BEN ASHAARI



 

Tidur lewat ! Qhaliff tertidur awal semalam.. Pastu kul 1 pagi dia jaga.. Aku pulak , sakit kepala ditambah lagi dengan kepenatan seharian di hospital semalam ..

Bila dia tak tidur , dia buat bising. Bila dia bising , Zahra turut sama join kebisingan tu. Dan wife , tak leh dah nak kawal.. Dia sendiri pun dah pening pala akibat cuaca panas .

Akhirnya , hampir jam 2 pagi .. baru dapat tidur semua. Aku kena pura pura tidur , baru Qhaliff tidur .. Zahra ? Aku tidur kan dulu dengan guna bola gym tu.. heee ..

Dan awal pagi ..

Photo

Photo: Adik dok sedap lena..

Abang bangun..

Dia gi kejutkan adik dia !! 

Grrrr..

Dua dua tidur sebelah menyebelah.. di halang dek bantal dakap yang besar.. Wife tidur sebelah Zahra..

Bila Qhaliff jaga.. dia terus gi kejut adik dia ! Aku yang berusaha tak kasi Zahra jaga supaya dapat bersiap siap untuk gi event , terpaksa batalkan hajat tu !! Argghhhh ..

Dah dua dua bangun .. dua dua mintak perhatian ! Kalau nak tinggalkan bersama wife yang masih tak beberapa segar tu , melampau la kan !! Hurmmm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Suruh duduk depan ngan daddy , dia merangkak ke belakang.. Nak duduk ngan mak dia yang dok dukung Zahra Nur Iman.

Hurm.. akhirnya tertidur.. Nasib baik la tak jauh jarak perjalanan .. Hurm..

Bila tengok muka Zahra , aku sering terfikir untung nasib dia nanti ..

Photo

Qhaliff lak .. Hurm.. Aku yakin dia akan ikut jejak mak dia .. InshaAllah.. Jangan ikut jejak daddy yer .. Jejak daddy , jejak misteri ! Heeee …

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Dua hari dah aku sakit kepala ! Rasanya sebab cuaca .. Bila aku letak cool gel ni , barulah terasa lega dan tidur lena ! Kalau tak ? Macam nak pecah kepala woo !

Aku pernah cerita pasal cool gel ni dulu kat blog.. Rasanya berbaloi kalau kat rumah ada satu ni.. Kena senantiasa kasi sejuk dalam peti ais .. Pastu leh terus pakai jer ..hee ..

 

Pergh… rambut pon dah kurang .. nampak sangat makin hensem kebelakangan ni .. Hahahaha .. Rilekssss .. Aku gurau jer ..

Bestnya SOFT COOLING GEL PILLOW kalau letak atas kepala.. Kalau tengah stress , confirm terus tenang jer .. ahaha .. Tak caya , cuba laa.. Kalau takde , guna je kiub ais tu jer .. heeee..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Umur dia baru 2 tahun 2 bulan .. Dan dia dah mula sibuk nak jadi abang yang benar benar abang .. Nak tolong dukung Zahra , nak tolong kutip baju .. Nak tolong menyapu rumah ..

Photo

Adik dia menangis pon , dia tolong panggilkan ibunya .. Haaa.. Main jerit jer .. Nak bagitau adik dia menangis .. Huhuhuh…

Photo

Dah mula faham dah sekarang ni dan dia pun dah reti faham maksud bila daddy dia jegilkan mata .. hehehe.. Ada masa boleh main , ada masa.. kena tau menda tu salah ! Haaa ..

DAddy jegil mata , macam ikan emas ! Besar tapi tetap comel.. lalalal …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sebelum nak baca sehingga abis , pe kata baca dulu review BEN ASHAARI mengenai TAT NENAS MAMA ni .. Baca di entri ini , Tat Nenas Mama sedap untuk dimakan !

Kepakaran kami ialah menyediakan tat nenas yang gebu, rapuh, lemak sempurna. Cair di mulut melekat di hati. TAT NENAS MAMA menyediakan 2 variasi untuk di nikmati.

Dengan mengekalkan rasa keaslian tat nenas tradisional tapi diberi sedikit sentuhan moden dengan tambahan cheese di dalam pastri, inti dan taburan cheese di atas sebagai hiasan.

Sebiji TAT NENAS CHEESE MAMA anda akan merasai pengalaman yang LUAR BIASA. Gabungan doh yang unik, lembut, manis, masin dan masam bergabung mesra di dalam mulut


Mengekalkan rupa bentuk tat nenas yang tradisional. Rasa yang lembut, rapuh sempurna di janjikan pada pelanggan kami. Jem nenas yang manis dan banyak di gulung dengan bancuhan doh yang sempurna untuk dinikmati.

TAT NENAS MAMA telah menggembirakan ramai penggemar tat nenas dan telah berjaya MENAWAN hati ramai yang tidak menggemari tat nenas sehingga mereka juga menjadi penggemar tegar tat nenas.

KAMI MENJANJIKAN kelainan keenakkan rasanya. NAK TAHU RAHSIA NYA ?? TAT NENAS MAMA menggunakan 100% butter sebagai bahan utama dan di tambah sesenduk kasih sayang buat anda.

Boleh didapati bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu musim perayaan. Kami juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, hamper dan sebagainya.


PROMOSI HURU HARA AIDILFITRI UNTUK FOLLOWER BLOG BEN ASHAARI

BELI 5 balang PERCUMA sekotak kurma ATAU
BELI 10 balang dengan harga rm 250 sahaja.

CARA NYA :

Step 1 : LIKE page TAT NENAS MAMA - Admin

Step 2 : private massage (pm) kami dengan menyata kan ‘ SAYA PEMBACA BLOG BEN ASHAARI ‘ .

Step 3 : inbox kami nama < jarak > kawasan <jarak> no telefon <jarak> promosi A/B <jarak > nak acc maybank/cimb <jarak> tarikh pick up

Berminat boleh hubungi Pn Atie Baharain ( 017 2011 185 )

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Kelmarin , keluarga aku datang rumah. Pakat meriah laa rumah aku. Sebelum balik tu , mak aku tanya aku ..

“ Kat hang ada lagi susu kambing ? “

“ Ada .. dua kotak.. Sat .. “

Aku gi amik kat dapur dan bagi kat mak aku..

“ Dah turun 10kg dah .. Sedap la skit badan la ni .. “

Waahhh.. Mak aku mmg ada masalah berat badan sejak kebelakangan ni.. Hari tu , seharian dia sakit ulu hati gara gara tak makan. Dia tak lalu nak makan sangat ..

Aku call dan paksa minum susu kambing yang aku dah letak kat rumah tu dua tiga hari sebelum tu .. Aku suruh dia campurkan dengan oats jer .. Pastu minum ..

Dan dia pon buat.. Sebelum tu adik aku ada la beli nasi bungkus dan sebagainya.. dia tak nak makan ! Aku call baru dia nak makan .. Hurmm..

Alhamdulillah , selepas tu .. dia suka minum susu kambing dengan oats setiap pagi.. Hari tu nampak dia kembali cergas la.. Takde la slow skit pergerakkan dia sebelum ni..

Nampaknya , aku kena bekalkan susu kambing Nutri Goat kat rumah aku dan rumah orang tua aku selepas ni .. Huhuhuh.. Tak pe la , selagi diorang masih ada kan ? Berjasa selagi boleh ..

Aku memang amalkan sebelum tidur secawan dan secawan lagi seawal pagi ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurm.. Penat ? Payah ? Tensen ? Memang laa ada ! Tapi bila memikirkan nasib anak anak di rumah pengasuh atau di taska , aku rasa sebaiknya aku jaga la dulu .. hingga mereka reti bercakap dan bertindak balas !

image

Aku tak paham la kenapa manusia manusia berhati binatang ni menjadikan anak anak kecik , sumber pendapatan mereka ? Apakah mereka tak yakin dengan Allah ? Tak yakin wujudnya syurga dunia ? Hurmm..

Kita semakin rasa tak tenteram bila nak ke mana mana.. Sekali pun nak berhenti di stesen minyak , kena kunci kereta dan kena dua tiga kali pandang ke belakang bagi memastikan segalanya ok.. Anak ok , kereta pon ok ! Terpaksa !! Walaupun tengah orang ramai.. Hurm..

Apakah ini semua kerja ‘orang luar ‘ atau orang kita sendiri ? Apakah ini sebab kehidupan semakin terdesak ? Hurmm ..

Hanya Allah saja tahu.. Semoga Allah lindungi anak anak kecil kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Makin banyak akal dan permainan dia !! Dan aku dah kena berkali kali ..

Photo

Hurm.. Apa permainan dia ? Dia mintak air .. Siap bawak air dalam botol Tupperware tu .. Pastu kasi aku. Aku pun tuang la dalam tudung tu..

Kali pertama dia minum , bersungguh sungguh.. Kali kedua pon gitu gak.. Bila kita leka jer , dia ambik botol tu dan curahkan ke lantai ! Pastu main air tu !

Bukan sekali , bukan dua kali .. Berkali kali dah ! Dan tak insaf la dia selepas kena ‘kurung’ 5 saat dalam bilik .. Grrrr ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Wife dah boring asik makan luar.. Aku ? Aku makin risau sebenarnya sbb sejak diorang balik KL ni , aku tak gi gym lagi .. Huhuh.. Ari tu dah nyaris nyaris nak jadi badan cam Mark Walhberg ! Huhuhuh.. Sekarang dah cam Hulk.. huhu.. Belasah je la.. Asal sihat .. ( salah pemikiran tu )

Maka hari ni , wife masak.. Tapi bukan mudah nak masak ! Yang kecik , asyik nak mengendeng.Kena kasi tidur dulu baru leh masak. Yang besar lak , suka wat bising ! Saja tak kasi adik tidur .. Huhuh..

Akhirnya berpecah. Aku tidurkan si kecik , si besar ‘tolong’ mak kat dapur.

Dan ..

Photo: Lama tak rasa air tangan wife.. asik air tangan kedai jer..

Alhamdulillah..

Tadaaaa.. Sayangnya , telur asin tu , wife tak leh makan.. Aku je la kena makan ! Tak pasal pasal , 2 pinggan .. Huhuh..

Alhamdulillah.. Simple tapi menyelerakan.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Murah .. selesa dan bersih ! Halal ? Opkos laaa .. heee.. Sedap ? Tekak manusia ni lain lain.. Jadi aku tak leh nak kata , SEDAPPNYAA atau TAK SEDAP !! Bagi aku , tekak aku leh terima laa ..

Nak demand lelebih , kena cari chef power rangers laa kan ? Heee..

Kalau nak makan burger bakar , malam ada laa.. hehee… Sedap burger bakar dia .. Huhuh..

Kat mana LAVA GRILL ni ? Ni alamat penuh dia .. LAVA GRILL BURGER, No.15-1, Jalan 18/33A, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor..... Landmark  , depan Pusat Pakaian Hari-hari berhampiran dengan MCD...

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hahahah.. aku tak leh tengok laa diorang berdua ni  ! Yang sorang , macam nak ajak bermain bersama .. tapi sorang lagi , nak main dengan teman yang lebih tua dari dia ! Hahahah ..

Qhaliff Iman , berusia 2 tahun 2 bulan manakala Qaseh menghampiri 2 tahun pada bulan 8 nanti ! Sungguhpun Qaseh lebih muda dari Qhaliff , Qaseh rasanya dah lebih petah berkata kata berbanding Qhaliff yang masih gemar cakap Jerman !

Rasanya anak lelaki gitu eh ? Orang kata , anak lelaki ni .. lambat cakap tapi dapat  kaki dulu berbanding anak perempuan , sebaliknya !

Si Qaseh , takut tengok aku. Nampak aku jer , terus lari ke ayah dia .. yakni adik lelaki aku. Qhaliff lak , lebih suka gi main dengan abang abang Qaseh..  Hingga nak keluar gi makan malam pon , dia nak naik kereta diorang ! Tak kisah dah kat mak ayah dia ..

Dan dalam kereta , dua dua tidur hinggalah sampai ke restoran idaman ramai , Lava Grill ..

Dan sehinggalah orang nak start makan.. baru nak terjaga ..

Amboi.. dah macam pakat nak tidur … huhu …

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Pastinya dalam sehari dua ni , viral gambar dan video kes si anak kecil yang OKU tu .. Dan terkini aku pun dapat gambar si mak yang punya akaun di Facebook dengan nama yang .. hurmm ..

Maka , berkoyan koyanlah kutukan , makian , sumpahan pada si mak tu .. apatah lagi dia dok keluarkan kenyataan yang .. hurm… tak masuk dek akal ..

Bila jadi gitu , lagi laaaa warganegara Malaysia yang prihatin ini menambahkan lagi kutukan serta makian padanya.. Cuma segelintir sangat la yang mendoakan agar si ibu tu diberi hidayah dan petunjuk dari Allah.

Aku ? Aku ? Hurm.. Sesungguhnya aku memang kesian sangat kat mereka .. Aku tak tau apa masalah si ibu hingga sanggup lakukan sedemikian rupa pada anaknya dan anaknya , beruntung kerana terhindar dari dosa dunia yang lebih teruk dari penderitaannya.

Sebenarnya , kita lah yang patut dikasihani sekarang ni .. Serius ! Celik celik mata , berapa ramai antara kita yang menambah dosa dan berusaha mengurangkan dosa ? Kesian kan ? Walhal kita masing masing akan dihisab nanti ! Tapi kita lupa.. kita asik nampak salah orang hingga terlupa dosa kita sendiri berkoyan koyan !

Nak sedih boleh.. nak simpati boleh .. Tapi jangan sampai larti dari batasan agama bila memberi komen mahupun pendapat.. Di zaman ni , segalanya tiada lagi yang mustahil !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Saja bawak dia berjalan lagi.. Bukan apa.. Balik dari Kelantan dan dari Cheras , dia susah nak tidur malam. Kepenatan. Tapi ari tu ke Alamanda , ok dah dia ..

Kali ni , gi pasar .. Tapi dia tak keluar la.. duduk ngan aku dalam kereta . Qhaliff teman mak dia shopping .. Kena biasa biasakan keluar .. Kang tak keluar langsung , susah gak nanti..

Aku nak kena cari car seat untuk Zahra nanti.. Dan nak kena pasang video player dalam kereta .. Baru diam si Qhaliff.. Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Hurm.. Aku ingatkan , dia ok jer .. Bukan apa , ada kawan mintak tips anak berselera makan ! Aku bagitau masa tu , Qhaliff takde masalah makan..

Tapi sejak cecah usia 2 tahun ni , dia mula liat nak makan. Bukan takde selera tapi tamo makan aatah lagi buah buahan.. Huhuh.. Jenuh la memaksa..

Sudah bosan dengan makanan sedia ada ? Hurm.. Atau bagi suppliment ? Dah.. Tamo gak ! Siap bawak lari muka tu haaa .. huhu ..

Ada kes anak kawan tak makan.. sampai perut masuk angin dan muntah muntah. Mujur Qhaliff ni jenis tak nak makan nasi jer.. Lain lain , dia makan !

Aku rasa la.. dorang ni dah terasa makanan berasa cam makanan yang ada garam , ajinamoto , manis cam aiskrim dan sebagainya. Sebab tu dah tak nak makan makanan yang dikhaskan untuk mereka .. Hurm.. Aku rasa laa ..

Tapi bila dia gi umah mak aku.. selera je dia nak makan ! Dan popcorn DailyFresh yang sedap ni , suka diaa ! Satu demi satu masuk mulut dia.. Hurm…

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Terbaca di timeline kawan kawan FB .. Ayah memaki hamun anak di Twitter dan ianya menjadi berita laris terutama di blog.. Hurm.. Kesian.. Mungkin ayahnya dah cukup malu dengan perbuatan anak perempuannya.. Dah terlewatkah untuk menegur atau mendidik ? Teringat aku pada cerita Anakku Sazali ..

Qhaliff.. Hurm.. Sejak kebelakangan ni , rajin gak kena marah ngan aku. Macam macam perangai pelik dia buat.. Kreatif ! Tapi merbahaya… Berkali tegur tapi dia tetap buat..

Nak biar , risau makan diri sendiri nanti ! Takut menyesal belakang hari .. Nak tak nak kena la ajar sikit supaya dia kenal erti takut. Aku tak nak spoilkan dia ..

Caranya ? Aku letak dia dalam bilik tidur … sorang sorang.. selama 10 saat ! Menangis meraung dia .. Aku bukak pintu dan dukung dia.. Pujuk dan bagitau dia kesalahan dia ..

Mungkin ada yang anggap aku keterlaluan tapi dia semakin pantas belajar dan buat macam macam ujikaji .. Ada yang merbahayakan dia sendiri ! Aku tak nak menyesal hanya kerana nak biar dia explore .. Sikit skit boleh laa..

Tak nak dia membesar terlebih manja.. Ayah mana tak sayang anak kan ? Risau nanti dia besar , dia salahkan aku kerana manjakan dia hingga dia dah tak boleh ditegur ! Hurmm …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurmm.. Tertengok berita kat TV3 tadi.. Ada satu part yang menarik perhatian aku..  Kereta sport bernilai berjutaan ringgit akan dipasarkan di Malaysia ! Cantik giler koooo !! Aku kagum woooo .. Rasa macam nak beli 10 gitu ! Rasa je laaa . Mampu rasa jer..

Tapi kalau mampu pon , aku terfikir gak.. Nak bawak keta tu gi mana ? Kalau di highway Malaysia ni , paling laju pon leh gi 120km/j jer.. Jalan bandar baru 80kmj.. Putrajaya yang 3 lorong pon 80 gak.. Dah tu nak gi mana ?

Tapi aku mampu beli kereta tu , takat nak bayar saman seciput tu .. apa la sangat kan ? Janji boleh memecut ! Apadahal kan ? Hehehehe..

Sayangnya aku cuma mampu pandu kereta biasa jer .. Nak pergi 120kmj pon dah gegar kereta .. Sesekali nak cepat , terlebih la skit kelajuan tu.. Dan depan tu ada laaa kamera ! Nasib tak baik , kena saman !

Jumlah saman aku dengan pemandu tadi , sama kan ? RM300 kan ? Aku pandu kereta biasa.. RM300 tu besar wooo ! Nak laju tu bukan sebab suka suka tekak nak laju ! Kekadang tertekan skit je pon pedal tu… dah terlaju di tempat tak sepatutnya ! Nak tak nak , kena bayar la kan ?

Persoalannya .. adil ke ?? Kereta mewah tu pandu laju , kena saman .. sama dengan kita yang terpaksa pandu laju skit atau tak sengaja nak laju !

Ok.. tak kisah la .. Bayar tetap bayar ! Tapi aku harap la kan.. Kerajaan buat la perubahan skit tang saman tu.. Kalau kereta tu , kereta mewah , dan kelajuannya tu melampau .. kasi saman mahal laaaa ! Takkan RM300 gak kan ? Adoiyai..

Saman ikut insuran atau harga kereta tu… Haaaa ! Baru la adil ! Sapa suruh beli kereta mahal mahal pastu pandu laju kan ? Haa…

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Baru-baru ni , aku hadiri majlis pelancaran pengenalan koleksi saguhati terbaru dari Domino’s yang dikenali sebagai ‘ Popobe ’. Sebuah koleksi yang cukup menarik bagi aku , di Petaling Jaya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Mr.Ba U Shan-Ting , Presiden of Domino’s Pizza Malaysia and Singapore.

IMG_3992

Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran penghuni Good Samaritan Home dan Rumah Anak Yatim Sg.Buaya , Kuala Langat .

IMG_4073

Antara acara yang dibuat pada hari tu ialah pengumuman dan penyampaian hadiah pada pemenang yang menyertai pertandingan Domino’s Kickoff yang dilakukan secara online.

Hadiahnya ? Pemenang mingguan akan dijemput hadiri parti tontonan bola sepak bersama 20 orang rakan mereka ! Dan juara pula , menerima hadiah percutian ditanggung sepenuhnya untuk 2 orang ke Brazil bernilai lebih RM34 ribu !!

Manakala tempat kedua dan ketiga , memenangi bekalan 12 piza besar percuma selama setahun ! Kesemua pemenang ni , mcm aku kata tadi .. boleh join parti Piala Dunia tu nanti anjuran Domino’s.

Rugi aku tak join ! Huhuh..

IMG_4110

Kemudian , pelancaran 3 beruang bola ni.. Yang digelar ‘ Popobe’.

IMG_4184

Camana nak dapatkan POPOBE ni ? Mudah jer .. Gi ke mana mana cawangan Domino’s Pizza dan sila beli hidangan di sana dan kemudian sila beli Popobe dengan harga RM7.80 sahaja ! Edisi terhad yer ! Bukan ada banyak tauuuu .. Cepat cepat , sebelum terlambat !

Bila dah beli , jangan lupa untuk berselfie macam aku ni .. Kan dah beruntung banyakkkk .. hehehe ..

Menang apa ? Haaa .. Bagi mereka yang berselfie bersama Popobe dan hashtag #bolabears.

Pelbagai hadiah menarik disediakan.. Dan untuk hari tersebut , Domino’s berbesar hati untuk buat pertandingan tersebut khas untuk rakan rakan media saja .. 3 hadiah menarik disediakan ..

IMG_4182

Dan aku berjaya memenangi tempat pertama ! Menang GoPro wooooo !! Gilaa laaa.. Aku sendiri tak percaya ! Dah lama idamkan GoPro ni .. Rezeki datang event ni !

 

Photo

Terima kasih Domino’s Pizza ! Serius , aku mmg suka Domino’s sejak pertama kali makan sbb dia nipis dan rotinya , sedap wooo ! Bukan bodek ok ! Tapi realiti.. Heeee …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurm.. Baru aku paham sekarang kenapa abang aku sering ‘bertuah’ dibandingkan dengan adik adik yang lain dan juga untungnya anak perempuan andai dia seorang je perempuan dikalangan adik beradik lelaki yang lain ..

Photo

Ada yang kata , bila lahirnya Zahra .. Qhaliff pasti terabai.. Dan aku akan lebihkan anak perempuan ..

Nampaknya , setakat ni tanggapannya salah sama sekali ! Qhaliff masih melekat dengan aku dan Zahra dengan ibu dia.. Tak leh berpisan langsung laaa Zahra dengan mak dia ..

Dan Qhaliff .. aku tau dia cemburu .. Dia banyak kali cuba tarik perhatian mak ayah dia dengan buat macam macam ‘lagak ngeri’ ! Dan kalau aku tak perasan , atau buat buat tak nampak .. aku nampak Qhaliff sakat adik dia ..

Tidak la tarik hidung tapi tarik bantal ! Hahahaha .. Adoiyaii.. Dalam diam ku mencemburi mu ! Memang kena jaga jaga .. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Semalam , wife teringin sangat nak keluar rumah. Dah berbulan tak keluar.. Katanya la.. Dah naik tepu duduk dalam rumah .. Jam pon baru menunjukkan kul 10 pagi.. Sekurangnya belum orang keluar lunch..

Photo

Ok gak la .. Zahra pon dah lebih 40 hari ..Nak test dia bawak jenjalan .. Nak tengok camana ragamnya .. Dan jugak nak test guna stroller.. Apakah reaksinya ?

Hurm… Dia ok.. Takde karenah macam Qhaliff mula mula dulu … Tapi tak leh lama.. Dia mencari susu pastu.. Dapat la sejam keluar .. Huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

IMG-20140619-WA0010

Akhirnya saat dinanti tiba juga. Bermula esok hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam anda berpeluang untuk "SHOPPING" sakan di Eh Eh Mega Bazaar 2014.

Bertempat di MAEPS Serdang, bazaar online terbesar Malaysia ini sedia menanti kunjungan anda ke lebih 1000 booth termasuk 60 selebriti menjual seribu satu barangan pada HARGA PALING RENDAH.

Semua akan selesa bershopping dan tak kan rasa rimas kerana terlalu ramai pengunjung memandangkan MAEPS adalah berhawa dingin dan luas!

Kelebihan lain Eh Eh Mega Bazaar 2014 berbanding bazaar lain juga termasuk;

1) Lebih 3000 tempat letak kenderaan disediakan di luar MAEPS Serdang. Jadi tak akan ada masalah pengunjung terpaksa meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

2) Lebih 10 tram juga disediakan untuk semua pengunjung di tempat meletak kenderaan terus akan membawa anda ke pintu masuk MAEPS untuk "shopping". Tak perlu jalan jauh dan penat sebelum sempat bershopping!

3) Sebuah bas secara percuma juga akan disediakan di stesen komuter Serdang bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan awam untuk ke MAEPS. Bayangkan, tak perlu tunggu bas atau teksi untuk ke MAEPS pada hari Sabtu dan Ahad ini.

4) Ruang pejalan kaki di antara booth dalam MAEPS juga selebar 10 kaki bagi memastikan pengunjung selesa untuk bergerak dan bershopping. Sure tak kan ada yang pengsan atau sesak nafas kerana terlalu sempit!

5) Lebih 100 hadiah istimewa termasuk barangan elektrik, pakej pelancongan, gajet dan banyak lagi disediakan untuk semua pengunjung untuk CABUTAN BERTUAH! Jangan lupa untuk sertai kami untuk memenangi hadiah best!

6) Ada persembahan istimewa penyanyi popular, pertunjukan fesyen, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sesi minum petang bersama selebriti dan banyak lagi sepanjang 2 hari itu nanti!

Walaupun terlalu ramai booth yang menjual seribu satu barang untuk kita "shopping" raya, pengunjung tak perlu risau kerana pihak penganjur, syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd menerusi Pengarah Urusannya, Iffah Zaimi memberi jaminan keselesaan adalah 100% diutamakan.

 

Pastikan anda meluangkan masa untuk ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok selain mengambil peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.


Jumpa anda esok!!!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Semua orang tengah demam ! Samada dia menonton atau pun tidak Piala Dunia ! Kenapa ? Rata rata manusia atas planet ni sedang bersama sama meraikan kejohanan yang diadakan 4 tahun sekali ni ! Amik tahu atau tidak , nak tak nak .. telinga kena dengar , mata kena layan walaupun seminit ! Heee..

Seperti biasa , tiap kali menjelang Piala Dunia .. pasti akan pelbagai kegilaan pada mereka yang meminati pasukan tertentu seperti memakai jersi pasukan , mewarnakan muka mereka sambil melepak kedai mamak dan paling best lagu berkisarkan kejohanan  tersebut !

Antaranya lagu untuk Piala Dunia Brazil kali ni ialah … lagu #gilabola oleh Joe Flizzow ni ! Dah pernah dengar ? Belum ? Jom layan music video #gilabola ni  dan nyanyi bersama di SINI 

Layan ? Ok.. jangan sekadar layan je ! Jom sertai kegilaan Piala Dunia ini di Football Mad Territory di instagram anda ! Ambik apa jua gambar berkaitan Piala Dunia yang sedang melanda dunia kini dan postkan ke Instagram .. jangan lupa hashtag #gilabola !

Jangan lupa untuk berkongsi kegilaan ini dengan rakan rakan anda ! Heee.. Leh tgk sapa lagi ‘gila’ Piala Dunia kali ni .. Heeee ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Masuk Mothercare Alamanda. Dia berlari sana sini pastu terhenti depan seksyen mainan. Dia terpandang laptop kecil yang sedang dipegang oleh seorang budak lelaki yang aku rasa tua setahun dua dari dia ..

Dia pandang jer.. Bila budak tu dah pergi , dia baru gi pegang lak.. Pastu ? Pastu ??

Photo: Terus bawak lari ..

Tak sempat dah aku nak halang dia ! Kalau aku amik  confirm dia guling guling situ dah ..

Terus dia cari port depan mak dia dan duduk.. Cuba nak menagih simpati la tuu.. Kalau ngan mak dia , dia silap besar la ! Mak dia tak macam bapak dia .. Mak dia hati kering punya.. Nak beli pakaian , mak dia ok.. Nak beli mainan , no no noooo !

Terus nak bukak selipar dia .. Nak duduk main kat situ gak !  Tak kira dahhhh !!

Akhirnya , aku tewas ! Sebenarnya lama dah aku nak beli untuk dia .. Saja nak ransang minda dan kreativiti dia .. Bukannya ada game pon dalam tu.. Dalam tab , laptop dan hp aku .. mana ada game pon .. Huhuh..

Dapat dah ! Terus tak nak kotak dia..

Photo: Yeayyyy.. dapat...

Baru aku tahu nape ' along ' selalu beruntung ..

Terus keluar dari Mothercare. Tak kisah dah kat mak dia .. kat adik dia.. Senyum sampai ke telinga kooo !

Dan mula blogging di mana mana saja .. Macam bapak dia , awal awal dulu .. Huhuh..

Jangan cerita pasal daddy , sudah la yer .. heee ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Serius , tidur yang cukup amat penting buat mereka yang bercita cita nak jaga budak kecil ni ! Sebelah siang , jangan mimpi nak tidur ! Melainkan anak kita tu , sorang jer .. Kalau lebih dari seorang , jangan pasang cita cita nak tidur belah siang ! Aku , setakat ni.. tidur belah malam jer .. Huhu ..

Di kala Zahra mudah tidur belah siang ..

Photo

Qhaliff amatlah aktif sekali ! Bila nak dapat tidur ?? Terutama jika si penjaga bantai tengok Piala Dunia hingga subuh hari pastu baru nak tidur lepas solat subuh !! PErghhhh .. Serius , boleh mental wooo ..

Photo: Baru sorang leh jalan .. Sorang lg , nanti ! Perghhh

Nasib baik laaa wife cuti sampai lepas raya .. Kalau takkkkkk … kalau takkkkk ..

HELPPPPP !!!!

Oleh itu , sila dapatkan rehat secukupnya ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Qhaliff dah .. Wife pon dah ada .. Penting gak terutama bila 2 kes berlaku pada keluarga aku. Yang pertama , wife dan yang kedua ayah aku sendiri..

Photo

Agen insuran aku datang tadi.. Settle untuk Zahra pulak.. Amik klinik card  ( pembetulan .. sebelum ni tulis medical card.. maaf yer ) sekali memandangkan antara klinik panel yang tersenarai adalah klinik An Nur .. Ok la kan ? Sebulan baru RM14..

Hurm.. zaman ni macam macam penyakit ada .. Pastu nak gi hospital kerajaan , lama gak la nak tunggu turn.. Nak tak nak , kena gi klinik swasta dulu. Melainkan kes berat je baru gi kerajaan..

Bukan suka suka bang ! Aku sendiri pon tengah pk nak amik semula.. Hurm…

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes