Tergelak aku baca tweet akak Maya Karin ni. Yelah , takkan baru tau kot ? Selama ni buffet Ramadan di hotel punya harga murah ke ? Pastu nak bunyi pasal kanak kanak punya harga ? Budak budak memang la makan skit jer tapi perlu tahu la kan.. diorang makan camana ? Amik sini skit.. amik sana sikit.. Makan tak abis. Dah amik yang lain. Camana tu ?
Aku bukanlah pengemar buffet Ramadan sejak umur 40an ni. Tak larat nak makan banyak banyak. Tengok makanan berselera tapi bila nak makan... sikit jer boleh masuk. Sebab tu bila ada jemputan berbuka puasa , aku fikir masak masak. Pergi hanya untuk penuhi jemputan jer. Selepas solat Maghrib , makan sedikit pastu balik. Makan cuit sana sini. Amik yang terasa nak makan. Yang nak makan banyak , silakanlah. Perut masing masing.
Kalau nak murah , ada jer restoran yang buffet Ramadan yang murah. Contohnya , di Utan Cafe.
Kanak kanak cuma kena charge RM10 jer. Makanan sedap sedap cuma tak seperti di hotel yang terlalu banyak pilihan ! Di Utan Cafe ni , makan makanan yang memang nak dimakan. Haaa.. Sedap lak tu ! Kalau tak caya, gi tengok sendiri la kat Facebook Utan Cafe. Muka muka pelanggan yang puashati !
Kalau nak jimat , buat cam aku jer. Makan kat rumah. Buka dengan kurma,air suam disusuli dengan air protein untuk bekalkan tenaga . Pastu solat. Lepas solat , makan la sedikit. Apa yang ada atas meja tu je aku jamah. Alhamdulillah.. dapat tenaga semula untuk teruskan kehidupan.
Nak lagi jimat ? Buffet Ramadan kat masjid kan ada. Apa nak susah ? Free jer. Nah... segalanya di tangan kita. Ikut kemampuan dan selera masing masing. Rasa mahal , jangan bising. Ada orang nak makan besar sesekali bersama keluarga dan sahabat handai.
Kan kan ?






























