BEN ASHAARI



" Bang , saya nampak gemuk tak ?

Satu soalan yang aku rasa samada korang dah kawin atau tak , mesti penah memanah ke telinga puak puak lelaki....Aku rasa lelaki kurang mengemukakan soalan maut gini sebabnya lelaki mudah terima hakikat....Kalau dah gemuk tu , maka akan diteruskan lagi kegumukkan itu sehinggalah ..." anda disahkan mengidap kencing manis, darah tinggi , sakit jantung dan sakit hati " oleh doktor yang merawatnya...Ok ...ni bukan citer pasal lelaki..tapi pasaaaalllll...sapaa ???? sapaa???? tak dengar laaa ....saaaaapaaaaa???? haaaaaaaaaaaaaaa....pasal perempuan....sapaaa ??? heheeh...jgn marah haaa..

WANITA dan LEMAK tak dapat dipisahkan...kalau dipisahkan bukanlah WANITA lagi...wanita masih memerlukan lemak untuk menampakkan kejelitaannya...kalau takde lemak , ibarat tengkorak berjalan...takut beb tengok..cam nak patah je tulangnya..Tapi kalau berlebihan pun tak cun gak kan..ok ok..aku bukan nak kutuk sapa sapa yang berlemak ni...dah Allah bagi kan ...tapi bukan bagi semua , korang pun bantai g carik gak...makan tak hengat punya...cam aku gak..hehe..

" Bang , saya nampak gemuk tak ? " ...cuba korang pk , apakah jawapan yang bakal lelaki bagi ?

" Eh..tak la...ayu je tu.." - satu jawapan yang cuba lari dari memberikan kenyataan sebenarnya..

"Hurmm...ok la tu " - jawapan yang malas nak diberi sebab dah bosan ditanya soalan yang sama

" Kot .. " - ni pun satu jawapan yang suh perempuan tu pk sendiri...heheh

" Nak suh terus terang ke ni ?? " - jawapan gini akan disusuli melihat wajah perempuan ....perubahan pada riak wajahnya amatlah memainkan peranan penting dalam pembentukan jawapan yang tepat lagi jitu.

" Emm..berisi sikit je " - " Haaa ..apaaaa ???? Alaaa...esok nak start diet la " ...aku rasa lelaki mesti dah jemu dengar bab diet dari mulut awek / isteri dia kan...

" Gemuk aih " - ni sah sah malas nak jaga hati langsung...nasib la...cakap kurus pun tak nak caya..cakap gemuk pun susah...dah tu ???

" Kurus je..kira maintain je la ni " - cuba la jawab gitu ...antara dua korang akan dengar...." tipu laa bang " atau " ye keee ?? bestnyaaa ...boleh makan sedap sedap lagi kan bang ? "

Haa..tu la antara sebahagian lelaki selalu bagi...banyak lagi ..tak larat nak tulis....

Kesimpulannya ....sebenarnya lelaki tak tau dia nak bagi jawapan pe....cakap jujur kena cubit...cakap tipu pun kena cubit....Jadi camana ??? Biar pi je la wanita dan lemaknya...asal bahagia.. kan kan ...hahahahha
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
"Ya TUHAN ku ! Jadikanlah aku dan anak cucuku termasuk orang-orang yg tetap mendirikan solat.Ya TUHAN kami! Perkenankanlah doaku.Ya TUHAN kami! Ampunilah dosaku,ibu bapaku dan seluruh orang orang yg beriman pada hari berlakunya hisab (akhirat)" - Surah Ibrahim 40-41
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Mula aktif dalam dunia blog sejak 29 Ogos 2008. Siapa yang banyak tunjuk ajar ketika itu tentulah incik boyfriend yang dah pun menjadi hubby saya sekarang. Sejak awal bergiat aktif dalam dunia blog ni, saya sangat suka mencantikkan blog. Disebabkan itu, saya sentiasa cuba memajukan diri dengan melakukan research di internet demi memuaskan hati sendiri. Orang kata blog saya tak cantik @ serabut saya tak kesah. Janji saya happy.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kreatif ..

"Hmm...bercerita mengenai blog saya pula...mula diasaskan pada 1 May 2007......jadi dah masuk 3 tahun dah terbabas dalam dunia blog ni. Dan blog ni baru sambut hari lahirnya pada 1 Mei lepas. Ok...clap..clap...hehe...blog ni sebenarnya lebih kepada kehidupan peribadi saya sama ada suka dan duka. Ada juga diselitkan isu-isu semasa, tutorial, entri-entri kelakar dan entri-entri panas. Saya ni kadang-kadang dalam blog suka cakap pedas dan bagi sindiran tajam..."
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
gambar hiasan - Muscletech.com


Sat nooo ... nak nangis sat tengok badan diorg ni ... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... nak camni haaa...nak nak nakkk ..

Tadi ada sorg sahabat tanya aku berkaitan dengan suppliment ... ni cerita pasal workout yer.. Ops..semalam pun ada yang tanya ... dia dah lama main tapi tak besar besar gak ototnya ... Makan dah makan tapi tamo naik gak ..

Ok... ni tips aku..tips aku yer..bukan orang lain.lain orang lain cara dia ... Bergantung pada kos... kalau ada duit lebih , amik nitrotech dari muscletech... kenapa aku syorkan tu , sbb aku dah amik yang tu.. hanya yang tu .. aku tak cuba yang lain sebab bagi aku , nitrotech menjadi pada badan aku ... Disamping tu , aku makan ayam panggang setengah ekor , telur rebus (15-20 biji sehari ) ,ikan bakar .. tu kira masa nak kasi naik badan la...kasi besar besar baru cut..

Makanan amat penting .. kedua ialah latihan.. cara latihan perlu betul ... sesetengah orang ingat , makin berat beban tu makin bagus ... salah tu ... sebenarnya teknik paling penting ... cara pengawalan nafas sangat penting ... selepas workout , rehat juga amat penting ...

Kenapa ramai kecewa sbb badan tak menjadi ? Sbbnya terlalu ghairah nak cepat besar dan cantik.. diorng terlupa nak fokus pada niat sebenar... kalau utamakan jaga kesihatan , mereka akan belajar cara pengawalan teknik yg sebenar dan mengawal pengambilan makanan yang berkhasiat ...jgn lupa buah buahan dan sayur sayuran ..

Aku sendiri pun dah masuk 9 tahun ulang alik ke gym namun aku masih lagi dalam proses pembelajaran ... Kalau nak kata aku dah bagus , maaf la... salah tu.. aku tersangatlah jahil dalam bidang bina badan ni.. dan aku sendiri pun bukan ahli bina badan .. aku ke gym untuk bersosial di samping menjaga kesihatan ...
a
Tu je la tips aku...nasihat aku pada yang baru nak berjinak dalam bidang ' mencunkan badan ni , jgn gelojoh.... berhati hati .. ada yang akan tawarkan 'jalan mudah ' untuk besarkan badan... Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suppliment ...Biar lambat asalkan selamat ... Tu jer... ;) Semoga berjaya ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Adakala ..
kita terlupa ..
betapa indahnya dunia ini ..
semuanya hanya sementara ..

Adakala ..
kita mengeluh ..
betapa tawarnya makanan ini
ianya tetap rezeki ..
dari-NYA

Adakala ..
kita mengeluh ..
terlalu panas di luar sana..
mengharapkan hujan membasahi bumi ..
doa dimakbul Ilahi ..
mengeluh kembali mencari mentari ...

Adakala ..
kita bersyukur
tapi kerap terlupa ...


" Ya Allah .Ampuni dosaku , berilah rahmat kepadaku , tunjukkanlah aku ( jalan yang benar ), cukupkanlah aku, selamatkanlah aku ( dari musibah) , berilah aku rezeki (yang halal) dan angkatlah darjat-ku " .

Hadis riwayat Abu Daud , al-Tirmizi dan Ibn Majah.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
: salam , daku xdak nama samaran pun ... FAZILZURAKIL adalah nama blogku .. gabungan aku, huby & my lil son yg makin lasak tu... blog ku ni banyak mengisarkan tentang perjlnan hidup ku, suka, duka , tangis, geram .. sume nye ada ... di sebab kan daku ni agak2 seorg yg suke membaca.. so daku selit kan mcm2 info, menu2 masakan , cerita2 lawak, dan mcm2 lg ler di dlm blog ku ni.. so idok ler sunyi sgt blog ni kan ... lg pun blog ni daku dh anggap cm album bergerak, if rs2 nak tgk muke anak, or nak tau story2 terbaru ..daku akan log in ke blog je...
Blog jgk menemukan daku dgn ramaiiiii kwn2 baru .. mmg besh , lg2 time event kat Times Square aritu .. mmg ramai yg dtg, ada muke2 cm kenal.. tp di sebab kan time tu is my 1st time, so daku ni agak2 segan jgk ler nk tegur2, bkn pe .. takut salah org... dan dgn blog jgk , daku dpt extra income... TQ banyak2 ... itu je ler serba sikit psl daku ...::
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

" Asalnya blog ni guna nama lain sejak 2008 tp terpaksa ditukar ke nama sekarang ni atas sebab2 tertentu. Blog cintapertamakami terhasil sbg satu platform utk memahat memori perjalanan hidup kami yg dibina bersama berlandaskan cinta pertama kami berdua sejak zaman sekolah lagi.

Sekadar dihiasi dgn cerita2 biasa tentang diri sendiri, anak , suami dan apa2 yg berlaku di persekitaran spt isu isu semasa. Blog ni juga diwujudkan agar hanim dpt melihat perkembangan hidupnya sejak kecil pada hari hari mendatang...."
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Blog dya nie dah lama wujud. kalau ta silap dya around 2008. bulan bape? sudah lah pulak. dya ta ingat lah. tapi yang pasti tahun 2o08. so. perbezaannya 2 thun jugak la blog dya nie dah ada. but not most popular like other peeps.. mungkin sbb dulu dya ta open pada public blog dya nie. dya cuma tujukan blog dya nie khas untuk orang-orang yang rapat dengan dya je.. berikutan blog nie lebih berkisar ttg hal2 peribadi. that why.. nama blog dya SYG2QUH.. but until now, nama blog dya tetap ta berubah.. biarlah.. kenangan semasa membina blog masih tetap segar :) so then.. blog nie means di tujukan buat ....
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
The Perdana Leadership Foundation’s “Nurturing the Minds of Future Leaders” Essay Contest 2010 was officially launched on the 21st of May 2010 at the MPH Megastore in 1Utama. Attended by Press and Youth NGOs, the launch was officiated by the Executive Director of the Perdana Leadership Foundation, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob; the CEO of MPH Group, Dato’ Ng Tieh Chuan; and the Chief Judge of the Competition, Emeritus Professor Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim.

This time carrying the theme “Malaysia in a Globalised World”, the third Perdana Leadership Foundation Essay Competition, held biennially since 2006, invites young Malaysians between the age of 18 and 25 to contribute their thoughts to the questions posed. This year, the Foundation is proud to be partnering with MPH Bookstores for the competition, with support from the Ministry of Higher Education. DRB-Hicom is the main sponsor for this contest and Utusan Melayu (Malaysia) Berhad is the official media partner.

“We want to hear the voices of young Malaysians in response to major issues that the country is facing in its bid to remain relevant internationally. We emphasize research through this competition to encourage Malaysian youth to delve deeper into the subjects before presenting their opinions. We hope that via this competition, we will get to know the youth of Malaysia better, promote critical thinking, and reward good writing,” said Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob, Executive Director of the Perdana Leadership Foundation, at the launch.

Also at the launch was Dato’ Ng Tieh Chuan, Chief Executive Officer of MPH Group, who said, “Whilst writing competitions are nothing new, we echo Tan Sri’s thoughts – this is a relevant topic that will challenge our youth on a subject that the country is facing. We hope the competition will unearth a new pool of local talents and to help spread the word, we are publicizing this competition through our social media network as well as through our outlets.”

Emeritus Professor Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, who is judging for the third time for the competition, expressed his hope of receiving more entries from the young adults segment. When asked on the quality of essays received in previous years, the Professor said that while many of the entries fell short in that they reflected the current trend of students regurgitating facts, there were some which were “outstanding”. What he most wants to see in this year’s essays are originality of thought, and a confident expression of the entrant’s ideas.

This year’s competition will run until 30th September 2010, and is open to all Malaysians aged 18 to 25, regardless of student status. Prizes up for grabs include a RM7,000 cash prize, E-Readers, Netbooks, and MPH book vouchers.

Participants are invited to write in English or Bahasa Malaysia (though English is strongly encouraged) on any of the topics below, in 2,000 words or less:
1. Malaysia’s global competitiveness ranking dropped three places to 24 for the period 2009-2010. What do you understand to be global competitiveness and what do you think should be done to raise Malaysia’s global rank?

2. In the latest Budget, the Prime Minister stated the goal for Malaysia to become a high-income economy. What do you think are essential ingredients for Malaysia to achieve high-income status?

3. Vision 2020’s deadline is less than a decade away. Compare Malaysia’s current position with the aspirations of Vision 2020 and outline the most important gaps that need to be addressed for the nation to achieve the goals of Vision 2020.
More information can be accessed through the Essay Competition's official website, www.PerdanaEssayCompetition.com.my or MPH's online portal, www.mphclick.com.

For competition materials, do e-mail Maizatul at maizatul@perdana.org.my or call 03-8885 8965.
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Salam .. Slmt pagi ...huarghhhhh..ngantuk ... Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama pagi ini .. Sekadar panduan ...

Fudholah bin 'Ubaid r.a berkata :
"Rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki berdoa di dalam solatnya tanpa memuji ALLAH ( bertahmid ) dan tidak berselawat ke atas Nabi s.a.w . Baginda berkata : Terlalu gopoh cara ini . Lalu baginda memanggilnya atau memanggil orang lain sambil bersabda : Apabila seseorang antara kamu semua berdoa mulakan dengan memuji dan memuja TUHANnya kemudian berselawatlah ke atas Nabi s.a.w . Seterusnya , berdoalah apa saja yang dihajati selepas itu. " Hadis sahih riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi.


Makan timeee... oats 3 in 1 ... malas nak makan berat berat pagi ni.. ;)


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Fush...bila tengok gambar gambar aku ni...jadi geram nak g gym skang gak..hahaha...

Ni semua gambar aku dari tahun 2006 -2008 ....gambar sebelum tu , takde dalam koleksi sebab tak cun lagi masa tu..

Teruk giler diet masa ni..kat opis asik makan roti kosong je...asal lunch je , aku bedal roti je..ni je la hasilnya..aku tak layan 'dadah' aaarrr..usaha semua ni...ayam , telur , susu hl..n nitrotech..perghhhh...

2006




2007

Tahun ni , aku mmg besarkan lagi badan...sebab tahun sebelum tu , aku kurus skit..aku tak berpuashati..hehehhe...


2008

Ni tahun kira cemerlang la..dapat cantik....hehehe...


2009 ???

Tahun ni ? korang tengok sendiri kat KANDUNGAN - GYM ...bagi aku..mmg hampeh ar...betui la kata orang ...kawin ni buat nak perut je...huhu..tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk...

2010

Azam baru !! Nak cun kan semula ....tak kira tak kiraaaaaaaaaaa...aku nak jugaaakkkk..kerja keras pun kerja keras laaaa





Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Ok tak aku guna header lama ni ?? Cam dah jemu je yang lama ni ... nak tukar balik yang ni... cam best tgk balik ....
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Perghh... baru pas tengok TOP SNIPER kat Discovery Channel ... Bila tengok diaorg punya senjata , buat aku tertelan air liur jer .... mabeles giless.... Teringat lak pameran DSA 2010 tempoh hari ... dapat gak merasa pegang senjata dasat dasat nyer ...

Nasib baik tak leh beli .... kalau tak leh bawak g umah MAT GEBU nanti.. hahahaha...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Tengok laptop ..

Tengok jam ..
27 minit

Tengok laptop

Tengok jam ..
20 minit

Tengok laptop

Tengok jam ..
15 minit

Tengok laptop

Tengok jam ..
10 minit


Tengok laptop

Waaaaaaaaaaaaaaa.. erl dah sampaaaiiiii .. aku masih kat bangku menunggu... tidaaaaaaaaaakkkk ... aku terlepasss sudaaaaaah

Tengok jam
27 minit lagi...

Huwaaaaaaaaaaaaaaa.. aku kelaparaannnn ....
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata 58 aduan adalah bagi kandungan lucah manakala 43 aduan bagi kandungan mengancam termasuk laman web dan blog yang menghina Sultan.

Aduan yang diterima SKMM itu adalah bagi tempoh Januari hingga 23 Februari lalu. Daripada jumlah ini, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.

Rais berkata, terdapat enam kes pendakwaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan kandungan laman web atau blog.

Menjawab soalan tambahan Ismail, Rais berkata, kementerian bersama agensi penguat kuasa turut menjalankan tugasan mereka mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi.

disunting dari BERITA HARIAN..

Untuk buat aduan ...


seterusnya , g balai polis ...



Lagi berita ....

KUALA LUMPUR 28 April - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah tersebut, 90 aduan adalah bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu.

"Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan.

"Selain itu, laporan penyalahgunaan juga akan dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zaitun Mat di Dewan Negara hari ini yang bertanyakan jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan laman web atau blog mengikut AKM 1998.

Joseph berkata, bagi kandungan bersifat mengancam dan jelik serta kandungan palsu pula, nasihat dan amaran akan dikenakan oleh SKMM kepada pemilik laman-laman berkenaan.

Jelasnya, sekiranya cukup bukti bagi mensabitkan kesalahan, pendakwaan boleh dikenakan terhadap pihak berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Fatimah Hamat yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani laman web lucah yang mudah dilayari di kafe siber, Joseph Salang berkata, SKMM setakat ini telah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual. - Bernama


Perundangan_Malaysia

Perundingan Malaysia tidak membezakan penulis blog umum dengan penulis terbitan umum yang biasa, dengan itu blog dianggap satu penerbit sama seperti percetakan biasa. Oleh itu pemilik/penulis blog tertakluk dengan perundangan sama. Di antara akta-akta yang meliputi aktiviti blog termasuk seperti berikut:-

  1. Akta Hasutan 1948 - Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
  2. Akta Fitnah 1975
  3. Akta Rahsia Rasmi 1972
  4. Akta Iklan Lucah 1953
  5. Akta Perihal Dagangan 1972 - Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan.
  6. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
  7. Akta Hakcipta 1987
  8. Akta Kesalahan Komputer 1997


p/s : setakat ni , aku dh kumpul beberapa bukti ada blog print screen blog aku ... simpan dulu.. ancaman pun ada... pasal kerja kat mana ... privacy ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Teringat aku sebuah kisah .. masa aku kecik kecik dulu ... Kala Jengking ngan Kerbau .. hehehe.. aku rasa mesti ramai ingat cite tu kan ...

Dulu aku pernah g training inspektor polis ... latihan fizikal ... seingat aku waktu tu rehat.. dok la minum minum gitu... Borak la ngan satu sarjan ni ... Dia tanya aku ... Kenapa mintak jawatan ni ? Aku jawab la aku minat .. Dia tanya aku lagi .. nape tak cari keja lain ? Aku bagitau dia ... aku penah keje gitu gini .. Pastu dia ada bagitau aku seperkara... Tahukah kerjaya polis ni akan 'bersahabat' dengan penjenayah .. Penjenayah adalah sahabat baik.. Yang kedua , keluarga.. senantiasa terancam ... lebih lagi yang berpangkat ... Hurm... kata kata dia membuatkan aku terfikir kebenarannya ... Bersahabat dengan penjenayah..

Sama jugak dalam dunia nyata ni ... Betapa bahayanya berkawan dengan manusia lidah bercabang dan mempunyai sifat sifat yang tidak sihat dalam hatinya .. Hari ini , dia baik dengan kita .. Esok lusa , dia kenakan kita dalam diam ...pastu berkawan lak dengan orang lain ... gitu gak...

Pelbagai ragam manusia ... ada yg baik ada yg biasa biasa dan ada spesis yahudi ... hanya yang berpegang pada Al-Quran dan sunnah saja mampu membuatkan kita meneruskan kehidupan ini dengan aman damai ....
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dari buku MEMBELA ISLAM - TANGGUNGJAWAB & DISIPLIN

Pada asalnya buku ini merupakan himpunan beberapa tulisan penulis. Sebahagiannya pernah dibentangkan dalam beberapa seminar.Penulis merasakan bahan bahan ini perlu didedahkan kepada masyarakat umum kerana ia dapat membantu memberikan gambaran terhadap tanggunjawab muslim dalam membela agamanya.Ia menggariskan disiplin yang perlu dipatuhi dalam menunaikan tanggungjawab ini.

Dunia Islam menghadapi dua keadaan . Pertama , si bacul yang enggang membela agama.Kedua, si berani yang tidak mahu mengikut peraturan ketika membela agama.Seorang muslim hendaklah berada di garisan yang betul dalam hal ini. Dia bukan seorang yang bacul sehingga sanggup membiarkan agamanya dihina dan bukan juga seorang yang hanya bersemangat tinggi tetapi tidak berpandukan peraturan dan strategi yang baik.

Memiliki perasaan ingin membela agama adalah nikmat iman yang terbesar.Ia adalah tanda cintakan ALLAH dan rasul-NYA. Sekali gus mendapat kemanisan iman dan pembebasan diri dari sifat munafik .

Seorang muslim patut cemburu melihat agamanya dihina melebihi cemburu seorang kekasih apabila kekasihnya diganggu oleh orang lain. Individu yang tidak sensitif apabila melihat agamanya dihina adalah manusia yang jiwanya dipenuhi sifat munafik.Bahkan lebih hampir kepada kekufuran berbanding iman.

Manakala mereka yang ingin membela ISLAM tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarat pula hanya merosakkan agama yang suci. Setiap perkara hanya merosakkan agama yang suci. Setipa perkara dalam agama ada peraturannya. Solat , puasa , zakat , haji , dan seumpamanya yang tidak mengikut peraturan tidak akan diterima ALLAH . Bahkan orang yang melakukannya berdosa dan dihukum sebagai pembuat bidaah.Golongan ini hanya akan memburukkan wajah agama.

Mudah mudahan jiwa kita dibaluti perasaan ingin membela ISLAM. Dalam masa yang sama mematuhi peraturan yang dituntut oleh ALLAH dan Rasul-NYA.

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


" blog aku pada keseluruhannya cenderung kepada semua.semua yang terlintas depan mata, telinga, dan otak.kita dengar kita tulis.kita tengok kita tulis.otak pulak dari segi mana nak mula.selalunya aku buat entry lebih kepada hidup aku lah.dah nama pon blog kita kan.dulu blog ni terabai sikit bila aku mula mula buat, macam hangat hangat ciken shit je lah kan.tapi bila lama lama aku rasa macam ari ari nak update, ari ari nak buat entry baru.ehehe. "
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Latar Belakang Blog Saya:
  • Diasaskan oleh saya sendiri..Siti Hajar Binti Masri
  • Dibina pada 09 April 2010..baru lagi..
  • Saya buat blog sebabnya suka baca blog orang teringin nak ada blog sendiri..
  • Masih belajar buat blog..tak mahir lagi..
  • Masa buat blog saya cuma tanya pada yang pakar iaitu Pn Salbiah dan Pn Azizah..Terima kasih banyak-banyak..hehe~
  • Dalam blog saya suka bercerita tentang kehidupan saya. Kadang-kadang kalau saya rajin saya akan share dalam blog apa yang saya baca contohnya tips kempiskan perut..hehe
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
my nickname.. and my blog is about:
♥ blog saya adalah blog persendirian yang bertemakan warna hijau
♥ saya suka menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan harian kadang2 mengenai isu-isu semasa
♥ saya juga suka menyibukkan diri untuk join kontest-kontest yang dianjurkan oleh mana-mana blogger
♥ blog saya tak la famous, tapi still i dont give up
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

dulu aku sangat jahil berblog .
aku main tulis je ape aku nak .
aku tak kisah pasal tatabahasa , tulisan aku . orng komen ke x .
istilah blogwalking pon aku tak taw , nuffnang segala bagai .
then aku stop .
sebab aku rasa macam da borink .
tak taw nak tulis ape .
but then , banyak benda berlaku pda diri aku .
dan orang sekeliling aku .
aku pon rasa nak berblog balik la semula
setelah tengok kawan kau berblog macam besh je .
then , baru aku belajar pasal nuffnang ni semua .
tp aku tak mengharap sangat duit nuffnang , sebab aku tawu .
x ramai yang klik blog aku T_T *sob sob ~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

NABI Muhammad SAW banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadangkala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.

Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi SAW Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi SAW yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi SAW pula menjadi pilihan. Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi ‘Iyadh berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepada-Nya. Dia mengajar doa dalam kitab-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Nabi SAW pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat. Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda SAW. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencohtohi Nabi SAW. Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a.”(Ibn al-Imam, Silah al-Mu‘min fi al-

Du‘a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang Melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredai Allah. Demikian syirik, kufur, bidaah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadangkala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul.

Nabi SAW dalam banyak hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup. Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara. Iaitu “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyyat) sebelum memberi salam. Banyak lagi doa yang cantik banyak diajar oleh baginda dalam solat. Namun ramai yang tidak tahu kerana solatnya ikut-ikutan. Mereka tidak mempelajari solat menerusi hadis-hadis Nabi SAW, sebaliknya hanya mewarisi solat apa yang dilihat semata. Tanpa tahu bagaimanakah solat itu diajar oleh Rasulullah SAW. Lalu hilanglah peluang kemanisan doa-doa tersebut. Sebab itu, antara buku yang baik untuk dibaca oleh setiap lapisan tentang solat ialah buku tulisan ulama hadis yang terkenal Nasiruddin al-Albani yang bertajuk “Sifat Solat Nabi SAW”. Banyak bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah SAW dapat dipelajari. Antara yang indah itu bahawa Nabi SAW apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut: (maksudnya) “Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).

Keindahan

Demikian doa yang seperti ini – dengan keindahan bahasa Arabnya – menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah. Setiap pihak mendakwa dia yang benar. Sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan.

Telah berulang kita membaca doa Nabi SAW. “Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Namun membaca hadis ini dalam zaman atau keadaan yang penuh fitnah benar-benar memilukan jiwa. Terasa keperluan kepadanya. Terasa kerinduan kepada kedamaian hidup yang hakiki. Lalu air mata tanpa sedar membasah pipi dalam kelesuan gelora hidup dan syahduan perasaan yang rindukan bimbingan Tuhan. Dalam doa ini Baginda Nabi SAW mengajar agar kita memohon supaya jangan ditimpakan fitnah iaitu kerosakan yang menggugat pegangan atau pendirian yang benar dalam beragama. Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasul-Nya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun Baginda dalam hadis lain menyebut: “Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kadangkala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Sayidina Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad). Ini adalah cebisan kisah daripada sirah insan-insan soleh yang lebih rela mati daripada hidup menjadi beban dan fitnah kepada orang lain. Bandingkanlah mereka ini dengan orang-orang politik yang rela sesiapa pun mati, asalkan mereka dapat hidup. Segala macam ‘kelentong’ dikeluarkan. Biar manusia pecah kepala, asal mereka mendapat kuasa.

Saya bukan menimbulkan kisah ini untuk kita berputus asa dengan kehidupan. Tetapi supaya orang yang daif seperti saya sentiasa beringat walaupun kaki berpijak di bumi, namun jiwa hendaklah sentiasa tenggelam dalam kehidupan hakiki selepas berakhir episod di bumi ini. Jika itulah jiwa dan perasaan kita, tentulah politik kita tidak sekelam kabut begitu. Walaupun kadangkala politik berbunyi agama, namun bukan sedikit juga agama hanya jambatan untuk dipijak agar sampai ke kerusi politik. Maka, berapa ramai yang hanya membaca nas-nas yang mengharamkan itu dan ini untuk menyalahkan orang lain. Tidak pula membacanya untuk dirinya dan puaknya. Umpamanya, ketika menuduh orang lain dengan berbagai-bagai tuduhan, tidaklah pula kedengaran nas dan dalil pengharaman menuduh orang tanpa bukti dan saksi. Tetapi segala dalil dan nas akan keluar dengan lancarnya ketika orang lain menuduh kita. Sehingga ramai yang keliru. Siapakah yang jujur, siapa pula hanya bermadah pujangga? Atau kesemuanya jembalang yang menjelma dalam berbagai-bagai wajah demi menggoda kita semua? Siapakah yang selamat dalam suasana yang sebegini?

Selamat

Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, golongan yang paling selamat adalah sesiapa yang tidak melibatkan diri dari menyertai mana-mana pihak yang bertempur sesama Muslim. Itulah fitnah yang merosakkan agama kerana bertempur atas isu yang tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 36: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Pada zaman Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. telah berlaku fitnah yang telah memecah belahkan kaum Muslimin, termasuk para sahabah Nabi SAW. Kesemuanya berpunca daripada isu pembunuhan Saidina Uthman bin Affan r.a. Isu dan peribadi mereka jauh lebih mulia. Bukan seperti peribadi-peribadi samar dan kabur yang diselubungi oleh berbagai-bagai tanda tanya seperti sesetengah orang pada hari ini. Para pengkaji sejarah cuba mengkaji pendirian siapakah yang paling tepat dalam suasana fitnah ketika itu. Pelbagai kesimpulan telah dikeluarkan, namun saya bersetuju bahawa pendirian yang paling tepat adalah pendirian para sahabah yang tidak mahu terlibat dengan perbalahan tersebut. Ini pendirian majoriti sahabah. Kata Muhammad bin Sirin (meninggal 110H): “Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264, Lebanon: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Sebelum pertempuran antara dua sahabah; Ali dengan Muawiyah tercetus, banyak pihak berusaha agar peperangan Siffin itu tidak terjadi. Antara yang berusaha mendamaikan kedua belah pihak ialah dua orang tokoh sahabah yang masyhur Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda’ yang datang menemui Muawiyah dan berkata: “Wahai Muawiyah! Apakah alasanmu memerangi Ali? Demi Allah! Sesungguhnya dia lebih dahulu menganut Islam daripadamu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan”. Jawab Muawiyah: “Aku memeranginya kerana darah Uthman dan sesungguhnya Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi kepadanya dan beritahu dia, laksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh Uthman nescaya akulah orang Syam yang pertama berbai‘ah (janji taat) dengannya”. Maka Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pergi menemui Ali, dan menyatakan kepadanya seperti yang diminta oleh Muawiyah. Sayidina Ali pun menunjukkan kepada mereka sejumlah tentera yang ramai yang menyebut: “Kami adalah pembunuh Uthman, sesiapa yang mahu, sila serang kami”. Akhirnya Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pulang dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri di dalam peperangan.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/270). Begitu juga Abu Muslim al-Khaulani dan mereka yang bersama dengannya, pernah datang menemui Mu‘awiyah dan bertanya: “Engkau memerangi Ali, apakah engkau ini setaraf dengannya?”. Jawab Muawiyah: “Demi Allah, aku benar-benar tahu bahawa dia lebih baik dan afdal serta lebih berhak di dalam pemerintahan daripadaku. Namun kamu semua tahu bahawa Uthman dibunuh secara zalim dan aku adalah sepupunya. Aku menuntut darah Uthman. Beritahu ‘Ali, serahkan pembunuh Uthman kepadaku nescaya aku menyerahkan urusan ini kepadanya.” (Ibid 8/132). Maka atas kekaburan itu, kebanyakan sahabah dan tabi‘in mengambil pendirian tidak mahu menyertai peperangan tersebut.

Jikalau peperangan yang dikepalai oleh tokoh-tokoh sahabah seperti Ali bin Abi Talib sepupu Nabi SAW juga khalifah yang sah, ‘Aisyah isteri Nabi SAW sendiri, Muawiyah sahabah Nabi SAW, majoriti para sahabah enggan menyertainya disebabkan kekeliruan yang berlaku. Padahal tokoh-tokoh itu adalah insan-insan soleh yang dijamin syurga oleh baginda Nabi SAW. Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama Muslim dalam isu-isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sepasang mata memerhati ...
mencari kuman di seberang laut..
gajah di depan mata tidak nampak ..
mencari dan terus mencari ..
membutakan mata hati ..

Sepasang mata memerhati ..
setiap tulisan setiap inci..
agar boleh dikutuk dan dikeji..
agar mereka ketawa tanpa henti ..

Sepasang mata memerhati ..
tanduk di kepala makin berinci ..
cuma tiada kepak untuk terbang ..
harap anak anak tolong tolakkan ..

Sepasang memerhati ..
kesian anak anak kecilnya..
terpampang gembira ...
melihat ibu ibu mereka
mencaci hamun
menjaja cerita ...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Full name aku?? Secret.. ahakss.. Panggil aje Izah. Tapi nama samaran yang selalu digunakan kat mana-mana ialah MISS IZAH MOHAMED. And name blog tercinta aku lak... My Pocketful of Sunshines... Nama blog aku ni pon aku dapat masa aku duk gile dengar lagu Natasha Bedingfield, so rasa macam best je tajuk lagu tu, terus aku ambik buat tajuk blog.. :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Salam... selamat pagi .. sihatkah anda ? Alhamdulillah ...

Semalam ada sahabat meminta aku mengulas atau bercerita sedikit mengenai buku yang aku baca tu ... Baiklah... untuk berkongsi dengan rakan rakan , aku taip semula ... ek..

Tajuk Buku : MEMBELA ISLAM - Tanggungjawab Dan Disiplin
Penulis : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit: Karya Bestari

Membela agama Islam merupakan satu kewajipan bagi setiap muslimin dan muslimah.Perkara ini telah ditegaskan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah.Muslim yang sejati akan bersemangat menegakkan kebenaran Islam yang suci ini.

Oleh itu , melaksanakan tugas ini memerlukan peraturan dan disiplin.Ramai yg bersemangat.Tetapi , tanpa ilmu tentang peraturan syarak , pasti ada yang terbabas.

Semangat itu perlu dibimbing dengan ilmu pengetahuan berkaitan al-Quran dan sunnah. Semangat tanpa ilmu akan tersasar dari landasan.Ilmu tanpa semangat pula akan kaku dan lesu.

Justeru itu , dalam diri setiap muslim perlu ada semangat dan ilmu secara serentak.Jiwa yang bertanggungjawab dan tindakan yg berperaturan perlu dibentuk . Jika tidak , kita akan menjadi sama pendakwah yang melampau dan terbabas atau ilmuan yang kaku dan tidak produktif. Penulis buku ini cuba menangani dua masalah serentak , iaitu kecuaian dan kemelampauan.

Buku ini mengupas isu isu mengenai tanggungjawab dan disiplin dalam membela Islam.Perkara utama yg dikupas merangkumi amar makruf nahi mungkar , manhaj para imam membela sunnah , perang jihad ekonomi dan dakwah kepada pemerintah muslim.Mudah mudahan buku ini memberi panduan berguna kepada umat Islam dalam membela , menegak dan memartabatkan agama Islam di mata dunia.

Fuh.. panjang.. ada lagi... nanti sambung eh ....

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Fuh....baru pas tengok ujian pemilihan di ASTRO ... Menaaanngissss aku weh... huk huk huk ....
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Ops...nape pendek sangat entri tadi ? Saja je ... mencari entri murahan ? Dengan ini aku beritahu semua , aku tak berminat lagi terhadap trafik dan alexa kerana aku dah dapat jawapan aku terhadap nuffnang ... hehehe... jadi kajian aku terhadap nuffnang dah selesai .. maka aku , berblog seperti biasa ..

Tadi , sewaktu aku tunggu erl untuk pulang ke Putrajaya , aku sempat post entri tadi.. saja je post .. pastu aku sambung baca buku karya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin , MEMBELA ISLAM - TANGGUNGJAWAB & DISIPLIN ... sebuah buku yang bagus untuk dibaca ... hampir habis dibaca .. aku dapat dah satu jawapan yang mana aku silap selama ini berkaitan dengan undi di pilihanraya.. Selepas ini aku pasti akan pergi mengundi !

Sebelum tu , di rumah mak aku .. dia masak makan malam ... bihun goreng .. Hurm.. feveret aku tu... tapi wife aku masak gak kat rumah .. kalau aku jamah bihun tu walaupun sedikit pasti akan membuatkan selera aku berkurangan nanti di rumah aku ... Wife aku lak buat ikan bakar ngan air asam ... Serta kerabu mangga .. feveret aku gak tu .. Kalau aku tak makan kat umah mak aku , sah dia terasa kan ... Jadi aku mintak dia bekalkan saja bihun tu dengan alasan aku akan makan nanti di rumah bersama wife aku ... Walaupun aku kelaparan masa tu , tapi tahan je la kan ... yelah , baru pas workout ... sah sah banyak tenaga ilang ..

Sampai di rumah aku , aku suakan bihun goreng tu kat wife ... hehe.. suka dia .. aku tau dia sukakan masakan mak aku.. dulu dia bukan pengemar kari ikan tapi sejak terkena penangan mak aku , pantang dengar mak aku masak kari , sah sah ajak balik umah mak aku ..

Selepas makan , layan tv .. hehe...seperti biasa , wife aku yang sememangnya terlalu penat sbb bangun awal pagi tadi untuk sahur dan aku sendiri pun bangun awal gak.. sbb nak workout ... er.. wife dah terlena atas sofa ... dan aku layan citer FEARLESS .. Sblm tu layan dokumentari THE REAL ROBIN HOOD ... sempat tengok mula mula je... hehehe.. sempat tau yang diorng sebenarnya confius adakah nama sebenar ROBIN HOOD itu THE OUTLAW ROBERT HODE .. huhu.. letih aku nak tunggu 2 jam .. baik aku layan citer JET LI tu .. hehe... dengan harapan terlena depan tv ..

Aku sebenarnya malas nak bercerita panjang .... bukan pe ... tamo saudara seagama aku mengumpul dosa dan memberikan pahala pada aku ... tapi memandangkan ada sahabat bertanya kenapa entri aku pendek , maka biarlah ini sebagai entri penutup aku malam ini .. tv time ...

Salam dan Semoga Allah merahmati kita semua ...
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Penat sihhh... Baru ada semangat skit layan besi ari ni .. Member lama pun ramai turun ari ni ... cuma bro din je la tak de... maybe layan kat kem ATM ... maklumlah kena wakil ATM untuk MR.MALAYSIA nanti... ops.. cukup...panjang lak... makan time..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Yukk.. g gym.. ekekeke....
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

"Ibu mula ber blogging pada Mac 2009 sehingga la skrg. Blog ni asalnya di 'create' untuk berkongsi cerita tetang hidup ibu dan juga famili ibu terutamanya perkembangan si cilik, Anith. Kira kdg2 ade cerita yang melibatkan kenangan ibu & famili ibu sematkan di dalam blog ibu ni. Pada mula nya ia sbg 'DIARI MAYA' ibu tp skrg menjadi tempat ibu berkongsi segala suka, duka, info dan mcm2 perasaan di dalam blog yang kerdil ini. Ibu suka berkawan & berkenalan dengan kwn2 bloggers di luar sana."
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

"Okeh,blog ini bername Selepas Lafaz Itu sebab usia blog ini belom pon mencecah 2 bulan selepas hari pernikahan daku..ye lor,dulu aku dah ade blog tapi blog tu dideletekan atas sebab2 tidak memiliki lesen yang sah..bkn pe, blog tu masa zaman studi dulu,jadinye banyak entri yang masih kebudak-budakkan..mungkin blog ini ade gak yang kebudak-budakkan tapi aku akan try mengisi belog ini dengan bahan-bahan bermanfaat..
aku wujudkan blog ini untuk berkongsi pengalaman aku melangkah ke alam baru,macam mane nak jadi seorang isteri yang solehah..perjalanan untuk menjadi isteri solehah..resipi2 baru yang aku dah cube..ade gak resipi yang aku punye sendiri..ape yang terjadi dalam hidup seharian..ape yang aku baca yang boleh jadi topik..lagu-lagu aku suke,muvee yang aku tgk..macam2 ade la.."
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

1- Mula2 kat FP pastu pindah ke blogpot pada August 2008
2- DaSy tu sempena nama anak bujang & anak dara
DAnish SYafiq & DAneen SYahindah
3- Semuanye mengenai kami, kiranye cam diary harian, ape yg aku rasa aku tulis dalam blog but no harm. Semua ada pasal masak2, tutor ckit2, info semasa dll
4- Mula2 letak Dunia DaSy, tapi tuko plak ke Bebelan DaSy sebab pendirian yang tak tetap.
5- Sampai skang pendirian tak tetap template sentiasa berubah2 hehehe
6- Jangan tension coz warna PINK, MERAH, PURPLE & HITAM akan selalu ada jek dlm blog ni, even template pun warna² camtu hehehe
7- Blog ni time takde keje akan update, tapi selalunye belah malam time anak2 dah tido.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Salam ..

Tempoh hari aku menerima satu mesej yang meminta aku memanjangkannya kepada sahabat sahabat blog yang lain .. Aku nak cerita panjang pun , aku sendiri pun terharu ... Jadi ada baiknya korang masuk dan baca sendiri ... Jika sudi menghulur bantuan... amatlah dihargai ...

Berikut beberapa blog yang telah buat entri berkenaan :

JOEGRIMJOE

TRUEWISHLIST

dan ini pula blog milik ayah kepada baby tersebut

LOGAMEMAS


Diharap dapat panjangkan entri ni kepada blogger blogger yang sudi membantu... Terima kasih ..
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

" selalu aku bahasakan diri aku kty .
tapi nama blog attyfir ..gabungan nama aku atty dan firdaus = attyfir
blog aku nie simple je .hanya mengenai cerita diri aku dan firdaus..kisah family aku
kadang adalah terselit isu-isu semasa.
lama dah aku ada blog..tp dulu tak open pun untuk orang baca..
lepas tu baru aku buat blog attyfir nie ..
hobi aku memang blogging..
sebabnya aku kat opis selalu sorang-sorang ..jadik
aku banyak abiskan masa ngn blogging atau blogwalking kalau aku ada kat opis ."

nak tau lagi ?? klik je pic tu
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
" Hasil2 dlm blog ini terjadi bukan ler untuk mencari keuntungan semata-mata, tp disebabkan minat & sifat ingin blajar untuk membuat decoration kek. Saya pun tak ingat tarikh sebenar saya buat blog ni. hehehe.. (al maklum ler.. anak dh 3, urat dh bnyk putus :p ) tp terjadinye blog ini atas galakan family & kawan2.. walaupun bermula sbg hobi, tp jauh dlm sudut hati teringin nak ada perniagaan bakery sendiri secara fulltime. huhu.. InsyaAllah.. kalo ada rezeki & usaha pasti akan beroleh kejayaan.. kan? kan? "

sambungan ? hehe.. klik pic tu ... ;) ...tqqqqq
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sebelum aku mulakan kerja aku pagi ni .. ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama ..

Dari Al-Imam al-Zaharabi r.h berkata :

"Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya kecuali Rasulullah s.a.w . Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya , tidak wajar kita lupakan segala kebaikkannya dan menafikan amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya . "

Renung renungkan...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Salam ... selamat pagi ..

Alhamdulillah ... Apa khabar sahabat sahahat blog ? Aku doakan semoga kita semua senantiasa sihat sejahtera selalu ..

Camana tidur tadi ? Best ? hehe.. aku ? Fuh... aku dah lama tak tidur nyenyak .. Kebelakangan ni lak tidur nyenyak .. Kenapa ? Sbb aku tidur awal dah .. Blog bukan lagi keutamaan aku .. blog skang dah jadi nombor 198 dalam hidup aku .. tu pun dah terkeluar dari senarai rutin kehidupan aku.. Aku akan berblog bila ada masa je .. Cam skang ni , sementara tunggu wife aku siap , aku post satu entri yang mana takde info pon dalam ni .. sekadar bercerita kosong je... Lagi pun cerita ni untuk diri aku je ... ;)

Erm... seperti mana aku rancang , ari ni start balik diet... er... meneruskan diet minggu lepas , lebih tepat lagi ... saja jaga kesihatan.. doktor marah aku tak jaga kesihatan ni ... haih... petang petang , g gym ... Blog ? aku update pasal jelajah je la... saja nak kenalkan sahabat sahabat baru dan lama dalam dunia blog kita ni ...

Ok la...aku gerak dulu .. kang bebel lama lama , dapat dosa lak .. sbb takde manfaat... Salam ...
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Soalan: al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya?


Jawapan Dr MAZA:

Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara;

1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

sambungan di DRMAZA.COM

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Waaaaaaaaaaaaa.. mau pg beli kek lakkkk ... setelah penat membasuh kete .. dua bijik lak tu.. sebijik lagi hasil duit nuffnang .. fuh.. dasat kan .. hehe ... ari ni mau mkn byk byk ..esok diet balik .. satu minggu mau diet sbb nanti nak g jumpa blogger kat 'sana' lak ... bukan ke , kat sana nanti mau makan banyak banyak lak ... maklum laaaa .. jumpa tokey masakan gitu .. hahaha... Mau bawak tiffin biru gituuu .. hahahaha..

Dengar cita satu rombongan cik kiah nak turun nanti kan ? hahahah.. abiss laaaaa.. Haaa .. dasat dasat .. Jauh ni nak g.. mengeratkan silatuhrahhim .. yang dekat dekat ni lak tamo .. heheh... camana tu ? erk..yer yer ...

Esok senin ... Aku nak start balik JB4.0 setelah cuti ari ni satu hari ... Korang tau tak , aku pernah terfikir nak terbitkan satu segmen .. Akhirnya benar benar terjadi !! Fuh... Akhirnya aku tau di mana kelemahan aku .. Alhamdulillah ... Tapi kan , yang bagusnya , aku tak pernah beritahu sapa sapa tentang segmen tu.. Hanya terdetik di hati ... Allah Maha Mendengar .. DIA tunaikan niat aku tu walaupun aku tau betapa bahaya dan mencabarnya .. Perghhh ...

Kesimpulannya .. berhati hati dengan apa yang diucapkan ... kerana kata kata itu satu doa ... Niat bukan dilafazkan tetapi di hati ...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hahaha.. lawak tul citer tu.. bila aku tengok citer tu , aku teringat kisah dunia blog ni .. Sebijik !! Bila di bawah , pun gitu .. bila kat atas pun gitu ... Jadi camana ? Jadi , wat la hal masing masing .. mudah je kan ? hehehe...

Pada mereka yang telah 'mempromosi' blog aku ni secara percuma , jutaan terima kasih laaaaa.. Aku tak tau laaa camana nak balas budi baik korang tu.. Hanya Allah je mampu membalasnya ... Ops.. dh start balik ... pasni nak basuh keta lak .. fuh.. banyak kije skang ni ... tak yah susah susah berblog dah .. ada orang tlg promosi dah skang ni .. ekekekek...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Sepasang mata memerhati ..
Mulut mula berbicara ...
Telinga mula mendengar ...
Hati mula berkata kata
Akal mula menafsirkannya ..
Jari mula menulis ...

Sepasang mata melihat ..
Bicara kata kata diluahkan
Telinga sebagai saksi
Hati menafikan..
Akal mengiyakan..
Jari mula menulis ..

Yang mana palsu ..
Yang mana tulen ..
Biarlah pancaindera menjadi saksi ..
Diakhirat kelak
Didepan-NYA , pasti ia berbicara
Sewaktu itu , mulut terkunci
segalanya pasti ...

Sekecil mata
sebesar hati
seluas akal
secantik fikiran

Fikir fikirkan ..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.

Sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani - www.drmaza.com)


Kadang-kadang aku pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?

Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah


Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91) - www.drmaza.com


Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..

Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak menghukumnya..Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu...kekasih..bekas kekasih..kawan ..kawan office...suami ..isteri...apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya...dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya...kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...

Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Adakah aku lebih bagus dari orang lain ? Dari segi apa ?

Adakah aku lebih mulia dari orang lain ? Dari segi apa

Adakah aku tidak melakukan kesilapan ? Dari segi apa

Adakah aku lebih baik dari orang lain ? Dari segi apa

Adakah dia membuat salah terhadap aku ?

Siapakah aku ini ? Seorang yg berilmu , matang atau seorang manusia yang bersikap budak budak ?

Siapakah aku yang asyik mencari silap manusia lain ?

Siapakah aku yang perlu memaki orang ?

Siapakah aku yang bagus sangat boleh membenci orang ?
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.” (al-A’raf:23)
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Alhamdulillah ... jutaan terima kasih kepada penaja aku yang sudi menyelesaikan hutang aku .. huhu... sapa penaja aku yer ? Heheh.. nanti korang tau ..

Dulu aku ada buat satu pertandingan .. Dua pemenang telah aku hantar hadiah cuma hadiah no 1 .. Pada mulanya stok takde ... kemudian aku plan nak bagi by hand je nanti ... tapi memandangkan penaja aku baik hati untuk memberi hadiah tersebut , maka pucuk dicita ...hehhe

Maka tadi aku terbaca blog sahabat tu .. hehehe.. akhirnya dia dapat gak hadiah tu .. hehhe.. bagus bagus .. Ini bermakna , mulai minggu depan aku akan buat satu pertandingan setiap minggu ... Amacam ? ADa sapa sapa berminat ... Satu minggu satu pemenang ? Korang nak join ??? Tak da yuran penyertaan pun ... hehehe

Nak tau sapa yang dapat hadiah tu ?? Klik siniiiiii ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

  • haiiii nama kitew Nisa Aminullah, panggil kitew Nisa hik hik hikkk (gedikss la pulak..!!)
  • nama blog kitew ehhh.. ehemm.. nama blog aku Saya Suka Menaip sebab saya suka menaip la.. he he heee
  • hmmm.. aku start blogging nih setelah terrrr-pengaruh dengan abang aku yang ade blog jugak
  • mula mula dulu aku register account kat Blogspot neh, tapi aku tak aktif blogging sangat
Ermm... bernot not lak.. panjang lagi tu ... kalau nak baca .. klik je gambar .. heheeh
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Hehehe... akhirnya aku terjebak kutip majalah tu .. saja nak baca time makan... kot kasi mual skit jadi aku tak perlu makan banyak kan ? kira jaga skit makan la ..hehehe .. bijak tak ? ye ye ..aku tau .. hahahaha ..

Dalam tu ada satu ruangan .. ada satu artis ni .. mak aihhhh .. dia punya kutuk satu artis tu , tak hengatttt... dia kutuk la artis ni poyos time berlakon ... padahal setahu aku , artis ni pernah laaa merayu kat artis tu nak berlakon bersama .. mintak tolong bawak dia jumpa pengarah .. kira nak kasi upppp la skit rezeki dia .. dia kata selama ni tkde pengarah nak amik dia berlakon .. Kata si penulis ruangan tu .. mana laaa tau de pengarah nak amik dia ... berlakon dah tak reti ... pastu berlagak diva ... dah la berlagak diva , rupa ?? hehehe... no komen .. Yang best part tu .. dia siap kutuk artis sorang tu , kutuk laki dia ... Yang peliknya , dia rasa laki dia hensem sangat ke ? Adoi.. macam macam la ...

Aku baca majalah tu gelak guling guling ... tau nape ? Sbb diberi susu tapi dibalas dengan tuba ... fuh ... dasat dunia 'glemer' ni ... Sedap pulak sotong masak kari ni ... tambah ngan sambal belacan ngan ikan goreng panas panas ... perghhhhhhhhhhhhh
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Wowww... sedap kan .. hehehe. ... sebenarnya aku frust sedikit sebanyak tak dapat jumpa kawan kawan tadi .. ermmm ... dah abis merayau mencari .. Call Bro EQ ( psst broo.. jaga jaga ... ada guntingg tuu ) , tak berangkat lak.. mesti tengah bz atau pun tertinggal hp .. erm... tak pe la ..tak de rezeki kita nak jumpa ... lain kali la no ... jumpa kat putrajaya ... ke bangi .. mana mana pun tak kisah .. janji ikhlas dalam persahabatan .. kan kan .. jgn simpan gunting dah ..

Oh ya .. aku dah tau dah ... menurut satu sumber yang boleh dipercayai sangat sangat ... terdapat banyak majalah majalah baru yang diterbitkan .. padahal yang terbitkan majalah tu , syarikat yang sama ... Majalah ni mengeluarkan cerita cerita yang panas .. Bijak dia ... dia cari artis artis yang tengaah top dan panas lalu ciptakan satu isu yang tak hapa hapa tah .. Tujuannya untuk melariskan majalah dia .. Hadoi... Aku ada baca gak majalah tu kat kedai mamak jual biskut kering tadi .. Gelak giler giler aku... Sian siutt... Cari makan dengan cara gitu ...

Pastu aku dengar cerita lak , artis tu akan amik tindakan ... hehe..siap ler... dia siap simpan semua bukti tuuu ... Haaa...tak yah saman .. kasi masuk penjara jer bai.... biar laki dia kawin lain je ... tapi ada ke nak ? hahahaha...lawak la bai ... majalah murahan gitu ... haih.. Aku pun tak sangka aku boleh baca majalah gitu.. tapi nak wat camana kan .. dah bersepah tepi jalan ...

Otw balik tadi pun aku jumpa gak ... majalah tu dah bersepah atas jalan raya.. Ler... dia kasi free rupanya?? Tu pun orang tak nak ... Camana tu ? Orang skang bijak dah bai .. tau mana satu cerita rekaan dan realiti... Entah ler.. aku nak je antar email kat pengarang majalah tu suh je buat cerita hantu... ramai gak nak baca ... kan kan ...
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (12)
    • ▼  Mei 2026 (2)
      • Pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung !
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes