BEN ASHAARI




Aku ni bukanlah pakar atau mahir sangat bab kesihatan mahupun pemakanan tapi aku punyalah pengalaman bab ni terutama pemakanan. Aku dulu tak faham sangat bab pemakanan ni. Tak amik tau pun ya. Bagi aku , makanan semua sama jer. Asal masuk dalam mulut , lidah merasa , perut kasi proses. Segala tok nenek punya hormon tu aku tak kenal pun. 

Bersenam.. aku buat. Hari hari tapi bila masuk usia awal 30an , dah ada tekanan darah tinggi. Tapi aku tak ubah gaya hidup pun. Biasa la... muda lagi ! Nanti tua, gi klinik amik ubat la. Kata penyakit keturunan. Jaga camana pun, tetap kena ! 

Gitulah pemikiran aku. Alhamdulillah.. Allah kasi aku kesedaran. Bermula dari wife. Dari situ aku tahu dah. Kemudian aku pun kena juga. Aku ingatkan ianya normal. Rupa rupanya tidak. Satu peringatan buat aku. Jika aku tak ubah gaya hidup.. aku sekeluarga akan susah ! 

Pertama sekali.. aku ubah ialah bersihkan dapur rumah aku ! Aku tak pedulik orang nak kata apa pada aku. Hilang nikmat dunia laa.. rugi laa.. Lantak kau ! Keluarga aku , aku jaga. Kau jaga keluarga kau. Susah senang , sendiri kena tanggung. 

Di dapur rumah aku takda lagi makanan makanan yang ada dalam bentuk plastik dan juga tin. Semuanya jenis segar ! Masak ari ni, makan terus. Kecuali buah buahan seperti oren, epal , kurma dan juga kekacang seperti almond dan walnut . 

Dulu dalam peti ais wajib ada susu kotak , ais krim manakala dalam almari wajib ada biskut biskut coklat. Atas meja ada roti , Nutella bagai.. pastu kopi 3 in 1. Anak anak minum hot chocolate yang manis tu laa ! 

Kesannya ? Masing masing dengan perut boroi ! Pakai baju sekolah , nampak perut. Tak kira lelaki atau perempuan. Kecik kecik dah macam tu. Pelik juga aku. Apasal diorang boleh boroi di usia muda ? Ada yang kata nampak cute. Comel jer. Tembam. Abah kau ! Kalau kau nampak itu comel, bermakna kau ada masalah ! Itulah petanda yang mereka sedang ke arah kehidupan yang tidak normal ! 

Masalah orang kita sekarang ni terlalu nak fokus anak anak berjaya dalam pendidikan. Mak ayah kerja mencari duit. Kasi tuisyen. Buat apa saja asalkan boleh kasi tau kat media sosial anak dia dah berjaya ! Tapi bila tengok fizikal mereka.. hurm.. Kita sedia maklum camana dia membesar.  Kesian ! 

Maaf cakap la. Aku kasi tahu ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Sebenarnya apa yang kita nak membentuk generasi akan datang ni ? Bijak pandai saja tak cukup. Fizikal dan mental perlu seiring. Ramai je pandai zaman ni tapi mental mereka ? Fizikal mereka ? Dah besar besar baru nak fokus jaga kesihatan ???? Baru plan nak diet ? Dan pada masa yang sama dok kejar makanan viral di malam hari ?


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sabtu lepas.. aku bawa anak anak gi periksa mata. Maklumlah , masing masing pun dah nak masuk 10 tahun usia manakala si sulung dah nak masuk sekolah menengah. Aku kena pastikan masing masing takda masalah mata atau jika ada , aku kena ambil tindakan segera. Kalau dibiarkan , boleh melarat nanti. Tindakan awal amatlah penting ya. Satu lagi, kita kena tengok tanda tanda kerabunan yang boleh dilihat secara fizikal. 

Di Eyes Vision Group , pemeriksaan dibuat  dengan menggunakan mesin berkomputer dan  mereka ada masalah dengan silau. Si abang ada rabun sedkit. Apakah kerana faktor genetik atau kerap tengok skrin ? Hurmm...  Aariz dan Zahra ada silau. Biar diorang dengar sendiri dari staff Eye Vision kata apa. Aku cakap, diorang tak nak dengar. Nah... baru mengelupur masing masing ! 

Aku tak nak ulas sangat bab mata ni sebab dah banyak kali tulis di dalam blog ni. Cuma kalau boleh la.. mak ayah tolong pastikan la pemakanan mereka sihat dan juga jaga masa penggunaan gajet ni. Bukan apa... sian mereka kecil kecil lagi dah kena pakai cermin mata ! 

Bagi mereka yang dah kena pakai cermin mata dan nak menukarnya di tahun 2025 ni , boleh la ke sini. Ada banyak bingkai cermin mata yang menarik dan bersesuaian dengan bentuk muka orang Asia Tenggara ni. Haa , ala ala Korea punya pun banyak ada dan murah jer.. 

Jangan biarkan anak kita kerabunan. Mereka akan memberontak dalam tidak sedar. Pelajaran pun boleh merundum. Jadi malas nak ke sekolah dan malas nak belajar ! Ambil tindakan segera.. 




Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

" Tak bosan ke Ben hari hari makan makanan yang.. hurm. Anak anak pun tak merasa makan makanan yang macam anak anak orang lain makan ? Segalanya kena kawal. Kita hidup ni sekali je. Jadi kena nikmatilah ! Rugilah. Nanti dietlah. Bukan selalu pun.. kan ? "

Hurm.. betullah tu. Aku pun sokong.  Hidup ni sekali jer. Makan je apa nak makan. Nanti sakit , kita gi je doktor. Ubat ada kan ? Wad pun ada. Kita duduk dalam tu dah berehatlah. Sembuh nanti, kita mula diet dan jaga makan. Sekurang kurangnya , dah rasa makanan sedap atas dunia ni.. kan kan ? 

Alhamdulillah.. Allah dah kasi aku dan keluarga aku rasa makanan sedap. Walaupun bukan semua tapi sekurang kurangnya bila gi pasaraya tu , diorang tunjuk nak makan apa.. aku belikan ! Sejak bergigi hinggalah Allah kasi amaran pertama dan aku terus amik cakna dan berubah. 

Dalam tak sedar , apa yang aku buat tu.. sebenarnya 'membunuh' anak bini sendiri. Makan sedap sedap siang malam. Asal lapar je terus gi cari makan. Tak kira masa. Ikut rasa lidah dan tekak. Dan kesudahannya, anak anak mudah jatuh sakit. 

Ya.. sistem imun mereka 'lumpuh' dek kerana aku sendiri yang benarkan ianya berlaku. Allahuakbar.. takut ingat semula gaya hidup aku sekeluarga. Asal pergi pasaraya , mesti RM300-400 abis. Aku pun pelik awal awalnya. Tapi bila difikirkan semula rupa rupanya aku banyak beli 'sampah' untuk diisi ke dalam perut sendiri dan anak bini. 


Tak susah sebenarnya nak tahu. Perhatikan anak anak korang. Berapa kerap dia jatuh sakit. Bila selsema je , mesti berhingus berkahak punya sampai terpaksa jumpa doktor dan amik ubat. Pastu makan masa nak sihat sepenuhnya. Kesian kan ? Kalau dibiarkan akan bertambah mudarat dan ini sangatlah bahaya. 

Ya, pernah berlaku pada anak anak aku dulu. Batuk berkahak dengan terus sekali. Puncanya ? Haaa... makanan tu la ! Gula... pewarna.. perisa.. Macam macam bahan ada dalam makanan tu dan yang pasti bukanlah semulajadi. Semua bikin dari dalam makmal punya ! 


Alhamdulillah.. sekarang ni ramai pakar pakar kesihatan pun dah berkongsi amalan serta tips tips kesihatan memandangkan makin ramai rakyat Malaysia yang gagal menjaga kesihaatan dan juga tubuh badan. Tak caya.. cubalah tengok. Dalam 10 orang rakyat Malaysia yang korang nampak , berapa ramai yang obesiti ? Tenok pipi pun dah boleh tahu. Tu belum tengok pinggang dan perut. Berlemak lemak ! 

Nak tunggu apa lagi untuk ubah gaya hidup ? Bukan saja jimat malah menguntungkan lagi bila jaga kesihatan ni. Apa ? Beli makanan sihat ni mahal ? Mana datang mahal. Ikut je cara tok nenek kita buat dulu. Sehari 2 kali makan. Pastu makan je makanan kampung. Ada protein , fiber dan lemak sihat. Sapa suruh gi beli makanan yang mahal mahal ?

Sayangi usus kita.. 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Aku pinjam penulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad di Facebook. Aku kira dah cukup lengkap dan mudah untuk difahami rakan rakan pembaca blog aku ni. Kan ? 

" Magnesium adalah salah satu mineral yang penting dalam tubuh. Ia disimpan dalam tulang dan sebahagian kecil dalam aliran darah. Ia mengekalkan fungsi otot dan saraf, juga degupan jantung. Selain kalsium, magnesium juga menjadikan tulang lebih kuat.

Tahap magnesium yang rendah dalam tubuh akibat pengambilan dari makanan yang tidak seimbang, akan menyebabkan ginjal cuba mengurangkan kehilangannya dalam air kencing. Namun jika berlaku untuk jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan kekurangan magnesium, atau dikenali sebagai hypomagnesemia. 

Keperluan dari makanan yang dicadangkan (Recommended Dietary Allowances, RDA) .
Dewasa : 400-450 mg (lelaki) dan 300-350 mg (wanita)

Makanan yang banyak Magnesium seperti Coklat Hitam, Pisang, Tauhu , Kekacang, Sayuran hijau,  Ikan, dan avocado. Tanda kekurangan magnesium adalah kehilangan selera makan, rasa loya, muntah, cepat letih, dan rasa lemah. Ia juga boleh menyebabkan rasa kebas, rasa mencucuk-cucuk, kekejangan otot, degupan jantung yang tidak normal dan sawan.

Punca kekurangan magnesium adalah  disebabkan oleh penurunan penyerapan magnesium dalam usus atau peningkatan pengeluaran magnesium dalam air kencing. Tahap magnesium yang rendah di kalangan orang yang sihat adalah normal. Ia bersifat sementara kerana tahap magnesium dikawal oleh ginjal. Ginjal akan meningkatkan atau menurunkan pengeluaran magnesium berdasarkan keperluan tubuh. 

Kekurangan magnesium secara serius boleh berlaku di kalangan mereka yang mengalami penyakit tertentu, pesakit yang menjalani pembedahan, atau mengambil ubat sintetik tertentu. Antara pesakit yang mungkin mengalami masalah ini adalah pesakit yang mengalami masalah penghadaman, warga emas, pesakit diabetes, pesakit hipertensi yang menggunakan ubat diuretik (seperti furosemide), rawatan dengan kemoterapi, dan sejarah ketagihan alkohol.

Pemeriksaan darah selalunya dapat menentukan sama ada seseorang itu mengalami masalah kekurangan hipomagnesium. Bacaan normal bagi tahap Magnesium dalam darah adalah 1.5-2.5 mEq/L. (Bacaan ini mungkin berbeza sedikit bergantung makmal yang melakukan ujian).

Pesakit yang mengalami masalah kekurangan magnesium biasanya dicadangkan mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi magnesium. Jika tidak mencukupi, doctor mungkin mencadangkan pengambilan suplemen. Secara amnya, dua peratus populasi dunia mengalami masalah ini, terutama mereka yang ditahan di dalam wad. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 70 peratus warga yang berusia lebih dari 70 tahun, mengalami masalah ini.

Kekurangan magnesium untuk jangka masa yang lama atau tahap magnesium dalam darah terlalu rendah akan menyebabkan komplikasi seperti sawan, degupan jantung yang tidak menentu, dan pengecutan saluran darah koronari sehingga menyebabkan serangan jantung secara mengejut. " 


Alhamdulillah.. 100% kakao. Memang pahit tapi sedap ditelan. 


Secara jujurnya , aku mencari lama dah dark chocolate ni selepas mengetahui kebaikannya ! Sebelum ni memang je makan tapi bukanlah 100%. Ada la gula sedikit. Tapi selepas mengetahui fakta kebaikan coklat gelap ni, maka aku mencari bersungguh sungguh.

Bukan apa.. kalau kita dah faham sedikit sebagai bagaimana tubuh badan kita ni berfungsi , inshAllah kita akan berikan yang terbaik untuknya. Kenapa nak rosakkan ? Kalau rosak.. sendiri susah. Nak kena gi jumpa doktor, duit lagi ! Aduh.. ubat ubatan bukan murah. Pastu bukan sehari dua dah sembuh.. makan minggu lak tu ! 

Aku sendiri pun dah berhenti amik whey protein sebagai makanan tambahan. Aku lebih nak fokus pada pemakanan sebenar. Jadi untuk ganti whey tu, aku amik yogurt greek bersama dark chocolate ni. Tambah sedikit madu asli dan..padu hasilnya ! Tak teringin dah sama sekali nak makan ais krim. Anak anak pun gitu gak. Masing masing tak teringin dah ais krim walaupun ada depan muka. Alhamdulillah. 

Kena tahu perbezaan ya ! Jangan ingat sama lak. Nayaa je nanti kena diabetis !


Antara kebaikan magnesium pada tubuh : 
  1. Membantu menjaga fungsi saraf dan otot yang normal 
  2. Membantu mengukuhkan sistem kekebalan tubuh yang sihat 
  3. Menjaga metabolisme tubuh 
  4. Menjaga kesihatan tulang kerana dapat membantu penyerapan kalsium serta vitamin D di dalam tubuh 
  5. Mencegah berbagai gangguan fungsi jantung kerana dapat mencegah penyumbatan pembuluh darah dan darah tinggi 
  6. Memaksimakan hormon insulin yang bertugas mengatur kadar gula darah, sehingga sangat baik diasup terutama oleh penderita dibetes 
  7. Berperanan dalam proses metabolisme tubuh yang menghasilkan tenaga atau energi 
  8. Membantu dalam produksi energi dan protein
Sumber : Health. Kompas


Yogurt greek ditambah dengna dark chocolate

Nak order : https://benjualkokopowder.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sebelum zaman PKP dan selepas PKP

Permulaan 2025 !

 Azam 2025 ? Hurm... sejujurnya la kan , aku nak perbaiki diri aku dari sudut ibadah dan juga pendapatan keluarga supaya anak anak dapat pendidikan yang sebaiknya. Tapi aku tak nak la sampai ketepikan soal keberkatan dan juga kejujuran dalam mendapatkan sumber rezeki tu. Biarlah sedikit tapi hati tenang. Zaman ni ramai makin mengila. Tak kira dah halal mahupun berkat ni. Tak pe.. part ni kepada Allah , kita serahkan. Sapa aku nak menilai rezeki orang lain kan ? Sendiri jaga periuk , sudah la. 


Selain tu.. aku masih nak meneruskan kerja kerja kesedaran bab pemakanan dan kesihatan ni. Bukan apa.. aku kesian tengok anak anak zaman sekarang ni. Mak ayah tu, lantak pi la. Diorang cakap camana pun, masih berpegang pada ' Alaa.. bukan selalu pun ! ' . Tapi bila jatuh sakit , masa tu baru nak mengelupur ! Walhal dah pesan berkali kali dah... 

Bersihkan dapur... almari makanan dan peti ais ! Pastikan takda makanan minuman yang dibuat manusia , berulang kali prosesnya ! Contoh ? Biskut.. roti krim.. roti putih yang bahan buatanya , macam macam ada ! Aduh.. semua tu masuk dalam perut kita woi ! Korang rasa, diorang yang kaya raya ni makan tak makanan gitu ? Takda wehhh.. diorang makan makanan yang jauh lebih sihat ! 

Kita ni ada pilihan sebenarnya.. Ada yang kata makanan sihat ni mahal ! Mana ada mahal. Gi la makan nasi campur tu. Ambil lauk pauk yang diperlukan saja. Jangan ikut nafsu. Pastu makan kita 2 kali sehari memadai dah. Ni sampai ke malam hari pun masih nak melantak ! Kalau boleh , sambil tidur pun nak mengunyah lagi. Haish.. 

Makanan sekarang ni kalau korang perasan laa kan.. Bikin manusia jadi obes ! Yang perempuan , susah nak mengandung. Yang lelaki, malas nak bergerak ! Sampaikan nak gi kedai depan umah pun kalau boleh, guna motor atau kereta. Malas nak berjalan. Apa cerita ?? 

Ok.. aku malas nak cerita panjang. Alhamdulillah... kalau di Threads , aku dapati ramai nak berubah sikap. Nak jaga kesihatan. Kat situ kurang lalu makanan minuman viral buat masa ni. Aku tak tau la Ramadan nanti camana.. Hahahah.. Harapnya berterusan la gitu. 

Dan yang nak mula ubah tu.. teruskan ! Jangan tengok cermin. Korang kasi seminggu dua dulu. Ubah selera makan dulu. Bila selera makan berjaya dibendung, korang akan dapat kesan pada pinggang seluar. Jika dah mula longgar.. Terbaik. Jika makin ketat.. tak pee.. Cuba lagi ! Teruskan usaha. Lawan nafsu syaitan tu. Kasihan pada usus, perut , hati kita ni. Diorang nak kena proses macam macam. Diorang sangkut , kita susah woii ! Seluruh tubuh akan bermasalah ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes