BEN ASHAARI



Alhamdulillah.. nasib baik aku dah training diorang dari awal cuti sekolah hari tu. Walaupun cuti, semua tetap kena bangun awal pagi ! Lepas solat subuh, kita gi bersenam atau ikut daddy gi gym. Boring ke tak, tak kira ! Janji jangan sambung tidur. Nanti jadi pemalas. 

Hari pertama persekolahan, hanya Qhaliff sekolah sesi pagi. Zahra dan Aariz , petang tapi Aariz ada KAFA, kena gi pagi gak. Abang dan kakak dia, tak amik KAFA. Masa PKP ari tu, tak sempat daftarkan mereka. Sian.. nanti cari kelas agama tambahan untuk diorang. 

Zahra, anak kedua. Dia ni lain sedikit. Dari tahun 1 dia dah belajar urus diri sendiri di sekolah. Naik tahun 3 ni, takda masalah dah. Dia lak tolong jaga adik dia yang dah masuk Tahun 1. Semalam , dia makan sama sama ngan adik dia. 





Nak..ni isu utama entri kali ni ! Bangun pagi , di hari pertama persekolah.. mata kiri dia merah ! Tak tau la apa punca... malam semalamnya , semua ok. Pagi tu lak tetiba merah. Hurm. Takda pulak berair atau keluar taik mata bagai. Hanya merah. Aku syak habuk masuk ketika dia tidur tu.. 

Apa yang aku buat ? Aku suruh dia mandi air garam selepas pulang dari KAFA. Pastu nak tengok tindakbalas. Tengahari gi sekolah , ok jer. Takda pulak gatal mata tapi merah tu ada lagi. Petangnya, makin surut merah. Takda macam paginya. 

Dan hari kedua, aku buat macam tu gak. Aku sapukan air garam ke muka dia. Suruh dia bukak mata kasi air masuk. Pastu gi KAFA. Sebelum gi sekolah kebangsanaan pun aku suruh buat macam tu gak. Alhamdulillah.. nampak banyak surut. Kalau tak surut , memang aku ke klinik je untuk dapatkan ubat. 

Malam hari , walaupun sesi persekolahan mode 'suaikenal' aku tetap suruh anak anak masuk kelas tambahan di malam hari. Tak lama pun.. dalam sejam setengah jer. Bukanlah aku target mereka cemerlang tapi aku nak mereka berilmu jer. Kegunaan dunia dan akhirat. 

Zahra amik kelas tahun 3 dan Qhaliff . tahun 5. Banyak la perubahan diorang sejak join kelas ni. Ada dua kelas online ni. Satu , di bawah Flyhigh Training Centre dan satu lagi , RelyEdu. Pilihlah ikut bajet dan kesesuaian kita. Kalau rajin boleh ajar sendiri, silakan. Ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing masing.. kan ? 

RelyEdu : www.relyedu.com
Flyhigh Training Centre : www.flyhighedu.com.my






 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sebelum kemalangan berlaku, aku selalu memerhatikan kereta aku yang satu ni. Banyak jasa dia. Nak tukar, takda alasan kukuh lagi. Biasanya kalau antar repair, ok je pastu. Duit je la kena sediakan. Hutang dengan bank pun nak selesai dah. Setahun lebih je lagi. Nak amik kereta baru, mula berhutang semula. Satu hal lagi ! Huhuh.. 

Tapi bila perhatikan kelusuhan pada Grand Livina aku ni , memang rasa  cam.. alahai. Cenggitulah. Wife sendiri kata nak bawak gi kerja pun segan. Hahaha.. sana sini pecah. Lampu dah kuning. Cat dah lusuh. Kalau nak buat balik , mau makan ribu gak la. 

Aku selalu kata kat wife.. " Tak pe la.. kita tunggu la kot kot dia eksiden.. dapat la semua baru! ". Sekali ambik kau ! Betul betul terjadi haaaa... Nasib baik berlaku sebelum Tahun Baru Cina dan seminggu sebelum cuti sekolah. Sempat la segalanya siap walaupun bengkel tutup lama masa tu. Cuti panjang diorang.. Huhuh.. 

Alhamdulillah.. pihak insuran , Etiqa melakukan kerjanya dengan cepat. Pihak bengkel pun beri kerjasama yang baik. Yang tukang tarik kereta pun, takda la nak scam seperti mana ramai yang takut. Semuanya berjalan dengan lancar. Syukur pada Allah.. 

Kereta siap. Gi ambil kat Sri Kembangan. Check segalanya.. alhamdulilah, semua ok. Cantik ! Seperti baru keluar dari kedai. Bahagian dalaman pun mereka bersihkan. Cantik ! Enjin, takda masalah. Masa eksiden pun , enjin tak terlibat. Teruk bahagian belakang jer. Orang yang tengok ingatkan total  lost. Alhamdulillah.. ada rezeki aku dan keluarga. 

Dah dapat kereta.. benda pertama dalam kepala aku... tukar tayar yang aku risau menjadi punca kepada kemalangan aku yang lepas. Tayar pun dah lebih 3 tahun usia. Nampak macam ok tapi bak kata orang, lebih baik tukar jer. mungkin dah keras pun tayar. Tak grip dipermukaan. Gitulah..

Pas tukar tayar.. pasang tinted. Ni penting sebab ketika kemalangan yang lepas , cermin depan pecah tapi nasib baik ada tinted yang berkualiti. Maka cermin tak berderai.. 

UV Kool , memang bagus ! Senang berbincang dengan diorang.



Nah.. aku pasang bahagian depan , belakang jer. Cermin tepi aku biarkan tinted lama. Rasanya 30% ketulusan cahaya jer. Ok la kan ? Aku tak nak la gelap gelap sangat. Nanti pemandu kereta lain tak nampak jalan di hadapan. 

Bila dah pasang.. ah leganya mata ! Terik sangat sekarang ni. Pasni aku nak mekap skit je lagi. Bahagian dalam , ingat nak pasang audio sistem tapi macam.. tak beberapa penting sangat. Kalau pasang pun best gak. Nanti balik Kelantan, tak la boring. Kan kan ? 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Alhamdulillah.. lama tak check tekanan darah aku. Sebenarnya aku takut nak check tekanan darah. Dulu kan aku ada Hypertension. Setiap minggu wajib MC ! Sakit kepala... sakit tengkuk.. stress memanjang ! Bersenam hari hari cuma tak jaga makan jer. Maklumlah, ada coach ajar kata ko nak makan apa.. ko makan jer asalkan bersenam dan bersederhana. 

Hahaha... gitulah ! Tapi aku tak salahkan coach. Gaya hidup aku tu tak betul. Tidur lewat setiap malam. Melepak kat kedai mamak. Minum.. makan lewat malam. Balik..tidur , beberapa jam. Segalanya tak betul ! Hancur !

Betullah kata orang.. dengan sapa kita kawan, itulah hasilnya. Tapi jangan pulak kita salahkan kawan tu. Salahkan diri sendiri sebab tak nak fikir apa tindakan kita tu. Memang kawan kawan tu akan cuba 'mengoda' kita tapi kita kena kuat ! Contohnya...

" Jom malam ni kita gi makan sini. Tengok dia punya video viral.. perghh padu ! " 

Nak gi ke tak nak ? Apa manfaat kalau gi makan malam malam ? Sedap ? Sedap hanya di lidah. Di perut pulak camana ? Sihatkan ? Apa khasiat untuk tubuh badan kita ? Dapat melepak dan hilangkan stress ? Tidur di malam hari pada masa yang betul itulah dapat hilangkan stress ! Bangun pagi, segar molek ! 
 
Kesan dari aktiviti tidak aku tu , aku ada masalah dalam perut yang aku ingat biasa biasa jer. Pedih ulu hati, kembung perut.. sakit kepala di pagi hari.. mudah stress. Mudah naik angin dan juga masalah nak membuang. Tak puas kata orang ! Hahahaha...

Alhamdulillah... segalanya ada hikmah. Selepas wife aku jatuh sakit itulah langkah pertama aku dan dia ubah segalanya. Buang segala yang merosakkan dan amalkan segala yang baik baik bermula dari pagi hari ! 

Dan.. setahun lebih dah... aku ok ! Segalanya baik baik buat aku dan isteri. Anak anak juga ikut sama apa yang kami makan. Tapi sesekali tu , boleh la 'enjoy'... SESEKALI tu bukan sebulan sekali tau.. bila benar benar teringin jer.. Jangan amalkan cheat day ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Teringat perbualan dengan seorang kenalan di gym , tahun lepas. Bukan orang Islam. Dia berkhatan sebab ada masalah dengan bebird dia. Doktor nasihatkan dia suruh berkhatan. Tapi ada masalah lepas tu. Kira macam bentan la. Dia tak pantang makan. Dia belasah je makan apa saja dia nak. Kesannya, 2 minggu pun belum sembuh sepenuhnya. Nyesal lak katanya dia tak pantang macam orang Melayu. Haha.. aku gelak je la. 

Qhaliff... berkhatan minggu lepas. Rabu. Sehari lagi genap seminggu. Semalam gi lawat doktor untuk kali ke 3. Kali ke 2, Jumaat lepas selepas beberapa hari berkhatan. Doktor nak tengok dan cuci. Sememangnya penting untuk pastikan takda jangkitan dan semuanya aku. Teringat aku masa berkhatan dulu. Yup ! Masa tu aku tak jaga sangat. Kesannya ? Lama weh nak sembuh ! Sebab tu la aku tak nak ianya berlaku pada Qhaliff. Tak pasal pasal aku kerap lawat doktor. Segan aii ! Hahaa.. 

Qhaliff takda masalah. Cuma ada kuping kuping keras kena buang. Memula kena lembutkan dengan berendam di dalam air garam pastu kena cabut. Yang nak kena cabut ni jadi masalah. Dia nak lembut lembut buat. Mau bongkok tiga aku jadinya kalau gitu. 

Kalau dia buat sendiri ? Heeee.. mana mungkin. Memang slow la jadinya. Tu pasal aku bawak je ke doktor. Selesai masalah. Cuma selesainya kat aku la. Kat dia ? Jadi drama la dalam klinik tu. Pakat meraung la dia sakit. Yelah , kuping tu melekat kat daging kan. Dia ni lak jarang luka sana sini. Tu pasal skit luka pun dah meraung. Berdrama la gak dalam tu. 




Keluar dari klinik.. dia pandang aku.. " I hate u , daddy ! " . Aku gelak. Aku kata kat dia.. " Qhaliff, daddy dah lalui. Pasni dah ok. Skit je sakit. " Geleng kepala dia. Pastu ok dah. Takda nak marah marah dah kat aku. Balik rumah , aku rendam dia dalam besen air garam. Doktor suruh untuk hilangkan air bisa yang meleleh keluar. Tak perlu sapu ubat dah. Biar dia kering sendiri.

Haa... sebelum dia berkhatan tu , aku elakkan dia dari makan menda menda manis. Tiada jajan , tiada gula gula , tiada aiskrim. Begitu juga ketika dalam pantang. Makanan berminyak pun tak kasi kat dia. Aku tak tau la apa alasannya tapi gitulah orang dulu dulu buat. Cuma aku tak kasi la ikan haruan untuk dia makan. Mana maunya dia nak makan. Nanti aku yang makan semua tu. Hahahaa.. 

Banyakkan makan protein ketika proses penyembuhan. Kasi ayam , ikan dan sesekali telur setengah masak. 

Itu je la. Nasib baik dia amik kelas tuisyen online. Belajar di rumah jer. Kalau tak , rugi jer. Tak leh gi kelas.. Huhu.. Oh ya, Flyhigh Training Centre dan Rely dibuka pengambilan untuk pelajar baru. Cepat masukkan anak anak korang yang perlukan ilmu tu. Kat sekolah nanti, diaorang tau banyak dah. Senang.. takda la terkial kial. Inshaallah.. 
 






 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Cabaran sungguh budak budak zaman sekarang. Diorang ni pandai , memang pandai. Bijak memang bijak. Tapi ujian untuk diorang di zaman ni bukan calang calang. Sangat mencabar. Berbeza dengan zaman aku dulu yang lebih tertarik nak pergi bermain dengan kawan kawan di luar rumah. Anak anak sekarang.. tak keluar rumah pon tak pe asalkan.. hurm. Korang pun tau apa dia... kan ?

Gajet satu hal. Kandungan dalam tu satu hal lagi ! Pastu kalau tak kasi gajet , kat tv juga satu hal. Pemantauan rangkaian tv berbayar , takda halangan. Bebas ! Hancur anak anak zaman ni. Kita nak kawal , setakat mana je ? Apa yang boleh buat ialah, berikan pendedahan , didikan dan infomasi infomasi yang mana ringkas tapi mereka faham betul betul. Tak boleh nak kata , ini tak boleh.. itu tak boleh. Kena kasi tau sebab dan mengapa ! 

Aku pulak.. nak anak anak belajar bukan sekadar nak lulus dengan cemerlang tapi nak mereka jadi manusia berguna. Jangan hidup dengan menipu orang. Jangan memperdayakan masyarakat ! Jangan gunakan ilmu untuk kepentingan diri ! Manfaatkan untuk keluarga, agama , bangsa dan negara ! Kita nampak sekarang.. ramai je orang berilmu jadi pembohong ! Jadi penipu. Dulu masa belajar, cemerlang.. bila dah berjaya , kerja membohong orang lain. Nampak cerdik tapi rupanya penyangak bangsa ! Tamo tamo tamo... 

Punca anak anak zaman sekarang takda mood nak belajar sebab fokus mak ayah nak mereka lulus dengan cemerlang pastu masuk sekolah bagus bagus ! Tujuan , nak mereka berjaya ! Hurm... Maka tak hairanlah ada yang berjaya tapi mereka stress dalam diam. Memberontak di belakang mak ayah. Tu cukup merbahaya.

 

Aku... masukkan anak anak ke kelas tambahan. Belajar secara online depan mata. Aku pun boleh belajar sama. Ilmu tu ! Banyak dah yang aku dah lupa. Banyak sangat ! Tambahan pula, cikgu cikgu yang mengajar bukan calang calang. Mereka pun bukan sekadar fokus pada pelajaran semata mata.. sahsiah diri... adab... semua ada ! Boleh berinteraksi terus dengan cikgu jika ada masalah dan soalan. Lagi mudah. Kalau gi kelas tuisyen, ada gak yang main main. Bayar bukan murah dah sekarang ni.. 

Aku masukkan dalam Flyhigh Education Centre dan juga RelyEdu. Zahra , tahun 3 dan Qhaliff , tahun 5. Aariz , tahun 1 pon boleh dah belajar skit skit dengan kakak dia. Bagus ke tak kelas ni ? Qhaliff dah join sejak 2021. Banyak perubahan dia. Lemah Matematik sebelum ni. Begitu juga dengan Bahasa Melayu. Alhamdulillah, dia semakin membaiki kelemahan. Bagi aku, asalkan ada perubahan positif ok dah. Yang aku nak , dia faham dan berguna untuk dia. Bukan nak A jer ! 


Target 2023 ni , 3 orang anak yang bersekolah.. mampu memahami erti kehidupan. Kenapa dan mengapa. Jangan jadi pak turut. Jangan sekadar belajar. Bertanya dan fahami. Jangan diperbodohkan orang dan juga memperbodohkan orang lain. Yer, dalam kelas online ni, cikgu cikgu ada ajar secara tidak langsung. Itu yang aku suka.. Terbaik ! 

Apa guna cari duit banyak banyak.. Kalau tak berkemampuan tapi nak join juga, korang boleh terus pm mereka jer. Inshaallah, akan dibantu. 

 Whatsapp ke : Wasap.my/60105433732 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes