau tak percaya. Heeee....

Cara belian : www.alard.my | www.alardproducts.my
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Insan berkacamata macam aku yang gemar memeluhkan diri pastinya ada masalah dengan cermin mata iaitu bila peluh terpercik ke cermin dan kedua masalah bingkai atau frame. Risau rosak atau berkulat. Kalau frame murah , tak pe la. Boleh ganti baru nanti dan paling penting , frame yang sama tu masih ada dan harga mampu bayar. Kira takda nyesal la bila frame rosak. 

Macam kes aku ni la... aku pakai lasak. 2 tahun lebih guna sehinggalah skru di bahagian tangkai patah. Bila pergi ke kedai , ada banyak stok frame dan pelbagai warna dan corak. Hee.. boleh beli yang baru. Yang lama , boring dah. 

Aku amik warna hitam lak. Aritu biru gelap. Jenama Eye Eye. Dia punya design macam Adidas tapi sedikit lasak la. Harga pun murah skit. Pastu aku try frame frame yang ada  di situ. Aku berkenan beberapa jenis frame kat situ. Cadangnya nanti nak tempah siap dengan power. Boleh pakai ketika memandu nanti. Asyik pakai design sama je.. Huhu..


Amacam ? Ok tak ? Sesuai tak dengan muka aku ? Aku rasa sedikit muda bila pakai macam ni. Hahaa.. teringat zaman rock dulu dulu la. Frame yang bawah tu , rasanya membuatkan aku nampak sedikit matang la. Segan nak pakai frame gitu walaupun nampak kacak. Heeee... jangan meluat eh. Tapi realiti la. Kan ? 

Semua frame yang aku cuba ni , harga boleh kawtim dengan Mr. June. Cuma bila nak masuk kanta tu je bergantung pada apa korang nak dan kualitinya. Kat sini la harga jadi sedikit berlainan tapi pastinya kanta tu akan memuaskan mata korang bila memakainya. 

Korang yang nak pergi bercuti tu, mencari cermin mata gelap yang harga biasa biasa tapi nampak cun , nah... boleh gak ke sini ! Ada banyak pilihan menarik dan anggun ! Lelaki perermpuan ada ! 


 Info lanjut 
Instagram : Eyes Vision Group
Facebook : Eyes Vision Group
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Posting aku  sblm anugerah berjaya dpt lebih 18k Likes.


Akhirnya , Bell Ngasri berjaya juga memiliki satu anugerah dalam bidang yang diceburinya setelah berpuluh tahun berkecimpung. Tahniah Bell ! Dan Tahniah juga pada insan yang memulakan posting mengajak netizen mengundi beliau di ABPBH kali ni. Viral di media sosial , majoriti netizen bersetuju dengan pendapat beliau termasuklah aku. 

Nasrizal Ngasri ,42 (lahir 30 September 1980) atau Bell Ngasri merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau terkenal dengan keupayaanya bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai watak lakonannya, seterusnya memperluaskan bakatnya sebagai pelawak serba-boleh.

Filem pertama lakonan beliau pada tahun 1993 iaitu filem Perempuan , Isteri dan... Beliau dah berlakon lebih 30 buah filem. Drama mestilah lagi banyak kan ? Dan pastinya yang senantiasa buat kita tak puas tengok ialah filem 18 Puasa di Kampong Pisang dengan watak Barkoba. 

Sejujurnya aku tersenyum setiap kali dia keluar di skrin handphone aku. Tak kira la iklan dia ke.. potongan dari drama atau filem.. memang dia seorang yang bagi aku mampu menceriakan orang lain dengan watak selamba dia tanpa perlu memperli mana mana insan. 

Tahniah Bell ! Anda layak. Dan tahniah juga buat anda yang mengundi beliau. Ini membuktikan bahawa netizen memang cukup berapi bila bersuara ! Segalanya boleh berubah dalam sekelip mata. Jangan main main ngan netizen kan ? Haha.. 

Ok.. pasni nak undi sapa lak ? 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Minggu lepas , seminggu tak datang sekolah. Mula batuk batuk lepas Raya Haji. Alhamdulillah , tak demam. Cuma batuknya tu kekadang macm ada kahak, kekadang kering ! Selsema sesekali je menyerang. Malam hari , suhu badan sedikit panas. Paling tinggi 37 jer.

Aku buatkan ubat alami sebelum kasi ubat batuk untuk dia tidur awal.. rehatkan paru paru. Kalau tidak, asyik nak bermain je ngan abang kakak dia. Pastu batuk batuk sebab banyak ketawa, cakap dan menangis. 

Jumaat dah ok.. gi sekolah. Hari Sabtu , dia kembali batuk batuk. Aku rasa dia kena macam aku. Tekak rasa gatal je. Aku kena gak baru baru ni. Wife pun sam sampai kami hilang suara !  Aku minum air halia ditambah ngan kunyit dan madu. Alhamdulillah.. redah. Wife pun. Cuma batuk sesekali menyerang bersama kandungan kahak. Tapi kejap je la. 


Minggu ni, batuk Aariz sedikit mengancam. Semalam bawa gi klinik check. Doktor check paru paru dia. Katanya paru paru ok.. takda masalah. Tekak pon tak merah. Elok jer. Katanya tekak tu yang ada macam gatal membuatkan dia terbatuk memanjang.. pastu bila stop , dia stop lama.. Sebijik macam aku. Suara dia pun dah hilang gak baru baru ni. 

Aku tanya doktor.. dia boleh gi sekolah ke ? Kata beliau , boleh tu boleh .Tapi jika dia batuk berpanjangan , cikgu akan panggil mak ayah jemput anak ke sekolah. Jadi macam takda guna gak la nak gi sekolah. Betul gak kan ? 

Dapat la cuti sehari lagi. Balik rumah... aku kasi dulu air halia dicampur madu sebelum kasi ubat batuk dan selsema. Dan tak sampai sejam, dia dah mengantuk dan lena tidurnya. Tiada kedengaran batuk dan selsema dah. 

Cuma hari ni.. aku kasi dia rehat sebab ada MC. Dan di grup whatsap.. ramai anak murid tak hadir kerana batuk dan selsema. Apakah tindakan Kementerian Pelajaran ? Paling tidak pun... keluarkan peringatan galakkan murid dan cikgu pakai face mask dan mereka yang tak sihat tu, tak perlu hadir ke sekolah. PERINGATAN ! 


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Menjerit Aariz tiba tiba ! Katanya ada tikus dalam bilik air. Muka sang isteri berubah. Tandas tu tandas kegemaran dia. Hanya dia jer suka mandi kat situ. Anak anak, suka mandi tandas bilik atas. Aku pun gitu gak. Maka dia orang paling takut sekali ! Hahahaa...

" Yeke tikus ? Adik kenal ke tikus camana ? Besar mana tikus tu ? " Tanya aku. Saja la nak tengok respon dia. Hahahaa.. Bersungguh dia bercerita pasal pengalaman dia nampak tikus dalam bilik air. Persoalannya, camana dia boleh masuk ? Setahu aku la... takda lubang lubang terbuka untuk bikin tikus masuk. Hurm..

Aku cari tikus tu. Tak jumpa. Dah lari ke dapur rasanya. Dalam bilik air , aku tengok bahagian air keluar. Penutup terbuka. Aku syak dia masuk keluar dari sini ! Terus aku tutup. Kemudian aku letak tong air atas penutup tu. 

Aku dan wife masih tak percaya ada tikus. Aku beranggapan Aariz berkhayal mengenainya. Maklumlah, dia kurang sihat sedikit. Tapi dia masih bertegas kata dia nampak. Siap nak lukis lagi. Hahaha... Aku iyakan je la. 

Malam tu, aku duduk di meja makan. Depan komputer. Nak update blog. Tiba tiba ekor mata aku menangkap sesuatu yang aku kenal sedang ke dapur.  Aduh... Aku bangun dan pergi ke wife.. Aku pandang dia. Senyum. Dia pandang aku semacam. 

" Aariz cakap betul " kata aku.. Wife terbeliak biji mata. Aduh... operasi mencari la pulak. Baru nak update blog.  Aku bagitau Aariz yang katanya ada benar. Terus dia bebel cakap tak percaya sangat kata kata dia. Huhuh...

Selongkar abis dapur. Tak jumpa. Nak kena beli perangkap tikus ni ! Siap dia nanti kalau aku jumpa. Tapi takda la nak bunuh dia kalau jumpa. Lepaskan dia ke belukar berhampiran la kot kalau berjaya tangkap. 

Alhamdulillah... seharian takda cerita pasal tu dah. Dan tiba tiba , subuh tadi... wife menjerit ! Dia datang kat aku yang sedang nyenyak tidur. 

" Bang , bang.. ada tikus dalam bilik air. Besar niiii ! " Muka pucat. Hahahaa.. Sakit tekak dia menjerit. Katanya... Aku sengih. Dalam kepala aku mencari idea camana nak tangkap tikus dalam tandas tu.

Aku ke dapur mencari baldi kosong. Kemudian masuk ke bilik air. Penutup lubang air terbuka luas ! Pergh.. kuat dia tolakkkk ! Dia masuk keluar ikut sini rupanya. Aku cari tong berisi air aku letak atas penutup tu sekali lagi. Kalau pasni dia berjaya tolak gak, aku kena letak Rafizi atas penutup tu la gamaknya ! Mesti tikus tu takut nak masuk punya pasni !! 


*Bicara Online bersama Ibu Bapa : STRATEGI KE SEKOLAH IDAMAN*

🔹 *Jumaat* | 📆  *21 Julai 2023 | ⏰ *9.30pm - 10.30pm | 🎥  *ZOOM Online*

Berminat ? Klik SINI untuk join ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes