BEN ASHAARI



 

Oleh: Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani (UKM)
(Majalah Sinar Rohani, Oktober 2003)

Dalam kebanyakan buku-buku yang membincangkan tentang perkahwinan dalam Islam, biasanya terdapat satu konsep yang  menjelaskan tentang peranan suami iaitu sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarga.

Misalnya, dalam buku Memasuki Gerbang Perkahwinan yang menjadi panduan kepada bakal pengantin dan diterbitkan oleh JAKIM dengan jelas mencatatkan perkara tersebut iaitu: “Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga.”

Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).

Begitu juga dengan satu hadith  yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”.

Hujah-hujah ini telah menjadi panduan umum kepada umat Islam di seluruh dunia tentang kewajipan yang diamanahkan kepada kaum lelaki iaitu dalam konteks pemberian nafkah keluarga.

Walaupun konsep tersebut telah diterima pakai lebih dari seribu tahun, perubahan yang berlaku dalam masyarakat seperti perindustrian dan kini kepada masyarakat dalam lingkungan teknologi komunikasi maklumat dikatakan menuntut kepada perbincangan baru tentang kedudukan lelaki sebagai ‘breadwinner’ utama kepada keluarga. Berita Harian, 22 Julai 2002 misalnya, memfokuskan satu perbincangan tentang jangkaan perubahan struktur keluarga
dalam masa 10 tahun akan datang disebabkan dominasi mahasiswa wanita melebihi lelaki di hampir kesemua institusi pengajian tinggi awam di Negara kita.

Universiti-universiti utama seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara mempunyai nisbah mahasiswa wanita melebihi lelaki sehingga ada yang mencapai nisbah 60:40.

Memetik kata-kata Kamarudin M. Said, Ketua Program Antropologi dan Sosiologi, UKM, beliau berpendapat “… wanita akan berhadapan dengan masalah kerana sejauh mana kepimpinan mereka boleh diterima, terutama oleh golongan yang tidak mengiktiraf wanita sebagai ketua keluarga… sejarah sosial menunjukkan walaupun kepimpinan diterajui wanita, namun tidak wujud masyarakat di mana
wanita lebih dominan dari lelaki”.

Justeru, apakah wanita akan menjadi peneraju utama keluarga yang akan mengubah konsep asas kehidupan seperti yang diamalkan sejak ribuan tahun dahulu? Apakah perubahan set-set pekerjaan dengan bentuk pekerjaan yang bernilai lebih tinggi dipegang oleh golongan
wanita akan menyebabkan fungsi kebapaan seperti yang difahami umum turut berubah?

Apakah persepsi Islam terhadap perubahan persekitaran yang dikatakan mendesak dan mempengaruhi kepada perubahan konsep suami sebagai pemberi nafkah seperti tercatat dalam ayat dan hadith yang disebut di atas?

Perbincangan ini akan berlegar di sekitar satu kerangka umum seperti
yang ditegaskan oleh Islam iaitu manusia dicipta oleh Allah, asasnya ialah sebagai ‘khalifah’ yang memakmurkan bumi. Dalam penciptaan tersebut, terdapat konsep fitrah atau sunnatullah yang tidak boleh berubah akibat perubahan persekitaran.

Namun Islam turut meraikan, malah menggalakkan juga perubahan dalam perkara-perkara murunah (fleksibel) yang memberi kebaikan kepada manusia.

Kehidupan manusia, seperti yang dibahaskan oleh Ibn Khaldun, terikat kepada proses yang disebut oleh beliau sebagai ‘teori kitaran’ yang melalui phasa kelahiran, pembesaran, muda, dewasa dan kematian.

Generasi demi generasi akan silih berganti dengan fungsi sebagai khalifah dalam teori kitaran tersebut sehingga berlakunya hari kiamat.
Fungsi Asas Bapa dan Ibu . Barangkali kalau diterbalikkan persoalan yang selalunya dianggap menjadi kebiasaan dalam menjalani kehidupan seharian, ia boleh memberi gambaran bentuk kerangka logik berfikir yang munasabah.

Misalnya, apakah boleh dipersetujui umum bahawa wanita perlu mencari nafkah untuk keluarga dan lelaki akan menjadi suri rumah yang bertanggungjawab dalam mengurus urusan seharian  rumahtangga termasuk memberi tumpuan kepada mendidik, menyusu
dan membesarkan anak-anak?

Apakah lelaki yang bergelar bapa dibekalkan dengan segala kekuatan fizikal dan emosi untuk menjalankan tanggungjawab tersebut secara berkesan untuk pembangunan masyarakat?

Apakah keseluruhan wanita pula sanggup menukar pemikiran mereka untuk menjadi meneraju utama rumahtangga yang menjadi ‘breadwinner’ sepenuhnya untuk keluarga?

Persoalan-persoalan seperti ini memaparkan tentang realiti kemanusiaan yang akan memperlihatkan tahap pemikiran manusia dan kegelisahan dalam usaha untuk melakukan adjustment dan akomodasi kepada persoalan perubahan di sekitar ruang lingkup kehidupan.

Al-Quran telah lama menyediakan jawapan kepada persoalan di atas. Di dalam al-Quran terdapat dua surah yang dikatakan paling banyak membicarakan hal ehwal berkaitan wanita iaitu Surah an-Nisa’ dan Surah at-Thalaq. Tiada satu pun surah yang ditujukan khusus kepada pembicaraan tentang lelaki.

Walaupun begitu, di permulaan surah an-Nisa’, Allah SWT menggambarkan dengan jelas tentang kejadian manusia, baik lelaki ataupun perempuan, bahawa mereka dicipta daripada nafs (jiwa) yang satu (iaitu Adam) dan kemudian diciptakan bagi Adam AS seorang isteri dan dari mereka lahirlah zuriat manusia seterusnya yang terdiri dari kumpulan lelaki dan wanita.

Berdasarkan prinsip ajaran Islam, adalah disepakati pada asasnya bahawa darjat lelaki dan wanita di sisi Allah SWT adalah sama, sesuai dengan fungsi biologi dan peranan masing-masing. Lelaki dicipta oleh Allah SWT dari segi biologinya tidak mempunyai keupayaan untuk mengandung, melahirkan anak dan menyusu. Ini berbeza dengan biologi wanita yang mempunyai segala keupayaan di atas.

Walaupun berbeza dari segi biologi, lelaki dan wanita yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai fungsi kehidupan yang saling melengkapi dan saling memerlukan untuk memenuhi fitrah keinsanan. Ia dianggap sebagai sunnatullah. Manusia lelaki tidak boleh hidup dalam satu komuniti jika didalamnya hanya terdapat yang berjantina lelaki sahaja, begitu sebaliknya.

Perbezaan fungsi dan biologi disebut oleh Allah sebagai iktibar seperti diungkap oleh isteri ‘Imran maksudnya “dan anak laki-laki tidaklah sama dengan anak perempuan” (ali-Imran: 36).

Apa yang dipersetujui dalam konteks tidak sama antara anak lelaki dan anak perempuan ialah dari sudut fizikal di mana dalam nazar isteri ‘Imran’, beliau amat mengharapkan supaya dikurniakan seorang anak lelaki untuk berkhidmat di Baitul Maqdis.

Apabila diketahui bahawa jantina anak yang dilahirkan adalah anak perempuan, beliau bermunajat kepada Allah SWT dengan mengakui bahawa anak lelaki tidaklah sama dengan anak perempuan dari segi fizikal, namun dia masih boleh mencapai tahap ketakwaan tertinggi
kepada Allah SWT .


Fungsi asas kepada bentuk kehidupan lelaki dan wanita yang saling
bekerjasama disebut dan wanita yang saling bekerjasama disebut dengan jelas dalam beberapa ayat yang menggambarkan wujudnya kerjasama jantina dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi.

Antara ayat-ayatnya ialah yang bermaksud: “Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu, dan menciptakan pasangannya darinya, supaya kamu tinggal bersamanya” (al-A’raaf : 189) “Dan
Allah mencipta isteri-isteri bagimu dari jenismu. Dan dia jadikan bagimu anak-anak dan cucu-cucu melalui isteri-isterimu” (an-Nahl: 72).


Islam mengakui perbezaan biologi yang wujud dan menggariskan informasi asas yang jelas sebagai rangka rujuk kepada perjalanan kehidupan manusia. Perubahan persekitaran yang diakibatkan oleh beberapa faktor seperti berlakunya bencana alam, peperangan, kematian dalam jumlah yang besar akibat epidemik dan penciptaan teknologi yang mengubah kaedah bekerja tidak mungkin mengubah ketetapan asas yang menjadi fitrah manusia.

Dari sudut itu,dengan lain perkataan, tidak mungkin bapa akan menjadi ibu atau ibu akan menjadi bapa. Walaupun begitu, bapa masih boleh memainkan peranan yang dimainkan oleh ibu dalam perkara-perkara yang bersifat murunah untuk mewujudkan perasaan mawaddah wa rahmah dalam kehidupan berkeluarga.

Seorang bapa boleh membasuh pakaian, memasak, mengemas rumah dan pelbagai set pekerjaan yang selalu dirujuk kepada tugas seorang wanita. Begitu juga dengan seorang ibu. Beliau boleh bercucuk tanam, menoreh getah, bersawah, berniaga dan pelbagai set pekerjaan lain yang selalu dihubungkan
dengan pekerjaan lelaki.


Bapa dan Pekerjaan

Istilah “pekerjaan” sebenarnya mempunyai makna yang luas, bukan terhad kepada kerja yang dibayar dengan upah (wang). Kamus Dewan memberi pelbagai pengertian kepada istilah “pekerjaan” iaitu antaranya sesuatu yang dikerjakan; sesuatu yang dilakukan (harus dilakukan) sebagai tanggungjawab, kewajipan, tugas; sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yang dilakukan berterusan (dari sehari ke sehari) untuk keperluan hidup, usaha atau kegiatan untuk mendapat wang, pencarian; pergerakan atau perjalanan sesuatu; dan majlis
(istiadat) perkahwinan dan lain-lain.

Pengertian pekerjaan yang paling relevan dalam perbincangan ini barangkali boleh dirujuk kepada aktiviti seharian yang dilakukan secara berterusan untuk memperoleh ganjaran atau pendapatan yang  dinilai dalam bentuk wang.

Walaupun begitu, perlu juga disebutkan bahawa terdapat pelbagai set pekerjaan lain yang tiada ganjaran dalam bentuk wang yang mesti juga dilakukan oleh seorang bapa untuk memenuhi tanggungjawab yang disebut oleh Islam sebagai “memberi nafkah”.


Terdapat perbezaan makna berhubung istilah ‘nafkah’ dengan kewajipan suami yang disebut dalam kitab-kitab feqah dengan istilah “pekerjaan” seorang bapa yang seringkali dikaitkan dengan profesion tertentu kini. Nafkah yang dimaksudkan dalam Islam adalah lebih luas pengertiannya berbanding dengan istilah pekerjaan.

Para ulama Islam selalu menyebut nafkah dengan merujuk kepada nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir merujuk kepada menyediakan keperluan asas kehidupan meliputi makan minum, pakaian, tempat
tinggal dan juga memberi perlindungan dan keselamatan.

Misalnya Allah menegaskan kewajipan nafkah berkaitan makan minum, tempat kediaman dan pakaian seperti berikut:
“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga
(pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

‘Perlindungan dan keselamatan’ pula merupakan nafkah yang terikat
dengan factor biologi di mana wanita yang tiada tempat pergantungan kepada lelaki akan menghadapi saat kehidupan yang ada kalanya tiada ketenangan terutama dalam memenuhi keperluan keinsafan. Jika wanita bersuami, ia mungkin bergantung pada bapa, anak atau adik lelaki terutamanya ketika berhadapan dengan saat-saat kecemasan.


Nafkah batin pula termasuk keperluan memenuhi nafsu seks untuk tujuan menjamin kesinambungan zuriat dan aspek psikologi yang disebut dengan istilah mawaddah wa rahmah yang bernatijahkan sebuah keluarga yang bahagia menurut kacamata Islam.

Ia boleh dicapai melalui pergaulan yang baik antara suami dan isteri dan ahli keluarga yang lain. Islam meletakkan konsep amanah sebagai pengawas tertinggi kepada setiap bapa sebagai individu untuk menunaikan nafkahnya kepada keluarga.

Justeru, Islam menggalakkan agar bapa dan ibu saling bekerjasama dalam memenuhi keperluan keluarga tanpa meletakkan satu garis set pekerjaan yang serba tetap untuk jantina tertentu.

Dalam masyarakat tradisi yang terikat dengan pertanian, jenis-jenis
pekerjaan yang dibahagikan kepada bapa adalah jelas perbezaannya dan diturunkan generasi demi generasi. Pekerjaan seperti memburu, menggembala, bertukang kayu atau besi, membuat rumah, alat-alat upacara dan sebagainya yang dianggap memerlukan kekuatan akan dirujuk kepada lelaki.

Manakala set pekerjaan seperti memasak, mengangkut air, menganyam, bertenun, menjahit dan membuat pakaian dan sebagainya yang tidak memerlukan tenaga yang
banyak serta boleh dibuat di rumah atau sekitarnya atau berdekatan dengan anak-anak selalunya dikhaskan sebagai pekerjaan perempuan.

Walaupun begitu, terdapat pekerjaan yang saling dilakukan bersama seperti bercucuk tanam dan sebagainya yang merupakan usaha saling bantu-membantu bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga.

Zaman perindustrian pula menyaksikan pertumbuhan kilang-kilang dan industri yang memerlukan tenaga kerja yang mempunyai korektor tertentu untuk bidang pekerjaan tertentu.

Kerja-kerja yang dulunya berat dan memerlukan tenaga fizikal yang selalunya dirujuk kepada lelaki telah dibantu oleh mesin-mesin. Justeru, kebanyakan kerja tidak boleh lagi diklasifikasikan mengikut jantina.

Oleh sebab perindustrian membangun melalui ideologi kapitalisme, output material diletakkan sebagai objektif tertinggi yang mengetepikan persoalan kemanusiaan sehingga masa kerja tidak lagi fleksibel. Kilang-kilang memaksa kerja berlaku selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Ini telah memberi kesan kepada perubahan struktur kehidupan kebanyakan keluarga yang terlibat dalam dunia industri. Bapa dan ibu yang kedua-duanya bekerja dalam waktu yang ditetapkan akan berhadapan dengan persoalan kemahiran menyusun masa untuk kerja dan pembangunan keluarga.

Zaman teknologi maklumat yang kembali memperkenalkan konsep working from home boleh mengembalikan cara bekerja yang lebih fleksibel dan memberi lebih peluang kepada bapa dan ibu membahagikan set kerja yang lebih teratur untuk membangunkan kemanusiaan.

Suami sebagai pemimpin kepada rumah tangga memerlukan kemahiran
khusus dalam zaman ini bagi menentukan ketaatan isteri dan saling hormatmenghormati serta memahami di antara satu sama lain bertunjangkan ketakwaan kepada Allah.

Dari segi ‘kuasa’ suami yang berhadapan dengan isteri yang mempunyai pendapatan sendiri, ada kalanya melebih pendapatan suami, konsep memberi nafkah yang disebut di awal ini masih lagi relevan.

Dalam kajian Fatimah Abdullah (Jurnal Antropogi dan Sosiologi, 1987) mengenai wanita bekerja dan pengurusan rumah tangga, beliau mendapati masih terdapat kesedaran tinggi di kalangan wanita dual career terhadap tanggungjawab pengurusan rumah tangga dan berkongsi kerja.

Banyak kerja-kerja seperti membasuh, memasak, mengemas rumah dan sebagainya diurus secara bersama atau dengan bantuan pembantu rumah.

Responden yang bekerja sebagai Ahli Sains Hayat, Sains Fizik, Arkitek , Jurutera, Doktor Perubatan/Haiwan, Akauntan, Pegawai Kewangan, Peguam, Guru, Wartawan, Pensyarah, Pentadbir dan lain-lain masih mengekalkan konsep bekerjasama dan menghormati suami sebagai pemimpin rumah tangga.

Daripada 100 orang responden yang diselidiki, 94 orang masih memberi jawapan bahawa suami layak dianggap sebagai ketua ‘isi rumah’ apabila diajukan soalan tersebut dan mereka mengakui terlibat secara bersama salam membuat banyak
keputusan berkaitan keluarga.

Dalam tulisannya berkenaan dengan keluarga, William J. Goode (1991)
cuba menegaskan bahawa dalam sebarang analisis berkaitan pekerjaan jantina, perkara utama yang perlu selalu diingat ialah bahawa tidak semua individu dalam masyarakat akan melaksanakan peranan jantina yang dibebankan oleh masyarakat.

Akan terdapat juga individu seperti wanita yang dikatakan bersifat kasih sayang dan pengasih yang tidak memenuhi tanggungjawab sepenuhnya.


Beliau seterusnya menulis:

“Sedikit sebanyak pembahagian kerja berdasarkan jantina adalah
universal, tetapi nampaknya kebanyakan daripadanya tidak diperlukan
disebabkan oleh keanehan biologi kedua-dua jantina. Seseorang lelaki memang tidak boleh mengandung atau menyusui anaknya.

Pada umumnya lelaki adalah lebih kuat dan boleh berlari lebih pantas daripada perempuan yang kadangkala berhalangan disebabkan kehamilan dan datang haid. Sebaliknya, perempuan biasanya mempunyai kekuatan dan kepantasan yang cukup bagi melakukan hampir semua tugas dalam satu-satu masyarakat”.

Konsep hidup bekerjasama antara suami dan isteri atau bapa dan ibu
bukanlah perkara baru dalam sejarah kemanusiaan. Islam menggariskan konsep asas yang perlu dipegang walaupun berlaku perubahan persekitaran.

Manusia kini adalah juga manusia dahulu yang dicipta dengan naluri dan fitrah yang sama dan memerlukan keperluan yang masih sama iaitu keperluan rohani dan jasmani.

Kesimpulan Pekerjaan kebapaan merupakan satu dari kepelbagaian tanggungjawab yang telah digariskan secara jelas oleh Islam untuk menjadi panduan melayari bahtera kehidupan di dunia bertujuan menjamin kebahagiaan abadi di akhirat.

Sebagai ketua dalam keluarga yang dipertanggungjawabkan memastikan ahli keluarga terelak daripada memasuki api neraka, tanggungjawab tersebut adalah amanah berat yang menjadi fitrah keinsanan.

Islam meletakkan objektif yang jelas bagi setiap keluarga iaitu pembentukan keluarga yang ada mawaddah wa rahmah yang menimbulkan ketenangan dalam kehidupan dan jauh dari kebimbangan, keresahan dan sebagainya yang merosakkan hati dan pemikiran.

Dengan berada di bawah payung ketakwaan kepada Allah dan berusaha menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan, nescaya kaum bapa akan beroleh kebahagiaan hakiki yang disebut dengan saadah wa nasr al-salam (kebahagiaan
dan menyebarkan kesejahteraan).

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

- Sticky Post Entry -


clip_image001

Pengasas RedGlow

Arlina(arlinarosli.blogspot.com) & Annur Najwa(annurnajwa.blogspot.com)

Ingin belajar cara solekan untuk kegunaan peribadi atau pun mengandam ? Sila ke blog RedGlow atau Jadual Kelas RedGlow.

A : Solekan Ke majlis

image

Solekan segar namun menyerlah

image

1- Mula2 sapu foundation dan loose powder.

image

2- Sapukan eyeshadow mengikut tema yg di gemari di kelopak mata... Manakala warna kuning cair dibawah kenaning utk menampakkan kening yg lebih tinggi... (Eyeshadow:Lancome)

image

3- Gunakan eyeshadow bewarna hitam utk melukis soket pada mata... (Eyeshadow:Midnight Clinique)

image

4- Gariskan eyeliner pada mata...

(Eyeliner: MAC Engraved)

image

5- Sapukan mascara... (Mascara: MAC Zoom Lash)

image

6- Diikuti blusher dan lipstick.... (Blusher: MAC Warmsoul)

B : Solekan Biasa

image

Sesetengah org suka pada gaya simple dan lembut... Jadi kali ni RedGlow bagi tips untuk penggayaan yg simple dan ringan... Seperti biasa, fokus adalah pada bahagian mata...

image

Selepas apply bedak asas dan loose powder, kita terus fokus di bahagian mata... Kali ni kami memilih eyeshadow warna kuning air-glitter ( anda boleh tukar kepada warna tanpa kilat seperti pink,lite chocolate, soft green atau mana2 earth color)...

image

Anda juga punya pilihan sama ada ingin menambah soket bewarna hitam atau pun coklat utk menyerlahkan kelopak mata... jika minat pada mata yg polos, anda boleh skip bahagian ini.

image

Oleh kerana kami tidak mengenakan false eyelashes, kami apply mascara 2-3 kali utk menyelahkan bulu mata asal...

image

Akhir sekali tambah blusher dan lipstick lembut seperti coklat cair/peach...

image

Tadaaaaaaaaa!

Lain lain contoh :

DSC_0171 DSC_0002

DSC_0069 DSC_0133

Berminat ? Untuk keterangan lebih lanjut :

  • http://redglow-portfolio.blogspot.com
  • click to Jadual Kelas RedGlow untuk jadual kelas

Atau hubungi :

email : annurnajwa@yahoo.com
sms : 012-3588999

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Satu peristiwa yang buat aku tersengih dan kemudiannya aku ditegur oleh isteri yang masih segar dalam ingatan aku ...

Berlaku di Alamanda ... Sepasang suami isteri seperti baru berkahwin lagaknya.. jalan berpimpinan tangan... mesra gitu.. Nak kata macam baru kawin tu tak la tapi macam sedang hangat bercinta .. Menarik bukan ? Skang ni susah dah nak tengok pasangan yang dah berkawin , romantik gitu .. kan kan ?

Aku perhati je gerak geri mereka... si suami ni tak lepas langsung tangan si isteri ni walaupun untuk seketika.. Aku perasan sewaktu si isteri berpaling ke belakang lalu terlerai sudah tangan mereka tetapi dengan pantasnyaaa !! Diulangi yer .. Dengan pantasnyaaaa si suami menarik kembali tangann si isteri.. Mak aihhhhhh ... Dahsyat 13 !!!  Perghh.. Alangkah bagusnya dapat laki gini ehh...

Setiap langkah mereka aku perhatikan... perlahan je ... Tapi aku terperasan sesuatu .. hehehe... ada bayang bayang rupanya... Ada sesuatu yg mengekori mereka !!  Si anak kecil mereka !! Seorang budak lelaki yang aku rasakan dalam umur 7 tahun gitu berada di belakang mereka ... huhuh.. dibiarkan je jalan dibelakang mereka tanpa diperhatikan 100% oleh ibubapanya ... Hurmm...Patutkah itu berlaku di zaman mudahnya kanak kanak hilang ini  ???

Sesekali bapanya menoleh kebelakang...melihat anaknya ... kemudian menyambung menarik kembali tangan isterinya .. Hurmm... Romantik mmg romantik .. tapi , rasanya tak patut di biarkan anak mereka jalan keseorangan di belakang.. Ada satu ketika di ekslator , mereka dah turun tapi anaknya bermain lagi dibahagian atas.. haih...

Entahlah.. mungkin setiap orang ada cara mereka mendidik anaknya .. tapi janganlah terlalu dilepaskan sangat... Budak kecik mudah terasa... disimpannya dalam hati ,sampai ke tua nanti .. haaa... masa tu baru la sedar diri .. ke rumah orang tua la membawa diri...

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

image

Dapat hidayah ketika kunjungi masjid

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.
Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.
“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Cik Tom tom bak kita ni ada tanya aku dalam entri dia di blognya iaitu BEN ni adik beradik AWAL ASHAARI ke ?? Entri ini ..

Hurm.. Yng pertamanya , aku tak penah tengok lakonan dia .. dan yang kedua , aku tak minat pon nak tengok.. hehehe.. sbb apa ? Haa.. ada satu kes dulu berkaitan dengan dunia blog.. masih aku teringat... ahaks..

Menjawab persoalan tu , tiada kene mengena langsung dengan AWAL mahupun AKHIR apatah lagi  TENGAH ... BEN ASHAARI cuma ada kaitan dengan BEN AFFLECK dan BEN 10 .. Kira ada bau bau taugeh jer ..

Kalau dikaitkan dengan J LO atau Will Smith pon best la gak.. Ni Awal Ashaari ???? Hahahaha.. guwau je ... Tapi ni bukan kali pertama la.. Memula dulu penah gak org tegur aku di pasar malam Jalan TAR .. Dia tanya aku ni Awal Ashaari ke ??? Aku jawab je la.. Ashaari tu betul dah... Cuma tak terAwal je lagi.. hehehe..

Apa pun buat Awal Ashaari .. semoga berjaya dalam karier anda .. Cari rezeki halal yer ... ehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Nampaknya ramai dah confius.. ada yang ingat BEN ASHAARI dan MAT GEBU , adalah orang yang sama .. Mungkin image diorng ingat baju putih yang aku pakai tu baju chef ... dan tak kurang juga ingat aku pakar motivasi.. dan ada jugak ingat aku doktor gigit ..

Camana tu ??? Sebenarnya aku ni bukanlah chef , pakar motivasi mahupun doktor .. bukan bukan.. salah tuu ...

Buat yang nak tau , MAT GEBU adalah MAT GEBU yang terkenal dengan TIFFINBIRU dan aku pula BEN ASHAARI yan tak terkenal dengan TIFFINBIRU tu ..Faham tak ni ??? Ok.. aku pon tk faham..

Maka disini , suka citanya ingin aku memberitahu bahawa , setiap resepi masakan di blog MAT GEBU aka www.tiffinbiru.blogspot.com tu bukanlah milik aku , walaupun sebesar zarah.. hehehe.. tu semua Ahmad Albab  Mat Gebu yang punya ..

Jadi , kalau nak cilok resepi tu , silalah rujuk pada mahkamah syariah atau mahkamah sivil dulu yer ... kalau susah sangat , rujuk je pada pesuruhjaya sumpah ,Datuk Paduka MAT GEBU.. 

Sekian , terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Haaa... berminat nak widget ni ?? Hehehe .. 

Widget ni sesuai la letak kat blog korang kalau nak bagitau kat pengunjung yang mood korang tu camana .. hhehhe... Kalau nak try test.. klik je kat widget tu... Widget ni milik saudara DIDEN ... SENIAKU.COM... ;)  Selamat menggunakannya ... ahaks..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Sebelum tu.. terima kasih buat semua rakan atas sokongan .. Bukan nak menagih simpati tapi mmg itu yang ada dihujung hujung hati ku ini.. Terharu guee.. huk huk..

Ok.. berbalik pada peringatan yang aku nak sampaikan pada pembaca blog aku ni ... Ada sahabat blogger baru baru ni eksiden... Kenal tak ? Popular weh dia ni.. haaa.. meh ..pasni aku kenalkan korang dengan blogger blogger popular eh.. ok.. AZRUL HISHAM ..

Dah baca ?? Gini.. satu kejadian kemalangan juga pernah berlaku pada aku dulu .. Syukur , alhamdulillah .. ketika tu aku ngan wife takde apa apa... entri ni.. hehe.. kalau nak baca camana aku punya entri dulu.. camni la.. hehehe .. sini

Apa yang aku ingin sampaikan ialah , bila berlaku kemalangan tak kira kecik atau besar , terus amik gambar tempat kejadian .. Kereta , no plat kereta terlibat , kerosakkan tu dan juga lokasi..dan jangan lupa no contact orang tu.. hehe..

Ok.. tu je aku nak nasihatkan .. kalau baca entri aku yang tu , pasti tau nape aku suh bawak kamera.. hehe

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Aku termasuk ke satu blog satu kawan lama aku.. yg mana aku kenal dia sewaktu sama sama mula naik ... Tapi dia low profile jer.. Aku mmg admire blog dia dari dulu .. cara dia , teknik penyampaian dia mmg berbeza dari yang lain ..

Mmg aku amat cadangkan para blogger baru g berkunjung dan tengok apakah rahsianya itu .. Mmg bijak cara dia .. Dan paling aku respek , orgnya cool je.. Blog dia mencerminkan dia ... mmg penuh tersurat dan tersirat..  Jika pandai mengodek pasti jumpa rahsianya ..

Ok la.. aku malas nak ulas lanjut .. korang g tengok la sendiri yer ... nilai sendiri .. kalau perlu , curik jer ilmu dia yang dia kongsikan kat situ..

Meh sini > SENIAKU

 

Ok ..kenapa aku rasa down ? Dari dulu aku rasa cukup pelik bila orang kata blog aku ni popular.. Aku tergaru garu dan tercari cari gak kat mana popularnya blog ni ?  Hurm.. Tah .. takde jawapan .. Aku tertanya tanya gak.. kat mana bestnya blog ni ? Pun tak jumpa.. Abis tu naper diorg kata blog ni popular ?

Bila aku tengok dengan blog yang sepatutnya popular , aku rasa segan sangat .. malu je... Haih... terus hilang semangat ... Entahlah .. Ini yang aku rasa skang .. Adakah disebabkan aku makan maggie sup tulang tadi ? Atau aku tak cukup makan ari ni memandangkan aku bujang dan dapur pulak takde gas diikuti kedai gas pon tutup ari ni maka aku makan maggie je.. Adeh..

Kalaulah boleh .. nak je aku tutup blog ni.. Tapi sure MAT GEBU marah punya kat aku.. huk huk.... help... help...

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

KOTA BAHRU: Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Polis masih menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada ia membabitkan jenayah atau tidak," katanya. -Bernama

 

-HMETRO-

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

KUALA LUMPUR: Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati bas ekspres yang terbabit dalam nahas maut di lebuh raya PLUS berdekatan Simpang Ampat pada 10 Oktober lalu, berpunca daripada ia dipandu pada 120km/jam.

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Mmg petang petang ni buntu lebih lagi kalau terperap dalam rumah .. hehe .. Seperti malam semalam , aku ada buat satu senarai untuk blog disergah ramai ramai.. Bukan terjah yer.. kita sergaahhh.. Untungnya sergah menyergah ni ialah , kita akan dapat ramai kawan .. ala ala sessi suai kenal gitu la... Yang kena sergah tu , pandai pandai la g sergah semula.. jgn dok biar gitu je.. kan kan ?

Aku tengok ramai blogger blogger lama rajin dok join contest sana sini.. aku tak rajin .. keje aku banyak .. takat buat entri ringkas ringkas ni ok la kot ..

Ok.. cite banyak tamo.. jom kita g sergah mereka :

http://hanatalib.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://ayienmustaza3487.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://keyrillaugustinegmailcom.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://enchikseseorang.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://kasotbudakkecik.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru-yang-terkedek-kedek.html

http://teddyunawakaka.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-barublogging-for-fun.html

http://rannia83.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://ainkadirpunya.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://tuah2010.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://cekrasala.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://taq6889.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://nissanadia.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://syaaisya.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://syaaisya.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://nasyieen.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://nurhafiz2009.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://dotdotsekian.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.htm

http://seindahfarhana.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

http://hayworlds.blogspot.com/2010/10/saya-blogger-baru.html

dan yang terakhir ni ... baru je buat blog semalam ... http://www.benshaari.com

Mari kita sama sama meluaskan lagi jajahan blog kita .. hehehe...

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

image

Description

Item:  2-Pack Night Gowns

Size:  14-16

Color:  Gray/Pink

Material:  100% Polyester

Price:  RM76.00

 

VICTORIA'S SECRET

image

Description

Item:  Ultra-Softening Body Butter 200 g

Scent Available:

1)  Pretty in Pink

2)  Enchanted Apple

3)  Delicate Petals

4)  Coconut Passion

5)  Pure Seduction

6)  Secret Charm

7)  Vanilla Lace

8)  Endless Love

Price:  RM38.00 each

Banyak lagi ... di ARDINI

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bagi yang tak tau , aku ada menganjurkan satu peraduan yang boleh dikatakan mudah jer.. orang perempuan suka la contest gini sbb kaki shopping tapi jgn merendahkan lelaki lak kan ? heheh.. lelaki pon teror woo ..

Bagi yang berminat nak tau apakah contest ni , bolehlah merujuk pada entri ini .. Dan jika tak faham camana nak jawab .. hehe.. bolehlah rujuk pada akak akak dan juga abang abang yang dah hantar jwapannya... hehe..rujuk je tau.. bukan tiru...

Ok.. boleh rujuk di sini dan sana .. Haaa.. tak susah kan ?? Kata dah.. senang je ... jadi ? tunggu apa lagi ? meh la join...

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

NEW YORK: Apa juga perkara mengenai seks biasanya laris dan terbukti selepas nama domain Sex.com menjadi alamat web paling mahal selepas dijual pada harga AS$13 juta (RM41.6 juta).

Berdasarkan dokumen mahkamah difailkan minggu ini, pemilik domain itu yang bankrap, Escom LLC, menamakan Clover Holdings Ltd sebagai pemilik terbaru domain itu.

Escom dilaporkan membeli doman itu pada harga AS$14 juta (RM44.8 juta) pada 2006. Persetujuan urus niaga itu akan diputuskan oleh hakim pada 27 Oktober depan.

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ? Cheras atau Putrajaya ?

Arghh.. aku buntu... aku tak suka nak drive ... serius.. aku mmg tak minat .. huwaaa... camana neh ?? adehh...

Duk Putrajaya .. aku sorang sorang .. layan internet sambil tengok tv .. makan ? kena g kedai.. gas dah abis.. malas nak order .. G kerja , kena bngun awal...pastu drive ke ERL station... tambang g balik dah RM10 ... nak g gym lagi.. iskh

Duk Cheras.. ramai sangat pulak. .. anak buah ada .. leh layan gusti ngan dia .. sakat sampai nangis ... makan , percuma lak tu.. g kerja leh lambat lambat sebab dekat je.. g gym pon dekat ..

Tapi kalau nak aman .. kat Putrajaya.. takde gangguan .. hurmm tapi boring ..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... tak leh buat keputusan nehhh

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

20 parti politik baru tunggu kelulusan ROS - KP JPPM

 

KAPIT 23 Okt. – Sebanyak 20 parti baru politik di negara ini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didaftarkan, menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketua Pengarah JPPM, Datuk Md. Alias Kalil berkata, sehingga ini mereka masih belum meluluskan permohonan pendaftaran parti baru politik itu.

"Walaupun semua permohonan itu telah mematuhi kriteria yang ditetapkan, tetapi ROS memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji setiap permohonan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutupan kursus pengurusan bagi 53 pertubuhan di sini hari ini.

Adalah difahamkan antara 20 parti baru politik itu, dua daripadanya adalah dari negeri Sarawak iaitu Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) dan Parti Peace.

Md Alias juga berkata, ROS tidak sewenang-wenangnya membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan tanpa memberi peluang dan masa yang cukup untuk memperbetulkan masalah atau peraturan dalam pertubuhan tersebut. – Bernama

 

-UTUSAN MALAYSIA-

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Yang aku perasan la pasal blogger ni sewaktu kali pertama dia komen kat blog aku ni .. hurm.. agak pedas memula komentar dia tu tapi mmg logik maka tak perlu nak terasa la kan .. Kemudian dia komen dan terus komen .. maka aku sedar sapa dia ni .. seorang blogger yang jujur dan ikhlas sekali pandangannya . Dan ini menunjukkan dia seorang blogger yang bijak dalam penulisannya .. Sempoi tapi tepat.

Blognya ?? Kemas.. tak berselerak cam blog aku neh.. hahahha... Almaklumlah.. perempuan... Warna templatenya juga aku suka .. Cerita cerita dalam blognya ?? Macam macam...

Buat blogger tersebut , dah dapat BE tu  rajin rajin laaaaa update blog .. sama juga buat blogger blogger lain ... Dah ada BE dalam blog , jgn dibiarkan je... tu $$ tuu... rajin rajin update blog... selagi ada BE selagi tu update.. Berbaloi baloi...

Ok... nak tau sapa punya ??? Jom g sergah dia .. hehehe .. sila klik dengan sengaja di sini

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

" xtaw nk komen apa..tengok je lah...berhati hati di jalan raya yeaa..ingat orang yang tersayang "

cerita sebenar di sini ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Pastinya malam ni keghairahan Piala Malaysia sampai ke kemuncaknya. Perlawanan separuh akhir biasanya menjadi lebih menarik dari perlawanan akhir ... Kenapa ? Hehe.. dapat masuk final tu lebih teruja dari beraksi di final sbb masing masing bertarung untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir yang pastinya menyediakan 2 pasukan saja.. hehe... mana boleh lebih kan ? hehe..

Tapi ... aku tak tengok pon .. Kenapa ? sbb takde pasukan aku ke ? Erk.. aku sokong sapa eh ??? Sokong negeri kelahiran aku ? Patutkah aku sokong negeri kelahiran aku walaupun aku tak minat langsung pasukan kelahiran aku ? huhu..

Sebenarnyakan ... bagi aku la .. sudah tiba masanya setiap pasukan negeri menjadi kelab profesional sepenuhnya .. Bukan lagi ada mengikut negeri .. Kata 1MALAYSIA ? Kalau dah mengikut negeri , sudah tentu semangat kenegerian tu kuat bukan ?

Disebabkan itulah , berlakunya pergaduhan antara peminat sbb berlaku ejek mengejek padahal dalam MYKAD masing masing tertera , MELAYU dan WARGANEGARA .. dan paling ketara  ISLAM .. tapi bergaduh sesama saudara ? Apa kes ?? Pasal bola ? Pasal negeri ? Adeh.. sedih arr..

Kalaulah tahap bolasepak kita ni di tahap dunia dan bergaduh kerananya , bolehlah dikatakan berbaloi.. tapi ?? Pelawanan Kelab dalam Asia Tenggara pon kucar kacir .. camana tu ?

Aku bukanlah tak menyokong atau takde semangat kesukanan tapi aku rasa sudah tiba masanya pihak terlibat dalam bolasepak negara ini benar benar menjadikannya 1MALAYSIA dan bukan lagi mengikut negeri negeri ...

Takkan tu je cara nak tarik penonton ke stadium ?? hurmm... Entah la..

Sekadar pendapat aku jer .. tak sokong mana mana pon.. nak lihat bolasepak kita maju dari yang sepatutnya.. Hari ni setapak ke depan.. esok ke belakang 2 langkah... bila nak maju dan terus maju ??

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Memandangkan segmen mari berkenalan dengan blogger baru mendapat sambutan .. maka aku nak jadikannya lebih besar dan lebih menarik ..

Bagi mereka yang merasakan mereka blogger baru , bolehlah menyertainya .. Tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai sahabat sahabat blogger baru untuk kita berkenalan ..

Jika berminat , caranya mudah saja.. Sila buat satu entri dan kandungan entri itu wajid ada ..

  1. HEADERimage ini ..
  2. Tajuk .. " Saya blogger baru " dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tulis sepatah dua kata buat mereka yang bakal mengunjungi blog anda ..

Tu je .. Selepas membuatnya , sila tinggalkan url entri anda itu di ruangan komen ini ... Mudah kan ? Ok.. jgn tunggu lagi .. Bila tiba masanya , aku akan terbitkan segalanya.. Cuma 'bila' , akan menjadi rahsia..  ;)  .. yang pastinya sewaktu trafik tengah 'cun' .. InsyaAllah.. Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
73 comments

 

Sapa sapa selalu g Alamanda , Putrajaya pasti tau akan kewujudan NOODLES STATION ... Aku antara yang gemar makan di sana dulu tapi .. tu dulu... skang?

Tadi aku g makan malam ngan wife kat situ .. Hurm.. masuk situ dalam kul 9 lebih malam.. Orang tak ramai pon dalam tu .. Mereka dah cam seolah dah mula mengemas gitu tapi belum menunjukkan tanda tanda nak tutup ..

Bayangkan restoran gitu , dipasang lagu ala ala orang muda ( hip hop ) yang sememangnya langsung tak sesuai di dengar memandangkan pengunjungnya bukanlah orang muda !

Tunggu makanan hampir 15 minit lamanya padahal bukan susah nak buat makanan yang diorder tu  rasanya ... Bila sampai je makanan tu , main letak cam tu jer.. tak disusun sudu garpu langsung .. kira main letak je gitu ! Korang tau tak satu mee goreng yang diorder tu harganya hampir RM8 dan rasanya seperti maggie goreng tomyam RM.60 !!! Dalam menu tu baik punya susunan dia ..cantik je nampak.. tapi bila sampai atas meja , bersepah jer hiasannya .. hurm..

Aku punya lak ... tawar semacam .. haih.. tkde rasa langsung ... Makanan dah tawar .. dicampur dengan lagu yang menyakitkan telinga .. mmg menghilangkan selera langsung !! Aku segerakan makan aku ... bayar dan blah.. Harga ??? Tak berbaloi langsung .. RM21 lebih .. tapi kenyang ?? Aku g restoran mamak , tapau mee goreng ayam .. jauh sedap !

Layanan ??? Hancur lebur ... macam datang kutip hutang je kitorng ni .. Yelah , nak senyum ? Aisey... Penat ??? Jangan jadikan alasan sbb tu sememangnya dah jadi tanggungjawab.. Pelanggan membayar tunai dan bukannya murah !

Sesungguhnya NOODLE STATION telah tersenarai dalam blacklist restoran yang aku nak g .. termasuklah ANI SUP UTARA .. huhu.. tak berbaloi !!

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Hurm .. ramai yg terasa blog mereka tak tersenarai ... Buat pengetahuan semua , senarai yang aku amik tu dari entri Projek Baekk untuk Blogger Baru dan juga Sapa blogger sedang berada luar negara ? 

Maka yang tersenarai dalam tu je la aku leh amik dan listkan .. tu je aku termampu buat .. Kalau ikutkan hati aku , nak je aku buat cara aku iaitu , SILA BUAT ENTRI .. tapi tak sangka lak sambutan begitu tinggi.. Hurm..

Tak mengapalah , lain kali akan aku minta mereka yang berminat nak sertai segmen Blogger Baru ni buat entri eh ? Lagi puashati .. kan kan ?

Pada yang terasa tu , aku minta maaf la yer .. bukan sengaja pon ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Malam malam gini , kadang kadang buntu nak update blog kan ? Apa kata kita luaskan jajahan persahabatan kita .. Best gak kan ??

Ok .. ni aku amik dari senarai yg letakkan url mereka di entri aku baru baru ni .. Kalau berminat nak berkenalan , jom ..

http://www.bluediamondfaizah.blogspot.com/

http://alkisahsibelalang.blogspot.com

http://www.dhiaqiud.blogspot.com

http://cikidis.blogspot.com/

www.miza-zairi.blogspot.com

http://azwanikhairul.blogspot.com/

http://www.suzzsuzie.blogspot.com

http://www.surisolehah76.blogspot.com

http://naughtytwin.blogspot.com

http://bukanpembohong.blogspot.com/

http://mylilcutie.blogspot.com

http://xananinos.blogspot.com/

http://myranaqi.blogspot.com/

http://batulesung.blogspot.com

http://mydiary-notes.blogspot.com

www.parichantek.blogspot.com

http://mydiary-notes.blogspot.com

http://anggerikberduri.blogspot.com/

http://injalil.blogspot.com/

http://duniasigadisbunga.blogspot.com/

http://lurveelivestorys.blogspot.com/

http://dianayahya.blogspot.com/

http://hatikuhatigetah.blogspot.com

http://cikmimmie206.blogspot.com/

http://xpdc-ali.blogspot.com

http://wannzazryn.blogspot.com/

http://sayasukamalek.blogspot.com/

http://journey42morrow.blogspot.com/

http://ummi-alifya.blogspot.com/

http://syashaz.blogspot.com/

http://simplelife22.blogspot.com

http://enciksuami.blogspot.com

www.hecintashe.blogspot.com

http://sarah-najwan.blogspot.com

www.worldxplo.blogspot.com

http://mysweetworld-didie.blogspot.com/

http://dotdotsekian.blogspot.com/

http://ennana-chenta.blogspot.com

www.namesayemejai.blogspot.com

www.namesayemejai.blogspot.com

http://acousticofme.blogspot.com/

http://snowygirl-syuhada.blogspot.com/

http://miyainsyira.blogspot.com

http://amiramastura.blogspot.com

http://iznulmuazim.blogspot.com/

http://ara-eyrrakeyash.blogspot

http://sweet-ladybird.blogspot.com/

http://pelangihidupkami.blogspot.com/

http://sinarraudah.blogspot

www.asam-haram.blogspot.com

http://loveninasyakina.blogspot.com/

100penulis.com

www.ohoeya858.blogspot.com

http://miera301.blogspot.com

http://cintakasihlatina.blogspot.com/

http://shidachu.blogspot.com/

http://kunangkunang3017.blogspot.com/

http://kasehainzuryn.blogspot.com

www.eynafz.blogspot.com

http://bondaaidid.blogspot.com

http://aeluv.blogspot.com

http://aku-wanny.blogspot.com/

http://greensyndicate.blogspot.com

http://rushfayda.blogspot.com

http://wati_amanpuri.blogspot.com

http://www.azsuliana2300.blogspot.com

http://miszshusyi.blogspot.com/

http://azzeyatin.blogspot.com

http://bahiyahaziz.blogspot.com

http://frznd83.blogspot.com

http://nirzashah.blogspot.com/

http://aisyahamsyar.blogspot.com

http://www.anitadahahs.blogspot.com/

http://keyrillaugustinegmailcom.blogspot.com/

www.indahnyatakdirmu.blogspot.com

http://nazrulazat.blogspot.com

http://nazrulazat.blogspot.com

http://black-roses92.blogspot.com

www.sagitarius93.blogspot.com

http://lambaiansyahdu.blogspot.com/

http://belog-newbie.blogspot.com

www.hidayahmohdsalleh.blogspot.com

http://puteriiqaizyanmohamad.blogspot.com

http://normj1001.blogspot.com/

http://tihazainal.blogspot.com/

http://ckyn1501.blogspot.com

http://fatingurlzz92.blogspot.com/

http://jotsofme.blogspot.com

http://fightingfishdress.blogspot.com/

www.lensanani.blogspot.com

http://arolpunyeblog.blogspot.com

http://manismanismasam.blogspot.com

http://tulipsufie.blogspot.com

http://kotakkosong-aina.blogspot.com/

www.ajimgreen.blogspot.com

http://sectionsubzero.blogspot.com/

http://www.acuzaza.blogspot.com/

http://islamicoparadise.blogspot.com

http://efashi.blogspot.com

http://www.whitepearl1400.blogspot.com

http://softtouch82.blogspot.com/

http://emmaazwin.blogspot.com

http://skypecrews.blogspot.com/

http://teddyunawakaka.blogspot.com/

http://juanyuan.blogspot.com

http://nurulchumel.blogspot.com/

Blogger luar negara lak ..

http://norfa90.blogspot.com

http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com

www.nurulfazira.blogspot.com

www.sufeenan.blogspot.com

http://zacksygfaiz.blogspot.com

http://biotechboy.blogspot.com/

http://iammemaself.blogspot.com/

http://3heartsofmine.blogspot.com/

http://myapeapeaje.blogspot.com/

http://suejoshua.blogspot.com

http://worldofsizuka.blogspot.com

http://aku-sayuti.blogspot.com

http://ummsyuhada.blogspot.com/

http://aquahartz.blogspot.com

www.miza-zairi.blogspot.com

 

Fuhhhhhhhhhhhhh.. penatnyaaa ... adehhh. .. ada hampir 120 blog .. huhu... amacam ? nak blogwalking ? ada bran ?? Hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
65 comments

 

Hampir seminggu aku tak balik ke rumah .. Ni disebabkan wife aku yang terpaksa bertugas di luar kawasan tapi dalam KL je la.. hehe..

Semalam , akhirnya aku kembali ke rumah .. Rindu giler kat rumah .. rindu nak tidur atas carpet.. atas sofa .. hehehe ... Tapi .. jeng jeng jeng...

Masuk je dalam rumah .. aku terkejut .. rumah agak berselerakkan .. ops.. mmg agak selerak pon masa tu sbb sampai sampai dari Terengganu , malam tu dah terus kena g tempat wife bertugas.. Cuma .... kenapa keropok sira yang aku beli di Kelantan ni bertaburan !!!! Bukan satu tapi 3 bungkus !!

Dan yang peliknya , habis keropok sira ni 'dimakannya' !!! Sapa yang makan ?? Takkan lipas ?? Tikus ?? Mustahil sbb tak pernah pulak aku terdengar bunyi 'cit cit ' dalam rumah aku ni .. Bau tikus pon takde .. Jadi sapa yang makan ???

Erk.. takkan en. SSSS kot ???? Jangan dibuat pasal !! Malam esok aku tidur sorang lagi sbb wife kena g outstation ke Sarawak lak .. tinggal aku sorang je kat umah ni . Haih ...

Sapa yang makan ek??? Buat yang tak tau tu , keropok sira pedas ni dibuat dari ikan ... mmg sedap la ... Takkan 'dia' makan ??? hurmm .. Pelik bin ajaib ni ... Selagi misteri ini tidak terungkai , aku agak segan nak tidur sorang sorang kat rumah ni .. tapi nak balik tidur umah mak aku , dah full house lak .. Adeh ... Camana ek ? Perlukan aku merungkai misteri ini sbb nanti ada lak orang kata , 'Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri ' ... haaa... camana tu ???

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Hehehe... ada yang tau .. dan ada yang tak tau .. kan kan ? Ok... bagi mereka yang berminat  dunia masakan resepi melayu / kampung mahupun ala ala barat  , boleh la menyertai KELAB MASAKAN di FACEBOOK dan juga kelab DAPUR TANPA SEMPADAN milik Mat Gebu ..

KELAB MASAKAN adalah khas buat mereka yang gemar mengeluarkan entri mengenai masakan . Manakala DAPUR TANPA SEMPADAN pula adalah untuk mereka yang ingin bersoal jawab tentang resepi milik MAT GEBU ...

Amacam ? Berminat ?? Kalau berminat , tunggu apa lagi ?? Meh la join .. Sila klik .. klik je leeer ..

KELAB MASAKAN

DAPUR TANPA SEMPADAN - MAT GEBU 

Dan jika berminat untuk membaca entri entri terkini dunia blog , bolehla sertai

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

BEN ASHAARI BLOG

KELAB WANITA

Terima kasih kerana sudi sertai .. ;)

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Lanjut > MALAYSIAKINI

 

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

 

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-DRMAZA.COM-

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Aku baru menerima satu mesej di FACEBOOK berkenaan dengan satu kempen ni .. Setelah aku baca baca baca dan terus membaca .. erk .. sat... ok.. dan membacanya lagi ...maka aku buat kesimpulan bahawa kempen ini sangatlah bagus untuk mereka yang gemar berFACEBOOK ... Aku ?? Gemar ke ? Ok ok kot.. hehe..dulu gemar giler la.. skang ni , menurun sedikit sbb dok banyak melepak kat blog.. erk.. panjang lak.. soriii..

Ok... kempen apakah ini ?? Haaa.. ni bukan kempen pilihanraya mahupun kempen keselamatan di jalan raya tetapiiiiiiiiiiii.. dipanggil  

"Zero Negativity Day - The 15th"

Untuk apakah kempen ini ?? Menurut si dia ( Izawati Ahmad ) yang memberi mesej ini ;

" It is totally a non-profitable gesture towards a positive way of life. Mengajak kita semua spend 1 hari setiap bulan (setiap 15hb), 1 hari sahaja untuk tidak post negative status di facebook. Dengan harapan ianya boleh mengubah cara kita bersosial, insyaAllah harap-harap boleh menjadi trend yang baik satu hari nanti. "

Faham tak ni ?? Maknanya setiap 15hb di setiap bulan , mereka yang ada akaun FB ni , janganlah menulis status bersifat NEGATIVE ... Haaa.. bukan susah pon.. kan kan ? Kiranya pada hari tu nanti tulis yang baik baik je ( bukankah sepatutnya tiap tiap hari tulis gitu ? ) .. hehe..

Ok ... bagi yang berminat nak menyertai kempen ni , apa kata kita sertai dulu Group  Zero Negativity Day di FACEBOOK dulu dan kemudian kita sebarkan agar lebih ramai mengetahui tentang kempen ini .. Bagus kan ? Apa salahnya kan kita menyebarkan sesuatu yang baik ? Kan kan ?

Untuk menyertai group tersebut , search dalam FB > Zero Negativity Day - The 15th

Terima kasih buat mereka yang sudi menjayakan kempen ini ... waalaahh..

image

 

Jom menangi percutian di GENTING HIGHLANDS

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

DSC_0326 DSC_0331

Semalam di KLCC , ternampak satu pelakon ni ... hehe..  Dok shopping kat butik MAC .. Maka sajalah aku menghalakan kamera aku kearah dia .. Adeh.. disebabkan wife takut orang nampak aku amik pic tu , maka kualiti pic jadi gini la.. sbb amik curik curik.. hehehe..

Ala... dia bukan buat apa pon .. sekadar bershopping dengan kawan2 dia je... Cuma aku nak test jadi paparazzi je.. snap pic dengan pantas gitu... tapi tu la... ada penghalang.. hahaha...

Pastu saja g jalan yg mana mungkin berselisih dengan dia .. Ops.. mmg berselisih dengan dia ..hurm... kecik je orangnya.. Makeup ? Toksah cite ler... hehehe...

Sapa dia eh ?? Teka la.. hahaha... yelah yelah.. FAUZIAH GHOUS.. cun ke dia ben ? Kalau tak cun takkan ada orang amik dia berlakon kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

LONDON - Wayne Rooney membuat 'pusingan U', apabila mengumumkan kekal bersama Manchester United dan bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, semalam.

Keputusan itu mengundang persoalan, mungkinkah penyerang England itu sekadar 'main wayang' setelah bersungguh-sungguh menunjukkan keinginan untuk meninggalkan United.

Laman web kelab itu menyatakan: ''Wayne Rooney telah bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun bersama United, sehingga Jun 2015''..

Rooney, yang dilaporkan menuntut gaji sebanyak 150,000 pound (RM734,650) seminggu selepas cukai, menegaskan persetujuan itu dibuat, setelah Alex Ferguson memberi jaminan bahawa United akan terus komited sebagai pasukan yang hebat.''Saya gembira menandatangani kontrak baru ini.

''Sejak beberapa hari lalu, saya telah berbincang dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka telah menyakinkan bahawa saya seharusnya berasa bangga bersama kelab ini.

''Pengurus (Ferguson) seorang yang bijak, kepercayaan serta keyakinan beliau, menjadi faktor utama untuk saya kekal di sini.

''Saya telah menandatangani perjanjian baru yang mana kepercayaan pihak pengurusan, kakitangan kejurulatihan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, yang merupakan faktor utama saya menyertai kelab ini.''

Sebelum ini, Ferguson mendedahkan rundingan kontrak dengan Rooney, yang tamat Ogos lalu, gagal menemui penyelesaian dan menyatakan pemain itu akan dijual.

Kenyataan Ferguson bahawa Rooney tidak menghormati United, menggambar hubungan dingin di antara dua mereka. Ini disebabkan kedua-duanya berperang mulut, ekoran keputusan Ferguson merehatkan pemain itu dalam tiga perlawanan, kerana cedera buku lali.

Namun, semalam Ferguson gembira dengan keputusan Rooney: ''Minggu ini amat sukar, tetapi liputan hangat yang diberikan, sememangnya sudah dijangka.

''Saya berkata kepadanya bahawa pintu sentiasa terbuka untuknya, saya gembira Wayne bersetuju untuk kekal.

''Kadang kala, apabila anda berada di kelab ini, sukar untuk anda menyedari betapa pentingnya kelab ini. Sehinggalah berlaku sesuatu, barulah anda lebih memahami.

''Saya rasa Wayne kini memahami apakah kehebatan kelab seperti Manchester United ini.''

Rooney dikaitkan dengan perpindahan Manchester City, yang membangkitkan kemarahan penyokong.

Sekumpulan penyokong berhimpun di depan kediaman pemain itu, sebagai membantah keputusannya, sehingga polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tersebut. - AFP

-UTUSAN MALAYSIA-

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dahsyat .. Bukan Dahsyat 13 yer ..Seperti yang aku bagitau tadi , TRADERS HOTEL ni mmg sangat sangat cool... Kakitangannya sangat best.. Tak caya ? G la sendiri rasa .. Tak payah check in.. Naik je teksi , berenti depan hotel tu.. Pastinya dengan ramah , anda di sambut tanpa mengira kedudukan korang !

Yang pastinya korang lak jadi segan bila tak membalas sapaan mereka tu .. Alangkah bagusnya jika itulah yang diamalkan oleh mereka yg bekerja di bahagian depan kaunter yang melibatkan perkhidmatan awam ..

Antaranya seperti LRT PUTRA.. Sangat sangat sangat mendukacitakan !! Nak ucap terima kasih , sikit punya susah nak dengar ! Yang lebih memalukan , yang duduk depan tu ,satu bangsa dengan aku ! Di mana budi pekerti serta lemah lembut yang sering diagungkan kita tu ? Tarak dah !! Dok kalut berbual depan tu.. Si pembeli tiket lak dok sengih sambil mengucapkan TERIMA KASIH dengan senyuman sinis.. Malu la wehhh ... Anda mencerminkan syarikat anda bekerja .. Usahkan terima kasih , senyum pon tidak ! Huh..

Takkan la nak dibayar elaun untuk senyum dan mengucapkan terima kasih baru kalut nak buat kot ??? Ikhlas la berkhidmat untuk pengguna.. Pengguna beli pon senang hati .. Dapat gak pahala kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Selain cikgu cikgi yang singgah kat blog ni , ada geng geng blogger nun yang sedang berada diluar negara tu .. aku berhajat nak kumpulkan seramai boleh ...

Dulu pernah aku letakkan kumpulan blogger blogger yang berada diluar negara tu dalam satu blog list tapi sayangnya ... aku dah 'musnahkan' kerana membuat pembaharuan ..

Skang ni aku nak kumpulkan kembali.. mana tau , berguna untuk rakan rakan lain yang berada dalam negara .. kot kot bila p luar negara , ada gak geng kat sana.. kan kan ?

Jadi mereka yang berada diluar negara dan bergelar blogger , jika sudi .. sila tinggalkan url blog anda yer .. Terima kasih ...

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Hurm.. tadi ada seorang sahabat lama di FB tanya aku , antara aku dan REDMUMMY sapa lagi top ?  Erk ...

Sudah tentu dia .. dia orang lama... dah bertahun dalam dunia blog ni .. Lagi pon dia selalu kuar kat media mahupun seringkali dipromosi dek NUFFNANG .. Rajin turun events NUFFNANG... maka cepat la naik .. Maka sudah tentu aku tidak setaraf langsung dengan dia .. kan kan ? 

Sebenarnya ramai tak sedar .. terlalu ramai blogger yang lebih bagus tetapi 'tersorok' .. low profile.. tidak mengejar populariti .. dan paling bagus , tiada 'iklan' langsung di blognya .. haaa.. camana tu ?

Dunia blog ini ibarat benua .. belum tentu kita mampu menjelajahi keseluruhan dunia blog ini dan menentukan siapakah bagus dan siapakah lebih 'otai' ... Yang pentingnya ialah , maklumat yang hendak disampaikan.. Tak kira lama atau baru , masing masing ada kelebihan , keistimewaan dan kelemahan .. Ambil mana yang boleh diambil .. Jangan mengutuk atau memburukkan antara satu sama lain kerana belum tentu kita sendiri bagus .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Adeh .. aku perasan.. hehe.. majoriti yang komen dalam blog aku untuk minggu ni boleh dikatakan 90% blogger baru .. Hurm.. Terima kasih .. Mana g blogger lama ??? Hahaha... mudah jer jawapan .. Aku sendiri tak g komen kat blog diorng , kenapa diorng nak komen kat blog aku kan ?

Neh .. aku tak kisah pon.. Samada komen atau tidak , yang penting dan aku yakin mereka pasti menjengok walaupun dengan sebelah mata .. hehehe ... Terima kasih .. aku sedar sapa aku ini .. Tak sebagus mana pon .. ;)  dan aku tak kisah semua tu .. sbbnya aku menulis apa yang aku rasa dan nak ... bukan ada paksaan pon ..

Ok.. buat semua rakan rakan blogger yang masih baru didunia maya ini , sebenarnya isu isu yang aku keluarkan dua tiga hari ni , mmg dah berkali kali aku keluarkan .. Seperti bab widget , loading , SEO , trafik .. dan banyak lagi .. Kalau korang korek satu satu , mesti jumpa.. tapi takyah la korek sbb ada lebih 3 ribu entri ... susahkan korang je ..

Ok ... kenapa aku tak letak SEARCH , ARCHIVE dan sebagainya kan ? Tujuan adalah satu je.. aku tak nak entri entri lama aku dikorek dan dicari salahnya .. Boleh jadi isu tu kalau mereka berniat jahat .. Cuma jika baca kenyataan di bahagian bawah sekali blog ni , ada tertulis pendapat aku akan berubah sekiranya terdapat fakta atau dalil yg boleh diterima akal dan sahih .. hehe ..

Berbalik pada isu entri ini , kenapa aku asyik bercerita tentang perkara basic ttg blog ? Jawapannya setiap hari , ramai blogger muncul .. Mereka muncul dengan gaya yang sama aku muncul dulu yakni giler mencantikkan blog .. Tapi , dimana blogger blogger yang dah boleh dikatakan 'power ' ? Tiada tegurankah atau tak larat nak tegur untuk rakan rakan blogger yang baru ni ???

Ibarat seorang guru , tiap tiap tahun mesti mengulang tajuk yang sama... kan cikgu kan ? hehehe.. Tak kisah lah... janji ikhlas menurunkan pengalaman ku ini ..

Whoops.. terlebih bebel sudah ni.. Hehe.. dulu aku dengan identiti ' JANGAN BAGI AKU MEMBEBEL' tapi ada yang berminat nak guna trademark aku tu maka .. aku tinggalkan untuk dia.. hehe.. dia lebih layak kot guna..  ;)

Satu pesanan aku .. jika dah berada di atas , jangan tengok yang ada diatas lagi.. ingat ingat yang dibawah ... okeh ??  Takkan sampai kita ke kemuncak tu ..

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Untuk rujuk soalan .. sini .. untuk curik idea rakan rakan yang dah antar jawapan pada .. sini ..dan untuk hari ini... ada berapa orang eh antar.. sat nak usha maut ..

  • http://bluediamondfaizah.blogspot.com/2010/10/jom-shopping-kat-rizi-bzi-shop.html
  • http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com/2010/10/jom-shopping-kat-rizi-biz-shop.html
  • http://iyou90.blogspot.com/2010/10/jom-shopping-kat-rizi-biz-shop.html

Jutaan terima kasih kerana sudi sertai ...  ;) .. Bagi yang berminat , cepat yer.. tarikh tutup boleh rujuk di entri soalan...

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Setelah setahun aku bergelumang dalam dunia blog , aku masih berada di tahap ... erm... malas nak cerita ...  Tapi tak kisah la kan .. merangkak ke , berlari ke , berjalan ker .. menyelam ke .. yang penting apa yang kita sampaikan .. betui ? Hehe...

Cuba yang aku perasan ialah ... dunia blog ni ibarat kehidupan si singa.. dari lahir hinggalah bergelar raja di rimba ... hehe.. Kenapa yer aku kata gitu ?

Lahirnya sebuah blog , mereka kata mereka masih tak tau apa apa... Ya betul.. mmg lumrahnya gitu.. Kemudian mereka akan bermain dan belajar bersama sama 'ayah'nya ... Cara mengenali musuh .. nak menangkap... pelbagai teknik akan dipelajarinya  sehinggalah mampu mencari 'makan'nya sendiri .. kan kan ?

Apakah yang akan terjadi pada anak singa tadi ?? Bila dah cukup bertaring dan berkuku , maka ditinggalkan keluarganya lalu membina kehidupannya sendiri. Menjadi 'raja' serta dikagumi oleh penghuni penghuni di hutan tersebut .. Memiliki kawasan jajahan mereka sendiri ..  

Persoalannya ... adakah anak singa tadi ingat asal usulnya serta rakan rakan mahupun ahli keluarganya sendiri ? Masakan tidak bukan ? Cuma ... masing masing ada 'ego'nya tersendiri disebabkan 'kekuatannya' ... Tak caya ??? tungguuuu .. 

;)

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Hang ada blog ? Ada ??? Ok... cuba p bukak balik .. tengok dalam blog tu .. ada tak menda kat kiri kanan tu .. Ala.. widget yang kata Selamat Datang .. Be My Follower , Ok ?  .. Ada tak ? Rasa rasa senang tak kawan kawan nak klik kat situ atau nak scroll down ? Susah tau... wat berat jaa.. Kalau tanya pendapat aku la kan , aku buang terus .. Cantik mmg cantik .. tapi cam letak mahkota kat atas kepala pastu p jalan jalan kat Jalan TAR masa malam raya ... penatt.. dan berat... wooo..

Satu lagi nak habaq mai .. Ya Allah .. jenuh cari kat mana la follower punya button tu haa... menyorok nyorok... letak la kat tempat senang nak klik... kan ? Sat ja mesti ramai klik... Tak caya ? Cuba la buat ...

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Petang petang ni , terbaca komen kat FB berkenaan satu promosi iklan rokok elektronik milik sorang kawan ni .. Aku tak tau pasal rokok elektronik ni yer sbb aku tak merokok ... Kalau nak tau , boleh la tanya pada penjual tu haa...

Ni ha cerita dia ... jgn ingat 'melucah' lak .. erk ..

Tokey rokok : Ini ada package harga yang menarik tentang rokok elektronik ne
1 kotak = rm 100
2 kotak = rm 200
3 kotak =rm 250

Si A : SME KER NGAN ROKOK TOL???? PE RSE DYE????

Si B : asew rokok idup... hahahaha,...

Si C : Kalo rasa rokok idup memang sah aq xkn beli ..

Maaf.. bukan maksud menghina atau mencari isu ..

Itu la saja .. dalam apa saja topik perbualan , kadang kadang mempunyai dua maksud .. Yang pandai 'membelok' menunjukkan mempunyai 'pengalaman' luas dalam bidang tersebut tapi yang masih 'jahil' atau 'dara' lagi pasti terpinga pinga ... kan kan ?

Yang pasti perbualan 'double meaning' ni membuatkan mereka bawah umur tergaru garu kepala .. adeh ...

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Gambar dalam internet ni sebenarnya , hak milik orang ramai selagi tidak di daftarkan hakmiliknya .. Tak caya ?? Call tanya SKMM .. MAT GEBU , tokey blog DAPUR TANPA SEMPADAN (DTS) pernah membuat laporang dimana gambar miliknya diambil secara sengaja ke tak sengaja , wallahualam .. tapi telah pon meminta maaf ( menurut tokey tu la ) ...

Bagi aku la.. nak amik tu amik la... tapi jgn la pandai pandai edit buang watermark ( jika ada ) atau paling tidak pon , beri kredit pada tuan punya gambar tu .. Al-maklumlah , penat diorang amik gambar tu .. kan kan ?

Camana nak tau tu milik orang atau tak .. Aku rasa , sebagai blogger mesti boleh kenal gambar tu milik siapa .. kan ? Semasa google ( image ) ada tertulis di mana gambar tu di'tampal'kan di dalam blog .. Haa.. dari situ boleh tau.. adakah dia sendiri amik gambar tu dari web/blog lain , atau sememangnya dia amik sendiri .. Mudah je kan ?

Wahai blogger yang baru merangkak seperti aku ini dan juga rakan rakan yang lain , sukacitalah aku nak bagitau , jaga jaga la hati kawan kawan yang lain.. Seperti yang aku kata di atas tadi tu , bagilah penghargaan .. Bukan susah .. tak yah antar bunga atau kad kawin pon .. cukup la tulis , GAMBAR NI AKU PINJAM DARI .. atau GAMBAR SUMBER : .. haaa... kena bijak bab berkomunikasi ni... kang takde la huru hara dunia blog ni .. kan kan ?

Malas pulak nak g klinik... huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Makan hasil titik peluh isteri , banggakah wahai suami ? Ada suami bangga.. tak kisah selagi isterinya tak kisah .. tapi dimanakah maruahnya sebagai ketua keluarga ??

Ada pulak suami mencari nafkah semata mata untuk anaknya saja .. Kalau isterinya nak $$ , sila cari sendiri .. ade ke patut ? Erk.. apa ? Ada ke lelaki gini ? Percayalah... wujud di alam nyata kita ini ..

Tu belum lagi bab laki guna duit isteri untuk berjoli sakan .. Isteri membanting tulang siang malam , si laki berpoyoa poya ngan perempuan lain ... hurm..

Ego ke tak berakal sebenarnya lelaki gini ? Hurm....

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image

Welcome to Kids Secret Wholesale (JM0580815-U). We have collections such as Guess, Hackett, Baby Gap, Carter's, Old Navy, Burbery, Netx and many more. To qualify for wholesale price, a minimum order quantity (MOQ) must be meet.Our MOQ are stated at the bottom of the pictures.

Nak tau dengan lebih lanjut ?? > KSW

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes