BEN ASHAARI




Bukan mudah sebenarnya tapi ini je la aku mampu nak buat supaya mereka membesar menjadi insan insan yang bermanfaat di atas muka bumi ini. Alhamdulillah , walaupun awalnya dulu mereka sukar untuk ikut aku bersama dan lebih mudah untuk bersolat di rumah tapi sekarang , masing masing boleh je melangkah masuk ke dalam kereta dan menuju ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Satu kelegaan untuk aku. Samada mereka kusyuk atau tidak , moga Allah akan bantu hati mereka.  

Aku bercerita kepada mereka kenapa kita kena bangun subuh dan pergi berjemaah. Antaranya, ketika itulah kita dapat berdoa qunut nazilah berjemaah di awal pagi ! Camana kita nak lawan Israel kalau tidur pun kita gagal nak lawan ?? Haaa... Pastu awal awal pagi ni la kita nak lihat dunia tanpa kekotoran. Udara segar.. nyaman. 

Dan aku juga turut bercerita pada dia mengenai seorang lelaki yang sering aku nampak satu tika dulu ketika nak hantar wife ke pejabat. Lelaki tu buta. Sering berjalan kaki sebelum masuk waktu subuh dan juga tiap kali sebelum azan fardu berkemundang. Dia menuju ke masjid. Bertongkat. Seorang diri. Nah.. tidak ada rasa malukah pada kita yang cukup sifat ni ? 

Kalau kita nak berubah , kita mulakan langkah ke masjid atau surau berdekatan untuk solat subuh berjemaah. Amalkan selama seminggu dua. Pergilah sebelum azan berkemundang. Duduk dan berdoalah meminta kebaikan dan keampunan dariNya. Tak perlu tunggu nak ke Mekah dan berdoa depan Kaabah. InshaAllah... selebihnya , biar saja Allah yang tentukan hala tuju kehidupan kita. Yang penting , kita merayu dan meminta dariNya.

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid pada waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak." (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh." (Riwayat Ahmad)

Semoga Allah melindungi anak anak kita dan menjadikan mereka , khalifah yang beriman dan beramal soleh serta amanah , jujur dan ikhlas dalam apa jua bidang yang mereka ceburi... 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 


Ingat lagi tak kes ni di Piala Dunia Qatar yang lepas ? Lepas dia buat camni , terus pasukan hancur lebur. Heee.. Gagal layak sama sekali ke pusingan ke 2. Iskh iskh.. Tak lama lagi , negara ni menjadi tuan rumah Euro 2024 pulak. 

Persoalannya.. apakah kita nak boikot dari menonton secara langsung nanti ? Ke nak gi kedai mamak je layan ? Hahahaha... Eh , kenapa kena boikot ? Pertama sekali... aku amik isu paling panas dan penting masa kini.. Pembunuhan berama ramai di Palestin. Apakah tindakan dari Eropah terutama Germany ni ?

Ketika undian menjadi Palestine sebagai ahli tetap di PBB , mereka memilih untuk BERKECUALI ! Begitu juga beberapa negara negara besar yang bakal bertanding di Euro 2024 nanti seperti Itali , Swistzerland , United Kingdom , Ukraine Croatia , Austria , Albania , Netherlands , Lithuania dan Latvia. Manakala menolak , Czech dan Hungary. Manakala sebab kedua ialah Rusia kena sekat oleh FIFA tapi Israel tidak la pulak eh ?

Kita tengok pulak penaja penaja besar untuk kejohanan ni. Heee.... Ada nampak tak kat bawah tu ? Nah.. Tu diaaaa.... nama nama besar dalam menyatakansokongan terhadap si zionis tu ! Apakah tindakan kita ? Nak layan gak ke bola ni ?

Kalau aku , sejujurnya aku tengok bola yang lepas pun kerana ada negara Asia masuk bertanding dan ianya di Qatar. Tu pun tonton yang percuma punya di tv. Nak berbayar tu tidak la ! Tapi untuk kali ni, sebagai sokongan aku terhadap All Eyes On Rafah , memang aku tak nak layan la. Sekadar tengok keputusan je la kot. Tu pun kalau lalu depan mata aku. Kalau takda , takda la... 




Amacam ? Heeee.... kaki bolah mesti mengigil punya la. Mencari sebab untuk menonton. Antaranya , jangan libatkan sukan dengan politik atau isu semasa. Bodoh kan ? Hahahaha.. Bayangkan jika negara kita di situasi Palestin tu. Negara lain sibuk bersorak layan bola, kita berlari sana sini menyelamatkan diri tanpa makanan ! Dan menariknya , negara jiran tutup pintu untuk kita... Ko rasa ?

Kita tak mampu nak pergi membantu. Berdoa sudah.. sekali lagi kita tunjukkan kekuatan kita bersama ! Tak perlu layan EURO 2024. 


 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku pengemar kopi. Satu tika dulu. Begitu juga dengan isteri aku yang nombor 1 tu. Yang nombor dua dan tiga tu, aku tak tau diorang suka kopi ke tak sebab belum ada lagi. Awal awal dulu aku suka layan kopi ni , di KLCC. Lepak cuci mata ngan kawan kawan aku kat Coffee Beans. Kira nampak kaya la kononnya. Sekali beli mau dekat RM10 lebih gak la. Tu zaman aku remaja la. 

Bila dah kawin , lifestyle berubah. Mengopi ngan isteri lak. Asal keluar shopping mall, wife mesti nak minum. Aku pun join sama la. Tertarik dengan bau kopi tu. Pastu minum dek kerana nak membakar lemak lemak. Kan kopi ni ada unsur fat burner. Kononnya.. padahal letak creamer n gula lagi. Bingai tul la kalau dikenang kenangkan semula. 

Jadi blogger lak.. kena review produk termasuklah produk workout ni. Macam macam produk dah aku review. Yang percuma.. yang berbayar. Pastu lak , kebanyakkan minuman tu mengandungi kafein. Pergh...Sempurna sungguh kehidupan ! Siap jadi duta kopi lagi. Hahaahaha.. naya sungguh la perut aku. 

Tahap ketagihan aku pada kopi ni , sampaikan bila nak memandu balik kampung tu.. wajib kena dua tiga sachet ! Baru puas. Memula tu , satu ok dah. Lama lama tak syok pulak satu. Kasi up satu lagi.. dan lagi. Kesudahannya.. 16 jam memandu baru sampai kampung dek kerana kerap mengantuk. Bila sampai kampung , terus nak cari katil. Terlalu penat. 

PKP Covid 19... aku kena anxiety kerana kerap mengambil tahu isu semasa. Ditambah pulak ada yang rajin dok forward forward berita dalam luar negara.. dengan kes jangkitan dan kematian melibatkan kenalan dan sanak saudara , jantung aku tak terkawal laju. Siap boleh dengan lagi dengupan jantung. Asyik pikir nak mati jer. Sampaikan wife aku nak gi kerja pun aku tak kasi. Risau ! Kalau nak pergi , kena pakai face mask siap face shield ! Macam orang giler dah rupa. Hahahaha.. 

Urat tegang dek kerana Anxiety ! 

Muka penuh gula !

Nak gi brisk walk pun takut.. Anxiety !!

Ubah gaya hidup... diet pemakanan terutamanya.

 

Alhamdulillah.. wife aku walaupun dia pengemar kopi dia masih ada batas. Dia minum tak abis pun tapi gemar minum hari hari. Dan kesannya ? Dia pulak ada gastrik teruk. Bila aku kaji balik gaya pemakanan kitorang... semua salah sendiri. Malah anak anak pun aku kesian sebab mereka makan apa yang kami beli.. dan mereka pun selalu jatuh sakit ! 

Maka aku berhenti segalanya termasuk kopi ni. Aku perasan bila aku minum je kopi , perut akan kembung dan belikat aku mula sakit. Bangun tidur , terasa pening . Huhhh... Begitu juga dengan isteri aku. Kalau nak kejut bangun tidur , kena kejut perlahan lahan. Jangan kasi dia terkejut. Kalau tak , sakit kepala. Sekarang ??? Alarm tak bunyi lagi kami dah bangun dan cergas ! 

Sekarang kalau nak balik kampung pun , aku tak de nak minum kopi atau minuman penambah tenaga. Aku boleh je memandu sampai dalam 8 jam perjalanan ke Kelantan. Tu pun sebab berhenti solat dan tandas. Kalau tak , boleh je 6 jam. Dulu aku ingatkan mustahil.. rupanya boleh jer ! 

Semakin ramai golongan muda jatuh sakit dengan mudah. Kebanyakkannya menyalahkan vaksin. Ya , vaksin tu kasi trigger tapi racun dalam badan kita ni , sejak dari kecil lagi dah berkampung. Gaya pemakanan kita dari kecil lagi !! Susu tepung... jajan.. gula  gula. Air gas.. biskut.. roti ! Makanan segera seperti megi , roti berkrim.. susu susu putih di pasaraya tu.. air kotak.. air tin.. makanan dalam tin.. makanan pantas di pagi hari macam cereal.. coklat coklat manis.. Haiihh.. banyak kalau nak disebut. 

Korang yang suka kopi ni, cuba buat kajian sedikit mengenai kafein ni. Aku tak nafikan ada kebaikan kopi ni tapi keburukannya amatlah tak bagus untuk tubuh badan untuk jangka panjang. Nak minum seminggu sekali , ok jer.. Pastikan hanya kopi tanpa sebarang campuran saja. Kalau ada campuran.. memang cari penyakit la ! 

Aku lebih sihat.. segar tanpa kopi.  Sekadar nasihat... terpulang. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Makin membiak lak dia ! Besar besar lak tu. Aku suka tengok diorang ni sebab kerajinan mereka mencari rezeki dari malam hari lagi hinggalah subuh hari. Kejap lagi bila matahari dah mula menyinar, mereka hilang. Aku pun tak tau mana rumah mereka. Takda kesan pun. 

Tapi yang aku perasan la kan.. rumput depan rumah aku ni makin menghijau berbanding sebelum ni macam nak kering mati dah. Takda la pulak aku membaja tanah tu tapi baru baru ni ada la tanam pokok pandan. Mati ! Mungkin kerana cuaca kering masa tu. Sekarang dah kembali hijau. Rasanya nak tanam semula pokok pandan kat situ. Pokok kari pun ok. Atau pokok moringa. Haaa.. pokok moringa ni bagus. Sangat bagus khasiat dia untuk kita. Nak beli serbuk moringa pun mahal ! 

Bila aku google mencari info pasal siput babi ni , yang banyak cumalah camana nak hapuskan binatang ni. Adeh... apakah dia merosakkan tanaman ? Aku tak tau sebab aku tak berkebun. Tapi untuk pengetahuan mereka yang tak tau macam aku ni.. lendir dari siput babi ni amatlah bagus untuk perubatan kosmetik ! Haaaa... hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus. Boleh rujuk di SINI. 

Buat masa ni , aku biarkan je la diorang. Selain siput babi , aku juga 'bela burung' di luar rumah tapi tidak bersangkar. Kasi diorang beras dan nasi putih setiap pagi jika ada lebihan. InshaAllah, selagi aku murah rezeki.





SIPUT BABI DALAM EKOSISTEM

Siput babi adalah hidupan cengkerang yang penting dalam ekosistem. Siput berfungsi menguraikan sayur dan buah yang jatuh ke tanah. Apabila ia mati atau dimakan oleh haiwan lain seperti burung, itik, dan sebagainya akan mengitar semula kalsium kepada tanah semula.

Walaubagaimanapun, siput seeing disalah tanggap sebagai haiwan perosak kerana ia sering memakan daun pada tanaman dan dibunuh dengan meracun pokok tersebut sedangkan is merupakan sumber makanan haiwan pemangsa lain yang boleh dimanfaatkan. Tanpa siput, sisa lebihan tanaman tidak dapat diuraikan dan membantu Kita mengurangkan lebihan sisa organik yang jatuh di atas muka bumi Kita.

Di dalam Islam, Kita digalakkan bersedekah kepada haiwan-haiwan yang berzikir kepada Allah swt. Haiwan juga akan mendoakan sesiapa jua yang bersedekah dan memberi makanan kepada mereka. Dengan tidak meracun kawasan rumah dan kebun Kita akan membolehkan pelbagai haiwa mendapat manfaat dan berterusan jariah dari setiap perbuatan Kita kepada mereka.

Oleh itu, menjaga alam sekitar bukan saja satu tindakan menjaga kelestarian Alam sekitar tetapi juga satu cara menambahkan jariah Kita secara tidak langsung kepada Allah swt. Jika tidak meracun, potong saja rumput dari masa ke semasa dan menjadikan lebihan sisa makanan menjadi baja semulajadi iaitu baja Kompos atau makanan untuk haiwan kecil seperti siput agar dapat mengembalikan sumber calcium ke dalam tanah dan menyuburkan lagi tanam Kita.

Sumber - Ecopro Training Centre - Kebun Abi


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Ada kawan kawan tanya , memandangkan aku dan keluarga dah jarang nak makan malam selepas jam 8 , apakah yang akan kami makan jika terasa lapar ? Dah la tak makan nasi putih banyak.. lauk pauk pun tak banyak. Cuma ada satu dua makanan tinggi protein dan fiber saja. Nasi putih, cuma segenggam jer si wife dan anak anak ambil. 
 
Untuk pengetahuan rakan pembaca , di rumah aku dah memang tak beli roti putih mahupun roti berkrim. Tiada lagi biskut biskut kering apatah lagi biskut berperisa. Tidak seperti dulu lagi terutama ketika PKP. Air manis pun dah takda. Sesekali je wife beli air kotak teh bunga yang kurang manis. Saja nak minum. Tu pun ambil masa 3-4 hari untuk abis. 

Jika terasa lapar atau nak mengunyah , antara makanan yang ada untuk dimakan ialah pisang , anggur , almond , walnut dan juga kurma. Kalau nak  tahan lama, simpan je almond dan walnut. Buah buahan ni cepat rosak. 

Almond atau kacang badam dan walnut ni takda rasa. Tawar jer ! Tu yang bagus. Malah boleh dimakan pada bila bila masa saja dan yang penting , khasiat yang terkandung di dalam kekacang ni sangatlah tinggi ! Kita ambil tahu dulu pasal almond ! Nanti cerita pula pasal walnut.. 

8 Khasiat Kacang Badam (Almond) Berdasarkan Kajian
  • Padat dengan Nutrien
  • Mesra Jantung
  • Mesra Penglihatan
  • Sumber kepada Antioksidan
  • Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
  • Mengurangkan Kedutan Kulit
  • Membantu Mengawal Gula Darah
  • Boleh Mengurangkan Rasa Lapar dan Mengurangkan Pengambilan Kalori
  • Membantu Menurunkan Berat Badan
  • Brain Booster
  • Bantu Pertumbuhan Rambu
Ni antara kandungan yang ada dalam almond
  1. Protein
  2. Serat
  3. kalsium
  4. Magnesium
  5. Kalium
  6. Zinc
  7. Selenium
  8. Kuprum
  9. Phosphorus
  10. Biotin
  11. Riboflavin
  12. Niacin
  13. Zat Besi
  14. vitamin E
  15. antioksida yang tinggi
Almond juga mengandungi kandungan lemak yang tinggi, tetapi 90% daripada lemak tersebut merupakan lemak tidak tepu (unsaturated fat). Lemak ini sangat diperlukan oleh badan kita. 






Nah... pagi pagi , kasi anak anak sorang 3-5 biji almond dulu sebelum diorang nak makan makanan yang punya karbohidrat tinggi. Atau jika malam sejam dua sebelum nak tidur , kasi juga almond beberapa biji. Untuk mereka yang nak bersukan , juga bagus sebagai sumber tenaga dan juga mempunyai khasiat untuk otot. 

Mana nak beli almond ni ? Almond mahal ? Gi kedai Arab atau kedai organik. Biasanya mereka ada jual almond yang siap boleh di makan . Inshaallah stok boleh tahan lebih 2 minggu. Cubalah amal setiap hari... nanti akan nampak perubahan pada kesihatan kita. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes